Sabtu, 11 April 2020

PENGERTIAN AL-MURAQABAH ( المراقبه ) DAN GOLONGAN AHLI AL-MUQARRABIN ( الموقرربين )


 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63) لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ لا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ  (64
                     Maksudnya :
"Ingatlah, sesungguhnya Wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (62) 
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertaqwa. (63) 
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan dalam (kehidupan) di akhirat; tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar." (64)  
                 [ Al-Quran surah سورة يونس Yunus: 62-64 
                                      *****************************
 الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 
                       Maksudnya  :
"(Iaitu) orang-orang yang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata): 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau mengadakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka'."
                  [Al-Quran surah سورة آل عمران Ali 'Imran : 191] 

*********************************************************
                          Yürümeye devam et, yol insanı terbiye eder. Dücane Cündioğlu ...
Pengajaran, pemahaman dan penghayatan Ilmu Tasawwuf dalam Islam sering menimbulkan kontroversi umum yang dikaitkan dengan kemunculan berbagai aliran dan identiti ajaran mistik dan kebatinan berbentuk sufi yang dikatakan mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai.  Pemahaman serta amalan ilmu tasawwuf itu amat dituntut dalam Islam dan termasuk di dalam kategori ilmu fardhu 'ain. Namun jika seseorang Muslim itu berusaha untuk memperdalami dan memperluaskan lagi kefahamannya dengan membaca kitab-kitab tasawwuf atau merujuk kepada guru-guru agama tertentu dia akan berhadapan dengan masalah untuk memahami beberpa skop pengajaran di sebalik kosa kata atau istilah-istilah yang jarang-jarang dibicarakan secara ilmiah di dalam gelangang keilmuan.

Adalah didapati antara kalimah-kalimah atau istilah-istilah yang terdapat di dalam pengajaran ilmu tasawwuf yang masih menimbulkan kekeliruan ialah seperti: "Al-Muraqabah (مراقبة)", "Al-Basirah" ( البصيرية),  "Musyahadah"(مشاهدة)"Muaiyanah"( معاينة ) dan "Mukasyafah مكاشفة)). Istilah-istilah ini dikaitkan pula dengan pengajaran dan amaln-amalan tertentu berteraskan konsep dan kalimah-kalimah yang disebut sebagai "Maqam Al-Fana-u-Billah"(مقام الفناء بالله) dan "Baqa-u-Fillah" (البقاء في الله ) serta amalan zikrullah "Nafi Ithbat La Ilaha Illallah ( ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله  )".
Kebiasaannya orang-orang awam yang tidak pernah membaca, mendengar dan apa tah lagi memahaminya sudah pasti terpesona dengan huraian dan hujah-hujah yang amat menarik menggunakan pendekatan berbentuk falsafah kesufian dan metafizika serta penampilan diri sebagai orang "soleh" yang warak lagi zuhud.  Lantas mereka terus menerima sahaja tanpa mempersoalkan kesahihannya dan menggelarkan atau merujuk seseorang yang beramal itu sebagai seorang mursyid (المرشد)yang zuhud (زهد ) dan kasyaf  ( كشف )bermartabat "Aulia/Wali Allah"
Ketika Ahli Ibadah Bangkrut di Akhirat
Pengajaran Ilmu Tasawwuf dalam Islam adalah berdasarkan pengertian Hadis Rasulullah s.a.w. yang antara lainnya menyebut :

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِلاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم فأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَال :يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِسْلاَمِ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم :اَلإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ: صَدَقْت . فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْئَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ قَالَ: أَنْ تؤمن بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ السَّاعَةِ قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنْ أَمَارَاتِهَا. قَالَ: أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِيْ الْبُنْيَانِ ثم اَنْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِيْ مَنِ السَّائِل؟ قُلْتُ: اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ. رَوَاهُ مُسْلِم.
                Maksudnya : 
"Umar bin Khaththab Radhiyallahuanhu berkata :'Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk berhampiran Rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata : 'Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang ISLAM.' Rasulullah s.a.w.  wa menjawab:'Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahkan dengan sebenarnya melainkan  Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; mendirikan solat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan Haji ke Baitullah jika engkau  mampu melakukannya.' Lelaki itu berkata:'Engkau benar.' 'Maka kami heran, ia yang bertanya ia pula yang membenarkannya'. 
Kemudian ia bertanya lagi: 'Beritahukan kepadaku tentang IMAN'.Nabi menjawab:'Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikat-Nya; kitab-kitab-Nya; para Rasul-Nya; Hari Akhirat, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk.' Ia berkata: 'Engkau benar.' Dia bertanya lagi: 'Beritahukan kepadaku tentang IHSAN.' Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: 'Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Walaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia Melihatmu.' Lelaki itu berkata lagi : 'Beritahukan kepadaku bila berlakunya Hari Kiamat?' Nabi menjawab: 'Yang ditanya tidaklah lebih mengetahui daripada yang bertanya.'  Dia pun bertanya lagi : 'Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!' Nabi menjawab:'Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki (berkaki ayam), tanpa memakai baju (miskin papa) serta pengembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.'  
Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku : 'Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?' Aku menjawab:'Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui'. Beliau bersabda:'Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian'.” [HR Muslim.]
Berdasarkan pengertian Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang ini berkembanglah ilmu-ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah yang dipecahkan kepada pelbagai bidang keilmuan yang  teramat luas tafsil dan bahasannya sebagaimana yang termaklum dalam Ilmu Fiqah, Ilmu At-Tauhid dan Ilmu Tasawwuf yang kesemuanya menjadi sumber pembentukan tamadun Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.  Ilmu Tasawwuf adalah termasuk di dalam pengertian IHSAN yang pada dasar dan prinsipnya lebih menjurus kearah pembersihan hati (qalbu) seseorang Muslim itu daripada sifat-sifat mazmumah ( مذمومه  ) yang lumrah mejiwai manusia biasa seperti :
1) Gemar menurut segala keinginan hawa nafsu kebinatangan
2)  Buruk makan minum  
3)  Berbuat kejahatan dan kezaliman
4)  Pemarah dan bengis  
5)  Hasad dengki  
6)  Bermusuh-musuhan  
7)  Benci-membenci
8)  Tipu daya
9)   Berbuat helah
11) Takbur sombong
12) Menuntut kemuliaan dunia semata-mata  
13) Kasihkan puji-pujian
14) Kasihkan ketinggian pangkat dunia
15) Gemar hendak memerintah  
16) Kasihkan kemegahan dunia dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Apabila hati (qalbu) sudah dibersihkan daripada kekotoran sift-sifat mazmumah Islam mengajarkan pula agar umat Islam mempunyai sifat-sifat terpuji mahmudah ( محمودە ) mencontohi sifat-sifat kenabian yang dimiliki Rasulullah s.a.w seperti Siddiq ( صِدّیق ) , Amanah ( أمانة ), Tabligh ( تبليغ ),  Fatanah ( فطانة ) di samping memiliki keperibadian yang mulia lagi terpuji seperti :
 1) Sehabis-habis benarnya pada perkataan.   
2) Seafdal-afdal daripada kaumnya dari menjaga maruah kehormatan.   
3) Semulia-mulia daripada kaumnya dalam pergaulan.   
4) Sekuat-kuat daripada mereka memegang amanah.    
5) Mempunyai sifat lemah-lembut.    
6) Sabar      
7) Syukur      
8)  Adil    
9)  Merendah diri  
10) Menjauhkan diri daripada segala larangan Allah dan tegahan-Nya. 
11) Pemurah   
12) Berani  
13) Pemalu dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Di antara sebab utama wujudnya polemik atau salah faham yang menerbitkan permasalahan dalam pemahaman beberapa aspek Ilmu Tasawwuf adalah berpunca daripada tafsiran maksud Hadis di atas mengenai 'melihat Allah':
                              "أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنَّكَ إِنْ لَا تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ"  
                        Maksudnya :      
”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Walaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia Melihatmu."
Maka wujudlah istilah-istilah yang dikatakan berkonsepkan sufi seperti "Al-Muraqabah" di atas yang mempunyai pengertian maksud yang berbeza-beza mengikut kefahaman asas seseorang terhadap pegangan iktiqad mereka tentang mengenali Allah. Di dalam kitab Fath Al-Ariffin (yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu pada menyatakan Bai'at Al-Zikir dan Salsilah Al-Qadariah dan Al-Naqsyabadiyah ), Singapura (t.t) oleh Ahmad Khatib ibn Abd. Ghafar, halaman 5-6 ada menyatakan bahawa:
"Muraqabah Ma'yyah yakni tawajjuh terhadap kepada Zat Tuhan yang berserta dengan kita daripada tiap-tiap juzuk yakni suku-suku kita serta dengan Tuhan, pendengaran, penglihatan, perkataan, anggota dan lidah dan penciuman.... 
Muraqabah Aqrabiyyah iaitu tawajjuh kepada zat Tuhan kita yang terlebih hampir Ia kepada kita lebih daripada urat leher.......".
Kitab tersebut menjelaskan bahawa "Muraqabah" diertikan juga "mengintai-intai hati kepada Allah Taala seperti kucing mengintai-intai tikus yang masuk dalam suatu lubang....". Dikatakan juga ahli-ahli tariqat perlu melalui 20 peringkat "Muraqabah" untuk menuju ke jalan Allah dan seterusnya memperoleh rasa "zuk" atau "syuhud" pada dirinya. Mereka yang berada dalam "Muraqabah " hendaklah "berzikir dengan 'Isim al-zat' iaitu Allah,Allah,... atau berzikir dengan 'Nafi Ithbat iaitu 'Laillaha Illallah'...". Teras amalan ini berkonsepkan kepada fahaman "Wahdat al-Wujud" atau wujud yang satu. 

