Ahad, 22 Januari 2012

Perbandingan Iktiqad Orang Melayu [Bhg. 3]


[Sambungan:Perbandingan Iktiqad Orang-orang Melayu Bhg 2 ]




(3)

PERBANDINGAN IKTIQAD 

ORANG-ORANG MELAYU

[Bahagian  Ketiga ]


Oleh


Ustaz Mohamad Ismail Bin Salleh – Perak





بسم الله الرحمن الرحيم



الحمد لله الذي تعرف به عباده بكتابه المنزل على لسان نبيه المرسل.
والصلاة والسلام على نبي الهدى والرحمة سيدنا محمد خاتم النبيين والرسل وعلى آله وأصحابه الذين آووا ونصروا لاعلاء الدين وانفقوا في سبيله ماجمعوا وما ادخروا.


أما بعدفقد طلب مني كثير من أصحابي أن اؤلف رسالة وجيزة تتضمن خلاصات الاعتقادات الصحيحة والفاسدة ليسهل للطلاب التمسك بصحيحها ودفع ما اشتبه عليهم من الادلة راجيا من الله تعالى أن ينفع بها المسلمين والمسلمات في هذا البلد – فيرقخاصة وفي بلاد اخرى عامة ولهذا لم أر بدا من القبول لذلك الطلب العظيم الشأننظرا من حيث انه من أهم الامور في الدين والمقدمات الواجبة على على كل عالم تأديتها على قدر الامكان ولو لم يصدر منهم الطلب وخصوصا في هذا العصر الأخير، هذا وأنا الحقير الراجي غفران ربه الاستاذ محمد اسماعيل بن صالح – تالغكوالا كغسرفإن لم يصبها وابل فطلوأقل ما ارجو منها فائدة أن تكون بمنزلة فتح ابواب الرد على الشبهات ويكون فيها الحض على العالم بأن لا يسكت عن مثل هذه المسائل بل يسعى في زيادة ايضاحها لتلاميذه وللعوام من الناس لئلا يقعوا في المهلكات وسميت هذه الرسالة "فربنديغن اعتقاد اورغ-اورغ ملايو" .


HUJAH-HUJAH ILMU SESAT dan BANGKANGAN KITA

Al-hamdulillah, sesungguhnya dengan pertolongan Allah Taala telah tamatlah "Perbandingan Iktiqd Orang-Orang Melayu" Bahagian Yang Kedua. Dengan ini masuklah Bahagian Yang Ketiga. Di dalamnya, ada mengandungi sebab-sebab dipersalahkan 5 buah kitab Jawi dahulu itu dan menerangkan bahawa lima [5] buah kitab salah itu adalah pemimpin agama falsafah Wahdat al-wujud (فلاسفة وحدة الوجود). Ertinya: Satu sahaja yang ada dan ujian besar kepada ulamak Islam Semenanjung Tanah Melayu, termasuk juga jawapan kepada mana-mana soalan yang terbit daripada mereka yang berupa ketidakpuasan hati di atas bangkangan saya pada lima [5] buah kitab salah itu supaya kita bersama-sama insaf dan memandang perkara membetulkan iktiqad sehingga sah dan benar, lebih mustahak daripada segala-galanya..

Maka di bawah ini saya mulai memberi penerangan iaitu:


1.    Agama Islam lebih mustahak dari segala perkaranya untuk dibicara dan diutamakan. Tidak ada gunanya hidup tanpa agama Islam. 


2.    Seruan agama Islam melarang menyembah berhala atas barang mana rupa pun. Ditegah mengingkari Nabi Muhammad itu, Nabi dan Rasul yang terkemudian sekali.


3.    Bagaimanakah rupa ulamak Islam yang dahulu, membela ketinggian mutu agama Islam berkenaan dengan perkara membetulkan iktiqad, menurut jalan Ahli Assunnah Wal Jamaah, seperti Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah dan lainnya dengan mengarangkan beberapa banyak kitab Ilmu al-Kalam (كتاب علم الكلام) pada membicarakan perkara ini dalam bahasa Arab untuk menerangkan bagaimana yang benarnya dan yang salahnya serta menolak berberapa perkara kesamaran dalam iktiqad. Tidaklah payah saya terangkan dengan panjang lebarnya bahkan memadailah saya katakan, kitab-kitab itu sangat banyak. 
Oleh itu jika diselidiki kandungan lima [5] buah kitab Jawi yang saya salahkan itu, kesemuanya memberikan ibarat bahawa Tuhan dengan segala makhlukNya itu adalah seperti:
I.     Api dengan asap, atau 
II.   Benih dengan pokok, atau 
III. Matahari dengan cahayanya, atau 
IV.  Buih dengan ombak.
Kitab-kitab Arab jika diselidikki, telah menerangkan ibarat Tuhan dengan segala makhlukNya itu iaitu SANI-UL-ALAM (صانع العالم) dan MAS-NU-EHI (ومصنوعه). Ertinya: Tukang yang mengadakan ‘ALAM dan BARANG PERTUKANGANNYA. Makna ‘ALAM itu telah pun diterangkan di dalam kitab Arabnya iaitu “KULLU MAUJUDIN SIWALLAHI YUSAMMA ‘ALAMAN” (كل موجود سوى الله يسمى عالما) Ertinya: Tiap-tiap yang ada selain dari Allah dinamakan ‘alam.

Oleh itu, dengan adanya perbandingan ini, nampaklah kitab-kitab Jawi yang saya salahkan itu bukanlah dari perjalanan Ahli Assunnah Wal Jamaah dan bukan dari Ahli As-Sufi, lebih-lebih lagi perjalanan Aulia Allah dan Anbia Allah bahkan perjalanan Ahli Al-Mutasawifah (اهل المتصوفة) dan Ahli Al-Muktazilah dan Ahli Al-Falsafah (اهل الفلاسفة) yang dibangkang keras oleh ulamak Islam yang terdahulu.

Apakah kandungan kata dalam lima kitab yang saya salahkan itu yang sama sahaja rupa perjalanan di antara satu dengan lainnya. Di bawah ini, saya peturunkan sebahagian dari kandungannya iaitu:
                 1.Kitab Kasyful-Asrar (كشف الاسرار)
Pada muka 20, satar (baris) 15 dari atas, demikian bunyinya:

(s) Dan mana misal hamba dengan Tuhan dan misal Tuhan dengan hamba berilmunya supaya tahu.

(j) Bermula tamassil (تمثل) hamba dengan Tuhan dan misal Tuhan dengan hamba iaitu misal matahari dengan cahayanya, tiada sekutu, tiada bercerai cahaya ini dengan zat matahari, bukan cahaya itu matahari itu bukan lain daripada matahari dan lagi misalnya, api dengan asap. Ada pun asap itu menunjukkan ada api dan bukan asap itu api, tiada lain daripada api, tiada bercerai, tiada sekutu, seperti misal ini hamba dengan Tuhan, tiada bercerai dan tiada sekutu.

Pada muka 6, satar (baris)10 dari atas, disebutkan begini:

(s) Tatkala itu siapa yang mengenal dan siapa yang dikenal.

(J) Adapun yang mengenal itulah yang dikenal, dan yang dikenal itulah yang mengenal.

Muka 38, satar 14 dari atas, demikian bunyinya:
Maka fanakkan (فناكن) hai insan akan wujudmu dalam wujud Allah, fanakkan segala sifatmu dalam sifat Allah ialah Allah Taala yang hidup dalam dirimu yang tahu dalam ilmumu dan yang kuasa dalam tulangmu dan yang berkehendak pada nafsumu dan yang mendengar pada telingamu dan yag melihat pada matamu dan yang berkata pada lidahmu. Maka tatkala itu lepas engkau daripada syirik.
                          (كتاب بيان التجلي)
Pada muka 33, satar 4 dari atas, ada menyebutkan begini:
(Maka dengan kata ini segialah kita iktiqadkan bahawa hak AllahTaala itu ada bagiNya rupa yang tertentu dengan Dia dan harus bagiNya tajalli (تجلي) dengan barang rupa yang dikehendakkanNya dengan mafhum "وله كل شئ" dan bagiNya tiap-tiap rupa yang tersebut itu.
Pada satar 7 dari atas, ada menyebutkan begini:
Maka apabila Ia tajalli Dia dengan nur sya’-syani tajalli (نور شعشاني تجلي) tiada dapat dipandang dan apabila ia tajalli dengan nur yang ghair sya’-syani tajalli ia dapat ia dipandang tetapi dengan tiada dapat dibetapa (دبتاف) Allah itu.
                       Pada satar 17 dari atas, ada menyebutkan:
Bermula segala sifat yang tujuh ini pada kita bayang-bayang bagi segala sifat hak Allah Taala yang telah tersebut itu seperti wujud kita ini bayag-bayang bagi wujudNya. Maka bayang-bayang itu tiada maujud melainkan dengan empunya bayang-bayang. Maka bukan ia dan tiada lain daripadNya.

3. Di tepi Kitab Hidayatussalikin (هداية السالكين) .
Muka 12 satar 7 dari atas, ada menyebutkan begini:
Dan tiada dibilangkan engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mukmin yang sebenar melainkan bahawa engkau pandang tiada yang berbuat dan tiada yang hidup dan tiada yang maujud dalam wujud ini hanya Allah Taala sendirinya jua.
Muka 24 satar 30 dari atas, ada menyebutkan: 
 
شهود الكثرة في الوحدة

Yakni dipandang yang banyak pada yang satu. Muradnya, sekelian alam ini daripada Zat Allah Taala satu jua, tiada daripada lain.
Pada satar 38, ada menyebutkan begini: 
 
Daripada Zat Allah Taala jua terbitnya sekelian alam ini, tiada daripada lainNya iaitu syhud al-wihdah fil-kathrah (شهود الوحدة في الكثرة) yakni pandang yang satu pada yang banyak. Ertinya daripada Zat Allah Taala jua terbitnya sekelian alam ini.

                 4.Risalah Amal Makrifah (رسالة عمل معرفة). 
                      Pada muka 18 satar 11 dari atas, ada menyebutkan begini:
“Perkara pertama  شهود الكثرة في الوح دة (syuhud al-kathrah fil-wihdah).
Ertinya: Memandang yang banyak di dalam yang satu, yakni pandangmu bahawasanya wujud segala makhluk berdiri dengan wujud Allah Taala, tiada dengan sendirinya. Misalnya: Seperti kita lihat pohon kayu, baginya pohon dan dahan dan cabang dan daun dan lain-lainnya. Maka kita telek dengan fikir hati, sekeliannya itu jadi daripada yang satu jua iaitu biji dan demikianlah alam ini sekeliannya jadi daripada yang satu iaitu Allah Taala.

               Dan kedua syuhud al-wihdah fil-kathrah (شهود الوحدة في  الكثرة).
Ertinya: Memandang yang satu di dalam yang banyak, yakni pandang mu akan bahawasanya Allah Taala itu maujudun ai (iaitu) pada sekeliannya (ذرة الوجود).
Misalnya: Seperti kita lihat satu biji maka kita ibaratkan bahawasanya daripada biji inilah jadi pohon dan dahan dan cabang dan daun dan lainnya seperti demikianlah wujud Allah Taala yang satu itu, daripadanya jua terbit sekelian alam ini.
                  5.Kitab Fatehul-‘Arifin (كتاب فتح العارفين)
Pada muka 6 satar 12 dari atas, ada menyebutkan begini: (مراقبةالمعية)
Yakni tawajjuh (توجه) berhadap hati kepada Zat Tuhan yang berserta dengan kita daripada tiap-tiap juzuk yakni suku-suku kita serta dengan Tuhan pemandangan penglihatan perkataan anggota dan lidah dan penciuman.
Demikianlah saya salinkan sedikit-sedikit sahaja daripada kandungan lima buah kitab salah itu. Saya fikir, memadailah sekadar ini dahulu untuk menjelasakan umbi kesalahan itu. Maka manakala ibarat Allah dengan segala makhlukNya itu seperti sebagaimana yang diterangkan, tiadalah syak lagi bahawa segala fahaman yang lain yang ada tersebut dalam kitab-kitab salah itu semuanya menumpu kepada fahaman yang salah itu juga. Maka puak kita Ahli Assunnah Wal Jamaah telah menerangkan bahawa Allah Taala itu sani-ul‘alam (صانع العالم) dan semua barang yang ada selain daripada Allah ialah masnu’atullah (مصنوعات الله) iaitu ibarat tukang dengan segala barang pertukangannya dan tiada bersatu hakikat di antara tukang dengan barang pertukangan.


Oleh itu tiadalah ada jalannya bagi seseorang manusia itu dan lain-lain juga mengaku dirinya "Aku Allah", tetapi jika menurut fahaman puak sesat yang memakai lima buah kitab sesat itu, terkenalah diakui diri sendiri "Aku Allah", berbetulan dengan ibarat itu kerana semua yang ada ini dituduhkan terbit daripada benih yang satu iaitu Zat Tuhan walaupun tidak mahu mengaku seperti demikian atau disembunyikan akuan itu. 

Maka sebab itulah mereka mengaku diri "Aku Allah, Aku Muhammad, Aku Adam, Aku Insan Kamil, Aku Nabi Muhammad, Mustafa, Rasulullah dan Muhammad Hakiki". Jika tidak, tentulah tidak ada jalan lain yang boleh mengaku sedemikian itu. 
Kenapakah dikatakan orang yang mengaku Nabi itu dibenci dan dipersalahkan selamanya kitab yang lima buah itu tidak dibenci bersama dan tidak dipersalahkan?

Amat pelik jika seseorang yang mengaku dirinya alim, tetapi kalau sekadar salah yang sangat terang ini sahaja pun belum tahu adakah salah atau benar.Saya tidak mempersalahkan sesuatu perkara melainkan setelah diterangkan sebab-sebabnya dan ditunjukkan pula bagaimana yang betulnya, menurut jalan Ahli Assunnh Wal Jamaah.

Adapun bangkangan saya di atas kitab-kitab yang salah itu, bukanlah bermakna membangkang ulamak Islam tetapi membangkang iktiqad sesat yang tuan pengarangnya sendiri tiada mahu mengikut ulamak Islam Ahli Assunnah wal Jamaah dan telah terpesong kepada fahaman Ahli al-Mutasawifah dan Ahli al-Muktazilah pada beberapa perkara. Saya tidak menuduh ianya berkekalan dalam iktiqad sesat itu, barang kali juga ia rujuk (bertuabat) tetapi tidak berpeluang menarik balik karangannya yang salah dahulu itu atau tidak sempat memberitahu kesalahannya itu kepada orang lain lalu ia kembali ke Rahmatullah Taala. 

MENOLAK KESAMARAN

Barangkali ada satu jalan kesamaran faham bagi orang awam iaitu jika terjumpa mana-mana dua patah kata bersusun yang disandarkan kepada nama Allah atau diselangi oleh perkataan من (dari/daripada) sehingga disangkakan pekataan “dari/daripada“ itu dengan makna “menumpu kepada asal terbit benda sesuatu”, seperti misalnya:
  • Cincin daripada emas maka emas itu cincin dan cincin itu emas atau
  • Rumah daripada kayu maka kayu itu rumah dan rumah itu kayu

    Oleh itu maka difahamkan tiap-tiap perkataan “dari/daripada” itu sedemikian itulah kehendaknya sehingga bila dikata: الروح من الله teruslah mereka itu memahamkan bahawa roh itu Allah dan Allah itu roh atau (النور من الله) maka teruslah dimaknakan (النور) itu Allah dan Allah itu NUR (النور). Ditambah lagi kemusykilan itu apabila terjumpa susunan kata yang sangat-sangat ringkas seperti:

وبالله - ومن الله - والى الله - وعلى الله - وفي الله - ولاحول ولا قوة إلا بالله


 .                     Teruslah mereka itu memaknakan mengikut terjemahannya sepatah-sepatah    
  dengan tidak mengetahui kehendak susunan kata ringkas yang sebenarnya.

Maka mudahlah mereka itu mempercayakan mana-mana perkataan yang ada tersebut di dalam kitab-kitab sesat yang telah pun memberikan ibarat bahawa Allah dengan segala makhluk-Nya itu adalah seperti benih dengan segala barang yang terbit daripada benih itu. Mereka itu kehairanan kenapakah kitab-kitab yang lima buah itu dipersalahkan pula.

Oleh itu saya merasa terpanggil untuk menerangkan hal-hal ini sekadar menolakkan kesamaran.

Jika diselangi dengan perkataan من (daripada) nescaya jadilah susunan katanya begini:


الارض من الله : أي الارض من صنع الله او من خلق
            الله
Ertinya: Bumi itu daripada Allah, yakni bumi itu daripada barang yang diadakan oleh Allah.



الشمس من الله: أي الشمس من صنع الله أو من 

خلق الله 

Ertinya: Matahari itu daripada Allah, yakni matahari itu daripada barang yang diadakan oleh Allah. 
 
الجنة من الله: أي الجنة من صنع الله أو من خلق الله

Ertinya: Syurga itu daripada Allah yakni syurga itu daripada barang yang diadakan oleh Allah.

Begitu juga: 
الروح من الله: أي الروح من صنع الله او من خلق الله

Ertinya: Roh itu daripada Allah yakni roh itu daripada barang yang diadakan oleh Allah. 

