[Sambungan Daripada : KitabTipu Daya Syiatan Iblis]
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
"Wahai manusia,.....Berwaspadalah terhadap syaitan dan keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil...."
**************************************[Sebahagian daripada maksud, " Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w. pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafa.
كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْفَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ(16)فَكَانَ عَاقِبَتَهُمَا أَنَّهُمَا فِي النَّارِ خَالِدَيْنِ فِيهَا ۚوَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ(17)Maksudnya :
"[Pujukan] orang-orang munafik itu adalah seperti (pujukan syaitan) ketika dia berkata kepada manusia : 'Kafirlah kamu'. Maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata : 'Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam.' (16)
Maka adalah kesudahan keduanya, bahawa sesungguhnya kedua-duanya (masuk) ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim." (17)
***********************************************
اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
Peringatan dan amaran Allah Subanahuwataala kepada anak cucu Adam iaitu umat manusia di dalam al-Quran amat jelas supaya sentiasa menjauhkan dan berjaga diri daripada tipu daya syaitan sebagaimana Firman-Nya dalam surah سورة الأعراف Al-A'raaf ayat 27-28 :
Maksudnya :يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ (27وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّهُ أَمَرَنَا بِهَا قُلْ إِنَّ اللَّهَ لا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ (28
" Hai anak Adam, janganlah sesekali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu (Nabi Adam a.s. dan Hawa) dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (27)
Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: 'Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya.' Katakanlah : 'Sesungguhnya Allah TIDAK menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji. Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?'. " (28)
Walaupun para Nabi dan Rasul telah ditakdirkan Allah sebagai hamba-Nya yang maksum, yakni terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kesalahan, namun mereka tidak terkecuali daripada terkena hasutan dan tipu daya syaitan sebagaimana Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الأنعام Al-An'aam ayat 113-114:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ (112) وَلِتَصْغَى إِلَيْهِ أَفْئِدَةُ الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ وَلِيَرْضَوْهُ وَلِيَقْتَرِفُوا مَا هُمْ مُقْتَرِفُونَ (113
Maksudnya :
" Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhan mu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkan mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (112)
Dan (juga) agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, mereka merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaitan) kerjakan."(113)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يبَنِى ءَادَمَ أَن لاَّ تَعْبُدُواْ الشَّيطَـنَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ. (60
(61) وَأَنِ اعْبُدُونِى هَـذَا صِرَطٌ مُّسْتَقِيمٌ
وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلاًّ كَثِيراً أَفَلَمْ تَكُونُواْ تَعْقِلُونَ.(62
Maksudnya :
"Bukankah Aku telah memerintahkan kepada mu hai Bani Adam supaya tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu,(60)
dan hendaklah kamu menyembah (beribadat) Ku. Inilah jalan yang lurus. (61)
Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?."(62)
" Maka sesungguhnya diriwayatkan bahawasanya Iblis menzahirkan dirinya bagi [Nabi Allah] Yahya bin Zakaria Alaihisalam, maka ia melihat di atasnya itu ada penyangkut-penyangkut daripada tiap-tiap suatu.
Maka katanya kepada Iblis : Apa dia penyangkut-penyangkut ini?.
Jawab Iblis : Inilah segala keinginan nafsu yang aku dapat mengenakannya akan anak Adam.
Kata Yahya : Adakah padanya itu daripada sesuatu?.
Kata Iblis : Barangkali sekiranya engkau kenyang ( bila makan ) maka kami memberatkan engkau daripada sembahyang dan daripada menyebutkan Allah.
Berkata Yahya : Adakah lain daripada yang demikian itu?.
Jawab iblis : Tidak.
Maka berkata Yahya : Demi Allah di atasku, bahawa aku tidak sesekali memenuhi perutku daripada makanan selama-lamanya.
Maka kata Iblis : Demi Allah di atasku bahawa tiada sesekali aku memberi nasihat seseorang Muslim selama-lamanya."
"Dan diriwayatkan bahawasanya Iblis yang dilaknat Allah menzahirkan diri bagi Isa bin Maryam Alaihisalam lalu berkata kepadanya : Katakanlah olehmu Laillaha Ilallah.
Kata Isa kepadanya : Itu adalah kalimah hak dan tiada aku menuturkannya dengan sebab perkataan engkau."