Bagi ahli-ahli sufi yang berpegang teguh kepada iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah pemahaman "Muraqabah" adalah berteraskan pengajaran Ilmu At-Tauhid seperti yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna, Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pada Makna Syahdat At-Tauhid dan Syahdat Al-Rasul dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengannya. Mereka juga bersandarkan keilmuan mereka yang sangat luas mengenai hukum-hakam Allah sebagimana yang terkandung dalam Ilmu Fiqh, Ilmu Tasawwuf dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Justeru mereka yang beramal dalam bab "Muraqabah" ini dalam perjalanan dan kehidupan beragama menjadikan mereka bertambah warak, zuhud dan taqwa. Peringkat martabat "Al-Muraqabah" golongn sufi Ahli As-Sunnah  boleh dibahagikan kepada :
i.  Malu serta takut melakukan segala jenis maksiat terhadap Allah. 
ii. Martabat yang lebih tinggi lagi ialah sentiasa memuji Allah dengan mentasbih, mentahlil dan mentakbirkan-Nya. Hatinya sentiasa mengingati serta memuliakan Allah sahaja dan melupakan atau tidak mahu langsung mengingati yang lain daripada Allah.
 Muraqabah ( مراقبة) juga mempunyai pengertian dan maksud yang seerti dengan kalimah-kalimah Basirah( بصيرة) Musyahadah ( مشاهدة) Muaayanah ( معاينة  )   dan  Mukasyafah مكاشفة)).
Mereka  teramat malu dan takut kepada Allah apabila membaca, memahami dan beriman dengan segala ilmu yang terdapat dalam Asma' Ul Husna khususnya terhadap kandungan maksud berikut:
i. ALLAH اللَّهِ: Ertinya :
Ialah sebesar-besar nama bagi Allah untuk menunjukkan ke atas Zat yang Maha Tinggi Martabat yang berhimpun kesemua sifat ketuhanan.
ii. AL-LATIFF اللطيف: Ertinya : 
Yang Amat Mempunyai kasih sayang  dan Yang Amat Latiff  dan sehabis elok dan sempurna (pada) segala perbuatan-Nya.(الذي لطفت أفعاله وحسنت) (atau) Yang Amat Mengetahui, dengan segala  perkara yang paling tersembunyi dan perkara-perkara yang sehalus-halusnya.
iii. AL-KHABIR  الخبير Ertinya : 
Yang Amat Mengetahui, bagi segala perkara yang tersembunyi di sebalik daripada perkara yang terzahir.
iv.  AS-SYAHID الشهيد : Ertinya : 
Yang Sehabis-Habis Mengetahui, pada Ilmu-Nya berserta tidak ada yang tersembunyi.
v. ASSAMA'U WALBASARU ( السمع والبصر ):Ertinya :
Bahawasanya Allah SWT itu Amat Mendengar dan Amat Melihat, maka tiadalah apa-apa pun yang tidak didengari oleh Allah SWT melainkan didengari belaka walaupun perkara itu sangat tersembunyi. Tidak ada sesuatu apa pun yang tidak dilihati oleh Allah SWT melainkan dilihati-Nya belaka walaupun perkara dan barang itu tersangat halus. Maka tidak terdinding daripada pendengaran Allah itu dengan sebab jauh dan tidak terdinding daripada penglihatan Allah itu dengan sebab kegelapan.Sesungguhnya Allah Melihat tidak seperti sekalian makhluk melihat, bahkan Allah Melihat tidak dengan mata, Dia Mendengar tidak dengan telinga yang sebagaimana juga dia mengetahui tidak dengan hati, berbuat sesuatu tidak dengan anggota dan mengadakan sesuatu tidak dengan alat kerana keadaan Allah SWT itu tidaklah sama sekali menyamai dengan segala keadaan makhluk atas jalan dan cara mana pun. Begitu juga Zat ( Diri) Allah SWT itu tidak sesekali menyamai dengan segala zat makhluk.
 [Lihat : ASMA' UL HUSNA ]

Teras pemahaman dan pegangan iktiqad  golongan ahli sufi As-Sunnah terhadap pengertian  "Ada" dan "Hampir"  Allah itu adalah :

"Tuhan itu tidak di atas sesuatu, tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa "Tuhan itu atas 'Arasy (عَرْش)" ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki 'Arasy dan bukan makna atas itu pihak dan tempat. Sesungguhnya Tuhan itu tidak sesekali menerimai pihak dan tempat dan Tuhan itu tidak di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya.
Tuhan itu tidak di luar syurga, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, bahkan Allah SWT Tuhan kita Jalla Wa'azza itu lain dan segala barang yang ada yang diadakan oleh Allah SWT itu lain, bahkan Allah SWT itu sangat berlainan dan sehabis-habis berlainan yang tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya. 
Maka sebelum ada masa, sebelum ada tempat, sebelum ada lapang, sebelum ada cahaya, sebelum ada warna, sebelum ada rupa, sebelum ada huruf, sebelum ada suara, sebelum ada sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap dan sebelum ada 'arasy, kursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya, sebelum ada apa-apa benda pun barang yang diadakan oleh Allah SWT itu adalah Allah SWT itu Tuhan kita Jalla Wa'azza itu ia-Nya ADA sebagaimana Dia ADA itu juga, yang sentiasa ADA, selama-lamanya ADA, mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan. 
Makna "hampir Tuhan" itu ialah hampir rahmat dan nikmat-Nya, dan makna "berserta Tuhan" itu ialah berserta rahmat pertolongan-Nya dan nikmat-Nya, maka tidak menyamai hampir Tuhan itu dengan hampir makhluk dan tidak menyamai persertaan Tuhan itu dengan persertaan makhluk yang sebagaimana juga Zat (Diri) Tuhan itu tidak menyamai zat makhluk. 
Tuhan itu tidak menerimai perubahan, tidak menerimai perpindahan dan Zat Tuhan itu  tidak menyamai dengan segala zat yang baharu dan segala zat yang baru itu tidak menyamai dengan Zat Tuhan dan Zat Tuhan itu tidak masuk bersatu-padu pada zat-zat yang baru dan tidak zat-zat yang baru itu masuk bersatu-padu pada Zat Tuhan. Bahkan sentiasalah Allah SWT Tuhan kita Aza Wajalla itu  dengan kemuliaan dan kesempurnaan-Nya yang tidak sesekali menyamai sesuatu daripada segala makhluk-Nya dan tidak sesekali menerimai berlebih dan berkurang kemuliaan Allah SWT itu."
[Lihat :

i.  'AINUL QALBI, AL-BASIRAH dan MATA HATI 
ii.  TERJEMAH AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
iii.  PENGERTIAN "HAMPIR" ALLAH
Mereka juga amat malu serta takut terhadap Allah yang meletak dan menugaskan para malaikat mengiringi setiap diri manusia untuk mencatatkan segala amalan yang mereka lakukan pada setiap masa hinggalah ke akhir hayatnya sebagaimana Firman Allah di dalam al-Quran: 
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ (17) مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ (18) وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ (19) وَنُفِخَ فِي الصُّورِ ذَلِكَ يَوْمُ الْوَعِيدِ (20) وَجَاءَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَعَهَا سَائِقٌ وَشَهِيدٌ (21
                                   Maksudnya :
i."[Ingatlah] ketika dua orang malaikat mencatat amlan perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.(17)  
Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di sampingnya malaikat pengawas yang selalu hadir.(18)      
Dan datanglah Sakaratul-Maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya.(19)      
Dan ditiuplah Sangkakala. Itulah hari terlaksananya ancaman.  (20)   
Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan dia seorang malaikat pengiring dan seorang malaikat penyaksi." (21)  
           [ Surah   ق Qaaf : 17-21]
 وَكُلُّ شَيْءٍ فَعَلُوهُ فِي الزُّبُرِ (52) وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُسْتَطَرٌ (53
Maksudnya :
ii." Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. (52)  
Dan segala (urusan) yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis." (53) 
                          [Surah سورة القمر Al-Qamar : 52-53 ] 

