Jumaat, 1 Mei 2020

WIRID DAN ZIKIR AL MUSABBA-'AT AL-'ASYARAH (المسبعات العشر ).


[Sambungan daripada : 

PENGERTIAN ZIKIR NAFI ITHBAT LA ILLAHAILLALLAH (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله )



                            بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   
          

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

 

 أَمَّا بَعْـدُ 

 تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا  
                           Maksudnya : 
" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."
                              [ Al-Quran surah سورة الإسراء  Al-Israa' : 44 ] 
                          **********************************          
الَّذِينَ يَحۡمِلُونَ الۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَيۡءٍ رَّحۡمَةً وَعِلۡمًا فَاغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ الۡجَحِيمِ 
                          Maksudnya :
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta meminta ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : 'Ya Tuhan kami, rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan api neraka yang bernyala-nyala'."

                         [Al-Quran سورة المؤمن surah Al-Mu'min : 7]

                          **********************************

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى
 :Maksudnya                    
"Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yang terbaik, dan yang paling suci di sisi 'Raja' kalian (Allah Subhaanahu wa Ta’aala), paling tinggi darajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?'. Mereka berkata: 'Iya'. Beliau berkata: 'Zikirullah (mengingat) Allah Ta’ala'. [HR Tirmidzi – Shahih]
***********************************************************

                   

                        المسبعات العشر لسيدنا للخضر عليه السلام

Kisah di sebalik terbitnya amalan zikir dan wirid yang dinamakan : AL MUSABBA-AT AL-'ASYARAH (المسبعات العشر ) Nabi Khadzir Alaihisalam (Balya bin Malkan bin Faligh bin 'Amir bin Syaligh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh a.s.

Adalah diriwayatkan seorang ahli ibadat (abdal) bernama Karaz bin Wabarah mengkhabarkan kepada seorang sahabatnya bahawa seorang sahabatnya dari Syam datang menemuinya memberikan hadiah kepadanya seraya berkata:
"Saudaraku Karaz, terimalah hadiah ku ini!. Ini adalah hadiah yang paling terbaik." 
 Aku menjawab :
" Hai saudara ku! siapakah yang 'menghadiahkan' barang yang sangat berharga ini kepada mu dulu?

Dia menjawab:
"Yang memberikannya kepada ku dulu adalah Ibrahim At-Taimi."
Aku bertnya lagi :
" Tidakah kamu tanyakan kepadanya dari siapa ia menerimanya?"
Jawabnya :
"Ada! Ibrahim At-Taimi menceritakan kepada ku begini:
"Pada suatu hari aku duduk di serambi Ka'abah dan melakukan tahlil, tasbih dan bertahmid serta bertamjid, tiba-tiba datang seorang pemuda tampan lalu memberi salam kepada ku dan terus duduk di sebelah kanan ku. Belum pernah seumur hidupku melihat seorang yang begitu tampan rupa parasnya, kulitnya putih, sangat harum semerbak baunya dan elok pakaiannya. Lalu aku berkata kepadanya :
'Wahai Abdullah (Hamba Allah) siapakah gerangan tuan hamba ini, kenapa datang dan dari manakah tuan datang?'
Lalu ia menjawab : 
'Aku ialah Al-Khadzir الخضر !' 
Kataku lagi : 
'Apakah hajat tuan datang ini?' 
Jawabnya : 
'Aku datang ini untuk mengucapkan salam kepada kamu dan kasihkan kamu kerana Allah. Di samping itu aku ada membawa satu 'hadiah' yang akan aku serahkan kepada mu'.
Lalu aku berkata kepadanya (Al-Khadzir):
'Apakah 'hadianya' itu?'
Jawabnya:
'Hendaklah kamu amalkan (ucapkan) setiap hari sebelum matahari terbit (menyinari) cahayanya ke atas bumi dan di waktu petang sebelum matahari jatuh (terbenam)'.
Lalu dia pun terus membacanya sebagaimana berikut :

1. سوره الفاتحة (tujuh kali).

2. قل أعوذ برب الناس (tujuh kali).

3. قل اعوذ برب الفلق (tujuh kali).

4. قل هو الله أحد (tujuh kali).

5. قل يا أيها الكافرون (tujuh kali).

6. آية الكرسي - Surah al-Baqarah : 255 (tujuh kali).

7.  سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر (tujuh kali).

8. اللهم صل على محمد عبدك ونبيك ورسولك النبي الامي وعلى آله وصحبه وسلم (tujuh kali).

9. اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا ولجميع المسلمين والمسلماتوالمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات برحمتك يا أرحم الراحمين (tujuh kali).

10اَللَّهُمَّ افْعَلْ بِيْ وَبِهِمْ عَاجِلًا وَآجِلًا فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مَا أَنْتَ لَهُ أَهْلٌ وَلَا تَفْعَلْ بِنَا يَا مَوْلَانَا مَا نَحْنُ لَهُ أَهْلٌ إِنَّكَ غَفُوْرٌ حَلِيْمٌ جَوَادٌ كَرِيْمٌ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ (tujuh kali):

              Maksudnya:

["Wahai Allah Tuhanku, buatlah bagiku dan bagi mereka, dengan cepat atau lambat, mengenai agama, dunia dan akhirat, akan apa yang Engkau ahli untuk hal itu.

Dan janganlah Engkau buat kepada kami,wahai junjungan kami, akan apa yang kami ahli untuk hal itu.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun - Maha Penyantun, Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."]