النور من الله: أي النور من صنع الله او من خلق الله


Ertinya: Cahaya itu daripada Allah yakni cahaya itu daripada barang yang diadakan oleh Allah. 
 
العالم من مصنوعات الله

Ertinya: Alam itu daripada pertukangan Allah.
Samalah maknanya jika dikata:

العالم من آثار قدرة الله

Ertinya: Alam itu daripada bekas (tanda-tanda) kekuasaan Allah.

Sama juga maknanya jika dikata:

العالم من انوارقدرة الله

Ertinya: Alam itu daripada cahaya-cahaya kekuasaan Allah yakni daripada bekas kekuasaan Allah.

Adapun kata-kata:
ومن الله/ والى اللهوفي الله/ ولاحول ولا قوة إلا بالله
itu maka ringkasan kata yang tersebut ini jika diselidikki di manakah boleh dijumpai dan apa dia tujuan kata-kata ini? Tentulah akan didapati bahawa sepenghabisan tingginya di dalam pelajaran Ilmu at-Tasawwuf ialah menolak segala bentuk ketidakpusan hati menerima segala hukuman Allah Taala dan mentaatiNya, menolak segala rupa keluh-kesah menerimai apa-apa yang telah Tuhan letakkan ke atas seseorang itu daripada kesusahan dunia yang telah ditanggunginya itu hingga berasa patut melahirkan sungutan dengan kata:

                                                    لم وكيف


                                       (kenapa dan macam mana).


itu meruntun masuk ke dalam api neraka. Selain itu, dikehendaki seseorang itu merendahkan dirinya kepada Allah dengan sehabis-habis rendahnya, mengaku kelemahan daripada segenap perkaranya.
Dan memandang tiada sebarang apa juga bahaya atau jalan kebahagiaan melainkan semata-mata dengan berharapkan pertolongan Allah Taala jua menolakkan bahaya itu dan dengan semata-mata kemurahan dan rahmat Allah jua mengkurniakan jalan mendapat kebahagiaan dan keselamatan dengan sentiasa mengingatkan dirinya itu di dalam keadaan di antara sangat-sangat takutnya terkena sebarang maksiat yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah ke atasnya.

Seterusnya menjauhkannya dari rahmatNya dan dengan keadaan yang sangat-sangat mengharapkan supaya sentiasa dapat mentaati Allah Taala yang boleh membawanya kepada Allah.
Maka kesemua kandungan makna yang dikehendakki ini adalah termasuk dalam susunan kata-kata:

وبالله ومن الله والى الله وعلى الله وفي الله ولا حول ولا قوة الا بالله 


Ertinya : Dengan kekuasaan Allah dan pertolonganNya (أي بقدرة الله وإعانته) .


من الله ”. Ertinya: “Daripada takdir Allah dan kehendakNya” (اي من تقدير الله ومشيئته) . 
 
الى الله ”. Ertinya: “Kembalinya semua pekerjaan itu kepada Allah” (أي يرجع الامور كلها الى الله) .

 
على الله ”. Ertinya: “Berserah kepada Allah”(أي التوكل على الله) . 
 
في الله ”. Ertinya: “Dalam pemeliharaan Allah”(أي في حفظ الله ورعايته) .

 "لا حول ولا قوة إلا بالله ”  

Ertinya: “Tiada gerak dan tiada kekuatan berupaya bergerak melainkan dengan kekuasaan Allah. 


Jika sedemikian itulah hal engkau, maka engkau itu adalah dikira orang yang bertawakkal kepada Allah, walaupun engkau itu mempunyai usaha dan bekerja:

                     "فاذا كان هذا حالك فانت متوكل وإن سعيت "

Bukanlah maknanya Allah yang bergerak dan Allah yang berusaha sebagaimana yang dikatakan oleh kitab-kitab salah yang menumpukan kefahamannya kepada: 

         "Bahawa hamba itu majaz (مجاز) dan mazhar (مظهر ) sahaja." 

Kerap kalinya dipakai susunan kata-kata ini (وبالله .. الخ) dalam doa-doa. Maka tiap-tiap seorang itu, bukan semasa berdoa sahaja terkena ia mencantumkan ingatan hatinya seperti yang demikian itu kehendaknya, bahkan setiap masa hendaklah ada sedemikian itu, kerana inilah buah ilmu pengetahuan Ilmu at-Tasawwuf yang dikehendakki oleh syarak untuk dipelajari dan beramal dengannya.

Apabila diambil cabutannya daripada nas-nas yang ada tersebut di dalam sesetengah kitab Arab yang jika diperhatikan dengan cermatnya adalah sebetul-betulnya membangkang fahaman yang dibawa oleh kitab-kitab sesat yang lima buah itu pada sesetengah ayat yang mutasyabihah yang akan diterangkan di sini.
Apakah dia keterangan itu? 

Di bawah ini saya terangkan kehendak tujuan maknanya dengan ringkas sahaja seperti berikut:
Bahawa Allah Subhanahu Wa Taala telah memfardhukan ke atas hamba-Nya beberapa perkara dan menyuruh ditunaikan segala perkara yang difardhukan itu termasuklah segala perkara fardhu 'ain, fardhu kifayah, sama ada melakukan perkara-perkara fardhu  pada anggota zahir seperti sembahyang, zakat dan lain-lain daripada keduanya daripada sebarang apa juga jenis ibadat kepada Allah Taala atau meninggalkannya seperti zina, berbunuh-bunuhan dan lain-lain daripada keduanya daripada segala perkara yang diharamkan atau pun perkara-perkara fardhu yang bersangkutan dengan anggota hati yang di dalam, seperti mengenal Allah Taala dan mengasihi-Nya (Dia) dengan mentaati segala hukuman-Nya, bertawakal kepada-Nya dan takut melanggar akan segala hukuman-Nya.

Maka tiadalah ada yang lebih besar pahalanya dari mendapat keredhaan Allah Taala daripada amalan-amalan menunaikan segala perkara yang telah difardhukan oleh Allah ke atasnya. Apabila seseorang itu telah dapat menunaikan segala tuntutan hukum syarak itu, ditambah lagi ketaatan itu dengan membuat beberapa perkara yang sunat-sunat dan apa juga jalan kebajikan, tidaklah berasa ingin hatinya hendak mengerjakan maksiat kepada Allah Taala serta dimudahkan oleh Allah Taala baginya jalan berbuat taat kepadaNya dengan meninggalkan pekerjaan maksiat, tidak menggunakan telinganya untuk mendengar perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak seperti mendengar cerita-cerita dusta, suara-suara nyanyian dan seumpamanya.

Bahkan telinganya itu diguna untuk mendengar perkara-perkara yang baik-baik belaka seperti mendengar bacaan al-Quran al-Azim, nasihat-nasihat yang berguna dan lain-lain seumpamanya. Begitulah juga keadaannya pada anggot mata, tidak diguna untuk melihat permainan-permainan yang diharamkan melihatnya dan lain-lain seumpamanya bahkan diguna untuk memandang perkara-perkara yang menambahkan kebajikan, memikirkan perkara-perkara ajaib barang perbuatan Allah untuk diambil banyak iktibar pada sesuatu pekerjaan.


Anggota lidah itu pula, tidak diguna untuk bertutur kata yang tiada berfaedah bagi agamanya dan kehidupan dunianya bahkan digunakan lidah itu semata-mata terhad kepada perkara-perkara yang berfaedah belaka, seperti memberi nasihat, menegah perkara-perkara mungkar, menyuruh orang berbuat baik, membaca kalam Allah “al-Quran al-Azim” dan lain-lain seumpamanya. Anggota tangan itu tidak digunakan untuk menyentuh barang-barang yang diharamkan oleh syarak seperti mengambil harta curi, memukul, membunuh dan lain-lainnya bahkan digunakan untuk memegang perkara yang ada berkebajikan belaka. Anggota kaki pula tidak digunakan untuk berjalan di tempat-tempat yang diharamkan oleh Allah bahkan digunakan untuk berjalan ke tempat-tempat yang berfaedah belaka.
Demikian itulah kira-kira ringkasan maknanya yang dikehendaki oleh Hadis Qudsi:

ما تقرب الي المتقربون بمثل اداء ....

hingga


كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ولسانه الذي

ينطق به ويده التي يبطش بها


Bukanlah maknanya seperti yang difahamkan oleh kitab sesat yang lima buah itu yang akan diterangkan kelak.

Barang siapa dapat mencapai sedemikian ini halnya yakni mentaati segala hukuman Allah dan memberhentikan segala laranganNya berertilah yang dia itu sebenarnya telah takutkan Allah dan kasihkan Dia. Bukanlah makna kasih itu dengan makna kasih sebagaimana yang difahamkan oleh orang-orang jahil dan puak-puak agama sesat itu. Kadang-kadang dipakai sebagai kata maknawi. Jika hamba itu "menghampiri Allah sejengkal, nescaya Allah Taala menghampiri hamba-Nya itu sedepa"

Ertinya: Jika hamba itu melakukan sedikit ketaatan dan kebajikan maka Allah Taala akan balasi pahalanya lebih banyak dan bergand-ganda. Bukanlah makna hampir itu sebagaimana hampir yang difahamkan oleh orang-orang jahil dan puak-puak agama sesat.

Kadang-kadang, dikata: "Allah Taala berserta kita". Ertinya: Memberi faham bahawa Allah Taala Amat Mengetahui dan Amat Menolong kita. Bukanlah maknanya berserta itu dengan makna bersama atau bersatupadu atau bersatu hakikat di antara Allah dengan hambaNya atau bersatu Zat Tuhan dengan zat hamba, menurut sebagaimana yang disangka-sangkakan oleh orang-orang jahil dan puak sesat itu. 

Demikianlah kata-kata yang seakan-akan hendak menyamai Allah Taala itu dengan sesuatu daripada makhlukNya. Tidaklah sekali-kali betul jika diikut menurut makna zahir perkataan itu sahaja. Bahkan ada lain maknanya dan tidak sekali-kali berlawanan maknanya dengan ayat Quran surah Asy-Syuura : 11:

                    ليس كمثله شئ وهو السميع البصير....” 


Eloklah dikata: Tidak tahu maknanya pada ayat mutasyabihah itu atau dikata: Allah Taala Amat Mengetahui maknanya itu daripada memberanikan diri memahamkannya, mengikut sangkaan-sangkaan hati sahaja sehingga jadi murtad dengan perbuatannya itu.

Oleh kerana perjalana 5 buah kitab itu telah mengibaratkan Tuhan itu dengan makhluk-Nya seperti api dengan asap atau matahari dengan cahayanya atau seperti benih dengan barang yang terbit daripada benih itu yang  sebetulnya iktiqad ini ialah iktiqad Ahli Al-Falsafah dan Ahli Al-Mutasawifah di kalangan puak kuffar. 

Fahmanan iktiqad ini tertumpu kepada bahawa hamba dengan Tuhan itu adalah bersatu hakikat sehingga dikata: 
"Hamba itu Tuhan dan Tuhan itu hamba, yang mengenal pun itu dan yang dikenal pun itu, bukan Dia tetapi tak lain...". 
 Segala sifat Qadrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Samak’, Basar dan Kalam dikatakan bahawa hamba itulah yang bersifat qadrat dan iradat hingga akhirnya maka sifat qadrat dan iradat bagi hamba itu itulah juga bagi Tuhan sehingga dituduh bersatupadu dan bersatu hakikat di antara sifat hamba dengan sifat Tuhan. Dengan jalan ini, bersesuaianlah dengan iktiqad sesat mereka itu yang mengatakan bahawa hamba itu adalah semata-mata mazhar (مظهر) dan majaz sahaja

Manakala mereka itu membaca Hadis Qudsi:
"ما تقرب الي المتقربون بمثل أداء ما فرضت عليهم ....
Hingga dikata:

"كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ولسانه الذي ينطق به ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها"


Maka inilah ayat mutasyabihah yang menjadi alasan yang sangat kuat bagi peganganiktiqad sesat itu bahkan inilah juga yang puak sesat itu membuat sebagai alat untuk meluluskan pelanggaran segala hukum syarak sehingga tidak boleh ditegur dan dilarang mereka itu dari mengerjakan perbuatan yang mungkar atas alasan bahawa kaki yang berjalan itu adalah kaki Allah, tangan yang memegang itu tangan Allah dan hawa nafsu yang suka membuat maksiat itu hawa nafsu All

Inilah kehasilan yang dipimpin oleh 5 buah kitab itu. Sungguhpun tidak berterus terang menyuruh melakukan maksiat tetapi jalan-jalan yang halus untuk memberi makna ketidakapaan melakukan maksiat telah pun ditunjukkan dengan jalan ini.
Begitu juga dengan mengaku diri Aku Allah, Aku Muhammad, Aku Adam, Aku Insan Kamil dan Aku Nabi Muhammad Mustafa Rasulullah. Walaupun tiada diterangkan berterus-terang di dalamnya tetapi itulah kehendak makna pengajaran itu. Bila sahaja dikatakan bahawa makhluk itu adalah majaz (مجاز) sahaja dan semata-mata mazhar (مظهر) dan yang ada hanya Allah dan yang lain itu tiada yang bersifat ada, di samping kata-kata: 


"fana'kan wujudmu dalam wujud Allah", maka semua fahaman ini telah ada menyimpan satu rahsia yang membawa erti tidak mengapalah mengaku Aku Allah, bahkan termestinyalah diakui begitu, kerana susunan pengajaran sesat ini telah berkeadaan begitu. Lihatlah dalam kenyataan yang tersebut dalam 5 buah kitab di bawah ini.


          1.Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Kitab Ad-Durun-Nafis:

           I.Setengah daripadanya muka 46 satar 21 dari atas. Demikian bunyinya:
(Syahdan:شهدان) manakala tahqiqlah pemandanganmu akan bahawasanya tiada yang maujud itu hanya Allah Taala jua dan adalah wujud sekelian alam ini mezahirkan bagi wujud Allah Taala jua tiada baginya wujud pada hakikatnya, hanya ia khayal dan waham jua dengan dibangsakan kepada wujud Allah dan tiada yang maujud pada hakikatnya hanya Allah Taala jua. Maka fanaklah pada ketika itu segala perbuatan makhluk pada perbuatan Allah Taala dan asmaa’nya pada asmaa’ Allah dan sifatnya pada sifat Allah dan zatnya pada 
Zat Allah maka tiadalah tinggal lagi pada ketika itu pada makhluk.
                   II.Muka 45 satar 12 dari atas. Demikian bunyinya:
Ertinya: dan iaitu Allah Taala serta kamu barang di mana ada kamu dan murad (مراد) berserta itu pun dengan ZatNya jua yang melazimkan baginya sifat pada makna fanak (فناء) sekelian alam ini .
                  III.Muka 44 satar 32 dari atas. Demikian bunyinya:

Bermula Allah Taala itu meliputi ia bagi tiap-tiap suatu. (Bermula) murad dengan meliputi itu (kata Syaikhuna Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Arif Billahi Maulana Al-Syaikh Abdur-Rahman bin Abul-Aziz Al-Maghribi Al-Amri Rahimahullah) dengan ZatNya yang melazimkan baginya sifat pada ma’ani (معاني) yang tersebut itu.

IV.Muka 37 satar 30 dari atas. Demikian bunyinya:
Kerana tiada yang dijadikan Allah Taala dengan ZatNya itu hanya Nabi kita Muhammad (s.a.w) jua.
                  V.Muka 37 satar 32 dari atas. Demikian bunyinya:
(Maka apabila tahqiqlah memandangmu dengan yang demikian itu nescaya fana'lah segala sifat makhluk itu ke dalam sifat Allah Taala yakni tiada mendengar ia melainkan dengan pendengaran Allah, tiada melihat ia melainkan dengan penglihatan Allah Taala, tiada tahu ia melainkan dengan tahu Allah Taala, tiada hidup ia melainkan dengan hayat Allah, tiada berkata-kata ia melainkan dengan kalam Allah Taala jua hingga yang lain daripada segala sifat sekeliannya itu dengan sifat Allah jua). 

 Durun-Nafis (الدر النفيس) bersandarkan kepada zahir Hadis Qudsi yang menyebut: ما تقرب الي المتتقربون hingga akhirnya itu dan seumpama kesesatan ini juga telah ada pada kesemua empat kitab yang lainnya itu. Pada hal, makna yang sebenar dalam hadis Qudsi ini telah pun diterangkan di dalam kitab Arab syarah Maraqi al-Ubudiyah (شرح مراقي العبودية) dahulu itu.


2.Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Risalah Amal Makrifah:
     I.  Setengah daripadanya muka 10 satar 15 dari atas, tersebut demikian bunyinya:
(Adapun kafiat mengesakan Allah Taala pada sifat iaitu bahawa engkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu dengan IKTIQAD YANG PUTUS bahawasanya Allah Taala jua Wahdaniyah (وحدانية) pada segala sifat. Ertinya esa pada bersifat Qadrat dan Iradat dan Ilmu dan Hayat, Samak’ (سمع), Basar (بصر), Kalam dan lainnya, kerana tiada ada zat yang bersifat dengan yang tersebut itu pada hakikatnya melainkan zat Allah Taala dan dibangsakan sifat itu kepada makhluk iaitu majaz jua bukan pada hakikatnya dan engkau lihat sifat itu berdiri kepada makhluk iaitu mazhar (مظهر) sifat Allah Taala jua. Maka apabila tahqiqlah pemandangmu dengan yang demikian itu dengan Haqqul-Yaqin (حق اليقين) nescaya fanaklah (فناء له) sifat makhluk di dalam sifat Allah Taala yakni tiadalah kuasa ia melainkan dengan qadrat Allah dan tiada berkehendak ia melainkan dengan iradat Allah hingga akhirnya). 