Firman-Nya dalam surah سورة الرعد Ar-Ra'd ayat 11 menjelaskan lagi bahawa terdapat juga malaikat yang mengikuti manusia secara bergilir-gilir:
  لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ 
                          Maksudnya : 
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, seorang di depan  dan seorang lagi di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.....(hingga akhir maksud ayat).

Golongan insan mukmin soleh yang amat mendalam pemahaman serta penghayatan keilmuan mereka terhadap kebesaran dan kemuliaan Allah semestinya merasa amat 'malu' kepada makhluk-makhluk lain yang berada di langit dan bumi apabila membaca dan memahami pengertian beberapa Firman Allah di dalam al-Quran yang antaranya berbunyi :


                                 
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ  
                       Maksudnya :  
i." Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah; kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masingnya telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."
                 [ Surah سورة النور  An-Nuur : 41 ]
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
                Maksudnya : 
ii." Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." 
                [Surahسورة الحديد  Al-Hadid : 1
 تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا  
                      Maksudnya : 
iii." Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
                          [Surah سورة الإسراء  Al-Israa' : 44 ]
                                 Wallpaper : pemandangan, burung-burung, hewan, laut, alam ...

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأرْضِ وَلا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلا أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ 
                       Maksudnya :
iv." Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhan mereka dihimpunkan."
                           [Surah سورة الأنعام Al-An'Aam : 38 ] 
سَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ 
                      Maksudnya :
v."Telah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." 
          [ Surah سورة الجمعة Al-Jumu'ah : 1]
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
                  Maksudnya : 
vi." Telah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." 
          [ Surahسورة الحشر  Al-Hasyr : 1 ]        
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 
            Maksudnya :
vii." Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, hanya Allah sahaja yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji-pujian; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." 
            [ Surah سورة التغابن‎‎  At-Taghaabun :1 ]
وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ 
                       Maksudnya :
viii." Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya."
                   [ Surah سورة الرعد‎‎ Ar-Ra'd : 13 ]


Golongan sufi As Sunnah amat takut melakukan dosa maksiat dan kemungkaran terhadap Allah apabila mereka membaca, memahami dan menghayati Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة الإسراء  Al-Israa' ayat 36 ini :
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا
                       Maksudnya :
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya."
Mereka bertambah-tambah lagi takut kepada Allah apabila membaca dan menghayati Hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan bahawa setiap diri hamba Allah itu akan dipertanggungjawabkan, ditanya, dihisab dan diadili dengan seadil-adilnya di akhirat kelak melalui Tiga Dewan walaupun dalam perkara-perkara kecil (jika dikehendaki Allah) yang dilakukan di sepanjang hayatnya ketika hidup di dunia seperti yang dimaksudkan :
 i.   Dewan "Lima" yang akan menanyakan "Kenapa."
ii.   Dewan "Kaifa" yang akan menanyakan  "Bagaimana." 
iii.  Dewan "Liman" yang akan menyakan " Kerana Siapa." 
Adalah teramat sukar bagi seseorang hamba Allah untuk memberikan jawapan daripada sekecil-keci perkara hinggalah kepada perkara-perkara besar yang dilakukannya pada setiap detik di sepanjang hayatnya di dunia bersaksikan anggota tubuh badannya sendiri dan segala catatan amal oleh dua orang malaikat berkenaan.
 
Mereka amat takut, bimbang dan amat mengharapkan rahmat pertolongan Allah apabila dihadapkan dalam perbicaraan yang maha adil di akhirat kelak sebagaimana yang disebut dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاه
             Mُaksudnya :
i."Dari Abu Barzah Al-Aslami berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya'.” [HR Tirmizi ]

Hadis daripada Ibn Mas’ud r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda:

لاَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ

                Maksudnya: 

ii.“Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri 'di sisi' Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.”

                       [Hadis riwayat al-Tirmizi ]

Lebih memberatkan lagi apabila dia mengetahui lebih lanjut daripada maksud Hadis berikut: 
Rasulullah s.a.w. ada bersabda kepada Muaz bin Jabal:
"إن الرجل ليسئل عن كحل عينيه وعن فته الطين بأصبعيه وعن لمسه ثوب أخيه"
               Maksudnya :
“Bahawasanya seseorang lelaki itu akan ditanya mengenai sebab ia mencelak dua matanya dan mengenai (sebab kenapa) ia memecah tanah liat dengan dua anak jarinya dan mengenai (kenapa) ia menyentuhi baju saudaranya.”
Mereka juga  teramat takut dan bimbang bagimanakah takdir ketentuah Allah terhadap diri mereka di akhirat kelak apabila menbaca, memahami dan menghayati Firman Allah dalam surah سورة الإسراء  Al-Israa' ayat 71-72 ini :
يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلا يُظْلَمُونَ فَتِيلا (71) وَمَنْ كَانَ فِي هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الآخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيلا (72 
                        Maksudnya : 
" (Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun. (71)  
Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)."(72)
 Demikian juga dengan Firman Allah dalam surah سُوۡرَةُ الکهف Al-Kahfi ayat 49 :
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلا كَبِيرَةً إِلا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا 
                    Maksudnya : 
" Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata : 'Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiya seorang juapun'."
Golongan ahli sufi As-Sunnah yang hak juga amat menjaga segala amal ibadat mereka sama ada ibadat-ibadat khusus yang difardukan atau apa juga perkara yang dirahmati dan dikurniakan Allah dengan ganjaran pahala  agar tidak menjadi sia-sia belaka kerana tidak melakukannya mengikut kaifiat hukum syarak yang ditetapkan, mempunyai sifat-sifat mazmumah pada dirinya dan tidak ikhlas melakukannya semata-semata kerana Allah. Golongan ahli sufi ini cukup menghayati pengertian hadis panjang yang diriwayatkan oleh Abdullah Al-Mubarak daripada seorang lelaki bahawasanya ia  berkata kepada  Muaz bin Jabal r.a. yang antara intipatinya bermaksud :
"Aku dengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada aku : Wahai Mu'az. Kataku : Ya, dengan bapa ku, kau dan ibu ku wahai Rasullullah. Sabdanya : Aku mengkhabarkan kepada engkau satu Hadis jika kau menghafaznya nescaya memberi manfaat kepada engkau dan jika kau mencuaikannya dan tidak menghafaznya nescaya terputus hujah engkau di sisi Allah pada Hari Kiamat. Wahai Mu'az bahawasanya Allah SWT mengadakan tujuh orang malaikat sebelum mengadakan segala lapisan langit dan bumi. Kemudian Ia mengadakan segala lapisan langit dan Ia jadikan tiap-tiap satu lapisan langit itu seorang malaikat yang menjaga pintu ke atasnya dan membesarkannya kemuliaan Allah.  
Maka naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawakan amalan seorang hamba yang daripada ketika pagi hingga ke petang ada baginya cahaya seperti matahari hingga apabila dia naik dengan membawanya kepada langit dunia ia memperkatakan bersihnya dan ia membanyakkan kepujian terhadapnya. Kata malaikat (penjaga pintu langit pertama) kepada Malaikat-malaikat Hafazah: Pukulkanlah dengan amalan ini kepada muka tuan punyanya. Aku ialah yang menjadi penjaga UMPATAN, menyuruh kepada aku oleh Tuhan ku bahawa tidak aku membiarkan amalan orang yang ada umpati manusia itu melampaui aku daripada yang lain. (dibawa kepada lapisan langit kedua dan seterusnya hingga ke langit ke tujuh ......... ).  
"Dan naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawa amalan-amalan hamba daripada sembahyang, puasa, haji, umrah dan kelakuan adab perangai baik, diam tiada berkata-kata pada perkara yang sia-sia dan membaca zikrullah.Memuliakannya oleh malaikat-malaikat segala lapisan langit hingga memutuskan [melalui] mereka dengan amalannya itu segala hijab [rintangan] semuanya kepada Allah Azawajalla.  
Maka berdiri Malaikat-malaikat Hafazah "di hadapan-Nya" dan menaik saksi baginya dengan amalan soleh yang berikhlas kerana mentaati Allah.  Maka Firman Allah kepada mereka : " Kamu Malaikat-malaikat Hafazah penjaga di atas amalan zahir hamba-Ku dan Aku ialah Yang Amat Mengetahui lagi Yang Amat Melihat di atas dirinya [hatinya].  Bahawasanya ia tiada mengkehendaki dengannya lain daripada Aku.  Maka di atasnya kelaknatan-Ku". Maka kata malaikat-malaikat sekalian: "Di atasnya kelaknatan kami dan melaknatkannya oleh segala tujuh lapis langit dan bumi dan sekalian mereka yang ada padanya....." (hingga akhir Hadis).
Dalam Hadis yang lain ada menjelaskan :
 إِنَّ اللهَ لَا يَقْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلَّامَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ
                                    Maksudnya :
"......'Sesungguhnya Allah tidak akan menerima suatu amal kecuali disertai dengan keikhlasan dan semata-mata kerana mencari keredaan Allah'." [HR. An-Nasai]
 [ Lihat :  KEMULIAAN MANUSIA dan KEMULIAAN IBADAT ] 