Seterusnya Al-Khadzir berpesan :
'Amalkanlah dan jagalah baik-baik wirid ini dan jangan sesekali ditinggalkan. Amalkanlah pada setiap hari pada waktu pagi dan petang selepas solat Subuh dan solat Asar, walaupun sekali sehari.'
Maka aku pun berkata kepadanya lagi :
'Siapakah yang telah memberi 'hadiah' yang amat berharga ini kepada tuan?'
Lalu al-Khadzir menjawab :
' Yang memberikannya kepada ku ialah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم .'
Aku bertanya lagi:
'Terangkanlah kepada saya pahala (fadilat) mengamalkan wirid dan zikir ini.'
Jawabnya :
'Nanti bila kamu berjumpa (dalam mimpi) dengan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم  tanyalah kepadanya mengenai fadhilatnya. Beliau akan menerangkannya kepada mu!.'
Setelah Ibrahim At-Taimi mengamalkan wirid-wirid ini beberapa lama, dia telah bermimpi didatangi oleh beberpa orang malaikat yang membawanya ke syurga. Dia dapat melihat keindahan-keindahan di dalam syurga yang teramat mengagumkan dan teramat luar biasa. 
Beliau bertanya kepada para malaikat yang ada bersamanya:
'Untuk siapakah semuanya ini?'
Malaikat menjawab:
' Khusus untuk orang yang beramal seperti amalanmu'.
Ibrahim At-Taimi memetik dan menikmati buah-buahan di dalam syurga itu dan meneguk air mimumannya. Seterusnya Ibrahim At-Taimi menjelaskan lagi:
' Ketika itu datanglah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم bersama tujuh puluh (70) orang Nabi yang lain diapit oleh tujuh puluh (70) barisan para Malaikat, panjang setiap barisan laksana jarak antara timur dan barat.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم memberi salam kepadaku seraya memegang tanganku. Maka aku berkata kepadanya:
'Wahai Rasulullah! Al-Khidzir menerangkan kepada saya bahawa dia mendengar Hadis ini dari tuan! 
Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم menjawab:
'Ya benarkanlah Al-Khadzir! Benarkanlah Al-Khadzir!. Semua yang diceritakan kepada mu itu benar belaka. Dia adalah penduduk bumi yang sangat alim lagi zuhud. Dia adalah kepala (ketua) jamaah para abdal (ahli-ahli ibadat ). Dia adalah ketua Wali-wali Allah di bumi.'
Seterusnya aku bertanya lagi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم.
'Wahai Rasulullah', jika orang-orang yang menetapi amalan wirid-wirid ini, wal hal dia tidak dapat bertemu dengan Rasulullah (dalam mimpi), adakah dia akan beroleh pula apa-apa yang  telah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam  صلى الله عليه وسلم beri kepada ku?'
Rasululullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم  menjawab :
'Demi Tuhan yang mengutus aku menjadi Nabi dengan benar, sesungguhnya Tuhan akan memberinya kepada setiap orang yang beramal seperti ni, walaupun dia tidak pernah bermimpi berjumpa dengan ku dan tidak pernah bermimpi pergi melawat ke syurga. 
Tuhan akan mengampuni dosa-dosa besar yang telah dibuatnya dan akan menghilangkan kemurkaan seksaannya dan memerintahkan kepada Malaikat pencatat amalan kejahatan di sebelah kiri agar jangan mencatatkan kesalahan-kesalahan yang dibuatnya hingga setahun. Demi Tuhan yang telah mengutusku menjadi Nabi dengan sebenarnya bahawa orang-orang yang mengerjakan dan mengamalkan wirid-wirid ini adalah orang-orang yang ditakdirkan Allah kebahagiannya dan orang-orang yang meninggalkannya adalah orang-orang yang ditakdirkan-Nya celaka!."
Diriwayatkan Ibrahim At-Taimi pernah tidak makan dan tidak minum selama empat bulan. Dikatakan ini adalah salah satu fadilah mengamalkan wirid-wirid ni dan rohnya dapat melihat keindahan di dalam syurga dan menikmati kelazatan buah-buahan dalam syurga serta dapat bertemu dan berkata-kata dengan Rasululla shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam mimpi tersebut..Wallahu'alam.


Selesai sahaja membaca zikir dan wirid di atas adalah lebih afdhal jika dapat disusuli pula dengan doa penutup Nabi Allah Khadzir Alaihisalam الخِضِرْ عَلَيْهِ السَّلاَم sebagaimana berikut yang mengandungi inti pati ilmu yang amat mendalam lagi amat indah susunan kalimah-kalimahnya. Mudah-mudahan Allah sentiasa  melimpahkan nikmat, rahmat dan hidayah-Nya kepada sesiapa juga insan mukmin yang beristiqamah menghayati serta mengamalkan amalan wirid, zikir dan doa ini di sepanjang hayat. Bunyi kandungan dan maksud "Doa Nabi Allah Khadzir Alaihissalam" ini adalah sebagaimana berikut :