  Demikianlah disebutkan di dalam risalah ini hingga kepada hadis Qudsi:

ما تقرب الي المتقربون بمثل اداء ما افترضت عليهم ...الخ



         II. Satar 8 dari atas dan dimaknakan dia menurut makna zahir ayat hadis Qudsi itu.
Muka 15 satar 2 dari atas. Ada menyebutkan demikian bunyinya:
Maka bermula kafiat yang mengesakan Allah Taala pada zat iaitu bahawa dipandang dengan mata hati dan mata kepala dengan PANDANG YANG PUTUS bahawasanya tiada yang maujud di dalam wujud ini hanya Allah Taala jua. Maka fana'lah zat kita sekelian makhluk, di bawah Zat Allah hingga tiada yang maujud melainkan Allah Taala sendirinya dan wujud yang lain daripada Allah Taala iaitu khayal, ertinya menepati yang mak’dum (معدوم) pada tempat maujud dan waham (وهم) ertinya sangka dan batal jua dengan nisbah bagi wujud Allah). 
 
Demikianlah pimpinan RISALAH ‘AMAL MAKRIFAH (رسالة عمل معرفة) yang sama sahaja kesesatannya dengan KITAB AD-DURUN-NAFIS  الدر النفيس itu.

               3.Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Kitab Bayan At-Tajalli:
                  I.Setengah daripadanya: Muka 33 satar 19 dari atas.
Demikian bunyinya:

Maka dengan kata ini, hendaklah sentiasa pada kita:

 (لا حي ولا عالم ولا مريد ولا سميع ولا بصير ولا متكلم في الحقيقـة إلا الله)

Ertinya: Tiada yang hidup dan tiada yang tahu dan tiada yang kuasa dan tiada yang berkehendak dan tiada yang mendengar dan tiada yang melihat dan tiada yang berkata pada hakikat hanya Allah Taala jua. 

                 II.Muka 33 satar 27 dari atas. Demikian bunyinya:
(Kerana hasil makna (لا إله إلا الله) itu pada orang yang menitahi tiada maujud hanya Allah kerana segala yang lain daripada Allah iaitu bayang-bayang bagi hak Taala, tiada ia maujud sendirinya, hanya dengan Dia jua berdiri wujudnya itu. Maka tiadalah maujud yang lain daripada hakikat hanya Allah jua). 

 
Demikianlah kesesatan kitab ini yang sama sahaja sesatnya seperti Kitab Addurun Nafis الدر النفيس  itu.

          4. Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Kitab Fatehul-Arifin.


Setengah daripadanya, muka 4 satar 29 dari atas di tepinya. Demikian bunyinya:

."....Maka fanakan pada ketika itu wujud kita dan sifat kita dan afaal kita. Maka tiada ada wujud melainkan wujud-Nya dan sifat-Nya dan Afa'al-Nya....."

Demikianlah rupa kesesatan yang dipimpin oleh KITAB FATEHUL-ARIFIN (فـتح العارفـين
         5.Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Kitab Kasyful-Asrar:
Setengah daripadanya, muka 19 satar 20 dari atas hingga muka 20 satar 1 hingga ke bawah. Demikian bunyinya:

"(Soal): Zat itu jadi apa kepada kita dan sifat itu jadi apa kepada kita (dan) asma’ itu jadi apa kepada kita (dan) afaal itu jadi apa kepada kita?. 
 
(Jawab): Ada pun zat itu rahsia kepada kita (dan) sifat itu nyawa kepada kita dan asma’ itu hati kepada kita (dan) afaal (افعال) itu tubuh kepada kita.

(Soal):  Dan berapa kejadian kita daripada ibu dan bapa dan kejadian daripada Allah?
 
(Jawab):  Ada pun kejadian daripada ibu itu empat perkara:
Pertama lemak, kedua darah, ketiga rambut, ke empat  daging. 
Dan empat daripada bapa:
Pertama kulit, kedua ‘asab (عصب:saraf), ketiga aurat, ke empat tulang .
Dan adapun kejadian daripada Allah Taala enam:
Pertama pendengar, kedua penglihat, ketiga pencium, ke empat perasa, kelima akal dan keenam roh.

Apabila dihantarkan oleh Allah pendengar itu kepada kita, mendengarlah dengan pendengaran-Nya dan apabila dihantar pelihat itu maka melihatlah dengan pelihat-Nya dan apabila dihantar pencium itu mencium kita dengan pencium-Nya dan apabila dihantar perasa itu kepada kita maka merasa kita dengan perasa-Nya dan apabila dihantarkan akal kepada kita, berakal kita dengan akal-Nya dan apabila dihantarkan roh itu maka hiduplah kita dengan Dia."

.Demikianlah bunyi keterangan sesatnya kitab ini dan jika dicampurkan dengan keterangan yang di dalam kitab ini juga muka nombor 6 di sana, satar 10 dari atas, nescaya didapati perkataan-perkataannya demikian bunyinya: 

(Soal): Tatkala itu siapa yang mengenal dan siapa yang dikenal ?.

(Jawab): Ada pun yang mengenal itulah yang dikenal dan yang dikenal itulah yang mengenal.

Demikianlah bunyinya. Cukuplah dengan keterangan ini bagi menentukan perjalanan pimpinan kitab-kitab ini yang menyuruh bertuhankan diri sendiri, mengaku diri "Aku Allah, aku Muhammad, aku Adam, aku Insan Kamil dan aku Nabi Muhammad Mustafa Rasulullah dan Muhammad Hakiki. Oleh itu saya fikir tak payah dipanjangkan lagi dan berasa malu hendak menulis untuk menerangkan betapa buruknya perjalanan kitab agama kafir yang menyimpan rahsia sesat yang begitu tinggi darjat sesatnya itu.

Jika terjumpa kitab-kitab itu, janganlah dibaca walau sekadar sepatah pun, bahkan terus buang dan bakar. Saya fikir sesiapa yang mengatakan kitab-kitab yang lima itu elok, pastinya dia belum lagi menghalusi perkara-perkara tersebut itu; boleh jadi baru dipandang sepintas atau sambil lalu sahaja. Barang kali juga ia hanya setakat mendengar sebutan nama kitab-kitab itu elok sahaja.

Demikianlah saya sudahi dengan harapan supaya tuan-tuan sekelian, ikut bersama kita membatalkan 5 buah kitab yang tersebut itu, melarang kaum kerabat kita daripada memakai dan membelinya jika ada.  Bagi pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di tiap-tiap negeri dipohonkan agar tidaklah kiranya meringankam perkara ini. Jika boleh, maka adalah diharpkan sepenuhnya agar tiap-tiap pejabat agama itu dapat membaharui atau mengeluarkan semula surat-surat pembatalan ke lima-lima buah kitab salah itu dan lain-lain kitab yang seumpamanya, ditegah orang-orang muslimin dan muslimat dari memakai dan menyimpannya.


Sekianlah pandangan saya yang ikhlas.


 LIMA [5] BUAH KITAB SALAH PEMIMPIN
 AGAMA FALSAFAH BUKAN AGMA ISLAM

Terdapat banyak nas yang terang untuk menolak iktiqad sesat yang dipimpin oleh 5 buah kitab salah itu. Jika diselidiki sebabnya kenapakah mereka yang memakai 5 buah kitab salah itu tertarik hati atau terkena bertuhankan nyawa dan mengaku diri sendiri "Aku Allah".

Jawapan kita pada tuduhan ini ialah:
"Manakala Zat Tuhan itu bukan Jirim, bukan Jisim, bukan Jauhar Murakkab, bukan Jauhar Firid dan bukan 'Aradh maka ternafilah Zat Tuhan itu ada berjuzuk. Bila ternafi adanya juzuk, ternafilah segala perkara yang melazimkan bagi juzuk itu seperti berhubung, bercerai, bersatu-padu, bersatu hakikat, berbanding, berupa, bercahaya, berpihak, bertempat, menerima sukatan, ukuran, timbangan, kiasan dan lain-lain lagi. Tiada sebarang nas pun yang menyokong tuduhan salah itu atas jalan mana pun".
[ Lihat : Jirim, Jisim, Jauhar dan Aradh] 

 Pada mereka, alam itu ialah segala perkakas tubuh badan, bahagian luar dan dalam dan alam yang ada pada badan mereka itu dinamakan Alam Kabir (عالم كبير), cukup dengan nama-nama langit, bumi, arasy, kursi, syurga, neraka, titi siratul-mustaqim dan lain-lain lagi termasuk segala huruf Quran yang 30 juzuk itu ada belaka di dalam badan. Jika hendak berjumpa dengan Tuhan yang dipertuhankan oleh mereka itu, bolehlah dipejamkan mata kerana Tuhan mereka itu telah ada di dalam otak kepala. Terlupa mereka itu berfikir bahawa jika dicampakkan mereka itu hidup-hidup ke dalam api yang ada sekarang ini, tidaklah mereka itu menjerit mengenai pedih api itu?
Di manakah Alam Kabir yang cukup adanya arasy, kursi, syurga, neraka dan lain-lainnya itu dalam badan?

Sungguhpun di dalam kitab sesat tidak menyebutkan perkara ini tetapi boleh menerbitkan keburukan yang seumpama ini kerana seseorang kafir yang telah berani mengaku diri "Aku Allah", atau "Aku Nabi" maka segala perkara mungkar yang keji-keji akan berani ia melakukannya lebih-lebih lagi bila seseorang itu beriktikadkan mati itu semata-mata hilang lenyap sahaja. Maka Allah SWT memudahkan belaka jalannya bagi manusia itu di antara memilih jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Jalan yang lurus itu dijanjikan balasan syurga dan jalan sesat itu dijanjikan balasan neraka.

Sabda Nabi kita Muhammad s.a.w.:

 وقال عليه السلام قال الله تعالى خلقت الخير وخلقت  
له اهلا وخلقت الشر وخلقت له اهلا فطوبى لمن
خـلقـته للخير ويسرته على يديه وويل لمن خلقـته
للشر ويسرت الشر على يديه وويل ثم ويل لمن قال لم
وكيف  
 (كتاب الاربعين في اصول الدين)
:Yang kira-kira ertinya
“ Dan sabdanya Alaihissallam: Allah Taala telah berfirman; Aku telah jadikan kebaikan dan Aku jadikan baginya ahli dan Aku jadikan kejahatan dan Aku jadikan baginya ahli. Maka (syurga) “Tuba”-lah bagi siapa yang Aku jadikan dia untuk kebaikan dan Aku permudahkannya (jalannya) ke atas kedua belah tangannya. Dan (neraka) “Wail”-lah bagi siapa yang Aku jadikan dia untuk kejahatan dan Aku permudahkan kejahatan itu ke atas kedua belah tangannya dan (neraka) Wail-lah kemudian “Wail”-lah bagi siapa yang berkata kenapa dan bagaimana”.
          [Kitab Al-Arba-Iin Fi Usuluddin

Sesungguhnya janganlah kita fikirkan bahawa seseorang yang beriman kepada Allah itu dengan mudah sahaja ia mengatakan:


آمنت بالله وبما قال الله وآمنت بالرسول وبما قال الرسول


      Maksudnya :
"Aku telah beriman dengan Allah dan dengan apa yang Allah firmankan. Dan aku telah beriman dengan Rasul dan dengan apa yang Rasul sabdakan".
Bahkan mestilah menghadapi beberapa percubaan dan ujian yang hendak merobohkan iktiqadnya itu dengan bermacam-macam jalan sehingga ia merasa dirinya di dalam keadaan genting. Manakala sahaja ia cuai menjaganya, maka dugaan dan percubaan yang sedemikian itu tetap ada sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah Taala di dalam kitabnya yang mulia al-Quran al-Karim pada Surah Al-‘Ankabut ayat  2-3 yang berbunyi :


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3 
              Maksudnya :
Adakah manusia itu mengira mereka (akan) dibiarkan untuk mengatakan: kami telah beriman, (sedangkan)  mereka tidak diuji (keimanannya)?.
Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang yang dari sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mereka yang jujur/benar (dalam beriman) dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta (dalam beramal)”. 
Oleh itu, janganlah kita merasa hairan dalam perkara menghadapi segala percubaan dan dugaan yang hendak merobohkan iktiqad itu, kerana bukan tertentu di atas diri kita sekarang ini sahaja bahkan sekelian mereka yang beriman kepada Allah pada masa dahulu. Samalah keadaannya seperti kedatangan semak-semak dan rumput-rumput yang memberi bahaya kepada pokok tanaman yang berguna. Satu hari sahaja tidak dibuang rumput-rumput yang merbahaya itu maka sekadar itulah ia tumbuh untuk mengganggui kehidupan dan kesuburan pokok yang berguna itu, lama kelamaan akan mematikan pokok itu sama-sekali jika dibiarkan dalam keadaan terbiar begitu sahaja.
Ada pun kemerbahayaan sesat pada agama itu, bukan sahaja tertentu terbitnya daripada orang lain bahkan cumbuan-cumbuan dan hasutan-hasutan syaitan dari diri sendiri itu pun sangat banyak dan sangat kuat. Lihatlah bagaimana cumbuan-cumbuan syaitan yang telah diterangkan oleh Allah Taala di dalam kitab-Nya al-Quran al-Azim dan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. pada beberapa Hadis. Sebahagian daripadanya:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  
يأتي 
الشيطان أحدكم فيقول : من خلق كذا من خلق كذا حتى يقول من خلق  
ربك 
فاذا بلغه فليستعذ بالله ولـينـتـه. (حاشية على مختصر ابن ابي جمرة للبخاري)


:Maksudnya         
"Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 'Syaitan akan datang kepada seseorang dari kamu maka katanya: Siapa menjadikan itu dan siapa menjadikan ini sehingga ia (syaitan) berkata: Siapa menjadikan Tuhan kamu. Maka tatkala sampai ke tahap ini maka hendaklah ia (orang itu) berlindung dengan Allah dan berhentilah'."
 Pada Hadis yang lain:
ان الشيطان قال وعزتك يا رب لا ابرح
اغوى عبادك ما دامت ارواحهم في
اجسادهم فقال الرب: وعزتي وجلالي لا
ازال اغفر لهم ما استغفروني 
رواه احمد عن ابي سعيد (م.ا.ن)

                 Maksudnya :
Syaitan itu telah berkata demi kemuliaan-Mu wahai Tuhan, aku tidak akan tinggalkan dari menyesatkan hamba-hamba-Mu selagi roh-roh mereka itu berada di badan-badan mereka, maka Tuhan berfirman: 'Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, (Aku) akan sentiasa mengampuni mereka selagi mereka itu minta keampunan dari-Ku'."
           [Diriwayatkan Ahmad dari Abi Said].

Firman Allah Taala di dalam al-Quran al-Azim pada surah An-Nisaa’ ayat  119-121:
وَلأضِلَّنَّهُمْ وَلأمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأنْعَامِ 
وَلآمُرَنَّهُمْ  
فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ 
خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا (119) يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمُ 
الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (120) أُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَلا يَجِدُونَ 
عَنْهَا مَحِيصًا (121
          Maksudnya :
" .......... Barangsiapa yang menjadikan syaitan itu wali (pelindung) selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. (119)
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, pada hal syiatan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (120)
Mereka itu tempatnya Jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat lari daripadanya."(121)
Dan pada Surah An-Nur ayat : 21:
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ    
                Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu mengikuti langkah-langkah syaitan itu dan siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan itu maka sesungguhnya ia menyuruh kepada (melakukan) perbuatan keji/buruk dan perbuatan mungkar........"[maksudnya hingga akhir ayat]

Dan pada Surah Al-’Araaf:27-28:
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ (27
وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّهُ أَمَرَنَا بِهَا قُلْ إِنَّ اللَّهَ لا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ (28
                 Maksudnya :  
“Wahai anak Adam janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana (syaitan) ia telah mengeluarkan bapa ibu kamu (Adam dan Hawa) dari syurga, ia menanggalkan pakaian keduanya untuk menampakkan  aurat keduanya, sesungguhnya dia (syaitan),  melihat kamu dan tenteranya dari arah/tempat (yang) tidak (dapat) kamu melihat mereka, sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu sebagai penolong/teman bagi orang-orang yang tidak beriman. 
Dan ketika mereka melakukan kekejian/syirik mereka berkata: kami telah mendapati [kejahatan] daripada nenek moyang kami dan Allah telah memerintahkan kami untuk (melakukannya). Katakanlah sesungguhnya Allah tidak merintahkan (melakukan) perbuatan keji.
Mengapakah kamu katakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?”.  
       