Ahli-ahli sufi As-Sunnah yang hak juga akan sentiasa muhasabah terhadap dirinya dan mengelakkan dirinya sendiri daripada melakukan apa juga perkara yang boleh menjejaskan ibadah dan pahala kebajikannya walaupun dianggap sangat kecil khususnya dalam perhubungannya sesama insan dan segala makhluk Allah. Dia amat bimbang lagi takut akan termasuk sebagai orang yang melakukan kezaliman terhadap orang lain hingga menyebabkan orang yang 'dizaliminya' menuntut haknya di akhirat kelak. Dia sentiasa menjaga dirinya dari melakukan sebarang kezaliman dan berusaha menjadikan dirinya sebagai seorang yang pemaaf, saling hormat-menghormati dan bersilaturrahim serta berbaik sangka sesama manusia. Adalah amat ditakuti jika perkara ini tidak diambil kira serta dihindarkan dan diberikan perhatian berat dia boleh termasuk golongan 'muflis' di akhirat kelak sebagaimana yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w. :

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ 
بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ 
مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ 
حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ 
يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ 
فِي النَّارِ

                          Maksudnya :
"Tahukah kamu siapakah yang muflis? Sahabat menjawab: 'Orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.' Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:  Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seorang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dahulunya (ketika hidup di dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang.Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya. Dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi. Apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orng tersebut. Maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka."                        
                           [  Hadis Riwayat Muslim ] 

 

Firman Allah dalam al-Quran surah سورة العنكبوت Al-Ankabut ayat 2-3 menjelaskan bahawa setiap orang yang mengaku sudah beriman akan dikenakan ujian untuk menguji dan mengukur keikhlasan dan kesabaran mereka beragama :
 أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (2وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3 
                       Maksudnya :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan : 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi.(2)   
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia Mengetahui orang-orang yang dusta."(3)
 Peringatan Allah  ini terkandung juga dalam surah-surah lain. Antaranya ialah :
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ 
                   Maksudnya :  
i." Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesangsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?'. Ingatlah, sesunguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
                         [ Surah  سورة البقرة Al-Baqarah : 214
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ 
                    Maksudnya :
ii."Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan."
                       [ Surah  سورة  الأنبياء  Al-Anbiyaa: 35 ]
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ 
عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
                      Maksudnya :  
iii."Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan/ujian dan sesungguhnya di sisi Allâh-lah jua pahala yang besar. "
                          [  Surah الأنفال سورة Al-Anfal : 28
Ahli-ahli sufi yang hak juga amat memahami bahawa segala ujian Allah amat besar rahsia dan hikmahnya yang telah ditakdirkan Allah kepada hamba-hamba pilihan yang dikasihi-Nya mengikut martabat kemuliaan masing-masing di sisi-Nya untuk kebahagian dan kesejahteraan hidup mereka yang abadi di akhirat kelak sebagaimana yang disebut di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. :

قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ! أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً ؟ قَالَ : الأَنْبِيَاءُ ، ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ ، فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ ، فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاَؤُهُ ، وَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِيَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ ، فَمَا يَبْرَحُ البَلاَءُ بِالعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ . (رواه الترمذي
Maksudnya :
i.“Saya bertanya, Wahai Rasulullah ! siapakah manusia yang paling berat ujiannya? Beliau menjawab: 'Para Nabi, kemudian orang yang paling bagus dan paling bagus. Sehingga seseorang diuji bersesuaian dengan agamanya. Kalau agamanya kuat, maka dia akan diberi ujian yang berat. Kalau agamanya lemah, maka diuji sesuai dengan agamanya. Tidaklah ujian berada dari seorang hamba sampai dia meniggalkannya dan berjalan di atas bumi sementara dia tidak mempunyai kesalahan (dosa)'.” [HR. At-Tirmizi ]
وعن أبي سعيد وأبي هريرة رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏"‏ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم، حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه‏"‏ ‏‏‏(متفق عليه)‏‏‏ 
Maksudnya : 

 ii." Tidak ada satu musibah yang menimpa setiap Muslim, baik rasa kepenatan, sakit, bingung, sedih, gangguan orang lain, resah yang mendalam, sampai duri yang mencucuk di badannya, kecuali Allah jadikan hal itu sebagai sebab pengampunan dosa-dosanya." [HR Bukhari dari Abu Hurairah r.a. ]  

 Ahli-ahli sufi yang melalui perjalanan "Muraqabah"( مراقبة) amat takut dan bimbang apabila membaca dan memahami peringatan-peringatan Allah ini kerana Allah Maha Mengetahui apakah ketetapan takdir dan ujian-ujian yang pasti akan ditimpakan kepada mereka. Namun dengan ilmu, keyakainan, keikhlasan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah mereka akan menghadapinya dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Hati mereka terhibur dan aman tenteram apabila membaca dan memahami janji-janji Allah yang terkandung di dalam beberapa ayat al-Quran. Sesungguhnya janji Allah itu amat benar dan Allah tidak sesekali memungkiri janji-janjiNya. Antara Firman-Nya di dalam al-Quran ialah :  

وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ 
                           Maksudnya : 
i." Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar."
                       [ Surah سورة آل عمران  Ali 'Imran : 146 ]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ 
                    Maksudnya :  
ii."Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta (rahmat dan pertolongan-Nya) orang-orang yang sabar ." 
                          [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 153  
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
                        Maksudnya :  
iii." Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung."
                          [ Surah سورة آل عمران Ali 'Imran : 200

 

وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ (115 

                      Maksudnya :

iv." Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (114)  
Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."(115) 
               [ Surah سورة هود‎‎ Hud : 114-115 ]      
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا 
                       Maksudnya :
v." Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasaan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."
                  [Surah سورة الكهف Al-Kahfi : 28 

 [ Lihat:QADHA dan QADAR dan Had Batasan Akal Manusia ] 

Salah satu ujian Allah yang sentiasa dihadapi orang-orang yang beriman datangnya daripada dalam dirinya sendiri iaitu dalam bentuk bisikan sama ada disedarinya/diketahui atau tidak. Dalam Hadis Nabi ada menjelaskan bahawa setiap diri manusia ada disertakan Allah Taala dua kembarannya (Qarin), seorang malaikat untuk menyuruh membuat kebajikan dan seorang syaitan untuk menyuruh membuat kejahatan melalui bisikan lintasan-lintasan di hati.
 