دُ عَاء الفرَج لِسَيِّدِنَا الخِضِرْ عَلَيْهِ السَّلاَم

                       بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

اَللَّهُمَّ كَمَا لَطَفْتَ فِى عَظَمَتِكَ دُونَ الَلُّطَفَاءِ وَعَلوْتَ بِعَظَمَتِكَ عَلَى الْعُظَمَاءِ، وَعَلِمْتَ مَاتَحْتَ أَرضِكَ كَعِلْمِكَ بِمَا فَوْقَ عَرْشِكَ، وَكَانَت وَسَاوسُ الصُّدُورِ كَاْلعَلاَ نِيَّة عِنْدَكَ ، وَعَلاَ نَّيِةُ اْلقَوْلِ كَالسِّر فِى عِلْمِكَ، وَانْقَادَ كُلُّ شَىْءٍ لِعَظَمَتِكَ، وَخَضَعَ كُلُّ ذِى سُلْطَانٍ لسُلْطَا نِكَ ، وَصَارَ أَمْرُ الدُّ نْيَا والاَخِرَةِ كُلُّه بِيَدِكَ. اِجْعَلْ لِى مِنْ كُلِ هَمٍ أَمْسَيْتُ فِيهِ فَرَجاً وَمَخرَ جاً.
 اللَّهُمَّ إِنَّ عَفَوَكَ عَنْ ذُنُوبِى،  وَتَجَاوزَكَ عَنْ خَطِيئتىِ، وَسِتْرِكَ عَلَى قَبِيحِ عَمَلِى، أَطْمَعي أَنْ أَسْأ لَكَ مَالاَ أَسْتَوْ جِبُهُ مِمَّا قَصَّرْتُ فِيهِ، أَدْعُوكَ اَمِنَاً وَأَسْأَ لُكَ مُسْتَأ نِسَاً. وَإِنَّكَ الْمُحْسِنُ إِليَّ، وَأَنَا الْمُسِئُ إلَى نَفْسِي فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَكَ، تَتَوَدَدُ إِليَّ بِنِعْمَتِكَ وَأَتَبَغَّضُ إلَيْكَ بِالْمَعَاصِيِ وَلَكِنَّ الثِّقَةَ بِكَ حَمَلَتْنِي علَى الْجرَاءَةِ عَلَيْكَ فَعُدْ بِفَضْلِكَ وَإحْسِانِكَ عَلَي إِنَّكَ أَنْتَ التَّوابُ الَّرَحِيمُ. وَصَلى الله ُعَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّدٍ و اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلمْ.


                 Maksud kandungan Do'a ini ialah :
"Ya Allah! , sebagaimana Engkau Amat Mengasihani kepada kebesaran Engkau tanpa ada bandingannya kasih sayang Engkau dan Engkau mengatasi dengan kebesaran Engkau ke atas kebesaran ( makhluk ) Engkau dan Engkau Amat Mengetahui barang apa yang di bawah bumi Engkau sebagaimana Engkau Amat Mengetahui dengan barang apa di atas 'Arasy Engkau, dan segala waswas dalam dada adalah seperti terdedah di sisi Engkau dan apa yang terdedah daripada kata-kata tidak tersembunyi pada Ilmu Engkau dan patuh setiap sesuatu kepada kebesaran Engkau dan tunduk setiap yang mempunyai kuasa kepada kekuasaan Engkau dan jadilah perkara dunia dan akhirat semuanya dalam kekuasaan Engkau, jadikanlah bagi ku daripada setiap dukacita yang aku berpetang-petang di dalamnya kelepasan. 
Ya Allah! , bahawasanya kemaafan Engkau daripada dosa-dosa ku dan keampunan Engkau akan kesilapan ku dan penutupan Engkau akan amalan buruk ku, Engkau kurniakan akan daku ketamakan untuk memohon kepada Engkau barang apa yang aku tidak layak mendapatkannya daripada barang apa yang aku cuaikan padanya. Aku berdo'a kepada Engkau dalam keadaan aman dan aku pohon  kepada Engkau dalam keadaan (kemesraan),  dan 
Engkaulah yang membuat kebaikan kepada ku dan akulah yang membuat keburukan kepada diri ku sendiri pada barang yang di antara aku dan Engkau. Engkau mengasihani aku dengan nikmat-nikmat Engkau, dan aku yang menyebabkan kemurkaan Engkau dengan segala maksiat ku tetapi kepercayaan dan keyakinan aku kepada Engkau membuatkan aku berani melakukan (maksiat) ke atas Engkau. Maka Engkau berikanlah dengan kelebihan belas ikhsan Engkau ke atas ku. Sesungguhnya Engkau Amat Menerima taubat dan Amat Mengasihani. Salawat serta salam ke atas Sayyidina Muhammad serta keluarga dan limpahan salam."
[  Sila Lihat: 


[#* Ada pendapat yang menjelaskan bahawa nama Nabi Khidzir a.s. ialah :  ABUL ABBAS (BALYA bin MALKAN bin Falikh bin Anbar bin Salakh bin Arfakhsyadz bin Sam bin NUH a.s. bin Lumakh bin Mutawasylikh bin IDRIS a.s. bin Yard bin Mahlail bin Qainan bin Yanasy bin SYITH a.s.  bin ADAM a.s.).]

Berikut adalah petikan daripada kitab Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali mengenai zikir AL MUSABBA-AT AL-'ASYARAH (المسبعات العشر ) Nabi Khadzir Alaihisalam  الخِضِرْ عَلَيْهِ السَّلاَم di atas  :