 PERHATIAN KITA

Bagaimana pedihnya azab api neraka itu, sekurang-sekurangnya bolehlah kita perhatikan kandungan kehendak makna Firman Allah Taala  pada surah An-Nisa, ayat 55-57  :
فَمِنْهُمْ مَنْ آمَنَ بِهِ وَمِنْهُمْ مَنْ صَدَّ عَنْهُ وَكَفَى بِجَهَنَّمَ سَعِيرًا (55
 إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا (56) وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا لَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَنُدْخِلُهُمْ ظِلا ظَلِيلا (57
                 Maksudnya:
“Maka di antara mereka (ada) orang yang dia beriman kepadanya (Muhammad) dan di antara mereka (ada) orang yang berpaling darinya (Muhammad) dan cukuplah (bagi yang tidak beriman) Neraka Jahanam (yang) menyala-nyala (apinya). 
Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami nescaya Kami masukkan mereka (ke dalam) api neraka setiap kali terbakar (hangus) kulit-kulit mereka Kami ganti (kulit) mereka dengan kulit-kulit (yang) lainnya (baru) supaya mereka (terus menerus) merasakan (pedihnya), sesungguhnya Allah, Dia adalah Maha Perkasa Maha Bijaksana.
[Lihat : Api Neraka dan Azab Seksa di Dalamnya]

Setelah itu, jika kita alihkan pandangan kepada kandungan makna kalam Allah Taala di dalam al-Quran al-Azim bagaimana besarnya cubaan dan dahsyatnya seruan agama sesat itu untuk memujuk supaya tertarik hati orang-orang yang mukmin itu kepada menerima seruan agama sesat itu dengan akuan-akuan palsu dan dusta semata-mata,yang sewajibnya ditolak. Firman Allah Taala dalam surah Al-‘Ankabut, ayat 12-13 yang berbunyi :

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا اتَّبِعُوا سَبِيلَنَا وَلْنَحْمِلْ خَطَايَاكُمْ وَمَا هُمْ بِحَامِلِينَ مِنْ خَطَايَاهُمْ مِنْ شَيْءٍ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ (12) وَلَيَحْمِلُنَّ أَثْقَالَهُمْ وَأَثْقَالا مَعَ أَثْقَالِهِمْ وَلَيُسْأَلُنَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَمَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ (13
        Maksudnya : 
Dan berkata orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman ikutlah kamu jalan/agama kami dan akan tanggung/bawa dosa-dosa kamu dan bukanlah mereka termasuk orang-orang yang dapat menanggung terhadap dosa-dosa mereka dari sesuatu/sedikit pun, sesungguhnya mereka benar-benar termasuk para pembohong.  
Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban dosa mereka sendiri dan beban dosa beserta beban dosa mereka (yang telah diajak ke jalan yang sesat) dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada Hari Kiamat tentang apa yang mereka telah mereka ada-adakan/dustakan. ”

Dalam kitab AL-IQTISAD FI'L- I'TIQAD (الاقتصاد في الاعتقاد) muka 44, satar 6 pada menyatakan: 
 Perpecahan puak manusia itu kepada empat pecahan iktiqad. 
 
Demikian bunyinya:
فالناس فيه اربع فرق :
قائل يقول: ان العالم وجد لذات الله سبحانه وتعالى وانه ليس للذات صفة زائدة البتة ولما كانت الذات قديمة كان العالم قديما وكانت نسبة العالم اليه كنسبة المعلول الى العلة ونسبة النور الى الشمس والظل الى الشخص وهؤلاء هم الفلاسفة .
Mafhumnya :
Maka manusia itu terbahagi kepada empat puak iaitu:
Ada puak mengatakan:
Bahawa alam ini wujud kerana (dari) Zat Allah Subhanahu Wa Taala dan bahawasanya tidak ada bagi zat itu sifat za-idah (صفة زائدة) sama-sekali. Dan oleh kerana zat itu qadim maka qadimlah alam ini. Dan nisbah alam ini kepada-Nya adalah seperti nisbah sesuatu akibat/kesan kepada sebab dan nisbah cahaya kepada matahari dan bayang kepada orang”.
Mereka ini adalah ahli al-Falsafah
وقائل يقول: ان العالم حادث ولكن حدث في الوقت الذي حدث فيه لا قبله ولا بعده لارادة حادثة حدثت له لا في محل فاقتضت حدوث العالم وهؤلاء هم المعتزلة 
Mafhumnya :
Ada puak mengatakan: 
“Bahawa alam ini adalah hadis (baharu), tetapi ia (alam ini) telah berlaku, di mana pada waktu berlakunya itu bukan sebelum dan bukan selepasnya adalah bagi suatu iradat (kehendak) yang hadis (baharu) yang telah berlaku baginya (alam), bukan pada suatu tempat maka (dengan yang demikian itu) melazimkan berlakunya alam ini.
           Mereka itu ialah puak al-Muktazilah.

وقائل يقول: حدث بارادة حادثة حدثت في ذاته وهؤلاء هم القائلون بكونه محلا للحوادث.


 :Mafhumnya 
Ada puak mengatakan: 
“Jadinya (alam ini) dengan suatu iradat yang hadis/baharu yang telah berlaku pada Zat-Nya. Mereka ini adalah puak yang mengatakan bahawa Dia [Allah] adalah tempat bagi segala yang baharu (hadis)”.
وقائل يقول : حدث العالم في الوقت الذي تعلقت الارادة القديمة بحدوثه في ذلك الوقت من غير حدوث ارادة ومن غير تغير صفة القديم.
Mafhumnya :
Ada puak mengatakan: 
“Jadinya alam ini pada waktu yang telah berlakunya ta-a’lluq (تعلق) iradat Qadim-Nya itu dengan kejadian alam ini pada ketika itu tanpa berlakunya iradat dan tanpa berlakunya perubahan sifat yang qadim itu”.
Maka perjalanan 5 buah kitab sesat itu adalaah sama sahaja, sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam Al-Ghazali Rahimullah salahnya ahli al-Falsafah dengan memberi ibarat Tuhan dengan segala makhlukNya itu seperti matahari dengan cahayanya dan Allah Taala mengadakan sesuatu itu dengan ZatNya.

Maka puak kita Ahli As-Sunnah Wal Jamaah telah beriktiqadkan bahawa yang ada itu ialah Allah Taala dan segala makhluk-Nya. Maka Allah Taala itu ialah sani-‘ul-‘alam (صانع العالم) dan segala makhluk Allah itu semuanya barang sun-‘ullah (صنع الله) belaka. Segala barang masnu-‘atullah (مصنوعات الله) ini juga dinamakan al-hawadith (الحوادث).

Sesungguhnya jika kita baca kitab-kitab Arab yang kecil sahaja pun, kita segera faham bahawa pengajaran kitab-kitab yang lima buah itu salah. Apakah kata-kata dalam kitab FATEHUL-MAJID (فـتح المجيد) fi syarh’ Ad-Dur al-Farid (في شرح الدر الفريد) fi ilmi at-tauhid (في علم التوحيد), ta’lif Al-Hammam Allauzaii Al-Fadil Al-Syaikh Muhammad Nawawi bin Omar Aljawi Al-Syafiei (تأليف الهمام اللوذعي الفاضل الشيخ محمد نووي بن عمر الجاوي الشافعي)muka 16 s atar 19 iaitu: 

 ومعنى كون الله واحدا في الذات انه ليس هـناك ذات تشـبه ذاته تعالى  
وليست ذاته مركبة من اجزاء لأن التركيب من صفات الحوادث . والله  
تعالى   
منزه عن الاتصاف بصفات الحوادث
             Ertinya:
"Dan makna keesaan Allah itu pada Zat-Nya ialah bahawa tidak ada zat yang menyerupai Zat-Nya Allah Taala, dan tidaklah Zat-Nya itu tersusun dari juzuk-juzuk kerana sifat bersusun itu adalah sifat hadis (baharu). Maha Suci Allah Taala dari bersifat dengan segala sifat yang hadis."

Jika takdirnya guru sesat itu sempat bertaubat, rujuk kepada iktiqad yang benar dan mati di dalam beriman, adakah murid-murid itu tahu akan hal ini? 

Bukankah menjadi suatu kebodohan dan ketaksiran besar jika didapati guru sesat itu sempat bertaubat, setelah itu ia mati tetapi murid-murid itu mati berkekalan dalam agama sesat. Pada akhirnya guru yang bertaubat itu masuk syurga dan murid-murid yang degil itu untuk bertaubat masuk neraka sepanjang masa. Takdirnya guru sesat itu ada sekarang ini, adakah murid-murid itu menunggu sehingga guru itu bertaubat baharulah mahu bersama-sama bertaubat? 

Akhirnya, kecelakaan besar yang menimpa ke atas murid-murid. Adakah boleh diketahui ajal seseorang itu?. Siapakah mati dahulu di antara murid dengan guru? 
.
Daripada sini nampaklah bahawa merujuk kepada yang benar dan bertaubat itu bukanlah seperkara yang boleh ditangguhkan. Tidak boleh disyaratkan sehingga menunggu si polan itu rujuk baharulah ia rujuk, kerana kedatangan ajal bagi seseorang itu tidak diketahui oleh sesiapa pun daripada makhluk Allah.

Mengenai azab api neraka itu, tiada kelepasan dengan kata bahawa aku tidak sesat melainkan dengan sebab si polan yang menyesatkan aku. Dalih itu tidak memberi guna. Firman Allah Taala di dalam al-Quran al-Azim surah al-A'raaf : 38-39 :
 قَالَ ادْخُلُوا فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ فِي النَّارِ كُلَّمَا دَخَلَتْ أُمَّةٌ لَعَنَتْ أُخْتَهَا حَتَّى إِذَا ادَّارَكُوا فِيهَا جَمِيعًا قَالَتْ أُخْرَاهُمْ لأولاهُمْ رَبَّنَا هَؤُلاءِ أَضَلُّونَا فَآتِهِمْ عَذَابًا ضِعْفًا مِنَ النَّارِ قَالَ لِكُلٍّ ضِعْفٌ وَلَكِنْ لا تَعْلَمُونَ (38) وَقَالَتْ أُولاهُمْ لأخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ (39
              Maksudnya : 
" Allah berfirman: ' Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu'. Setiap suatu umat masuk  (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (yang menyesatkannya), sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu : 'Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka seksaan yang berlipat ganda dari neraka'. Allah berfirman : ' Masing-masing mendapat (seksaan) yang berlipat ganda akan tetapi kamu tidak mengetahui.' 
Dan berkata orang-orang yang masuk terdahulu di antara mereka kepada orang-orang yang masuk kemudian : ' Kamu tidak mempunyai kelebihan sedikitpun atas kami, maka rasakanlah seksaan kerana perbuatan yang telah kamu lakukan'."
 Dalam surah Ibrahim, ayat 2 Allah berfirman :
اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَوَيْلٌ لِلْكَافِرِينَ مِنْ عَذَابٍ شَدِيدٍ  
                Maksudnya :
“Dan celakalah/binasalah bagi orang-orang kafir kerana seksa (yang) berat. (iaitu) orang-orang yang mereka lebih menyukai kehidupan dunia di atas/mengalahkan (kehidupan) akhirat dan mereka menghalang (manusia) dari jalan/agama Allah dan mereka menjadikannya (jalan itu) dari jalan/agama Allah dan mereka menjadikannya (jalan itu) bengkok/menyimpang, mereka itu (berada) dalam kesesatan (yang) jauh.”

Pada hal taubat dari dosa itu, lebih-lebih lagi dosa syirik merupakan kewajipan yang paling utama ke atas seseorang yang melakukannya itu supaya bertaubat segera. Firman Allah Taala:

" وتوبوا الى الله جميعا "
Maksudnya:

“Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah”

Dan Firman-Nya:

" ان الله يحب التوابين ويحب المتطهرين "

Maksudnya : 
“Bahawasanya Alla menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang bersih/suci”


وقال النبي عليه السلام " التائب حبيب الله والتائب من الذنب كمن لا ذنب له"

Maksudnya :
“ Dan sabda Nabi Alaihissalam:
 “Orang yang bertaubat itu adalah habibullah (orang yang dikasihi Allah) dan orang yang bertaubat itu umpama orang yang tidak ada dosa baginya."

وقال عليه السلام "الله افرح بتوبة عبده المؤمن من رجل نزل في ارض فلاة دوية مهلكة معه راحلته عليها طعامه وشرابه فوضع رأسه فنام نومة فاستيقظ وقد ذهبت راحلته فانفلتت فطلبها اشتد عليه الجوع والعطش او ماشاء الله عز وجل قال ارجع الى مكاني الذي كنت فيه فانام حتى اموت فوضع رأسه على ساعده ليموت فاستيقظ فاذا راحلته عنده وعليها زاده وشرابه ، فالله اشد فرحا بتوبة عبده المؤمن من هذا براحلته وزاده"

                    Maksudnya :
  Dan sabdanya Alaissalam:
 "Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya yang mukmin dari seorang lelaki (yang) turun ke tanah padang gurun yang boleh membinasakan itu bersama tunggangannya (untanya). Di atasnya makanan dan minumannya. Dia telah meletakkan kepalanya lalu dia tidur. Bila terjaga, tunggangannya telah terlepas dan sudah tiada. Dicarinya tetapi bila dia kesangatan lapar dan dahaga maka ia berkata, eloklah aku pulang ke tempat yang mula. Dia meletakkan kepalanya di atas lengannya untuk tidur sampai mati. Apabila terjaga maka didapati tunggangannya itu telah pun berada di sisinya, di atasnya bekalan dan minumannya. Maka Allah lebih gembira lagi dengan taubat hamba-Nya yang mukmin itu dari yang ini dengan tunggangan dan bekalannya”.
Dosa itu adalah racun yang merbahaya. Bangkit hati kerana hendak meninggalkan dosa itu adalah sebahagian dari tanda iman. Oleh itu, perkara taubat dari dosa itu bukan seperkara yang dimalui melakukannya dan boleh diejek-ejek dengan kata bodoh dungu.. Mengejek orang yang mengaku kalah atau salah bermakna mengejek dan mengeji orang yang dikasihi Allah dan Rasul-Nya. Adakah orang-orang yang mengejek orang yang bertaubat itu maksum, terpelihara dari sebarang dosa? ! 

Tentulah tidak. Akan tetapi mengaku dirinya maksum, sangatlah besar salahnya, samalah seperti mengaku diri sendiri menjadi Nabi. Bukan makna maksum itu tidak mengapa berbuat dosa atau bebas membuat sebarang dosa, sebagaimana yang difahamkan oleh puak sesat itu bahkan makna:


"MAKSUM ITU IALAH TERPELIHARA DARI MEMBUAT SEBARANG DOSA ATAU MAKSIAT KEPADA ALLAH TAALA" 
Sebahagian orang-orang jahil telah berani membuat maksiat kepada Allah Taala dengan sebab ada orang yang sanggup mengampuni dosanya itu atau ada orang lain yang sanggup menahankan seksanya di akhirat kelak; mengaku pula memberi jawapan yang boleh melepaskan dari terkena seksa Allah Taala di akhirat kelak. 


Maka segala akuan tersebut itu adalah semata-mata dusta bagi menyedapkan hati orang-orang jahil itu mendengarnya, seterusnya memberanikan diri berbuat dosa kepada Allah Taala.Pada hal Allah Taala telah melarang mempercayai apa jua akuan yang dibuat-buat dan direka-reka oleh puak-puak sesat itu. Bukankah telah ada Ayat-ayat Quran yang menerangkan perkara ini pada Surah Al-Ankabut itu yang baru sahaja disebutkan di sini sebelum ini?
Jika dikata orang alim ulamak itu ada mempunyai syafa’at boleh mensyafa’atkan murid-muridnya di akhirat kelak, adakah orang-orang ahli agama falsafah yang memakai Lima Buah Kitab Salah itu dinamakan ulamak di sisi Allah?
Adakah syafa’at itu sehingga boleh melepaskan dari dosa mensyirikkan Allah Taala?
Pada hal, Allah Taala telah menjanjikan dosa syirik itu tidak sekali-kali diampuninya di akhirat kelak pada firmannya surah An-Nisa : 116
 ان الله لا يغفر ان يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء ومن يشرك بالله فقد ضل ضلالا بعيدا
                 Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah tidak Dia mengampuni yang dia menyekutukan-Nya dan Dia mengampuni apa dosa (yang) selain itu (syirik) bagi orang yang Dia kehendaki dan siapa yang dia mempersekutukan Allah maka sungguh telah dia tersesat (dalam) kesesatan (yang) jauh (dari kebaikan)”
.
Dan pada ayat 145 surah An-Nisa’ Allah berfirman: 


 ان المنافقين في الدرك الاسفل من النار ولن تجد لهم نصيرا


              Maksudnya :
“Sungguh orang-orang munafik (berada) pada tingkatan (tempat) paling bawah (dasar) dari neraka dan tidak akan kamu mendapat bagi mereka (seorang) penolong.”
.
Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 131-132)pula menjelaskan:
 واتقوا النار التي اعدت للكافرين(131) واطيعوا الله والرسول لعلكم ترحمون 
                 Maksudnya :
“Dan takutlah/peliharalah diri kamu kepada api neraka yang disediakan bagi orang-orang kafir. 
Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul (Muhammad) agar kamu dirahmati”.


Adakah guru sesat itu menjamin ketetapan dirinya masuk syurga? 