Adapun 'kembaran' syaitan bagi Nabi Muhammad s.a.w. itu ianya menjadi Muslim dan tidak menyuruh melainkan kepada kebajikan sahaja. Kembaran syaitan bagi manusia yang lain daripada para Nabi dan Rasul Alaihimusalam itu semuanya syaitan yang tidak menjadi Muslim sebagaimana yang tersebut di dalam maksud Hadis berikut:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. kepada Abdullah Mas'ud yang bermaksud : 
"Setiap kamu ada Qarin (kembaran)  daripada bangsa jin (syaitan), dan juga Qarin (kembaran)  daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: 'Engkau juga ya Rasulullah?'. Sabdanya: 'Ya aku juga ada, melainkan bahawasanya Allah SWT telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat diislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan saja'."
 Demikian juga dengan kandungan maksud Hadis berikut :
Rasulullah s.a.w bersabda: 
"في القلب لمتان لمة من الملك ايعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذلك فليعلم أنه من الله سبحانه وليحمد الله ولمة من العدو ايعاد بالشر وتكذيب بالحق ونهي عن الخير فمن وجد ذلك فليستعذ بالله من الشيطان الرجيم" 
                    Maksudnya : 
“Pada hati itu ada dua lintasan, satu lintasan daripada malaikat  yang menjanjikan dengan kebajikan (yakni menyuruh berbuat kebajikan) dan membenarkan dengan (apa yang) hak. Barangsiapa mendapati akan yang demikian itu, maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu ialah daripada Allah SWT dan hendaklah ia memuji Allah. Dan satu lintasan daripada seteru iaitu menjanjikan dengan kejahatan (yakni menyuruh dengan kejahatan) dan mendustakan perkara yang hak dan menegah daripada kebajikan. Maka barangsiapa mendapati yang demikian, ia hendaklah minta dilindungi dengan pertolongan Allah daripada syaitan yang kena laknat.”
 Di dalam maksud Hadis Rasullullah s.a.w. yang lain ada menyatakan juga bahawa:
 فالقلب متجازب بين الشيطان والملك وقد قال صلى الله عليه وسلم " في القلب لمتان لمة من الملك ايعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذلك فليعلم انه من الله سبحانه وليحمد الله ولمة من العدو ايعاد بالشر وتكذيب بالحق ونهي عن الخير فمن وجد ذلك فليستعذ بالله من الشيطان الرجيم  ثم تلا قوله تعالى: "الشيطان يعدكم الفقر ويأمركم بالفحشاء ... "
                     Maksudnya :  
“Maka hati itu (badan batin) saling tarik-menarik di antara syaitan dan malaikat.Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Dalam hati ada dua lintasan, satu lintasan daripada malaikat menjanjikan dengan kebaikan dan membenarkan yang hak. Maka barangsiapa dapat (hal) yang demikian maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu adalah daripada Allah Subhanahu dan hendaklah ia memuji Allah; dan satu lintasan daripada seteru, menjanjikan dengan kejahatan, mendustakan apa yang hak (benar) dan mencegah dari (membuat perkara) kebaikan. Barangsiapa mendapati yang demikian itu hendaklah ia minta perlindungan Allah dari syaitan yang dilaknat. Kemudian ia (Nabi) membacakan Firman Allah Taala :الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ  
yang bermaksud: 'Syaitan itu menjanjikan kamu sekalian (dengan) kemiskinan dan menyuruh kamu sekalian dengan segala perkara keji ..…'.  [Surah سورة البقرة al-Baqarah, ayat 268]."       
 Di samping itu seseorng ahli sufi yang hak juga amat memahami, menyedari  dan sentiasa berwaspada terhadap kebenaran Firman Allah dalam al-Quran surahسورة الحجر Al-Hijr 39-42 :
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ   (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ (42
                     Maksudnya : 
"Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. (39) 
Kecuali hamba-hamba Engkau yang MUKHLIS di antara mereka. (40)  
Allah berfirman: 'Inilah jalan kepada-Ku yang lurus; kewajipan Aku (menjaganya) (41).  
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman) tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat."(42) 
 Perihal bisikan syaitan ini ada difirmankan Allah dalam al-Quran surah سورة الأنعام  Al-An'am ayat 112-113 : 
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ (112) وَلِتَصْغَى إِلَيْهِ أَفْئِدَةُ الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ وَلِيَرْضَوْهُ وَلِيَقْتَرِفُوا مَا هُمْ مُقْتَرِفُونَ (113
          Maksudnya : 
" Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tingglkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (112) 
Dan (juga) agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, mereka merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaitan) kerjakan."(113) 
Seseorang ahli sufi yang hak juga amat berwaspada apabila membaca dan memahami betapa syaitan Iblis akan berterusan memperdaya untuk merosakkan manusia seperti maksud Firman Allah dalam surah سورة الأعراف‎‎ Al-A'raaf ayat 17 ini :
 ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ 
                         Maksudnya : 
"Kemudian aku (Iblis) akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakang mereka, dari  kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanykan mereka bersyukur (ta'at).

 [ Lihat : TIPU DAYA SYAITAN IBLIS (Bhg 2) ]

Adalah sesuatu yang teramat sukar bagi seseorang  yang tidak mempunyai ilmu pengethuan agama yang selayaknya dan beribadat kepada Allah dengan penuh IKHLAS dapat menghindarkan dirinya dari terkena tipu daya syaitan. Demikian juga adalah satu cabaran yang amat sukar bagi golongan ahli sufi yang melalui titian "Al-Muraqabah" dapat melintasinya dengan selamat sekiranya tidak mempunyai perisai ilmu, doa dan amalan yang kukuh untuk memahami dan membezakan di antara "bisikan malaikat" dan "bisikan syaitan."

Amalan zikirullah dengan melafazkan kalimah memuji-muji dan mengagung-agungkan kesucian dan kebesaran Allah SWT banyak disebut di dalam al-Quran sebagai salah satu cara memperhambakan diri terhadap Allah Yang Maha Agung, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa semoga medapat limpahan rahmat, keredaan dan keampunan-Nya. Antarannya ialah Firman Allah seperti berikut :  

Related image
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ 
                        Maksudnya :
i."Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
               [ Surah سورة الأعراف‎‎ Al-A'raaf : 205 ] 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43)
                        Maksudnya :
ii. " Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.(41) 
Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. (42)
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah dia Maha Penyayang kepada orang-orng yang beriman.(43)" 
           [Surah  سورة الأحزاب‎‎ Al-Ahzab : 41-43 ]  
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (28) الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ (29
                         Maksudnya :
iii." (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (28) 
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik." (29) 
            [ Surahسورة الرعد   Ar-Ra'd:28-29 ] 
(25)وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَّاَصِيْلًاۚ 
(26)وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَٱسۡجُدۡ لَهُۥ وَسَبِّحۡهُ لَيۡلٗا طَوِيلًا

                     Maksudnya :

iv. " Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang. ( 25 )

Dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari." ( 26 )

               [ Surah  سورة الإنسان  Al Insan : 25-26 ]               

Bagi golongan ahli sufi yang sudah mencapai ke tahap yang tinggi amalan zikirullah adalah 'makanan' kerohanian mereka pada setiap detik hayatnya sama ada secara lisan atau di dalam hatinya ( qalbunya). Hati dan fikirannya karam mengingati dan memuliakan kebesaran Allah SWT sahaja hingga dia melupakan sama sekali hal-hal yang lain daripada Allah. Maka terbitlah amalan zikir yang dinamakan Zikr Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) yang sering disalahfaham atau disalahertikan oleh golongan yang tidak memahami Ilmu At-Tauhid Ahli Sunnah Wal Jammah hingga membawa kepada maksud menyatukan Zat(Diri) Allah yang Qadim dengan zat makhluk yang baharu yang akhirnya memberi erti kepada pegangan dan fahaman "mensyirikkankan/menyekutukan " Allah.

Adapun yang dimaksudkan dengan Zikr Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) ialah ketika seseorang itu melafazkan Zikir La Illahaillallah  لا إله إلا الله  dia beriktiqadkan bahawa semua makhluk yang ada hendaklah 'dinyahkan' atau 'dinafikan' daripada ingatan di minda dan hati kerana pada asalnya kesemua makhluk dan setiap sesuatu yang dijadikan Allah itu tidak ada sama sekali atau belum diadakan, kemudian Allah mengadakannya dengan Qadrat-Nya yang Qadim daripada semata-mata tidak ada kepada ada berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali.