المسبعات العشر للخضر عليه السلام. فيها سعادة الدنيا ويوم الزحام
ــــــــــــــــــ
 عن كرز بن وبرة رحمه الله وكان من الأبدال قال ‏"‏ أتاني أخ لي من أهل الشام فأهدى لي هدية وقال‏:‏ يا كرز اقبل مني هذه الهدية فإنها نعمت الهدية ‏"‏ فقلت‏:‏ يا أخي ومن أهدى لك هذه الهدية قال‏:‏ أعطانيها إبراهيم التيمي قلت أفلم تسأل إبراهيم من أعطاه إياها قال‏:‏ كنت جالساً في فناء الكعبة وأنا في التهليل والتسبيح والتحميد والتمجيد فجاءني رجل فسلم علي وجلس عن يميني فلم أر في زماني أحسن منه وجهاً ولا أحسن منه ثياباً ولا أشد بياضاً ولا أطيب ريحاً منه فقلت يا عبد الله من أنت ومن أين جئت فقال‏:‏ أنا الخضر فقلت‏:‏ في أي شيء جئتني فقال‏:‏ جئتك للسلام عليك وحباً لك في الله وعندي هدية أريد أن أهديها لك فقلت‏:‏ ما هي قال‏:‏ أن تقول قبل طلوع الشمس وقبل انبساطها على الأرض وقبل الغروب سورة الحمد وقل أعوذ برب الناس وقل أعوذ برب الفلق وقل هو الله أحد وقل يا أيها الكافرون وآية الكرسي كل واحدة سبع مرات وتقول‏:‏ سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر سبعاً وتصلي على النبي صلى الله عليه وسلم سبعاً وتستغفر لنفسك ولوالديك وللمؤمنين والمؤمنات سبعاً وتقول‏:‏ اللهم افعل بي وبهم عاجلاً وآجلاً في الدين والدنيا والآخرة ما أنت له أهل ولا تفعل بنا يا مولانا ما نحن له أهل إنك غفور حليم جواد كريم رءوف رحيم سبع مرات وانظر أن لا تدع ذلك غدوة وعشية فقلت‏:‏ أحب أن تخبرني من أعطاك هذه العطية العظيمة فقال‏:‏ أعطانيها محمد صلى الله عليه وسلم فقلت‏:‏ أخبرني بثواب ذلك فقال‏:‏ إذا لقيت محمداً صلى الله عليه وسلم فاسأله عن ثوابه فإنه يخبرك بذلك فذكر إبراهيم التيمي‏:‏ أنه رأى ذات يوم في منامه كأن الملائكة جاءته فاحتملته حتى أدخلوه الجنة فرأى ما فيها ووصف أموراً عظيمة مما رآه في الجنة قال‏.‏ فسألت الملائكة فقلت‏:‏ لمن هذا فقالوا‏:‏ الذي يعمل مثل عملك وذكر أنه أكل من ثمرها وسقوه من شرابها قال‏:‏ فأتاني النبي صلى الله عليه وسلم ومعه سبعون نبياً وسبعون صفاً من الملائكة كل صف مثل ما بين المشرق و المغرب فسلم علي وأخذ بيدي فقلت‏:‏ يا رسول الله الخضر أخبرني أنه سمع منك هذا الحديث فقال‏:‏ صدق الخضر صدق الخضر وكل ما يحكيه فهو حق وهو عالم أهل الأرض وهو رئيس الأبدال وهو من جنود الله تعالى في الأرض فقلت يا رسول الله فمن فعل هذا أو عمله ولم ير مثل الذي رأيت في منامي هل يعطى شيئاً مما أعطيته فقال والذي بعثني بالحق نبياً إنه ليعطى العامل بهذا وإن لم يرني ولم ير الجنة إنه ليغفر له جميع الكبائر التي عملها ويرفع الله تعالى عنه غضبه ومقته ويأمر صاحب الشمال أن لا يكتب عليه خطيئة من السيئات إلى سنة والذي بعثني بالحق نبياً ما يعمل بهذا إلا من خلقه الله سعيداً ولا يتركه إلا من خلقه الله شقياً ‏"‏ وكان إبراهيم التيمي يمكث أربعة أشهر لم يطعم ولم يشرب فلعله كان بعد هذه الرؤيا‏.‏ فهذه وظيفة القراءة فإن أضاف إليها شيئاً مما انتهى إليه ورده من القرآن أو اقتصر عليه فهو حسن فإن القرآن جامع لفضل الذكر والفكر والدعاء مهما كان بتدبر كما ذكرنا فضله وآدابه في باب التلاوة‏
أورده الغزالي
نقرأ – كل من الآتي سبع مرات صباح ومساء والأفضل قبل 
الشروق وقبل الغروب

1
- الفاتحة
2-
قل أعوذ برب الناس
3-
قل أعوذ برب الفلق
4-
قل هو الله احد
5 -
قل يا أيها الكافرون
6-
آية الكرسي
7-
سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
8-
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين انك حميد مجيد
9-
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات
10-
اللهم افعل بي وبهم عاجلا وآجلا في الدين والدنيا والآخرة ما أنت له أهل , ولا تفعل بنا يا مولانا ما نحن له أهل , إنك غفور حليم جواد كريم رءوف رحيم 
ــــــ
اللهم أسعد أمة حبيبك صلى الله عليه وآله وسلم

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lihat :
 i.   المسبعات العشر لسيدنا للخضر عليه السلام

***********************************************************



 

فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا (65) قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (66) قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (67) وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا (68) قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا (69) قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلا تَسْأَلْنِي عَنْ شَيْءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا (70 

       Maksudnya :

" Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. (65)

Musa berkata (kepada Khadzir) : 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?'.(66)

Dia menjawab : 'Sesungguhnya kamu tidak sesekali akan sanggup sabar bersamaku. (67)

Dan bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?' (68)

Musa berkata : 'Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun'. (69) 
Dia berkata : 'Jika kamu mengikutku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepada mu'." (70)

                        [Al-Quran surah سورة الكهف al-Kahfi : 65-70 ]

                **********************************************

 إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِيِّ وَالإشْرَاقِ (18) وَالطَّيْرَ مَحْشُورَةً كُلٌّ لَهُ أَوَّابٌ (19)

Maksudnya :
" Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-ganang untuk bertasbih bersama dia ( Daud) pada waktu petang dan pagi."
                                [ Al-Quran سورة ص surah Shaad : 18 ]

                      ****************************************

 فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ (142) فَلَوْلا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (143) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (144)  

                   Maksudnya :