Tentulah syurga yang digelar-gelarkan syurga oleh guru itu sendiri itulah syurga yang diakui dan dijamin yang ia tetap akan masuk ke dalamnya. Barang kalinya syurga dunia, bukan syurga yang sebenarnya syurga yang dijanjikan oleh Allah Taala itu di akhirat kelak. Kita pun telah tahu syurga, neraka dan titi siratul-mustaqim yang dimaksudkan itu yang menurut iktiqad sesat mereka itu telah pun ada di dalam badan sendiri. Ulamak puak sesat ini ialah ulamak as-su’ (علماء السوء), ulamak yang sangat ditakuti akan bahaya sesatnya itu akan terkena ke atas orang-orang yang terkemudian masanya dari dahulu itu.

Setelah itu, saya tertarik hati hendak menambahkan satu nas yang lain, bagaimananya kita dapati di dalam kitab: Al-Iqtisad fi'l-I'tiqad (الاقتصاد في الاعتقاد) oleh Al-Imam al-Ghazali Rahimahullah berkenaan dengan hujah-hujah menolakkan adanya Allah itu menerimai pihak, tempat atau berjisim. 

Nampaknya pada masalah ini, bukan sekarang ini sahaja mejadi kesamaran faham orang-orang yang singkat ilmu pengetahuannya berkenaan dengan iktiqad bahawa Allah Taala itu bukan Jirim bukan Jisim, bukan Jauhar Murakkab, bukan Jauhar Firid dan bukan 'Aradh, bukan berjuzuk, bukan berbenda, bukan berupa, bukan berjenis, dan bukan bertempat, bukan berpihak, bukan bersatu padu, bukan bersatu hakikat di antara Allah dengan segala makhluk-Nya, bukan bersamaam dengan segala makhluk-Nya atas barang mana jalan pun, bahkan di zaman beberapa kurun yang lalu itu pun telah ada berlaku juga sehingga bangkit ulamak Islam di kalangan puak Ahli As-Sunnah Wal Jamaah menunaikan kewajipan untuk menolak perkara-perkara yang mendatangkan kesamaran pada iktiqad dengan dalil-dalil yang terang, mudah difahamkan oleh segala peringkat akal manusia dikecualikan mereka yang degil yang senasib dengan Abu Jahal dan Abu Lahab serta pengikut-pengikutnya sahaja tidak mahu mereka itu merujuk kepada perkara benar, walau pun perkara benar itu telah terbentang di hadapan muka mereka seperti matahari yang memancarkan cahayanya di hadapan mata, tetapi bersenghaja mereka itu memejamkan mata.

Al-Imam al-Ghazali Rahimahullah telah kembali ke rahmatullah pada tahun 505 Hijriyah. Dalam kurun semasa ia hidup itu pun sudah terdapat banyak perkara sesat pada agama hingga terpaksa ia bangkit menolak perkara-perkara sesat itu dengan mengarang beberapa buah kitab, membicarakan iktiqad yang sah dan menolak iktiqad yang batil berserta dengan hujah-hujah yang terang untuk memimpin perkara benar dengan menolak perkara-perkara salah dan sesat pada agama.


 Di samping itu, telah banyak pula kitab-kitab agama yang lain, selain dari membicarakan iktiqad itu, telah dikarangnya dan telah pun kita dapat sekarang ini memakan hasil usaha Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah itu.

Pada hal, tarikh ia kembali ke Rahmatullah telah berlalu masanya selama 862 tahun. Inilah peninggalan perusahaan salah seorang ulamak Islam Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah dan peninggalan hasil para ulamak Islam, sebelum dan selepasnya dan yang sezaman dengannya yang belum kita kira lagi. Inilah rupa kewajipan ulamak Islam dalam usaha mereka menunaikan tuntutan agama Islam supaya ia hidup dan berkembangan di seluruh dunia Islam. 


Ulama Islam lain, tidak juga ketinggalan mengambil berat dalam hal ini dengan mengarang beberapa kitab. Mereka itu tidak sunyi dari membangkang dan menolak beberapa perkara sesat dalam agama. Tetapi jika kita alihkan pandangan kepada bagaimana mereka yang telah terpadaya memeluki agama falsafah itu yang dipimpin oleh lima buah kitab sesat itu dipandang sebagai ulamak Islam yang masyhur dan mereka pula menyeru tanpa malu dan segan supaya ulamak Islam bangkit membela ketinggian mutu agama falsafah atas alasan ianya adalah iktiqad yang dipakai oleh orang-orang muslimin dan juga ulamak-ulamaknya.

Tidak syak lagi, seruan ini sekurang-kurangnya mengenai 3 kesalahan besar iaitu:
1.Bekerja kerana mengekalkan perkara sesat pada agama dan menyuburkan benih sesat itu sehingga dituruti oleh anak-anak cucu yang kemudian hari.
2.Menuduh orang-orang muslimin dan ulamak-ulamaknya menjadi kafir kerana mereka itu memeluki agama falsafah, bukan agama Islam yang sebenar.
3.Mengubah nama agama falsafah itu kepada nama agama Islam yang sebenar menyebabkan agama Islam yang sebenar itu kelak akan berubah dengan sendirinya kepada nama agama baru, bukan agama Islam.
Bolehkah ulamak Islam berdiam diri dalam hal ini, apabila mereka itu dituduh memeluki agama falsafah dan bukan memeluki agama Islam yang sebenar?

Bolehkah didiamkan lagi jika tiba masanya agama Islam itu hendak dirobohkan dan diganti dengan agama falsafah?

Redakah hati berkekalan dalam agama falsafah sepanjang masa sehingga ke anak cucu terpaksa memeluki agama falsafah yang diruntun oleh pemimpin kitab-kitab sesat yang 5 buah itu?



Tentulah dijawab dengan titisan air mata, mengalir hingga ke dagu sambil mengangkat ke dua belah tangan berdo'a kepada Allah Subhanahu Wa Taala:
اللهم افتح لنا ابواب رحمتك وامنن علينا نعمة الاسلام لنا ولجميع من بعدنا من اولادنا بالثباتوانصرنا واياهم على اهل الضلالة وخداعتهم ودعوتهم الباطلة واختم لنا ولهم بالسعادة الكاملة آمين .
Setelah habis doa, salawat dan salam di atas junjungan kita dibaca, teruslah bekerja, membaca dan mutalaah beberapa buah kitab Arab yang membicarakan iktiqad Ahli As-Sunnah Wal Jamaah, memerhatikan segala jalan untuk menolak perkara syubhah dalam agama, memberi pengajaran kepada mereka yang di bawah tanggungan kita dan juga orang-orang lain bagi menunjukkan tanda kasih sayang kita kepada mereka itu, sambil menunaikan kewajipan dan beramal dengan ayat-ayat al-Quran. Firman Allah Taala


ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون 

عن 


المنكر واولئك هم المفلحون

                  Maksudnya :
Dan hendaklah ada di antara kamu, umat (yang) menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh dengan (melakukan) makruf dan mencegah dari (melakukan) mungkar dan mereka itu adalah orang-orang yang berjaya.”
                                     [ Surah Al-'Imran : 104 ] 

Allah Taala berfirman lagi:

" ...وانه عن المنكر واصبر على ما اصابك......"

                 Maksudnya :
Dan hendaklah kamu mencegah dari (perbuatan) mungkar dan bersabarlah di atas apa yang menimpai kamu.”
                                        [Surah Luqman : 17 ]


Kita takuti terkena kemurkaan Allah Taala pada meninggalkan pekerjaan dan kewajipan ini, sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah Taala di dalam kitab-Nya yang mulia al-Quran al-Azim. Firman-Nya :


" كانوا لا يتناهون عن منكر فعلوه لبئس ما كانوا يفعلون "

                  Maksudnya :
“Adalah mereka itu tidak saling cegah-mencegah daripada (perbuatan) mungkar (yang) mereka lakukan, alangkah buruknya barang apa yang telah mereka lakukan.”
                                       [Surah Al-Maaidah : 79 ]

وقال ابو بكر الصديق رضي الله عنه في خطبته: ايها الناس انكم تقرءون هذه الاية وتتأولونها على خلاف تأويلها : " يا أيها الذين آمنوا عليكم أنفسكم لا يضركم من ضل اذا اهتديتم " وأني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ما من قوم عملوا بالمعاصي وفيهم من يقدر ان ينكرعليهم فلم يفعل الا اوشك ان يعمهم الله بعذاب من عنده"

Berkata Abu Bakar r.a. dalam khutbahnya yang bermaksud :
“ Wahai manusia, bahawasanya kamu membaca ayat ini dan kamu mentakwilkannya dengan tidak mengikut takwilnya (yang dikehendaki).“Wahai orang-orang yang telah beriman, hendaklah kamu menjaga diri kamu, tidak memudaratkan sesiapa yang telah sesat jika kamu telah mendapat hidayat”. Dan bahawasanya saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada satu kaum mengerjakan maksiat dan ada di antara mereka orang yang mampu mencegah ke atas mereka itu maka tidak ia melakukannya melainkan hampirlah mereka itu kesemuanya itu dengan azab yang Allah turunkan dari-Nya”.
Sabda Nabi kita Muhammad s.a.w.:

"بلى مروا بالمعروف وان لم تعملوا به كله وانهوا عن المنكر وان لم تجتنبوه كله 
            Maksudnya :
Sabdanya:
" بسمك في وجه اخيك لك صدقة وأمرك بالمعروف ونهيك عن المنكر صدقة وارشاردك الرجل في ارض الضلال لك صدقة واماطتك الحجر والشوك والعظم من الطريق لك صدقة " رواه البخاري .
                     Maksudnya :
:Senyuman kamu pada muka (di hadapan) saudaramu ada bagimu sedekah dan suruhanmu untuk makruf (kebajikan) dan tegahanmu dari mungkar sedekah dan panduanmu kepada seseorang lelaki di bumi sesatnya sedekah dan pembuanganmu akan batu, duri dan tulang dari jalan itu sedekah
                  [Riwayat al-Bukhari.]

Nabi kita Muhammad s.a.w. bersabda:


" البر لا يبلى والذنب لا ينسى والديان لا يموت اعمل ما شئت كما تدين تدان " رواه البيهقي .


                     Maksudnya :
Al-Birru (albirru: apa jua kebaikan) tidak diluputi dan dosa itu tidak dilupai dan Ad-Dayyan itu tidak mati, buatlah apa yang kamu suka; bagaimana kamu menghukum (maka begitu jugalah) kamu akan dihukum”.
                      [ Riwayat al-Baihaqi.]
وعند ابن ابي الدنيا في كتاب الامر بالمعروف عن ابراهيم بن عمر الصفاني قال : اوحى الله تعالى ليوشع بن نون اني مهلك من قومك اربعين الفا من خيارهم وستين الفا من شرارهم قال يارب هؤلاء الاشرار فما بال الاخيار؟ فقال " انهم لن يغضبوا لغضبي وكانوا يؤاكلونهم ويشاربونهم " وقال مالك بن دينار " اوحى الله تعالى الى ملك من الملائكة ان اقلب مدينة كذا وكذا على اهلها، قال يا رب ان فيهم عبدك فلانا ولم يعصك طرفة عين فقال اقلبها عليه وعليهم ، فان وجهه لم يتغير لي ساعة قط" . رواه الطبراني وغيره من جابر مرفوعا والمحفوظ كما قاله البيهقي ما ذكر.

                    Maksudnya :
"Di sisi Ibn Abu Ad-Dunia dalam kitab “Al-amr Bil-Maaruf” dari Ibrahim bin Omar As-Safani katanya: Allah Taala telah mewahyukan kepada Yusya’ bin Nun, Aku akan binasakan dari kaum kamu empat puluh ribu (terdiri) dari orang-orang baik dan enam puluh ribu orang-orang jahat. Katanya ( Yusya’): Wahai Tuhan, mereka itu orang-orang jahat, bagaimana (pula) dengan orang-orang yang baik?. Maka Firman-Nya: Bahawa mereka itu tidak memarahi kerana kemarahan-Ku dan mereka saling makan dan minum bersama mereka.”
Dan kata Malik bin Dinar: Allah Taala telah mewahyukan kepada salah seorang malaikat supaya diterbalikkan bandar begini dan begini ke atas penduduknya. Kata (malaikat itu): Wahai Tuhan, bahawa terdapat di kalangan mereka itu seorang hamba Mu si- polan, dia tak pernah melakukan maksiat walau sekelipan mata pun. Maka Firman-Nya: Terbalikkanlah ke atasnya dan ke atas mereka itu. Maka bahawasanya mukanya itu tidak pernah berubah kerana Ku walau satu saat pun.
                   [ Diriwayakan Al-Tabrani dan lainnya dari Jabir.]
واعلم انه قد تقوم كثرة رؤية المنكرات مقام ارتكابها في سلب القلوب نور التمييز والافكار لأن المنكرات اذا كثر على القلوب ورودها وتكرر في العين شهودها ذهبت عظمتها من القلوب شيئا فشيئا الى أن يراها الانسان فلا يخطر بباله انها منكرات ولا يفكر أنها معاصي لما احدث تكرارها من تأليف القلوب.
:Maksudnya          
“Dan ketahuilah bahawa terlalu banyak melihat perkara-perkara mungkar itu, boleh meletakkan seseorang itu di tempat orang-orang yang melakukannya dari segi penarikan cahaya tamyiz (ilmu yang dapat membezakan di antara baik dan buruk) dari hati dan pemikran mereka itu, kerana perkara-perkara mungkar jika terlalu banyak kemasukannya ke dalam hati-hati mereka dan berulang-kalinya di mata menyaksikannya (maka) akan menghilangkan kehebatannya عظمتها dari hati-hati itu sedikit demi sedikit sehinggalah (ke tahap) apabila seseorang itu melihatnya (kemungkaran itu) maka tidaklah lagi terlintas pada otaknya bahawa itu adalah perkara-perkara mungkar dan tidak terfikir bahawa ianya itu adalah suatu maksiat, disebabkan keberulangannya dan menjadi sebagai perkara biasa sahaja.”
 Sesetengahnya jika kita selidiki, apakah perkara mungkar yang sehabis-habis besarnya dilakukan oleh manusia. Apakah bala’ (بلاء) yang sehabis-habis besar yang menimpa ke atas kita. Apakah kezaliman yang lebih besar daripada segala rupa kezaliman?
Tentulah mensyirikkan Allah itu, ialah sebesar-besar perkara mungkar, sebesar-besar keazaliman dan sebesar-besar bala’ (بلاء) yang menimpa manusia dan itulah yang menyebabkan berkekalan masuk neraka dan berpanjangan masa sakitnya yang sangat kuat itu.

Firman Allah Taala di dalam al-Quran al-Azim:
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 
              Maksudnya :
“Dan ketika Luqman berkata kepada puteranya dan dia menasihatinya (memberikan mau-ezah, peringatan): 'Wahai anakku, janganlah kamu mensyirikkan (menyekutukan) Allah, sesungguhnya (perbuatan) mempersekutukan Allah itu adalah suatu kezaliman yang besar'.”
           [ Al Quran surah Luqman : 13]

Maka sekarang ini bala’ syirik akan mengena ke atas orang-orang awam jika ulamak Islam tidak membangkang dan menentang sekeras-kerasnya iktiqad sesat yang dipimpin oleh lima buah kitab sesat tersebut.


Tiap-tiap seorang alim ulamak Islam itu mestilah menunaikan kewajipan menegahkan perkara mungkar yang sehabis-habis besarnya. Jika tidak, bermaknalah ia telah berkongsi dengan orang yang mengerjakan mungkar itu. Selain dari itu, termasuklah ia dalam jumlah orang-orang yang menyembunyikan ilmu agama Islam dan ini akan mendedahkan dirinya kepada kebinasaan sepertimana yang diterangkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. pada hadisnya : 
  
 ايما رجل آتاه الله علما فكتمه ألجمه الله يوم  
القيامة   
بلجام من نار
          [ رواه الطبراني]

                   Maksudnya :
Mana-mana orang yang Allah berikan ilmu lalu dia menyembunyikannya maka Allah (akan) mengekangnya pada Hari Kiamat dengan kekangan dari api neraka”. 
[ Riwayat At-Tabrani.]

Sabdanya lagi:
" كاتم العلم يلعنه كل شئ حتى الحوت في البحر والطير في السماء ".

:Maksudnya
Orang yang menyembunyikan ilmu itu dilaknati oleh setiap sesuatu sehinggalah ikan di laut dan burung di langit
                        .[ Riwayat Ibni al-Juzi dari Abi Sa’id.]
Seboleh-bolehnya kita tidak boleh berhenti dari memberi jasa yang baik kepada orang-orang awam dalam pendidikan agama Islam, lebih-lebih lagi perkara-perkara membetulkan iktiqad mereka itu, menurut jalan Ahli As-Sunnah Wal Jamaah. Kerana dari sinilah punca keselamatan agama mereka itu. Perkara-perkara FARDHU 'AIN yang lain, terletak di atas binaan iktiqad yang sah itu. 