Ini bermakna segala sesuatu seperti masa, tempat, malaikat, jin, manusia, roh,syurga, neraka, Al-'Arasy, Al-Kursi, gerak, diam, huruf, warna, rupa, suara, sunyi-senyap dan apa juga yang dinamakan alam dan makhluk daripada yang paling kecil halus hinggalah kepada yang paling besar sama ada yang zahir nyata atau yang tidak kelihatan pada pemandangan mata kepala manusia pada asalnya tiada atau belum dijadikan Allah. Kemudian hendaklah 'diithbatkan' atau dimasukkan ke dalam pemahaman di hati dan minda bahawa sebelum diadakan semua makhluk, yang ADA hanya Allah SWT sahaja sebagaimana Dia ADA itu juga penuh dengan kemuliaan dan ketinggian martabat Asma' Ullah Al-Husna.

Adanya Allah itu tidak sesekali menyamai dengan adanya makhluk. Allah itu ada, sentiasa ada, selama-lamanya ada dan tidak berkeputusan adanya. Dia-lah yang awal yang tiada berawal bagi-Nya dan Dia-lah yang akhir yang tiada berakhir bagi-Nya. SEBELUM diadakan masa dan tempat dan setiap sesuatu yang diadakan Allah, maka hanya Allah sahaja yang ada. Setelah diadakan masa dan tempat serta setiap sesuatu yang dimaksudkan di atas, maka Allah begitu juga dengan kebesaran, kemuliaan dan kesempurnaan-Nya tidak bertambah dan berkurangan. Sesungguhnya Dia tidak sesekali mengambil faedah dan berhajat kepada setiap sesuatu yang diadakan-Nya**


Adalah menjadi satu kesalahan yang amat besar dari segi pegangan iktiqad dan  akidah keimanan kepada Allah sekiranya maksud  Zikr Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله )  ini diertikan atau diiktiqadkan bahawa yang wujud hanya Zat [Diri] Allah belaka dan Zat Allah itu bersatu hakikat atau bersatu-padu dengan zat makhluk kerana makhluk itu dikatakan tidak wujud. Salah fahaman terhadap pengertian kalimah "Nafi Ithbat"  (نفی اثبات)  ini memberi erti bahawa segala makhluk yang dijadikan Allah ini tidak wujud dan semua makhluk yang wujud ini kesemuanya Allah belaka.

Ahli sufi dari golongan ahli sunnah yang hak cukup memahami pengertian ini bersandarkan kepada maksud Hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan bahawa
membaca dan memahami kandungan Ilmu At-Tauhid yang terdapat pada maksud kalimah Illahaillallah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) yang sangat luas tafsilnya itu dan beriman kepadanya adalah tersangat besar fadilat dan hikmahnya kerana kalimah syahadah At-Tawhid ini adalah teras pegangan  akidah keimanan seseorang Muslim. Dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada menyebutkan yang antara lain berbunyi :
وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّمَ اَيْضًا لِأبِي هُرَيْرَةَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ اِنَّ كُلَّ حَسَنَةٍ تَعْمَلُهَا تُوْزَنُ يَومَ القِيَامَةِ إِلاَّ شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّهَا لَا تُوْضَعُ فِي مِيزَانٍ لِأَنَّهَا لَوْ وُضِعَتْ فِي مِيزَانٍ مَنْ قَالَهَا صَادِقًا وَوُضِعَتْ السَّمَوَاتِ السَّبْعُ وَالْاَرْضُونَ السَّبْعُ وَمَا فِيهِنَّ كَانَ لاَ إِلَهِ إِلاَّ اللهُ أَرْجَحُ مِنْ ذَلِكَ.
                        Maksudnya :
" Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : 'Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan  itu ditimbang pada hari kiamat melainkan syahadat La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ).
Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar [benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ] dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah   La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) lebih berat daripada demikian itu." 
Mereka tidak akan sesekali mengikuti dan berpegang dengan pemahaman ahli sufi yang berpegang kepada ajaran Wahdat-al-wujud ( وحدة الوجود  ) atau "wujud yang satu" kerana  akan membatalkan fadilat zikrullah dan merosakkan akidah keimanan mereka. Jika seseorang ahli sufi itu tidak berpegang kepada iktiqad keimanan Ahli Sunnah wal Jammah, maka dia tidak termasuk dalam golongan ahli sufi As-Sunnah yang hak.



Terdapat satu lagi pemahaman yang dikaitkan dengan ketiggian martabat seseorang ahli sufi iaitu Maqam Al-Fana' U-Billah  (مقام الفناء بالله) dan Al-Baqa' U-Fillah. Istilah yang dikhususkan kepada tingkatan amalan dan kefahaman golongan ahli sufi yang telah mencapai ke tahap martabat Muraqabah  ( مراقبة) yang terjumlah sebagai golongan martabat tertinggi ahli "AL-MUQARRABUN" ( .( المقربونGolongan ini terbahagi kepada dua iaitu golongan As-Siddiqin (الصديقين) dan golongan Ashabulyamin   (اصحاب اليمين)  . Mereka adalah golongan "Aulia Allah" yang amat dimuliakan Allah. Mereka mungkin hidup terpinggir dalam 'uzlah' yang  tidak dikenali atau dipedulikan oleh umat manusia biasa di bumi tetapi amat terkenal di kalangan para malaikat di langit. 

Di antara Firman Allah di dalam al-Quran yang menjelaskan hal ini ialah:
أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ (11) فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (12 
                       Maksudnya :
i." Mereka itulah orang "al-Muqarrabun" yang 'didekatkan' (kepada rahmat Allah) (11)
Berada dalam syurga-syurga kenikmatan.(12)"
                 [Surah سورة الواقعة  Al-Waaqi'ah : 11-12 ]
إِذْ قَالَتِ الْمَلائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ (45) وَيُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلا وَمِنَ الصَّالِحِينَ (46
                    Maksudnya :
ii."(Ingatlah), ketika Malaikat berkata : 'Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang dijadikan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al-Maseh 'Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan salah seorang di antara "al-muqarrabin" yang didekatkan (kepada rahmat Allah). (45)   
Dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian (ketika bayi) dan ketika sudah dewasa dan dia adalah seorang di antara orang-orang yang soleh."(46)
                       [Surah سورة آل عمران  Ali 'Imran : 45-46 ] 
 وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ (27) فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ (28 
                      Maksudnya : 
iii."Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.(27)
Berada di antara pohon bidadara yang tidak berduri,(28) 
                     [Surah سورة الواقعة  Al-Waqi'aah :  27-28 ] 
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا
                            Maksudnya :
iv."Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerhi nikmat Allah, iaitu Nabi-nabi, para Siddiqien, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya."
                        [ Surah سورة النساء  An-Nisaa': 69 ]
وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ أُولَئِكَ هُمُ الصِّدِّيقُونَ وَالشُّهَدَاءُ عِنْدَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ  
                        Maksudnya :
v."Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mereka itu orang-orang yang Shiddiqien dan orang-orang yang menjadi saksi di sisi Tuhan mereka. Bagi mereka pahala dan cahaya mereka. Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka."
                       [Surah سورة الحديد‎‎ Al-Hadid : 19 ] 
Orang-orang mukminin/mukminat soleh yang terjumlah dalam golongan sufi Ahli Sunnah wal Jamaah ini mempunyai kefahaman yang luas lagi mendalam terhadap Ilmu At-Tawhid dan cukup memahami pengertian ADA Allah mengikut pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al-Husna, maksud Hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri dan memahami pengertian At-Tanzihu yang terdapat dalam kandungan kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahadah At-Tawhid dan Syahadah Ar-Rasul.

Sesungguhnya barangsiapa yang telah memahami, beriman dan berpegang teguh terhadap segala kandungan ilmu yang terdapat di dalam sumber-sumber rujukan di atas, apabila dia melafazkan zikrullah dia menghayati sepenuhnya Ilmu At-Tawhid dengan hanya mengingati segala ilmu tentang kemuliaan dan kebesaran Allah sahaja seperti yang diperjelaskan di dalam bahan-bahan sumber rujukan tersebut. Hatinya melupakan sama sekali daripada mengingati segala perkara berkaitan makhluk Allah .