1. "Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Tiada daripada seseorang engkau sekalian itu melainkan ada baginya syaitan.Kata mereka: Dan engkau juga wahai Rasulullah?. Ia bersabda : 'Dan aku juga melainkan bahawasanya Allah menolongi aku ke atasnya maka ia [syaitan] jadi Muslim, ia tiada menyuruh melainkan dengan kebajikan."
2. "Dan sesungguhnya sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Di dalam hati itu ada DUA lintasan iaitu satu lintasan daripada malaikat menyuruh dan menjanjikan dengan kebajikan dan membenarkan dengan perkara yang hak. Maka barangsiapa dapati akan yang demikian itu maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu ialah daripada Allah Subahanahu wa Taala dan hendaklah ia memuji Allah.
Dan satu lintasan daripada seteru (syaitan) menyuruh dan menjanjikan dengan kejahatan dan mendustakan dengan perkara yang hak dan menegahkan daripada yang berkebajikan. Maka barangsiapa dapati akan yang demikian itu hendaklah ia minta peliharaan dengan pertolongan Allah daripada syaitan yang kena laknat itu. Kemudian ia membaca Firman-Nya :ٱلشَّيْطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِٱلْفَحْشَآءِyang bermaksud: 'Bermula syaitan itu menjanjikan dan menakutkan kamu kepapaan dan menyuruh kamu memperbuat segala kejahatan (Al-Quran surah Al-Baqarah:268)'."
"Kata Abu Hurairah : Berjumpa syaitan [kembaran] orang mukmin dan syaitan [kembaran] orang kafir, maka tiba-tiba syaitan [kembaran]orang kafir itu berminyak rambut, gemuk, berpakaian, dan syaitan [kembaran] orang mukmin itu pula kurus berkusutan dan berdebu rambut dan tiada berpakaian. Maka berkata syaitan [kembaran] orang kafir kepada syaitan [kembaran] orang mukmin : Kenapakah engkau kurus? Jawabnya : Aku berserta seorang lelaki apabila ia makan ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku lapar, dan apabila dia minum menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku dahaga. Apabila dia memakai pakaian ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku tiada berpakaian dan apabila dia berminyak rambut ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku berkusutan rambut.
Daripada satu Hadis Rasulullah s.a.w. yang lain pula diperjelaskan usaha dan cara syaitan merosak dan memperdayakan manusia seperti yang bermaksud :Maka berkata pula syaitan [ orang kafir] : Tetapi aku berserta lelaki yang tiada berbuat sesuatu apa pun daripada yang demikian itu, maka aku menyertainya pada makananya, minumannya dan pakaiannya."
" Dan kata Wahib bin al-Warid, telah sampai kepada kami bahawasanya Iblis menzahirkan diri bagi Yahya bin Zakaria Alaihisalam dan ia berkata : Bahawasanya aku hendak memberi nasihat kepada engkau. Kata [Yahya]: Tidak ada hajat bagiku pada nasihat engkau, tetapi kau khabarkanlah kepada aku daripada hal anak Adam. Iblis berkata: [anak Adam atau manusia] pada sisi kami ada tiga [3] bahagian. Satu [1] bahagian daripada mereka ialah yang lebih-lebih kuat daripada segala bahagian ke atas kami. Kami berhadap ke atas seorang daripada mereka hingga kami memfitnahkan dia dan kami dapat mengerasi daripadanya. Maka ia bersegera beristigfar dan bertaubat [kepada Allah] maka rosak di atas kami tiap-tiap suatu yang telah kami perolehi daripadanya. Kemudian kami kembali balik ke atasnya [memfitnahkannya], tetapi dia kembali seperti itu [bertaubat] . Maka tiada kami berputus harap daripadanya, tetapi dalam begitu tiada kami mendapati daripadanya akan hajat kami. Maka daripadanya kami mendapat penat dan susah sahaja.
Adapun bahagian yang kedua [2] mereka berada pada tangan-tangan kami dengan menepati seperti bola pada tangan anak-anak mereka. Kami membalik-balikkan mereka barang apa sahaja yang kami kehendaki, sesungguhnya memadai mereka mencukupi akan diri mereka.