Sebagai orang yang berilmu, tidak segianya ia cepat berkecil hati atau lemah perasaan cemburunya pada agama dalam menunaikan tuntutan seruan agama Islam itu andainya menghadapi sedikit kekasaran atau sifat kurang sopan yang ditunjukkan oleh orang-orang awam yang kurang bijak itu. Bahkan terkenalah sentiasa berlembut dalam hal ini, mengikut cara patutnya sekira-kiranya tiada menggugurkan seruan agama Islam dan tiada melebihi batasan yang dikehendaki oleh agama.

Diharapkan, pada hari ini mungkin orang-orang jahil itu mendustakan ajaran yang sahih, tetapi pada hari esoknya mungkin pula berubah haluan lalu mengucapkan syukur kepada Allah Taala atas adanya ajaran yang baik (sahih) itu diberikan kepada mereka. Barang-kali sepatah kata dari ajaran yang baik itu mungkin memberi makna yang besar pada kemudian harinya lalu mereka itu menuruti jalan yang baik dan beramal dengannya.


Sabda Nabi kita Muhammad s.a.w.:

" من دعا الى هدى كان له من الأجر مثل اجور من اتبعه لا ينقص
ذلك من اجورهم شيئا. ومن دعا الى ضلالة كان عليه 
من الاثم مثل آثام من اتبعه لا ينقص ذلك من 
آثامهم شيئا " (مختار الاحاديث)
                Maksudnya :
Sesiapa yang menyeru kepada HUDA (jalan kebenaran) maka adalah baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang melakukannya, tidak kurang sedikit pun dari pahala-pahala mereka itu. Dan sesiapa yang menyeru kepada kesesatan maka ia akan menerima dosanya seperti dosa-dosa mereka yang melakukannya tidak kurang sedikit pun dari dosa-dosa mereka itu."
                  (Hadis-hadis terpilih)

Lebih-lebih lagi perkara seruan baik itu sama ada diterima atau tidaknya maka balasan pahala pada pekerjaan baik itu akan diterima belaka di akhirat kelak. Akan tetapi sekiranya seseorang alim itu tidak mahu bersusah-payah dan bekerja kuat untuk membetulkan iktiqad orang-orang jahil yang sedang dalam himpitan bahaya kesesatan pada agama oleh ajaran AGAMA FALSAFAH maka tindakan orang-orang alim yang mendiamkan diri itu bukan sahaja tidak menguntungkan diri sendiri atau agamanya bahkan bermakna ia telah berkongsi melakukan perkara sesat itu supaya orang-orang awam itu terus memeluki agama falsafah.


Oleh itu saya tidak mendiamkan perbuatan diam orang alim itu pada perkara seumpama ini kerana diam itu telah bertukar corak kepada melakukan perkara mungkar, lebih berat dari perkara mungkar yang sedang dibangkang ini.

Manakalanya ditelek perbuatan diam itu menambah-kemaskan pegangan iktiqad sesat itu seterusnya akan mendedahkan diri kepada kebinasaan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.:

" ويل لمن لا يعلم وويل لمن علم ثم لا يعمل " (رواه ابو نعيم) .


              Maksudnya :
Kebinasaanlah bagi orang yang tak tahu dan kebinasaanlah bagi orang yang tahu, kemudiannya dia tidak beramal."  
            [ Riwayat Abu Na’im.]

Sabdanya lagi :

" ويل لأمتى من علماء السوء "

 (رواه الحاكم عن انس) 


                  Maksudnya:

“ Kebinasaanlah bagi ulama as-su’ dari umatku”
Sesungguhnya, sebelum saya masuk membicarakan perkara ini, tidak difikirkan makalah saya ini berkehendakkan hingga sampai begini panjangnya tetapi manakala dijalankan kerja-kerja seumpama ini, nampaknya tidak ada caranya lagi hendak dipendekkan keterangannya. Jika dipendekkan, ada kemungkinan akan menyebabkan ketidaksampaian maksud saya dan maksud tuan-tuan. Oleh itu, nas-nas yang mustahak bagi membetulkan iktiqad itu tidak memadai dengan satu dua sahaja tetapi perlu dibentangkan seberapa banyak yang difikirkan perlu dan meninggalkan mana-mana yang kurang mustahaknya.


Diharapkan nas-nas itu bukan sahaja untuk dibaca tetapi juga untuk dijadikan hujah bagi membina iktiqad kita Ahli As-Sunnah Wal Jamaah supaya nampak nyata kebenaran dan kesahihannya tanpa sebarang kesamaran atau was-was sebagaimana nyata betulnya dua kali dua itu empat [2x2=4] dan nyata salahnya dua kali dua itu lima [2x2=5].



Seperkara yang menybabkan kesamaran faham orang-orang awam tentang iktiqad ialah pada kandungan kehendak makna ayat al-Quran al-Azim:

" الرحمن على العرش استوى "
Jika seseorang itu mengerti kehendak maknanya maka mudahlah baginya memahami mana-mana ayat al-Quran al-Azim yang seumpama ini yang sukar untuk difahamkan dan terbuka baginya jalan yang lurus berkait dengan perkara iktiqad. Tidak lagi ia memberanikan dirinya untuk mentafsir mana-mana ayat mutasyabihah itu semata-mata mengikut zahir maknanya   

  sebagaimana yang dilakukan oleh ketua-ketua sesat mereka itu pada agama.  Pengikut-pengikut mereka itu terpaksa memejamkan mata dan  
berpuas hati dengan taqlid buta

Lebih jahatnya lagi, jika ia mengajar orang lain dan malu pula rujuk kepada perkara benar setelah ia mengetahui dengan jelasnya akan keburukan iktiqad yang diajarkannya itu kepada orang lain. Bagi orang-orang lain yang terpedaya dengan iktiqad sesat itu sehingga ada yang mati dalam kesesatan tanpa sempat bertaubat lalu masuk neraka disebabkan kepimpinan guru sesat itu maka kesalahan guru berkenaan tidak akan hilang dengan tangisan walau seumur hidupnya sekalipun di dunia ini kerana dosa itu bersangkutan dengan sesama makhluk Allah dan bukan dengan Tuhan sahaja. 


Apakah patut guru sesat yang mengajar, membenar atau memakai 5 buah kitab salah itu mengambil fikiran panjang dan mengeluarkan air mata kerana menyesal di atas perbuatannya itu yang telah terlanjur?!

Lihatlah kandungan kata Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah Taala di dalam kitabnya: (الاربعين في اصول الدين) muka 194 satar 14. Demikian bunyinya:


(الرابع) ان يجاهر بالذنب ويظهره او يذكره بعد فعله ، وفي الخبر كل الناس معافى الا الجاهرون . (الخامس) ان يصدر الصغيرة من عالم يقتدى به فذلك عظيم لانه يبقى بعد موته. فطوبى لمن مات وماتت معه ذنوبه ، ومن سن سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها الى يوم القيامة، وروى ان بعض علماء بنى اسرائيل تاب عن ذنوبه وبدعته فأوحى الله الي نبى زمانه ان ذنبك لوكان فيما بيني وبينك لغفرته ولكن كيف بمن أضللت من عبادي فادخلتهم النار.
Yang kira-kira ertinya: 
 "Yang ke empat: Orang yang menunjuk-nunjukkan sesuatu dosa (yang dilakukan), menayangkannya atau disebut-sebutkan (dosa itu) selepas dilakukan”. Dan pada khabar (وفي الخبر) “Tiap-tiap orang itu diampunkan (dosanya) kecuali pelaku-pelaku dosa secara terang-terangan. Yang ke lima: “Terbitnya dosa-dosa kecil dari seorang alim yang menjadi ikutan maka yang demikian itu adalah (dosa) besar kerana ia akan kekal selepas kematiannya. Maka (syurga) Tuba-lah bagi siapa (bila dia) mati, matilah bersamanya segala dosa-dosanya.
Dan barang siapa yang membuat sunnah yang buruk (سنة سيئة) maka ia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang beramal dengannya sehingga Hari Kiamat. Diriwayatkan bahawa setengah dari ulamak Bani Israel telah bertaubat dari dosa dan bid’ahnya maka Allah mewahyukan kepada Nabi(di zamannya) bahawa dosa kamu jika (ia) di antara Aku dan kamu nescaya Aku ampunkan tetapi bagaimana dengan orang yang telah kamu sesatkan dari hamba-hambaKu maka lalu Aku masukkan mereka ke dalam api neraka”.
Maka seseorang yang hendak memuji kitab salah yang 5 buah itu, hendaklah membaca dahulu keterangan yang dibentangkan oleh Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah seperti yang tersebut ini dan diganti dengan sebutan puji kepada kitab-kitab salah itu tiap-tiap sepatahnya hendak dilafazkan itu dengan titik air mata menangis dan berdo'a kepada Allah Taala minta jauhkan daripada segala rupa jalan sesat pada agama. Jika diupah seratus ribu ringgit pada tiap-tiap sepatah kata yang kembali maksudnya memuji kitab-kitab salah itu sekalipun, janganlah teringin hati menerimanya, lebih-lebih lagi jika upahnya itu semata-mata 5 Ringgit pada sekali datang mengajar. Atau semata-mata taksub dan ‘enad (تعصب دان عناد ) iaitu (berdegil dan berkeras hati kerana mahu menurut kemahuan hawa-nafsu).

Sekarang ini, kita mulakan bicara kehendak makna ayat al-Quran al-Azim:

" الرحمن على العرش استوى "

Menurut apa yang telah diterangkan oleh Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah di dalam kitabnya Al Iqtisad fi'l I'tiqad (الاقتصاد في الاعتقاد) muka 24 satar 6. Demikian bunyinya:

(الدعوى الثامنة) ندعي ان الله تعالى منزه عن ان يوصف بالاستقرار على العرش فان كل متمكن على جسم ومستقر عليه مقدر لا محالة فانه اما ان يكون اكبر منه او اصغر منه او مساويا وكل ذلك لا يخلو عن التقدير وانه لو جاز ان يماسه جسم من هذه الجهة لجاز ان يماسه من سائر الجهات فيصير محاطا به والخصم لا يعتقد ذلك بحال وهو لازم على مذهبه بالضرورة وعلى الجملة لا يستقر على الجسم الا جسم ولا يحل فيه الا عرض وقد بان انه تعالى ليس بجسم ولا عرض فلا يحتاج الى اقران هذه الدعوى باقامة البرهان ، فان قيل فما معنى قوله تعالى "الرحمن على العرش استوى" وما معنى قوله عليه الصلاة والسلام ينزل الله كل ليلة الى سماء الدنيا. قلنا الكلام على الظواهر الواردة في هذا الباب طويل ولكن نذكر منهجا في هذين الظاهرين يرشد الى ما عداه وهو ان نقول الناس في هذا فريقان عوام وعلماء والذي نراه اللائق بعوام الخلق ان لا يخاض بهم في هذه التأويلات بل ننزع عن عقائدهم كل ما يوجب الـتشـبـيه ويدل على الحدوث ونحقق عندهم انه موجود ليس كمثله شئ وهو السميع البصير. واذا سألوا عن معاني هذه الايات زجروا عنها وقيل لهم ليس هذا يعنيكم فادرجوا فلكل علم رجال ويجاب بما اجاب به مالك بن انس رضي الله عنه بعض السلف حيث سئل عن الاستواء فقال الاستواء معلوم والكيفية مجهولة والسؤال عـنه بدعة والايمان به واجب وهذا لأن عقول العوام لا تتسع لقبول المعقولات ولا احاطتهم باللغات ولا تتسع لفهم توسيعات العرب في الاستعارات واما العلماء فاللائق بهم تعريف ذلك وتفهمه ولست اقول ان ذلك فرض عين اذ لم يرد به تكليف بل التكليف التنزيه عن كل ما تشبهه بغيره فأما معاني القرءان فلم يكلف الاعيان فهم جميعها اصلا . ولكن لسنا نرتضي قول من يقول ان ذلك من المتشابهات كحروف اوائل السور فان حروف اوائل السور ليست موضوعة باصطلاح سابق للعرب للدلالة على المعاني ومن نطق بحروف وهي كلمات لم يصطلح عليها فواجب ان يكون معناها مجهولا الا ان يعرف ما اورده فاذا ذكره صارت تلك الحروف كاللغة المخترعة من جهته.

Mafhumnya:
[(Kes Kelapan): Kami katakan Maha Suci Allah Taala itu dari bersifat istiqrar (استقرار) (perihal penetapan/keberadaan di atas sesuatu) di atas Arasy. Maka setiap sesuatu yang terletak di atas jisim dan menetap/berada di atasnya, semestinya ada baginya sukatan, sama ada lebih besar atau lebih kecil darinya atau sama besar; tidak boleh lari dari menerimai sukatan. Jika ia boleh mengenai jisim dari arah (pihak) ini, nescaya bolehlah ia mengenainya dari segenap arah. Maka pastinya ia dikelilingi atau diliputi dengannya.


Pihak lawan tidak percaya bahawa itu adalah sesuatu yang mustahil kerana itu adalah mazhabnya yang mereka berpegang dengannya. Pada keseluruhannya, tidak boleh menetap/berada sesuatu itu di atas jisim melainkan jisim dan tidak boleh berhulul برحلول (perihal berada) dengannya melainkan 'aradh (عرض). Sesungguhnya dengan ini telah nyatalah bahawa Allah Taala itu bukan Jisim dan bukan 'Aradh.

Maka kes ini tidaklah memerlukan untuk disertakan apa-apa burhan (bukti). Jika ditanya apakah makna pada Firman-Nya:  الرحمن على العرش استوى dan apakah makna sabdanya Alaihissalam: “Allah itu turun setiap malam ke langit dunia”. Maka kami perkatakan bahawa percakapan mengikut makna zahirnya sahaja dalam bab ini adalah panjang tetapi kami akan sebutkan satu manhaj (kaedah) pada makna zahir kedua-duanya di mana seterusnya akan jadi pedoman (pengukur) kepada yang selainnya: 

Katakan dalam bab ini, ada dua golongan iaitu awam dan ulama'.


Apa yang sesuai dan layak untuk orang-orang awam ialah mereka itu tidak diheret atau dilibatkan ke dalam segala bentuk takwil tetapi hendaklah sekadar membersihkan iktiqad-iktiqad mereka itu dari apa jua yang boleh membawa kepada tasybih (perihal menyamakan Allah dengan apa jua makhlukNya) atau yang menunjukkan kehadisanNya (yang ianya hadis/baharu) dan kami mentahtiqiqkan (perihal menekan, menegas dan mempastikan) kepada mereka itu bahawa Tuhan itu maujud (ada), tidak ada bagiNya keumpamaan, kepersamaan atau menyamai sesuatu dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Jika mereka menanyakan makna ayat-ayat ini maka hendaklah ditegah dan dikatakan kepada mereka, bukanlah ini yang dikehendaki/dituntut daripada kamu. Hendaklah kamu beridraj (perihal mengikut peringkat satu persatunya/ peringkat demi peringkat) kerana tiap-tiap ilmu itu ada orang-orangnya dan jawablah sebagaimana yang dijawab oleh Malik bin Anas RA tatakala ditanya mengenai istiwa’. Maka katanya: istiwa’ itu diketahui dan kaifiyatnya (bagaimananya) tidak diketahui, bertanyakan tentangnya adalah bid’ah dan beriman dengannya adalah wajib.


Ini adalah oleh kerana akal (fikiran) orang-orang awam belum cukup mampu untuk menerima segala yang diterima akal dan mereka itu pula tidak punya pengetahuan yang luas dalam segala ilmu bahasa, tidak cukup mampu untuk memahami keluasan orang-orang Arab dalam ilmu metafora (kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna sebenar.

Bagi orang-orang alim maka yang patutnya bagi mereka itu ialah memberikan pentakrifan dan pemahaman kepada mereka (orang-orang awam). Saya tidak katakan bahawa ini adalah fardhu 'ain, bertujuan untuk ditaklifkan; apa yang ditaklifkan (bagi mereka itu) ialah mentanzihkan-Nya dari apa jua yang boleh mendatangkan tasybih (iaitu) mentasybihkan-Nya (perihal menyamakan Allah dengan apa jua makhluk-Nya) dengan yang lainnya.

Mengenai makna-makna al-Quran maka tidaklah menjadi fardhu 'ain untuk difahami pada keseluruhannya sama sekali; tapi kami tidak meredhai (menyetujui) QAUL yang mengatakan bahawa itu adalah perkara-perkara yang mutasyabihah (perkara-perkara yang mengandungi kesamaran) seperti huruf-huruf di awal surah. Maka huruf-huruf di awal surah itu bukanlah terletak (datangnya) dari istilah orang-orang Arab yang ada menunjukkan makna-maknanya.


 Bagi siapa yang menyebut huruf-huruf yang berupa perkataan yang belum lagi diistilahkan (diguna pakai sebagai suatu istilah) maka wajiblah makna-maknanya itu dikekalkan menjadi majhul (tidak diketahui) melainkan jika diberikan pentakrifannya (menurut apa yang dipetiknya), apabila disebutkan sahaja huruf-huruf itu maka jadilah huruf-huruf itu bagai bahasa ciptaan (bahasa yang direka sendiri).