Orang mukmin soleh yang sudah mencapai tahap ini, dia sudah terjumlah sebagai orang yang mendapat martabat Maqam Al-Fana' U-Billah yang bermaksud ketika melafazkan zikrullah 'hatinya telah melupakan langsung daripada mengingati segala barang/perkara/sesuatu yang lain daripada Allah'. Dia mendapat fadilat yang amat besar daripada zikrullah yang dibacanya kerana ketika lidahnya melafazkan kalimah-kalimah zikrullah hatinya tertumpu sepenuhnya mengingati dan menghayati segala kandungan ilmu mengenai kemuliaan dan kebesaran Allah SWT sahaja. 

Dia dapat berbuat demikian oleh sebab dia cukup memahami segala makna dan tafsil ilmu yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna dan pengertian At-Tanzihu yang terkandung di dalam sumber-sumber yang tersebut di atas. Pencapaian ketinggian martabat ini baru berada di peringkat pertama.

Apabila sudah mencapai ke tahap martabat yang lebih tertinggi lagi seseorang mukmin yang soleh itu tiada mengirakan lagi saat dan ketikanya dia melafazakan zikrullah memuji dan membesarkan kemuliaan Allah SWT. Walaupun lidahnya tidak melafazkan kalimah-kalimah zikrullah tersebut tetapi hatinya tidak lupa dan tidak sedetik pun  lalai  daripada mengingati kebesaran dan kemuliaan Allah sebagaimana yang terkandung pada segala makna nama-nama Allah yang Allah Taala sentiasa memuji Diri-Nya sendiri dengan-Nya, segala makna yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al-Husna dan kandungan ilmu pada bab At-Tanzihu.

Ketinggian martabat yang amat mulia di sisi Allah ini dinamakan Maqam Fana' Ul-Fana' atau Maqam Al-Baqa' U-Fillah yang bermaksud seseorang mukmin soleh itu telah menghabisi segala waktu di sepanjang hayatnya dengan mengingati kebesaran dan kemuliaan Allah sahaja. Hatinya karam dalam lautan ilmu mengenali Allah dan terus melupakan daripada mengingati segala perkara dan hal yang lain daripada Allah. Maka apabila dia melafazkan zikirullah atau ada juga yang menyebut Zikr Nafi Ithbat Laillaha Illah  (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) fikiran dan mata hatinya tidak mengingatkan makhluk lagi atau menafikan bahawa makhluk itu sudah ada sebelum Allah mengadakannya sebagaimana yang dimaksudkan pada pengertian At-Tanzihu yang terkandung di dalam Terjemah Aqidah Ahli-Assunah Pada Makna Syahdah At-Tawhid.

Ahli zikir itu memahami dan mengingatkan dengan mata hatinya [pancaindera yang ke enam atau Al-H'assu Assadisu (الحس السادس) dengan mengithbatkan atau menanamkan di dalam hatinya (qalbu)bahawa sebelum diadakan sekalian makhluk-Nya hanya Allah sahaja yang Ada sebagaimana Dia Ada dengan segala ketinggian martabat kemuliaan Asma' Ul-Husna-Nya yang terkaya dari segala sifat kelemahan. Hatinya karam menghayati segala ilmu yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna, Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah, Hadis Rasulullah s.a.w. yang memperjelaskan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri Pada Setiap Hari dan ayat-ayat al-Quran yang menerangkan Zat dan Sifat-sifat Allah yang Qadim lagi Azali. Ringkasnya ketika seseorang ahli zikir itu berzikir dia melupakan atau menafikan dengan tidak lagi mengingatkan makhluk tetapi hanya tertumpu atau mengithbatkan dengan penuh khusyuk terhadap ilmu pengenalan kepada Allah sahaja.

Keadaan mereka ini boleh diumpamakan seperti seorang hamba Allah di sebuah negeri telah menerima khabar rasmi daripada pihak berkuasa bahawa Raja Pemerintah negeri itu akan datang ke rumahnya untuk menziarahinya pada suatu tarikh yang termaklum. Hamba Allah tersebut sudah pasti membuat segala persiapan secukupnya untuk menyambut kedatangan Raja Pemerintah tersebut. Setiap detik hidupnya sudah pasti memikir dan melakukan berbagai-bagai hal yang diperlukan bagi menyambut kedatangan Raja daripada perkara-perkara besar hinggalah kepada hal-hal yang paling kecil. Hatinya tidak mengingati dan memikirkan hal-hal lain lagi.  Bahkan jika ditegur orangpun dia seolah-olah tidak lagi mendengarkannya atau menghiraukannya kerana hatinya terlalu khusyuk dan karam memikirkan hal Raja tersebut. 

Misalan ini adalah di kalangan sesama manusia makhluk Allah. Bagaimana pula jika seseorang alim yang amat luas lagi mendalam ilmunya mengenai Allah apabila dia berzikir bertahmid  memuji dan memuliakan Allah yang mengadakan sekalian alam?  

[Lihat :
Golongan  sufi Ahli Sunnah yang hak juga amat memahami dan menghayati kehendak makna Firman Allah dalam al-Quran سورة الشورى surah Asy-Syuura ayat 11:      
                            " لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَئٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيرُ....."
                   
                          Yang  diertikan bahawa: 
"......Allah SWT itu tiada seperti seumpama "sesuatu" apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat."         
 Di samping itu sewajarnya mereka cukup arif untuk memahami kehendak maksud kalimah: لَنْ تَرَانِي dalam ayat al-Quran :
وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
                 Maksudnya :
"Dan tatkala Musa telah datang pada miqat Kami (waktu yang ditentukan) dan Tuhannya telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: 'Ya Tuhanku, tunjukkan kepada ku untuk aku melihat kepada EngkauDia (Tuhan) berfirman: Kamu tidak (sesekali) akan dapat melihat-Ku (iaitu dalam dunia ini) tetapi lihatlah ke gunung itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku (kebesaran-Ku); maka ketika Tuhannya menzahirkan (kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) hancur-leburlah gunung itu dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orang yang pertama dari orang-orang yang beriman". 
                   [Surah  سورة الأعراف‎‎  Al-A'raaf: 143] 
 dan  ayat al-Quran surah سورة الأنعام Al-An'aam :103
     لا تُدْرِكُهُ الأبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الأبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ 
      Maksudnya : 
 “Dia tidak dapat dilihat (oleh segala penglihatan mata di dunia(, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan (mata), dan Dia-lah Yang Al-Latiff lagi Maha Mengetahui”.  
Setiap ahli sufi yang hak juga sewajarnya cukup arif dengan maksud dan pengertian Hadis Rasulullah s.a.w berikut dan penjelasannya dengan kedua-dua ayat al-Quran di atas :
عَنْ جَرِيْرٍ  قَالَ: كُنَّا جُلُوْسًا عِنْدَ النَّبِيِّ  إِذْ نَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ قَالَ: إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لاَ تُضَامُّوْنَ فِيْ رُؤْيَتِهِ فَإِنْ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوْا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَصَلاَةٍ قَبْلَ غُرُوْبِ الشَّمْسِ فَافْعَلُوْا
             Maksudnya :  
"Dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu berkata, 'Ketika kami duduk-duduk bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tiba-tiba beliau melihat ke arah bulan di malam purnama "Al-Bader" seraya berkata, ’Sesungguhnya kalian akan melihat Tuhan kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini. Kalian tidak samar dalam melihatnya. Jika kalian mampu untuk tidak meninggalkan solat sebelum terbitnya matahari (Subuh) dan solat sebelum terbenamnya matahari (Asar), maka lakukanlah.”   
[HR al-Bukhari/ Muslim]
Adalah menjadi sesuatu yang teramat mudah bagi golongan sufi yang berpegang teguh kepada iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk memahami maksud ungkapan kata berikut seperti yang terkandung di dalam Kitab Ihya'Ulumuddin yang membawa maksud bahawa :
"Allah itu bukan JIRIM, bukan JISIM, bukan JAUHAR, bukan JAUHAR MURAKKAB, bukan JAUHAR FIRID dan bukan 'ARADH." 
[Lihat :

i.  JIRIM, JISIM, JAUHAR dan 'ARADH
ii.  AHLI SYURGA MELIHAT ZAT ALLAH DENGAN MATA KEPALA
iii.  Kenikmatan, Keindahan dan Kebahagiaan Hidup di Syurga]
Kelebihan, keistimewaan dan ketinggian martabat golongan ahli al-Muqarrabin di sisi Allah dapat dinilai daripada Firman-Nya di dalam al-Quran:              
أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ (11) فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (12) ثُلَّةٌ مِنَ الأوَّلِينَ (13) وَقَلِيلٌ مِنَ الآخِرِينَ (14 
                   Maksudnya :
i." Mereka itulah orang 'Muqarrabun' yang didekatkan (kepada rahmat Allah). (11)
Berada di dalam syurga-syurga kenikmatan.(12) 
Segolongan besar dari orng-orang yang terdahulu,(13) 
dan segolongan kecil dari orang-orng kemudian."(14)
                   [Surah  سورة الواقعة Al-Waaqi'ah : 11-14] 