Adapun bahagian yang ketiga [3] pula mereka seumpama engkau terpelihara mereka dan tiada terdaya kami daripada mereka di atas sesuatu apa pun."
[ Lihat : Tingkatan Otak Manusia dan Akhlak Mukmin].
"Dan kata Ayub bin Yunus bin Yazid, telah sampai perkhabaran Hadis kepada kami bahawasanya diperanakkan berserta anak-anak manusia itu daripada anak-anak jin kemudian mereka hidup bersama-sama mereka."
" Dan sesungguhnya kata Abu Umammah al-Bahili sabda Rasulullah s.a.w.: Diwakilkan bagi seorang mukmin itu seratus enam puluh [ 160 ]orang malaikat, mereka menolakkan daripadanya barang yang tiada berupaya ia ke atasnya [menolakkannya] yang setengah daripada yang demikian itu untuk pemandangan mata ialah tujuh [7] orang yang menolakkan daripadanya sebagaimana menolakkan lalat-lalat dari pinggan bekasan madu pada hari musim panas.
Jikalau sekiranya terzahir bagi kamu sekalian nescaya kamu melihatnya 'syaitan itu' di atas tiap-tiap tanah rata dan bukit semua membentangkan tangannya membukakan mulutnya. Sekiranya diwakilkan seorang hamba itu kepada menjaga dirinya sendiri dengan sekerlipan mata sahaja nescaya menyambarinya oleh syaitan-syaitan."
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة المؤمنون Al-Mu'minun ayat 7-9 menjelaskan betapa Allah mentakdirkan para malaikat yang berada di 'Arasy sentiasa mendo'akan keampunan dan kesejahteraan insan mukmin dari sebarang perkara yang boleh menyebabkan mereka dimurkai dan dilaknat Allah:
يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (7) رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (8) وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (9
" (Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta meminta ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : 'Ya Tuhan kami, rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala.(7)
Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(8)
Sewajarnya kita sebagai setiap insan mukmin merasa malu dan insaf kepada para malaikat yang diamanahkan Allah untuk memikul 'Arasy dan yang berada di sekelilingnya tetapi dalam masa yang sama sentiasa mendo'kan kesejahteraan insan mukmin soleh yang terdedah kepada tipu daya dan godaan syaitan dalam berbagai-bagai cara hingga menyebabkan mereka boleh dimurkai Allah dan dihumban ke dalam neraka demi keadilan-Nya. Betapa beruntungnya insan mukmin soleh yang sentiasa mendapat rahmat di bawah naungan do'a para malikat di 'Arasy. Alangkah ruginya kita di sepanjang hayat jika tidak temasuk di dalam golongn ini.Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar."(9)
1. "Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Sesungguhnya datang kepada aku syaitan, maka ia menarikkan akan daku kemudian dia menarikkan akan daku. Maka aku ambil dengan memegang tengkuknya. Demi yang membangkitkan akan daku menjadi Rasul dengan sebenarnya, tiada aku melepaskannya hingga aku dapati kesejukan air lidahnya ke atas tangan aku. Jikalau sekiranya tidak ada perdoa'an saudaraku Sulaiman Alaihisalam [al-Quran سورةُ ص surah Shaad ayat 35 :
قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لأحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ nescaya aku berpagi-pagi terlantar di dalam masjid."
2. "Dan daripada Abdul Rahman bin Abi Laili katanya: Adalah syaitan datang kepada Nabi Muhammad s.a.w., pada tangannya ada sepotong nyalaan daripada api (obor). Ia berdiri di hadapannya ketika ia sedang sembahyang. Maka ia [Rasulullah s.a.w.] membaca dan berta'uz membaca "A'uzubillahi Minasyiatanirrajim اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ " tetapi dia tidak pergi. Lalu datang kepadanya Jibril Alaihisalam dan berkata kapadanya : Katakan olehmu :
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَاْ يُجَاوِزُهَنَّ
بِرٌّ وَلَاْ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ الأَرْضِ وَمَا
يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ
فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِ
اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَن
Maksudnya :
"Aku meminta peliharakan (perlindungan) dengan segala kalimah yang sempurna yang tiada melampaui oleh orang yang baik dan tiada melampaui oleh orang jahat daripada kejahatan barang apa yang masuk pada bumi dan barang apa yang keluar daripadanya, dan barang apa yang turun daripada langit dan barang apa yang naik kepadanya, dan daripada segala fitnah malam dan siang, dan daripada segala yang datang malam dan siang melainkan yang datang mendatangkan dengan kebajikan, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah."