واما قوله صلى الله عليه وسلم " ينزل الله تعالى الى السماء الدنيا" فلفظ مفهوم ذكر للتفهم وعلم انه يسبق الى الافهام منه المعنى الذي وضع له او المعنى الذى يستعارفكيف يقال انه متشابه بل هو مخيل معنى خطأ عند الجاهل ومفهم معنى صحيحا عند العالم وهو كقوله تعالى "وهو معكم اينما كنتم" فانه يخيل عند الجاهل اجتماعا مناقضا لكونه على العرش وعند العالم يفهم انه مع الكل بالاحاطة والعلم وكقوله صلى الله عليه وسلم " قلب المؤمن بين اصبعين من اصابع الرحمن ". فانه عند الجاهل يخيل عضوين مركبـيـن من اللحم والعظم والعصب مشتملين على الانامل والاظفار نابتين من الكف وعند العالم يدل على المعنى المستعار له دون الموضوع له وهو ما كان الاصبع له وكان سر الاصبع وروحه وحقيقته وهو القدرة على التقليب كما يشاء كما دلت المعية عليه في قوله "وهو معكم" على ما تراد المعية له وهو العلم والاحاطة ولكن من شائع عبارات العرب العبارة بالسبب عن المسبب واستعارة السبب للمستعار منه كقوله تعالى "من تقرب الي شبرا تقربت اليه ذراعا ومن اتاني بمشي اتيته بهروله". فان الهرولة عند الجاهل تدل على نقل الاقدام وشدة العدو وكذا الاتيان يدل على القرب في المسافة وعند العاقل يدل على المعنى المطلوب من قرب المسافة بين الناس وهو قرب الكرامة والانعام وان معناه ان رحمتي ونعمتي أشـد انصبابا الى عبادي من طاعتهم الي وهو كما قال "لقد طال شوق الابرار الى لقائي وانا الى لقائهم لأشد شوقا" تعالى الله عما يفهم من معنى لفظ الشوق بالوضع الذي هو نوع الم وحاجة الى استراحة وهو عين النقص ولكن الشوق سبب لقبول المشتاق اليه والاقبال عليه وافاضة النعمة لديه فعبر به عن المسبب وكما عبر بالغضب والرضى عن ارادة الثواب والعقاب الذين هما ثمرتا الغضب والرضى ومسبباهما في العادة وكذا لما قال في الحجر الاسود انه يمين الله في الارض يظن الجاهل انه اراد به اليمين المقابل للشمال التي هي عضو مركب من لحم ودم وعظم منقسم بخمسة اصابع ثم انه ان فتح بصيرته علم انه كان على العرش ولا يكون يمينه في الكعبة ثم لا يكون حجرا اسود فيدرك بأدنى مسكة انه استعير للمصافحة فانه يؤمر باستلام الحجر وتقبيله كما يؤمر بتقبيل يمين الملك فاستعير اللفظ لذلك والكامل العقل البصير لا تعظم عنده هذه الامور بل يفهم معانيها على البديهة .
Mafhumnya:
Adapun sabdnya Sallahu 'alaihiwasalam: Allah Taala turun ke langit dunia.” Maka ia adalah suatu lafaz yang boleh difahami (bila saja) disebutkan (iaitu) bagi memberi kefahaman kerana ianya adalah diketahui akan membawa terlebih dahulu kepada makna yang (dikehendaki sebagaimana) yang diletakkan baginya atau makna yang dipinjamkan. 

Maka bagaimana dikatakan bahawa ianya mutasyabih (perihal memberi kesamaran pada maknanya). Di sisi orang jahil, ia dibayangkan/digambarkan dengan makna yang salah, (tetapi) di sisi orang alim, maka makna yang dikehendaki dapat difahami seperti mana firmanNya: "وهو معكم اينما كنتم" (Dan Dia berserta kamu di mana kamu berada). Dan ini (pula) dibayangkan/digambarkan oleh orang jahil sebagai satu pertembungan yang bercanggah kerana IaNya di atas Arasy. Di sisi orang alim, “IaNya berserta semua” dengan makna "al-ihatah" dan IlmuNya, seperti juga maksud sabdanya Nabi Muhammad s.a.w.:
        
 “Hati orang mukmin adalah di antara dua jari Ar-Rahman”

Di sisi orang jahil, ia dibayangkan sebagai dua organ dari daging, tulang, dan saraf, mengandungi anak jari dan kuku, terbit dari kedua belah tapak tangan. Bagi orang alim, ia menunjukkan makna yang dipinjamkan baginya, bukan (makna) yang diletakkan baginya, iaitulah apa yang ada pada jari. Rahsia dan hakikat jari itu ialah keupayaan-Nya untuk membalikkan (sesuatu itu) mengikut apa yang Ia kehendaki; samalah dengan yang Ianya berserta kamu.
Tetapi daripada ungkapan-ungkapan orang Arab yang (dipakai) meluas ialah ungkapan metaforikal (ekspresi yang mengandungi “sebab oleh penyebabnya”) dan peminjaman sebab-musabab kepada yang dipinjam darinya seperti Firman Allah Taala (yang kira-kira ertinya):
“Siapa yang medekati Aku satu jengkal, Aku (akan) mendekatinya satu depa dan siapa yang datang berjalan kepada Aku, Aku (akan) datang berlari harwalah (lari kecil) kepadanya." 
Pada fahaman orang jahil, berlari harwalah itu menunjukkan kepada memindahkan kaki (untuk melangkah-langkah) dan kepada kekuatan berlari.

Begitu juga dengan kedatanganNya (yang) menunjukkan kedekatan pada sesuatu jarak. Bagi orang berakal ia menunjukkan bahawa makna yang dikehendaki dari kedekatan jarak itu dengan manusia ialah kedekatan "karamah" (perihal menurunkan keberakatan dan rahmat) dan "in-a’m-Nya" (nikmat); maknanya Rahmat-Ku dan Nikmat-Ku adalah lebih cepat mencurah sampai kepada hamba-hambaNya dari ketaatan mereka kepada-Ku iaitu seperti mana yang difirmankan:

"Sesungguhnya orang-orang abrar itu telah lama merindui untuk berjumpa dengan-Ku dan kerinduan-Ku untuk berjumpa dengannya adalah lebih kuat darinya.

Maha Tinggi Allah dari apa yang difahamkan dari makna lafaz kerinduan (الشوق) dengan makna sejenis kesakitan dan kehendak kepada rehat maka itu adalah dengan sendirinya merupakan kekurangan (عين النقص).

Tetapi (oleh kerana) kerinduan itu adalah sebab untuk menerima orang yang dirindui kepadanya dan untuk diberikan kurnia nikmat maka ianya diungkapkan sebagai penyebab, sepertimana (juga) diungkapkan kehendak kepada pahala dan balasan itu dengan kemurkaan dan keredhaan. Kedua-duanya itu adalah buah (hasil) kemurkaan dan keredhaan dan penyebab bagi kedua-duanya pada kebiasaannya.
Begitu juga apabila dikata pada Hajar Aswad bahawa ianya adalah tangan kanan Allah di bumi (yang) disangkakan oleh orang jahil bahawa kehendak maknanya itu ialah tangan kanan yang bertentang dengan tangan kiri yang terdiri daripada organ, tersusun daripada daging, darah dan tulang, terbahagi kepada lima anak jari. 

Kemudiannya bila dia kembali membuka mata hatinya, sedarlah dia yang Tuhan itu berada di atas Arasy maka tidaklah boleh tangan kananNya itu berada di sisi Kaabah, seterusnya tidak bolehlah (tanganNya itu) jadi Hajar Aswad. Oleh itu sedarlah ia secara paling mudah bahawa itu adalah pinjaman bahasa untuk bersalaman dan dia diperintah untuk menerima datang ke Hajar Aswad dan mengucupinya sebagaimana juga halnya bila diperintahkan untuk mengucup tangan kanan Raja maka dipinjamkan lafaznya untuk itu. 

Bagi orang yang sempurna akalnya, perkara-perkara seperti ini bukanlah menjadi suatu masalah besar kerana mereka itu memahaminya secara sepontan sahaja.(على البديهة).
اما صلاح اللفظ له فظاهر عند الخبير بلسان العرب وانما ينبو عن فهم مثل هذا افهام المتطفلين على لغة العرب الناظرين اليها من بعد الملتـفـتـين اليها التفات العرب الى لسان الترك حيث لم يتعلموا منها الا اوائلها فمن المستحسن في اللغة ان يقال استوى الامير على مملكته حيث قال الشاعر:
قد استوى بشر على العراق من غير سيف ودم مهراق
ولذلك قال بعض السلف رضى الله عنهم يفهم من قوله تعالى "الرحمن على العرش استوى" ما فهم من قوله تعالى " ثم استوى الى السماء وهي دخان " واما قوله صلى الله عليه وسلم " ينزل الله الى السماء الدنيا فللتأويل فيه مجال من وجهين احدهما في اضافة النزول اليه وانه مجاز وبالحقيقة هو مضاف الى ملك من الملائكة كما قال تعالى " واسئل القرية " والمسئول بالحقيقة اهل القرية.

Dari segi ketepatan lafaznya maka ianya adalah sesuatu yang nyata/terang di sisi orang yang pakar/ahli dalam hal lidah Arab. Orang-orang yang tersalah sasar dari memahami keadaan seperti ini ialah orang-orang mutataffilin (kebudak-budakan/pak turut) dari segi Bahasa Arab iaitu orang yang hanya melihatnya dari jauh dan menoleh kepadanya dengan cara orang-orang Arab menoleh kepada orang-orang Turki di mana mereka itu tidak mempelajarinya melainkan apa yang ada pada peringkat permulaan sahaja. Oleh itu maka dari segi bahasa adalah lebih baik dikata  
"(Telah beristiwa’ seseorang itu ke atas Iraq
           Tanpa pedang dan darah yang mengalir)"

Kerana itu, sebahagian ahli as-Salaf RA telah berkata bahawa (apa yang) difahami dari firman-Nya : "الرحمن على العرش استوى" (Ar-Rahman di atas Arasy, Ia beristiwa) adalah menurut apa yang telah difahami dari firmanNya pada surah Fussilat ayat 11 :
ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلأرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ 
                   Maksudnya :
kemudian Dia beristiwa’ kepada langit dan ia (langit) adalah (dalam keadaan) berasap, lalu Dia berfirman pada langit dan pada bumi, datanglah kamu berdua (menuruti perintah-Ku) secara sukarela atau terpaksa, lalu mereka berdua pun berkata kami berdua datang (kepada-Mu) dengan sukarela/patuh"

Mengenai sabdanya Nabi Muhammad s.a.w “Allah turun ke langit dunia, maka takwilnya itu ada dua wajah. Salah satunya, pada kata Nuzul iaitu turun yang diimbuhkan kepada turunnya Allah adalah majaz. Pada hakikatnya imbuhan itu adalah ditujukan kepada salah satu malaikat sepertimana firman-Nya:

                                          واسئل القرية” 

Ertinya: “Dan tanyalah kampung itu”, (yakni) tanyalah ahli qaryah (kampung) itu.


Setelahnya kita dapati bagaimana adanya keterangan yang telah dibentangkan oleh Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah dalam kitabnya al-Iqtisad fi'l- I'tiqad (الاقتصاد في الاعتقاد) berkenaan dengan pemahaman makna-makna bagi sesetengah ayat yang mutasyabihah itu maka marilah kita ambil perhati pula bagaimankah keterangan yang telah dibentangkan oleh ulamak Islam yang lain dari Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah supaya dengan adanya dua keterangan ini mudahlah kita mendapat tahu bahawa segala fahaman yang dipimpin oleh ulamak Islam Ahli As-Sunnah Wa Jamaah sama ada ulamak-ulamak yang mutaqaddimin (مـتقدمين) atau ulamak-ulamak mutakhirin (متأخرين) itu telah bersatu haluan dan tiada apa-apa perselisihan faham di antara mereka itu pada perkara iktiqad. 

Saya fikir tak perlu dibentangkan di sini lebih daripada dua orang ulamak Islam ini berkenaan dengan fahaman mereka itu pada makna-makna ayat-ayat mutasyabihah itu kerana keterangan mereka berdua ini sudah cukup jelas dan terang dan amat mudah dapat difahamkan segala kandungan kata-katanya oleh akal yang sederhana.

Para ulama Ahli As-Sunnah Wal Jamaah, kesemua mereka menumpu kepada fahaman yang melarang keras supaya jangan mempersamakan keadaan Allah Subhanahu wa Taala itu dengan keadaan sesuatu dari makhlukNya itu atas barang mana jalan pun.Tetapi pembawaan dan pimpinan kitab-kitab sesat itu sangat berlawanan dengan fahaman Ahli As-Sunnah Wal Jamaah di mana mereka itu (puak sesat) menamakan setiap hamba yang banyak sabar sebagai assabur (الصبور) dan yang sangat pemurah itu dinamakan al-Karim (الكريم). Maka sifat Assabur (الصبور) dan al-Karim (الكريم) yang pada hamba itu itulah sifat Tuhan yang bersifat Assabur (الصبور) dan al-Karim (الكريم). 
(اسماء)
Tuhan pada makhluk dan fanaknya asma'a (اسماء) makhluk pada asma'a (اسماء) Allah. Maka jadilah bersatu nama yang dinamakan tauhid al-asma'a (توحيد الاسماء) pada sisi mereka itu.
Dalam kepimpinan sesat yang seumpama ini maka yang sebetul-betulnya ialah ittihad (bersatu hakikat: (اتحاد) dan hulul (bersatu padu: حلول) di antara Tuhan dengan hamba.

Tetapi dalam kitab-kitab sesat itu sendiri mengaku bahawa Tuhan itu tiada ittihad (اتحاد) dan tiada hulul (حلول) pada hal dalam iktiqad sesat itu sendiri telah beriktiqadkan atas jalan ittihad (اتحاد) dan hulul (حلول)


Samalah seperti orang yang biasanya memakan babi atas nama kerbau pendek maka tiba-tiba mereka itu sendiri mengharamkan babi tetapi tiada mengapa memakan kerbau pendek. Bukankah kerbau pendek itu babi dan babi itu babi? 

Seperkara lagi, kitab-kitab sesat itu sendiri mengatakan Tuhan itu bukan jirim (جرم) bukan jisim (جسم) bukan jauhar (جوهر) dan bukan 'aradh (عرض) tetapi akuan mereka itu adalah semata-mata dusta kerana di dalam iktiqad yang dipimpin oleh kitab-kitab sesat itu menyatakan Tuhan itu ada benda, ada rupa, ada jenis sehingga dituduhkan segala alam ini dari Zat Tuhan dan Tuhan itu dituduhkan boleh menyerupai sebarang apa rupa. 

Maka sangatlah berlawanan akuan yang diakui itu dengan dusta yang telah dijalankan. Selain itu, kitab sesat itu mengatakan Tuhan itu tiada bandingan dan tidak dapat dimisal atau dikias (قياس) akan tetapinya kitab sesat itu sendiri menuduhkan Zat Tuhan itu bertali, berhubung dengan Annur Al-Muhammadi (النور المحمدي) sehingga dituduhkan Zat Tuhan itulah asal alam. Dan benih  semua barang yang ada dari makhlukat (مخلوقات) itu dituduhkan dari benih yang satu iaitu Zat Allah dengan ibarat bahawa Allah dengan segala makhlukat-Nya itu seperti benih pokok dengan cabang dahan atau daun dan rantingnya atau seperti buih ombak laut air dan lain-lain ibarat seumpama ini.


Bukankah kitab-kitab sesat itu sebetul-betulnya meneladani perjalanan tipu daya syaitan yang menyuruh manusia jadi kafir dan meuas-uaskan bermacam-macam jalan syirik? Maka manakala seseorang manusia itu telah jatuh kafir teruslah syaitan itu berkata bahawa: "Aku berlepas diri daripada kamu dan aku sangat takut akan Allah Tuhan semesta alam (رب العالمين)." 
Adakah lebih jahat dan lebih dusta daripada akuan syaitan ini?.

Dalam masa ia sendiri mengacum-acum menyuruh manusia itu jadi kafir, tiba-tiba setelah jadi kafir ia pun mengaku berlepas diri; tak cukup dengan dusta itu, ditambah lagi dengan kata yang ianya sangat takutkan Allah. Jika ia benar-benar takutkan Allah, kenapakah disuruh jadi kafir. Setelah jadi kafir dengan sebab perbuatannya itu, kenapakah tidak mengaku salah di atas perbuatan jahatnya itu sehingga berlepas diri pula.

Demikianlah rupa tipu-daya syaitan dan kedustaannya, sebagaimana yang diterangkan oleh Allah Taala di dalam al-Quran al-Azim pada ayatnya surah al-Hasyrسورة الحشر , ayat : 16
كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلإنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ 
                 Maksudnya :
“(pujukan mereka) seperti (pujukan) syaitan ketika ia berkata kepada manusia kafirlah kamu lalu ketika (manusia) telah kafir, dia berkata sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu sesungguhnya aku takut (kepada) Allah Tuhan semesta alam”.
Di manakah ada jalannya lagi bagi seseorang itu hendak megaku bahawa kitab-kitab sesat yang lima buah itu ada betulnya dan halus maknanya sehingga sampai begini sesatnya, difikirkan juga ada eloknya. Saya fikir orang yang mengatakan eloknya kitab sesat yang lima buah itu samalah seperti mengatakan bahawa Syaitan, Abu Jahal dan Abu Lahab serta pengikut-pengikut mereka itu ada pula takwilnya, boleh diikuti dan tidak boleh dipersalahkan mereka itu kerana pimpinan mereka itu (Syaitan dan Abu Jahal) tidak sampai akal kita memahamkannya. Barang-kali berani pula dikata syaitan itu dengan kehendak Allah juga ia berkata begitu dan memimpin begitu.