Maka ia ( Yunus) ditelan oleh IKAN besar dalam keadaan 'tercela'. (142 )
Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, ( 143)
nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. ( 144)

                  [ Al-Quran surah سورة الصافات Ash-Shaffat : 142-144 ]

                       *******************************

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:

إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ

      Maksudnya:  
"Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian." [HR al-Bukhari] 


Khamis, 16 April 2020

PENGERTIAN Zikir Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله )




[ Sambungan daripada : PENGERTIAN AL-MURAQABAH DAN GOLONGN AHLI AL-MUQARABIN ]


PENGERTIAN ZIKIR NAFI ITHBAT LA ILLAHAILLALLAH 
(ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)



                          بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  
           

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

 أَمَّا بَعْـدُ 

أَفَمَنْ هُوَ قَائِمٌ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَجَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ قُلْ سَمُّوهُمْ أَمْ تُنَبِّئُونَهُ بِمَا لا يَعْلَمُ فِي الأرْضِ أَمْ بِظَاهِرٍ مِنَ الْقَوْلِ بَلْ زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مَكْرُهُمْ وَصُدُّوا عَنِ السَّبِيلِ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ                         
                           Maksudnya :                                         
"Maka apakah Tuhan yang menjaga setiap diri terhadap apa yang diperbuatnya (sama dengan yang tidak demikian sifatnya)?. Mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah. Katakanlah : 'Sebutkanlah sifat-sifat mereka itu'. Apakah kamu hendak memberitakan kepada Allah yang diketahui-Nya di bumi, atau kamu mengatakan (tentang hal itu) sekadar perkataan pada lahirnya sahaja. Sebenarnya orang-orang kafir itu dijadikan (oleh syaitan) memandang baik tipu-daya mereka dan dihalangnya dari jalan (yang benar). Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka baginya tidak ada seorangpun yang akan memberi petunjuk."
                           [Al-Quran  سورة الرعد  surah Ar-Ra'd : 33  

                       **********************************

              Rasulullah s.a.w. bersabda :
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:  اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
                            Maksudnya : 
" Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.:  'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?.' Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya: 'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwatalla'."

**************************************************
  


SALAH FAHAM TERHADAP KALIMAH-KALIMAH SUFI
Terdapat beberapa kalimah, kosa kata atau terminologi berbantuk atau bersifat 'SUFI' yang mungkin tidak begitu difahami atau dipedulikan orang awam dengan tanggapan ianya tidak memberi apa-apa implikasi terhadap pegangan akidah keimanan agama mereka. Mereka beranggapan kalimah-kalimah tersebut hanya merujuk kepada kata-kata ahli yang pada pemerhatian umum adalah golongan orang alim yang zuhud lagi warak bermartabat 'Wali Allah'. Pada tanggapan sesetengah orang yang mendakwa sebagai ahli sufi bahawasanya orang awam biasa yang tidak mengamalkan ajaran sufi tidak perlu atau tidak sewajanya mempersoalkan pengertian atau maksud kalimah-kalimah tersebut kerana ahli-ahli sufi adalah golongan orang soleh yang amat dalam pemahaman 'ilmu hakikatnya' dan tidak mungkin beramal dan mengajar fahaman 'sesat'. Mereka mengibaratkan golongan ahli sufi adalah seperti orang yang memakan isi buah pisang yang dapat memahami dan menikmati erti kelazatan buah pisang. Orang awam yang tidak memakannya hanya dapat melihat atau seperti memakan kulitnya sahaja. Antara kalimah-kalimah bercirikan amalan zikirullah ahli sufi yang kerap disalaherti atau di salahfaham oleh orang awam adalah sebagaimana penjelasan berikut :
1. MURAQABAH ( مراقبة) Muraqabah mempunyai pengertian dan maksud yang seerti dengan kalimah-kalimah Basirah( بصيرة), Musyahadah, (مشاهدة) Mu-aayanah ( معاينة ) dan Mukasyafah ( مكاشفة) yang membawa maksud orang yang hati dan jiwa raganya sentiasa mengingati Allah.Mereka yang terjumlah dalam golongan ini teramat malu dan takut kepada Allah apabila membaca, memahami dan beriman dengan segala kandungan ilmu yang terdapat dalam Asma' Ul Husna khususnya terhadap kandungan maksud berikut:
i. ALLAH اللَّهِ: Ertinya :
  هُوَ أَعْظَمُ الأَسْمَاءِ لِدَلَالَتِهِ عَلَى الذَّاتِ العَلِيَّةِ الجَامِعَةِ لِكُلِّ صِفَاتِ الاُلُوهِيَّةِ.

:Maksudnya
Ialah sebesar-besar nama bagi Allah untuk menunjukkan ke atas Zat yang Maha Tinggi Martabat yang berhimpun kesemua sifat ketuhanan.
ii. AL-LATIFF اللطيف: Ertinya :
Yang Amat Mempunyai kasih sayang dan Yang Amat Latiff (halus) dan elok (pada) segala perbuatan-Nya.(الذي لطفت أفعاله وحسنت) (atau) Yang Amat Mengetahui, dengan segala perkara yang paling tersembunyi dan perkara-perkara yang sehalus-halusnya.
iii. AL-KHABIR الخبير : Ertinya :
Yang Amat Mengetahui, bagi segala perkara yang paling tersembunyi di sebalik daripada segala perkara yang terzahir.
iv. AS-SYAHID الشهيد : Ertinya :
Yang Sehabis-habis Mengetahui, pada Ilmu-Nya berserta tidak ada yang tersembunyi.
v. ASSAMA'U WALBASARU ( السمع والبصر )Ertinya :
Bahawasanya Allah SWT itu Amat Mendengar dan Amat Melihat, maka tiadalah apa-apa pun yang tidak didengari oleh Allah SWT melainkan didengari belaka walaupun perkara itu sangat tersembunyi. Tidak ada sesuatu apa pun yang tidak dilihati oleh Allah SWT melainkan dilihati-Nya belaka walaupun perkara dan barang itu tersangat halus. Maka tidak terdinding daripada pendengaran Allah itu dengan sebab kejauhan dan tidak terdinding daripada penglihatan Allah itu dengan sebab kegelapan.Sesungguhnya Allah Melihat tidak seperti sekalian makhluk melihat, bahkan Allah Melihat tidak dengan mata, Dia Mendengar tidak dengan telinga yang sebagaimana juga dia mengetahui tidak dengan hati, berbuat sesuatu tidak dengan anggota dan mengadakan sesuatu tidak dengan alat kerana keadaan Allah SWT itu tidaklah sama sekali menyamai dengan segala keadaan makhluk atas jalan mana pun. Begitu juga Zat Allah SWT itu tidak sesekali menyamai dengan segala zat makhluk yang baharu.