Apabila ia (Rasulullah s.a.w. ) mengatakan yang demikian itu maka padam sepotongan nyalaan api itu jatuh ke atas mukanya (syaitan)."
Di samping adalah terlebih afdhal jika dapat diperkukuhkan lagi dengan membaca ayat-ayat al-Quran dalam surah سورة المؤمنون al-Mu'minun ayat 97-98 seperti di bawah ini. Ayat-ayat ini amat jelas Allah memperingatkan hamba-hambaNya supaya memohon perlindungan daripda-Nya dari bisikan dan tipu daya syaitan :
وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ (97) وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ (98
" Dan katakanlah : 'Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. (97)
Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku." (98) ]
i. tiada memiliki bagi dirinya sendiri kemanfaatan
ii. tiada memiliki bagi dirinya sendiri kemudaratan
iii. tiada memiliki bagi dirinya sendiri kematian
iv. tiada memiliki bagi dirinya sendiri kehidupan
v. tiada memiliki bagi dirinya sendiri kebangiktan hidup semula kemudian daripada mati.
i."Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan."
[ayat 6]
قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا (20) قُلْ إِنِّي لا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلا رَشَدًا (21) قُلْ إِنِّي لَنْ يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا (22)Maksudnya :
ii."Katakanlah : Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhan ku dan aku tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya.(20)
Katakanlah : Sesungguhnya aku tiada kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan. (21)
Katakanlah : Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorang pun yang dapat melindungiku daripada (azab) Allah dan aku tiada sesekali akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya."(22)
[ayat 20-22]
Allah memberi perumpamaan kepada golongan yang mengambil pelindung-pelindung atau meminta pertolongan daripada makhluk jin dan syaitan adalah seperti labah-labah dan sarangnya sebagaimana Firman-Nya dalam surah سورة العنكبوت Al-Ankabut ayat 41-43 :
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (41) إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ مِنْ شَيْءٍ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (42) وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ (43
Maksudnya :
"Perumpamaan orang-orng yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah (sarang). Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui. (41)
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka seru selain Allah. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(42)
Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia, dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu."(43)
قَالَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَ رَسُولُ اللهُ صَلَّى اللُه عَلَيهِ وَسَلَّمَ : "اِنَّ الشَّيطَانَ يَأْتِي أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَكَ فَيَقُولُ: اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فَيَقُولُ: فَمَنْ خَلَقَ اللهَ فَاِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ ذَلِكَ فَلْيَقُلْ آمَنْتُ بِاللهِ وَرَسُولِهِ فَإِنَّ ذَلِكَ يُذْهِبُ عَنْهُ."
"Kata Aishah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.: Bahawasanya syaitan datang kepada seseorang kamu sekalian, maka ia berkata : 'Siapakah yang mengadakan engkau?' Maka ia berkata : 'Ialah Allah Tabaraka Wataala.'
Maka ia (syaitan) berkata, maka SIAPAKAH YANG MENGADAKAN ALLAH?Maka apabila didapati seorang kamu sekalian akan yang demikian itu, hendaklah ia berkata : آمنت بالله ورسوله(yang bermaksud : 'Aku telah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya'). Bahawasanya yang demikian itu ia (syaitan) pergi daripadanya."
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَصَّ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ
Maksdnya :
"Dari Abi Hurairah رضى الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم mewakili aku untuk menjaga zakat Ramadhan, lalu datanglah seseorang dan mencuri sebahagian dari makanan tersebut, maka aku menahankannya, lalu aku berkata akan membawanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ….” dan di akhir hadis tersebut syaitan tersebut berkata: 'Apabila engkau menuju ke tempat tidurmu (mahu tidur) maka bacalah ayat Kursi, kerana (dengan membacanya) akan sentiasa bersamamu malaikat dari Allah yang menjagamu, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi, Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوْبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ Ertinya: 'Syaitan itu, jujur kepadamu (Abi Hurairah) padahal ia (syaitan) adalah penipu'."[ Hadis sahih riwayat Bukhari ]
[ Lihat : Bersediakah Anda Menghadapi SAKARATUL MAUT?]