Di bawah ini saya salinkan sedikit perkataan yang ada tersebut di dalam kitab “Addurun-Nafis(الدر النفيس) muka 21 satar 30. Demikian bunyinya:

(الفصل الثاني في بيان توحيد الاسماء) bermula fasal yang kedua pada menyatakan tauhid al-asma’ (توحيد الاسماء).
                    Ertinya:
Mengesakan Allah Taala pada segala nama, iaitu mengesakan yang dinamakan syahdan (شهدان). Bermula kaifiyat mengesakan Allah Taala pada asma’nya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepala dan engkau syuhud dengan mata hitam bahawasanya segala ambiak itu sekeliannya kembali ia kepada asma’ Aallah Taala (اسماء الله تعالى) yakni segala yang bernama di dalam alam ini sekeliannya mazhar asma’ Allah Taala (مظهر اسماءالله تعالى) kerana asma’ itu menuntut ia akan wujud musamma (وجود مسمى).
Maka tiada yang wujud itu pada hakikatnya hanya Allah Taala sendirinya jua dan wujud segala alam ini hanya khayal dan waham (وهم) jua dengan dinisbahkan kepada wujud Allah Taala. Maka sebab itulah kembali segala asma’ itu kepada yang maujud iaitu Allah Subhanahu wa Taala dan wujud Allah itu qaim (قائم) (yakni) pada segala asma’ dan zahir ia dengan dia itu satu jua yakni bahawasanya segala anbiak itu kezahiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zahir dengan segala sesuatu/asyia(اشياء) itu satu jua."

Demikianlah bunyi pimpinan sesat Kitab “Durrun-Nafis” (در النفيس) dan serupa ini jugalah mafhumnya yang telah ada di dalam kitab-kitab sesat yang 4 buah lagi itu.

Dalam begitu pun nyata bersatu-padunya dan bersatu hakikatnya di antara Allah dengan segala makhluk-Nya itu, kitab-kitab sesat itu mengaku juga bahawa Tuhan itu bukan ittihad (اتحاد), bukan hulul (حلول), bukan jirim, bukan jisim, bukan aradh dan tidak dapat dimisal atau dikias. Oleh itu, nyatalah akuan-akuan yang tersebut itu semata-mata tipu untuk melindungkan kesalahan dirinya supaya tidak boleh nampak dengan pemandangan ilmu pengetahuan yang singkat.

Adapun kitab-kitab salah itu tidak boleh meninggalkan kata-kata yang mencantumkan bahawa semua yang ada itu satu sahaja yang ada dan sangatlah berguna menggunakan perkataan mazhar (مظهر) kerana makna mazhar itu berbetulan dengan makna menjelma yakni berubah rupa dari satu rupa kepada satu rupa tetapi pada hakikatnya satu jua. Inilah haluan yang dipimpin oleh kitab-kitab sesat itu.

Saya telah banyak memerhatikan sesetengah dari kelakuan orang-orang jahil itu sangat gemar bermain-main dengan kata-kata yang menjatuhkan seseorang itu jadi kafir-musyrik, seolah-olah perkara syirik atau jadi murtad itu seperkara yag dibuat-buat main seperti permainan buah catur atau domino; sesiapa yang tersilap letak buah catur atau dominonya itu terperangaplah ia ke dalam lubang syirik yang mereka buat main-main itu dengan tertawa-tawa dan manis muka sahaja nampaknya.


Bila sahaja mereka itu dapat menawan seseorang awam yang belum terkena apa-apa syirik lagi maka dalam masa suku jam sahaja mereka itu dapat bercakap dalam perbahasan Ilmu al-Usul, ada kemungkinan orang awam itu dapat dikalahkan lalu terjerat. Bagi mereka yang telah pun sesat pada iktiqadnya maka bertambah-kemaslah kesesatannya itu dengan sebab kekalahannya bermain catur syirik dengan mereka yang lebih mahir.

Ada kalanya mereka yang telah belajar di sekolah Arab atau di pondok-pondok, bertahun-tahun lamanya, pun terkena tipu, dipermain-mainkan oleh orang-orang bijak bermain catur syirik itu. Dalam tak berapa jam sahaja bermain telah pun ternampak tanda-tanda kekalahnnya sehingga terkeluar dari jumlah orang yang mukminin.


Ada seperkara lagi yang menyebabkan orang-orang jahil jadi kafir bila beriktiqad dengan iktiqad itu iaitu adalah sekelian jin itu ialah dari jisim yang halus, boleh mersap masuk ke dalam badan manusia mengikut sebagaimana perjalanan darah. Ia boleh merupakan dirinya bermacam-macam rupa sehingga tujuh puluh macam dan boleh berbunyi bermacam suara. Apabila jin-jin itu masuk ke dalam badan seseorang maka segala pancaindera yang lima bagi orang yang dirasukkinya itu telah dapat dikuasinya sehinggalah kepada segala perkataan, pendengaran, penciuman dan segala perasaan dan gerak-geri kaki-tangan orang yang tak sedarkan diri itu. 

Oleh itu, orang yang tidak sedar itu, boleh bercakap dengan percakapan yang dia sendiri tidak tahu; apabila ia sedar kembali, orang itu jika ditanya, apakah perkara-perkara yang telah dibuat dan dicakapkannya semasa tak sedar itu, tidaklah ia tahu apa-apa pun. Terkadang dalam masa tak sedar itu, ia bercakap mengaku dirinya itu datuk nenek mereka yang telah mati dahulu, kononnya ia sangat sayangkan anak cucunya dengan memberi nasihat, menyuruh berjaga diri dari bahaya, menyuruh berbuat ibadat dan berkhabarkan ubat-ubatan penyakit dan lain-lain hal lagi. 


Kebanyakan orang-orang jahil menyangkakan berlakunya seperti keadaan itu bukanlah dari jin tetapi adalah arwah-arwah (roh nyawa) datuk-nenek mereka yang telah mati itu masuk ke dalam badan orang yang tak sedarkan diri itu. Maka dustalah perkhabaran yang menerangkan adanya azab dan kesenangannya bagi seseorang yang telah mati itu. Setengah puak orang-orang jahil yang sesat itu menyangkakan bahawa Tuhan mereka itu boleh merupakan apa-apa rupa pun, bersatu-padu dan bersatu hakikat dengan hamba. 


Apabila seseorang itu tak sedarkan diri, dirasukki jin (majzub) teruslah mereka itu mengingkarkan perkara-perkara yang telah berlaku itu bukanlah dari perbuatan jin sebaliknya percaya bahawa orang yang tak sedar diri itu sudah bertukar hakikat iaitu bukan hakikat hamba atau manusia, bahkan itulah Tuhan mereka yang sebenarnya kerana yang berkata itu telah berkata dengan kata Allah, mendengar dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah, mencium dengan penciuman Allah dan tangan yang memegang itu tangan Allah dan kaki yang berjalan itu kaki Allah. Maka ketika itu, Allah Taala adalah semata-mata, lebih-lebih lagi jika orang yang tak sedarkan diri itu mengaku dirinya Allah.

Oleh yang demikian, pada fahaman puak sesat itu, orang yang tak sedarkan dirinya itu bolehlah diambil ilmu dan segala pengajarannya kerana apa yang diiktiqadkan oleh mereka itu itulah kalam Allah yang diwahyukan kepada manusia dan itulah sebabnya seseorang guru itu terkena mengaku dirinya "Aku Allah dan Aku Nabi". Inilah rupa orang yang telah berpangkat tinggi yang telah dapat kamil mukamil (كامل مكامل), bersatu padu dengan Tuhannya dan dapat makam FANA’ BILLAH (فناء بالله), BAQA’ FILLAH (بقاء في الله), menaikki martabat ahadiyah (احدية) dan mencapai ILMU AL-LADUNNI (علم اللدني) yang tak payah dipelajari dari mulut-mulut guru. Anak-anak yang diperolehi semasa tak sedarkan diri itu, itulah anak yang s’alih (صالح). Kata mereka itu lagi “tukarkan cahaya kamu kepada cahaya Allah”.

Demikianlah bunyi dustanya. Apa-apa perkara mungkar yang telah dikerjakan semasa tak sedar (majzub) itu, tiada apa-apa salahnya kerana dituduhkan itulah kehendak Allah dan kuasa Allah. Maka inilah akibat sesat yang boleh berlaku dari pimpinan kitab sesat yang lima buah itu, walaupun tidak disebutkan di sana yang demikian ini buruknya tetapi ajaran sesat itu sendiri akan menerbitkan bermacam-macam keburukan pada iktiqad dan kelakuan manusia.
Perkataan Al-Ihatah (الاحاطة):

Diperingatkan bahawa perkataan "al-ihatah" (الاحاطة) itu ada dua makna yang berlainan.
1.Al-ihatah biz-zat (الاحاطة بالذات). Ertinya: Meliputi zat pada tiap-tiap suatu daripada makhlukat Allah. Iktiqad ini dipakai oleh Ahli al-Falsafah (اهل الفلاسفة), Ahli al-Muktazilah (اهل المعـتزلة) dan juga ahli al-Mutasawwifah "اهل المتصوفة " (puak kafir). Wajiblah kita tolak dan bangkang.
22px;">الاحاطة بالعلم
). Ertinya: Menghabisi tahunya Allah itu pada tiap-tiap suatu daripada makhlukat-Nya dan lainnya. Inilah fahaman puak kita Ahli Assunnah Wal Jamaah.
Al-ihatah (الاحاطة) dengan makna al-ilm (العلم) seperti firman Allah Taala pada surah An-Naml سورة النمل, ayat 22 :
فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِنْ سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ
                   Maksudnya :
“Dan (hud-hud) datang di waktu yang tidak jauh/lama lalu (hud-hud) berkata aku telah meliputi/mengetahui apa yang tidak kamu mengetahi tentangnya dan aku datang kepadamu dari (negeri) Saba’ dengan berita yang yakin/benar.”

Demikianlah saya sudahi dengan firman Allah Taala di dalam al-Quran pada surah Al-Imran ayat 133:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ 
        Maksudnya :
“Dan bersegeralah kamu sekelian kepada pengampunan dari Tuhanmu dan (mendapatkan) syurga (yang) luasnya (seluas) semesta langit dan bumi (yang) disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (Iaitu) orang-orang yang menginfakkan (harta di jalan Allah) dalam keadaan senang dan sempit dan orang-orang yang menahan kemarahan dan orang-orang yang memaafkan terhadap (kesalahan) manusia dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.”
 Firman Allah Taala pada surah An-Nisa’  سورة النساء ayat 114 :
لا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
 :Maksudnya               
“Tidak ada kebaikan dalam banyak dari pembicaraan rahsia mereka kecuali (pembicaraan) orang yang menyuruh dengan sedekah atau perbuatan baik atau mengadakan perdamaian di antara manusia dan siapa yang dia mengerjakan itu (kerana) mencari keredaan Allah maka kelak akan Kami beri dia pahala (yang) sangat besar (syurga).”
Firman Allah Taala pada surah al-Mukmin,  (سورة المؤمن) ayat 59 :
إِنَّ السَّاعَةَ لآتِيَةٌ لا رَيْبَ فِيهَا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يُؤْمِنُونَ 
                   Maksudnya :
Sesungguhnya Hari Kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepada Hari Kiamat).”

Firman Allah Taala pada Surah Ibrahim,  سورة ابراهيم ayat 4-8:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ فَيُضِلُّ اللَّهُ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (4
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَى بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ (5) وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ (6) وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (7) وَقَالَ مُوسَى إِنْ تَكْفُرُوا أَنْتُمْ وَمَنْ فِي الأرْضِ جَمِيعًا فَإِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ  (8
          Maksudnya :
“ Dan tidak Kami utuskan seseorang Rasul kecuali dengan lisan/bahasa kaumnya supaya dia memberikan penjelasan/pemahaman kepada mereka (apa yang mereka bawa) maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan Dia memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki dan Dialah Maha Perkasa lagi   Maha Bijaksana. (4)
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat (mukjizat) Kami agar keluarkanlah kaummu dari segala kegelapan (kekufuran) kepada cahaya terang (keimanan) dan peringatkanlah mereka dengan hari-hari (nikmat dan seksaan) Allah sesungguhnya pada yang demikian itulah tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi setiap orang yang amat sabar yang selalu bersykur. (5)

Dan tatkala berkata Musa kepada kaumnya: 'ingatlah kamu sekelian nikmat Allah atas kamu tatkala Dia menyelamatkan kamu dari pengikut Fir’aun dan pengikut-pengikutnya, mereka menyeksa kamu (dengan) seburuk seksaan dan mereka meyembelih anak-anak lelaki kamu dan mereka membiarkan hidup para perempuan kamu dan di dalam demikian itu (terdapat) cubaan/ujian dari Tuhan kamu (yang) besar'. (6)
dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu mengumumkan: 'Jika kamu sekelian mensyukuri (nikmat-Ku) nescaya Aku akan tambahkan kepada kamu sekalian (nikmat) dan sungguh jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) sesungguhnya seksa-Ku sungguh amatlah berat.' (7)
Dan berkata Musa: 'Jika kamu sekalian mengingkari dan siapa yang di bumi semuanya maka sesungguhnya Allah sungguh Maha Kaya lagi Maha Terpuji'.” (8)
Dan pada surah at-Taubah سورة التوبة ayat 67 :
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
                 Maksudnya :
“Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan sebahagian mereka dari sebahagian yang lain menyuruh kepada (perbuatan) mungkar dan mereka melarang dari perbuatan yang baik dan mereka menggenggamkan tangan-tangan mereka (kikir dalam berinfak) mereka melupakan Allah maka (Allah) melupakan mereka juga sesungguhnya orang-orang munafik (adalah) orang-orang yang fasik.”
Diakhiri dengan Firman-Nya pada surah al-Ak’raf سورة الاعراف, ayat 179 :
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ  
                      Maksudnya :
“Dan sungguh telah Kami sediakan untuk mereka (neraka) Jahanam, banyak dari (bangsa) jin dan manusia, bagi (mereka punya) hati (yang) tidak mereka memakainya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (yang) tidak mereka memakainya untuk melihat (tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (yang) tidak mereka memakainya untuk mendengar (kebenaran dan kebaikan) mereka itu bagai binatang ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itu adalah orang-orang yang lalai.”
Alhamdulillah sesungguhnya dengan pertolongan Allah SWT telah tamatlah  bagi penerangan “Perbandingan Iktiqad Orang-orang Melayu Bahagian Yang Ketiga ini menepati sebagai membantu yang berguna bagi menolakkan beberapa kesamaran faham dalam perkara iktiqad dan memudahkan bagi sekelian pembaca-pembacanya juga jalan mendapat faham pada beberapa perkara masalah Ilmu al-Usul (علم الاصول) yang ada tersebut dalam beberapa banyak kitab Ilmu At-Tauhid (علم التوحيد) bahasa Arab yang dikarang oleh ulamak-ulamak Islam yang muktabar dan terpilih, menurut jalan Ahli Assunnah Wal Jamaah.


Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah Taala akan dapat terkarang dan menerbitkan bahagian-bahagian selanjutnya untuk memberi perkhidmatan yang terpenting dalam urusan membetulkan iktiqad dan menolakkan segala iktiqad yang sesat pada agama.

Demikianlah saya sudahi dengan do'a:-
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين . والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم النبيين والرسل وعلى آله وأصحابه أجمعين .اللهم انفعنا بهذه الرسالة نحن وجميع المسلمين والمسلمات في الدين وزودنا بها علما وفهما وتواضعا وفقهنا في الدين وارزقنا قوة التمسك بالدين وبالاعمال الصالحة واجعلنا من عبادك الصالحين والبسنا لباس التقوى والصبر في الشدائد لاحياء دينك القويم كما صبر السابقون الاولون واغفرلنا ولهم واختم لنا ولهم بالسعادة آمين .
[Lihat : 

i.    Fatwa Mufti Johor Mengenai Kitab-Kitab Sesat (1948) 
ii.   Pembinaan Iktiqad Ahli Sunnah
iii.   في ترجمة عقيدة اهل السنة  في كلمتي الشهادة التي هي أحد مباني الاسلام 
iv.   SOAL JAWAB Mengenai "ADA" Allah SWT

v.    


                     
                                                            الأستاذ الحاج محمد اسماعيل بن صالح




PENGUMUMAN : Kitab "PERBANDINGAN IKTIKQAD ORANG-ORANG MELAYU" ini sudah diterbitkan semula untuk pembacaan umum pada tahun 2012. Untuk membuat pesanan dan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi penerbit : 

                              DARULFIKIR,
                              329B, Jalan Abdul Rahman Idris,
                              Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
                              50300 KUALA LUMPUR.
                              Tel : 603-26913892, 26981636/7.
                              Faks : 60326928757,
                              E-mel : e-mel@darulfikir.com.my
                              Laman Sesawang : www.darulfikir.com.my
                        

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...