2. ZIKIR NAFI ITHBAT LA ILLAHA ILLALLAH (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)
Bagi golongan ahli sufi yang sudah mencapai ke tahap yang tinggi amalan zikirullah adalah makanan kerohanian mereka pada setiap detik hayatnya sama ada secara lisan atau di dalam hatinya (qalbu). Hati dan fikirannya karam mengingati dan memuliakan kebesaran Allah SWT sahaja hingga dia melupakan hal-hal yang lain daripada Allah. Maka terbitlah amalan zikir yang dinamakan Zikir Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) yang sering disalah faham atau disalah ertikan oleh golongan yang tidak memahami Ilmu At-Tauhid Ahli Sunnah Wal Jammah hingga membawa kepada maksud menyatukan Zat(Diri) Allah yang Qadim dengan zat makhluk yang baharu yang akhirnya memberi erti kepada pegangan dan fahaman "mensyrikkan/menyekutukan" Allah.

Adapun yang dimaksudkan dengan Zikir Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) ialah ketika seseorang itu melafazkan zikir La Illahaillallah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله dia beriktiqadkan bahawa semua makhluk yang ada hendaklah 'dinyahkan' atau 'dinafikan' daripada ingatan di dalam minda dan hati (qalbu) kerana pada asalnya kesemua makhluk dan setiap sesuatu yang dijadikan Allah itu tidak ada sama sekali atau belum diadakan, kemudian Allah mengadakannya dengan Qadrat-Nya yang Qadim daripada semata-mata tidak ada kepada ada berbetulan dengan Ilmu dan KehendakNya yang Qadim lagi Azali.

Ini bermakna segala sesuatu seperti masa, tempat, malaikat, jin, manusia, roh,syurga, neraka, 'Arasy, Kursi, gerak, diam, huruf, warna, rupa, suara, sunyi-senyap dan apa juga 'sesuatu' yang dinamakan alam dan makhluk Allah daripada yang paling kecil hinggalah kepada yang paling besar sama ada yang zahir nyata atau yang tidak kelihatan (ghaib) pada pemandangan mata kepala manusia pada asalnya tidak ada atau belum dijadikan/diadakan Allah. Kemudian hendaklah 'diithbatkan' atau dimasukkan ke dalam pemahaman di hati bahawa sebelum diadakan semua makhluk, maka yang ADA hanya Allah SWT sahaja sebagaimana Dia ADA itu juga penuh dengan kemuliaan dan ketinggian martabat Asma' Ullah Al-Husna.

Adanya Allah itu tidak sesekali menyamai dengan adanya makhluk. Allah itu ada, sentiasa ada, selama-lamanya ada dan tidak berkeputusan adanya. Dia-lah yang awal yang tiada berwal bagi-Nya, Dia-lah yang akhir yang tiada berakhir bagi-Nya. SEBELUM diadakan masa dan tempat dan setiap sesuatu yang diadakan Allah, maka hanya Allah sahaja yang ada dan tidak ada 'sesuatu' pun yang ada bersama Allah.
Adalah menjadi satu kesalahan yang amat besar dari segi pegangan iktiqad dan pegangan akidah keimanan kepada Allah sekiranya maksud Zikir Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) ini diertikan atau diiktiqadkan bahawa yang wujud hanya Zat [Diri] Allah belaka dan Zat Allah itu bersatu hakikat atau bersatu-padu dengan zat makhluk kerana makhluk itu dikatakan tidak wujud. Salah fahaman terhadap pengertian kalimah "Nafi Ithbat"( نفی اثبات ) ini memberi erti bahawa segala makhluk yang dijadikan Allah ini tidak wujud dan semua makhluk yang wujud ini kesemuanya Allah belaka.