 

فَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ (88) فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّةُ نَعِيمٍ (89 
                     Maksudnya :
ii." Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang 'al-Muqarrbin' yang didekatkan (kepada rahmat Allah),(88) 
maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga kenikmatan.(89)"
                      [Surah سورة الواقعة  Al-Waaq'ah : 88-89 ]
 Kelebihan dan keistimewaan golongan ahli Al-Muqarrabin ini dapat dinilai juga dengan kandungan do'a Rasulullah s.a.w. sendiri bermohon kepada Allah agar dapat bersama golongan ini yang sebahagian daripada kandungan do'a tersebut adalah seperti berikut: 
اللهم اجعلنا هادين مهتدين غير الضالين ولا مضلين حربا لأعدائك سلما لأوليائك نحب بحبك من أطاعك من خلقك ونعادي بعداوتك من خالفك من خلقك. اللهم هذا الدعاء وعليك الاجابة وهذا الجهد وعليك التكلان وإنا لله وإنا إليه راجعون. ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ذي الحبل الشديد والأمر الرشيد أسألك الأمن يوم الدين والجنة يوم الخلود مع المقربين الشهود والركع ...السجود الموفين بالعهود إنك رحيم ودود وانت تفعل ما تريد

                      Maksudnya : 
"Ya Allah!, bermula do'a ini kepada Engkau memakbulkan(nya) dan ini persungguhan ini, ke atas Engkau kami berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada-Nyalah bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada keupayaan mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang amat mempunyai kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak.  

Aku memohonkan kepada Engkau keamanan pada hari balasan seksa dan syurga pada hari berkekalan berserta orang-orang yang muqarrabin yang sentiasa bermusyahadah yang banyak rukuk, yang banyak sujud, yang menunaikan dengan segala janji-janji-Nya. Bahawasanya Engkau Yang Amat Mengasihani lagi Yang Amat Menyayangi dan Engkau berbuat apa yang Engkau kehendaki......."
Kemuliaan akhlak dan sifat-sifat terpuji golongan "Aulia Allah" ini mendapat balasan kurniaan Allah di akhirat kelak  seperti yang dimaksudkan di dalam maksud Hadis berikut : 
“Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.' Tanya seorang: 'Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?' Sabda baginda: 'Mereka adalah orang-orang yang saling berkasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.' Kemudian Rasulullah s.a.w membacakan Firman Allah (surah Yunus : 62) : أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ yang ertinya: 'Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati' ."
Adalah menjadi impian serta wawasan setiap ahli sufi As-Sunnah yang hak dan orang yang beriman dengan keimanan yang hak agar apabila kembali ke rahmatullah kelak mendapat tempat istimewa sebagaimana yang diwasiat dan dikhabarkan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ini :
            ".......Dan kata Sa'id bin Al-Masib : 
Tatkala sakit kehadiran wafat Abu Bakar r.a. datang orang-orang daripada para sahabat, lalu mereka berkata:  'Wahai Khalifah Rasullullah s.a.w. , perbekalkan kami, bahawasanya kami lihati engkau barang apa yang ada dengan hal engkau (sakit)'.   
Maka kata Abu Bakar r.a.:
فقال ابو بكر: من قال هؤلاء الكلمات ثم مات جعل الله  
  روحه في الأفق المبين، قالوا وما الافق المبين؟ قال 
قاع بين يدي العرش فيه رياض الله وانهار 
يغشاه كل
يوم مائة رحمة فمن قال هذا القول جعل الله روحه في هذا المكان .
                     Maksudnya: 
"Barangsiapa membaca doa ini kemudian ia mati nescaya Allah Taala tempatkan rohnya itu di al-Ufukil Mubin (الافق المبين)
Mereka berkata mereka: Apa dia al-Ufukil Mubin? Jawabnya: Satu tempat di hadapan Al-'Arasy terdapat (di dalamnya) taman-taman dan sungai-sungai di mana turunnya setiap hari seratus (100) rahmat . Maka barangsiapa membaca doa ini nescaya Allah tempatkan rohnya di tempat ini.”     
[Lihat : Doa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. ] 

Mudah-mudahan kita sebagai hamba-hamba Allah yang beriman tidak termasuk dalam golongan kiri "Ashabul Syimal" yang menerima azab seksa sebagaimana yang dimaksudkan dalam Firman Allah surah سورة الواقعة Al-Waaqi'ah ayat 41-46:
وَأَصْحَابُ الشِّمَالِ مَا أَصْحَابُ الشِّمَالِ (41) فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ (42) وَظِلٍّ مِنْ يَحْمُومٍ (43) لا بَارِدٍ وَلا كَرِيمٍ (44) إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُتْرَفِينَ (45) وَكَانُوا يُصِرُّونَ عَلَى الْحِنْثِ الْعَظِيمِ (46
                         Maksudnya :        
"Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu? (41)
Dalam (seksaan) angin yang amat panas dan air yang panas dan mendidih,(42) 
dan dalam naungan asap yang hitam, (43)
tidak sejuk dan tidak menyenangkan. (44)
Sesungguhnya mereka sebelum itu hidup bermewah-mewah.(45) 
Dan mereka terus menerus mengerjakan dosa yang besar."(46)
Jika diselusuri segala penjelasan yang dipaparkan ini besar kemungkinan akan berbangkit beberapa kekeliruan dan lantas menafikan kebenarannya. Namun bagi mereka yang mengikuti dengan teliti perjalanan hidup para sahabat Rasulullah s.a.w., para ulamak mujtahidin tersohor di dunia sejak zaman tabie'en, kehidupan para Aulia Allah seperti yang disebut dalam al-Quran dan kitabullah-kitabullah, sewajarnya akan terbitlah kesedaran bahawa bukanlah sesuatu yang mudah bagi seseorang yang beriman itu mencapai tahap "Al-Muqarrabin" الْمُقَرَّبِينَ  sebagai martabat kemuliaan tertinggi di sisi Allah yang mendapat limpahan rahmat dan keredaan Allah berkekalan hingga akhirat. Berbagai halangan getir terpaksa dilalui bermula dengan kesukaran mendaki tangga-tangga keilmuan  di bawah bimbingan ulamak Ahli Sunnah mursyid lagi yang hak. 

Mudah-mudahan paparan ilmu yang terkandung di dalam hadis berikut dapat mengilhamkan kita keutamaan untuk mempelajari, memahami dan menghayati tapak ilmu yang sewajarnya diberikan keutamaan sebelum kita melangkah seterusnya ke alam sufi yang dipenuhi berbagai-bagai cabaran onak dan duri :
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:  اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
                        Maksudnya :
"Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.:  'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azzawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya:  'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwataala."                            

***********************************************************
لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلأنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ 
                Maksudnya :
" Bukanlah kewajipan mu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah yang memberi petunjuk (memberi taufik hidayah) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa sahaja (harta yang baik) yang kamu kalian nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan  kamu kalian tidaklah membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan apa saja (harta yang baik) yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya."
             [Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 272 ] 
                                  ************************************************

  لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الأرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ  
         Maksudnya : 
 "(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri  dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
               [Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 273]
                             ***************************** 
وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُالصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِوَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَال
                Maksudnya :
" Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah 'melepaskan' halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya."  
         [Al-Quran surah سورة الرعد‎‎  Ar-Ra'd : 13 ]


 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...