[ Lihat juga : Roh Orang Mati Boleh Balik Ke Dunia ? ]
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ (42Maksudnya :
" Iblis berkata : Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39)
kecuali hamba-hamba Engkau yang MUKHLIS di antara mereka. (40)
Allah berfirman : Ini adalah jalan yang lurus; kewajipan Aku-lah (menjaganya). (41)
Demikian juga Firman Allah dalam surah سورة الأنعام Al-An'aam ayat 142 :Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat."(42)
Maksudnya :وَمِنَ الأنْعَامِ حَمُولَةً وَفَرْشًا كُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
" dan di antara binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌMaksudnya :
"Barangsiapa yang berpaling dari mengingat pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-Quran ), Kami adakan baginya syaitan. Maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya."
لَعَنَهُ اللَّهُ وَقَالَ لأتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا (118) وَلأضِلَّنَّهُمْ وَلأمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا (119) يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (120) أُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَلا يَجِدُونَ عَنْهَا مَحِيصًا (121
Maksudnya :
“ yang dilakanati Allah dan syaitan itu mengatakan :'Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku)'. (118)
'dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), dan akan aku suruh mereka (merobah apa yang Allah jadikan), lalu benar-benar mereka merobahnya'. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. (119 )
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (120)
Mereka itu tempatnya Jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat lari daripadanya."(121)
Maksudnya :إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi dari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan yang keji itu atau masih berdegil)."
"...kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang SESAT."
"...menjadi orang-orang yang mengikut kamu (syaitan)."
2. Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Saidina Ali bin Abi Talib yang dijadikan doa menerangkan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri dan kandungan maksud hadis Allah Memuji Diri-Nya Sendiri.
3. Doa Rasulullah s.a.w. selepas menunaikan solat sunat subuh.
4. Doa Khalifah Abu Bakar As Siddiq ketika menghadapi sakit membawa maut yang menjelaskan Qada dan Qadar Allah.
5. Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa yang terkandung di dalam kitab MUKH AD-DOA FIL IMAN.
6. Membaca, memahami dan beriman kepada Asma ' Ullah Al Husna.
[Sila lihat :7. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu menambah baik diri membersihkan diri daripada sifat-sifat 'mazmumah' dan menanamkan sifat-sifat 'mahmudah' dengan beristiqamah melakukan segala ibadat yang difardhukan dan digalakkan syarak hingga ke akhir hayat.
i. Tingkatan Otak Manusia dan Akhlak Mukmin
ii Allah Dikatakan Berjuzuk, Mempunyai "Tangan" dan Istiwa' di 'Arasy?]
Dalam Hadis yang lain ada juga disebut bahawa Nabi bersabda :"Seorang yang berilmu [orang mukmin yang mempunyai dan kefahaman yang luas dan mendalam terhadap ilmu agama dan beramal dengannya] lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang 'abid [ahli ibadah yang jahil]."
مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللّهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ
“Barangsiapa menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahi Allah kepadanya jalan ke syurga.” [Sahih Muslim]
[Lihat : Kitab Tipu Daya Syaitan ]
******************************************
طَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ (30) فَبَعَثَ اللَّهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِي الأرْضِ لِيُرِيَهُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْأَةَ أَخِيهِ قَالَ يَا وَيْلَتَا أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَذَا الْغُرَابِ فَأُوَارِيَ سَوْأَةَ أَخِي فَأَصْبَحَ مِنَ النَّادِمِينَ (31Maksudnya:
" Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya (Habil), maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi. (30)
[Al-Quran surah سورة المائدة Al-Maa-idah : 30-31 ]Kemudian Allah 'menuyuruh' seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil : 'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini? '. Oleh itu jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal." (31 )
بِسْمِ اللهِ مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ كُلُّ نِعْمَةٍ مِنَ اللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ اْلخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدِ اللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ لَا يَصْرِفُ السُّوْءَ إِلَّا اللهُ
Maksudnya :
“Dengan menyebut nama Allah, segala sesuatu atas kehendak Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, segala nikmat dari Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, segala kebaikan atas kuasa Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, tak ada yang mampu menghindarkan keburukan kecuali Allah.”