Ahli sufi dari golongan Ahli As Sunnah yang hak cukup memahami pengertian ini bersandarkan kepada maksud Hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan bahawa membaca dan memahami kandungan Ilmu At-Tauhid yang terdapat pada maksud kalimah Illahaillallah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) yang sangat luas tafsilnya itu dan beriman kepadanya adalah tersangat besar fadilat dan hikmahnya kerana kalimah Syahadah At-Tawhid ini adalah teras asas akidah keimanan seseorang Muslim.Dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada menyebutkan:
وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَيضًا لِأَبِي هُرَيْرَةَ: "يَا أَبَا هُرَيْرَةَ إِنَّ كُلَّ حَسَنَةٍ تَعْمَلُهَا تُوزَنُ يَومَ القِيَامَةِ اِلاَّ شَهَادَةُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَإِنَّهَا لاَ تُوضَعُ فِي مِيزَانٍ لِأَنَّهَا لَوْ وُضِعَتْ فِي مِيزَانٍ مَنْ قَالَهَا صَادِقًا وَوُضِعَتْ السَّموَاتُ السَّبْعُ وَالاَرْضُونَ السَّبْعُ وَمَا فِيهِنَّ كَانَ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ اَرْجَحُ مِنْ ذَلِكَ".
                     Maksudnya : 
" .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : 'Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan  itu ditimbang pada Hari Kiamat melainkan syahadat La Illahaillallah (لا إله إلا الله ). Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar [benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ] dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah La Illahaillallah(لا إله إلا الله ) lebih berat daripada demikian itu' ."
Mereka tidak akan sesekali mengikuti dan berpegang dengan pemahaman ahli sufi yang berpegang kepada ajaran 'Wahdat-al-wujud'( وحدة الوجود ) atau 'wujud yang satu' kerana akan membatalkan fadilat zikirullah dan merosakkan iktiqad keimanan mereka. Jika seseorang ahli sufi itu tidak berpegang kepada iktiqad keimanan Ahli Sunnah wal Jammah, maka dia tidak termasuk dalam golongan ahli sufi as-sunnah yang hak.

3. MAQAM AL-FANA' U-BILLAH ( مقام الفناء بالله) dan AL-BAQA' U-FILLAH (البقاء في الله )
Terdapat satu lagi pemahaman yang dikaitkan dengan ketiggian martabat seseorang ahli sufi iaitu Maqam Al-Fana' U-Billah ( مقام الفناء بالله) dan Maqam Al-Baqa' U-Fillah (البقاء في الله ). Istilah ini merujuk kepada tingkatan amalan dan yang dikhususkan kepada tingkatan amalan dan kefahaman golongan ahli sufi yang telah mencapai ke tahap martabat Muraqabah ( مراقبة) yang terjumlah sebagai golongan martabat tertinggi ahli "AL-MUQARRABUN"( المقربون ).Golongan ini terbahagi kepada dua iaitu golongan:
i. As-Siddiqin (الصديقين)
ii. Ashabulyamin (اصحاب اليمين)
Mereka adalah golongan "Aulia Allah" yang amat dimuliakan Allah. Mereka mungkin hidup 'terpinggir' dalam 'uzlah' yang tidak dikenali di kalangan manusia biasa di bumi tetapi amat terkenal di kalangan para malaikat di langit. Ataupun mereka adalah ulamak tersohor yang amat terkenal di dunia.

Firman Allah di dalam al-Quran menjelaskan :
أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ (11) فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (12
Maksudnya : 
i." Mereka itulah orang "Al-Muqarrabun" yang 'didekatkan' (kepada Allah). (11 ) 
Berada dalam syurga-syurga kenikmatan."(12)  
[ Surah سورة الواقعةAl-Waaqi'ah : 11-12
وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ (27) فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ (28) وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ (29) وَظِلٍّ مَمْدُودٍ (30) وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ (32) لا مَقْطُوعَةٍ وَلا مَمْنُوعَةٍ (33) وَفُرُشٍ مَرْفُوعَةٍ (34
Maksudnya :  
ii."Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.(27) 
Berada di antara pohon bidadara yang tidak berduri, (28) 
dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), (29) 
dan naungan yang terbentang luas, (30) 
dan air yang tercurah, (31) 
dan buah-buahan yang banyak, (32)  
yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya, (33)  
dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk. (34)  
[Surah سورة الواقعة Al-Waqi'aah : 27-34 ]
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا
Maksudnya :
iii."Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerhi nikmat Allah, iaitu Nabi-nabi, para Siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya."  
[ Surah سورة النساء An-Nisaa': 69 ] 
Orang-orang mukminin/mukminat soleh/soleha yang terjumlah dalam golongan ahli sufi Ahli Sunnah wal Jamaah ini mempunyai kefahaman yang luas lagi mendalam terhadap Ilmu At-Tawhid dan cukup memahami pengertian ADA ALLAH mengikut pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al-Husna, maksud Hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri Pada Setiap Hari dan memahami bab 'At-Tanzihu' yang terdapat dalam kandungan kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahadah At-Tawhid dan Syahadah Ar-Rasul.

Sesungguhnya barangsiapa yang telah memahami, beriman dan berpegang teguh terhadap segala kandungan ilmu yang terdapat di dalam sumber-sumber rujukan tersebut, apabila dia melafazkan zikirullah dia menghayati sepenuhnya Ilmu At-Tawhid dengan mengingati kemuliaan dan kebesaran Allah sahaja seperti yang dihuraikan di dalam bahan-bahan sumber rujukan tersebut. Hatinya melupakan sama sekali daripada mengingati masawi [segala perkara yang berkaitan dengan makhluk Allah ].

Orang mukmin soleh yang sudah mencapai tahap ini, dia sudah terjumlah sebagai orang yang mendapat martabat Maqam Al-Fana' U-Billah dan Al-Baqa' U-Fillah. Istilah yang dikhususkan kepada tingkatan amalan dan yang bermaksud ketika melafazkan zikirullah 'hatinya telah melupakan sama sekali daripada mengingati segala barang/perkara/sesuatu yang lain daripada Allah'. Dia mendapat fadilat yang amat besar daripada zikirullah yang dibacanya kerana ketika lidahnya melafazkan kalimah-kalimah zikirullah hatinya tertumpu sepenuhnya mengingati dan menghayati segala kandungan ilmu mengenai kemuliaan dan kebesaran Allah SWT sahaja.
Dia dapat berbuat demikian oleh sebab dia cukup memahami dengan mendalam dan menghayati sepenuhnya segala makna, kandungan ilmu serta tafsil Asma' Ul-Husna dan pengertian At-Tanzihu yang terkandung di dalam sumber-sumber yang tersebut di atas. Pencapaian ketinggian martabat ini baru berada di peringkat pertama.
Apabila sudah mencapai ke tahap martabat yang lebih tertinggi lagi seseorang mukmin yang soleh itu tiada mengirakan lagi saat dan ketikanya dia melafazakan zikirullah memuji dan membesarkan kemuliaan Allah SWT. Walaupun lidahnya tidak melafazkan kalimah-kalimah zikirullah tersebut tetapi hatinya (qalbu) tidak lupa dan tidak sedetik pun lalai daripada mengingati kebesaran dan kemuliaan Allah sebagaimana yang terkandung pada segala makna nama-nama Allah yang Allah Taala Memuji Diri-Nya Sendiri, segala makna yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al-Husna dan kandungan ilmu pada bab At-Tanzihu.
Ketinggian martabat yang amat mulia di sisi Allah ini dinamakan Maqam Fana' Ul-Fana' atau Maqam Al-Baqa' U-Fillah yang bermaksud seseorang mukmin soleh itu telah menghabisi setiap detik waktu di sepanjang hayatnya dengan mengingati kebesaran dan kemuliaan Allah sahaja. Hatinya karam dalam lautan ilmu mengingati Allah dan terus melupakan daripada mengingati segala perkara dan hal yang lain daripada Allah. Maka apabila dia melafazkan zikirullah atau ada juga yang menyebut Zikir Nafi Ithbat Laillaha Illah fikiran dan mata hatinya tidak mengingatkan makhluk lagi atau menafikan bahawa makhluk itu sudah ada sebelum Allah mengadakannya sebagaimana yang dimaksudkan pada pengertian At-Tanzihu yang terkandung di dalam Terjemah Aqidah Ahli-Assunah Pada Makna Syahdah At-Tawhid.

Ahli zikir itu memahami dan mengingatkan dengan mata hatinya [pancaindera yang ke enam atau Al-H'assu Assadisu (الحس السادس) ] dengan mengithbatkan atau menanamkan di dalam minda dan hatinya (qalbu)bahawa sebelum diadakan sekalian makhluk-Nya hanya Allah sahaja yang Ada sebagaimana Dia Ada dengan segala ketinggian martabat kemuliaan Asma' Ul-Husna-Nya. Hatinya karam menghayati segala ilmu yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna, Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah, Hadis Rasulullah s.a.w. yang memperjelaskan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri Pada Setiap Hari dan ayat-ayat al-Quran yang menerangkan Zat dan Sifat-sifat Allah yang Qadim lagi Azali. Ringkasnya ketika seseorang ahli zikir itu berzikir dia melupakan atau menafikan dengan tidak lagi mengingatkan makhluk tetapi tertumpu atau mengithbatkan dengan penuh khusyuk dan karam menghayati ilmu pengenalan kepada Allah sahaja.

Keadaan mereka ini boleh diumpamakan seperti seorang hamba Allah di sebuah negeri telah menerima khabar rasmi daripada pihak berkuasa bahawa Raja Pemerintah negeri itu akan datang ke rumahnya untuk menziarahinya pada suatu tarikh yang termaklum. Hamba Allah tersebut sudah pasti membuat segala persiapan secukupnya untuk menyambut kedatangan Raja tersebut. Setiap detik hidupnya sudah pasti memikir dan melakukan berbagai-bagai hal yang diperlukan bagi menyambut kedatangan Raja daripada perkara-perkara besar hinggalah kepada hal-hal yang paling kecil. Hatinya tidak mengingati dan memikirkan hal-hal lain lagi. Bahkan jika ditegur orangpun dia seolah-olah tidak lagi mendengarkannya kerana hatinya terlalu khusyuk dan karam memikirkan perhal kedatangan Raja tersebut ke rumahnya.

Misalan ini adalah di kalangan sesama manusia sebagai makhluk Allah. Bagaimana pula jika seseorang alim yang amat luas lagi mendalam ilmunya mengenai Allah apabila dia berzikir bertahmid memuji dan memuliakan Allah yang mengadakan sekalian alam?

Mudah-mudahan penjelasan ini dapat memberikan sedikit pencerahan.
**************************************************
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ     
                    Maksudnya :
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-nabi) yang sebelummu : 'Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi'."
                            [Surah الزمر‎‎ سورة  surah Az-Zumar : 65 ]

                                  **************************
 فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ                   
                       Maksudnya : 
" (Dia) yang mengadakan langit dan bumi. Dia menjadikan kamu sendiri berpasang-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Allah SWT itu tiada seperti seumpama 'SESUATU' apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat." 
                           [Surah سورة الشورى Asy-Syuura : 11 ] 

                              ***************************


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43
                    Maksudnya : 
" Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama ) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (41) 
Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang. (42) 
Dia-lah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia megeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman." (43)
                    [ Al-Quran surah سورة الأحزاب al-Ahzab : 41-43  ]

                                          ********************        
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى قَالَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَا شَيْءٌ أَنْجَى مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ
             Maksudnya : 
"Dari Abu Ad Darda` radliallahu ‘anhu ia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yang terbaik, dan yang paling suci di sisi Allah kalian, paling tinggi darajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?'. Mereka berkata: Ya. Beliau berkata: 'Berzikir kepada Allah Ta’ala.' Mu’az bin Jabal radliallahu ‘anhu berkata: 'Tidak ada sesuatu yang lebih dapat menyelamatkan dari azab Allah daripada zikir kepada Allah'." [HR At-Tarmidzi ]


 



 


         
                              










BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...