Rabu, 9 November 2011

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM




    
الحمد رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى 
آله وصحبه أجمعين

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالأزْلامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لإثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
                    Maksudnya :
" Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi/khinzir, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Aku cukupkan kepada mu nikmat Ku, dan Aku redai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
                                 [Al-Quran surah سورة المائدة  Al-Maaidah : 3] 
          
**************************
أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلإِسْلَـمِ فَهُوَ عَلَى نُورٍ مِّن رَّبِّهِ فَوَيْلٌ لِّلْقَـسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَـئِكَ فِى ضَلَـلٍ مُّبِينٍ

Maksudnya:
Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.
          [Al-Quran الزمر‎‎ سورة  surah Az-Zumar : 22]    

 *********************************          
"Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w."  ini telah disampaikan oleh baginda pada hari Jumaat, 9 Zulhijah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Antara pesanan dan amanah penting baginda adalah seperti yang terkandung seperti maksud berikut:

Wahai manusia!, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


Wahai manusia!, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


[Lihat : Tipu Daya Syaitan Iblis Bhg 1]


Wahai Manusia!, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia!, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembah dan beribadatlah kepada Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji (sekiranya kamu mampu). Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal salih.

Ingatlah!, bahawa, kamu akan menghadapi (pengadilan) Allah pada suatu hari (di akhirat) untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan (ketika hidup di dunia). Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan aku.


Wahai Manusia!, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. 
Oleh itu wahai manusia!, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah AL-QURAN dan SUNNAH-Ku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. 


Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-MU.


Peringatan:


[Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan 'Khutbah Terakhir' ini pada hari Jumaat ketika Hari Wuquf di Arafah semasa Haji Wada'. 

Baginda wafat  pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah bersamaan dengan 25hb. Mei, 632M di Madinah. Semoga mesej amanah yang baginda sampaikan dalam khutbah terakhir ini tertanam kukuh di hati dan sentiasa menjadi peringatan  kepada kita dan disampaikan kepada setiap generasi hingga ke akhir hayat di dunia ini. Wassalam.]





******************************************
WASIAT 10 NASIHAT IMAM AS-SYAFI'E RAHIMAULLAH KEPADA MURID-MURIDNYA SEBELUM DIA KEMBALI KE RAHMATULLAH :


SEBELUM Imam Syafie kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada  murid-muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah terjemahan kandungan wasiat tersebut:


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA : HAK PADA DIRI SENDIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA JAHANAM PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
 
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa; 
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa reda dengan Qadha' Allah, bersabar menerima ujian bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat baginda, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.
 
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
[Catatan : Nama penuh dan jurai keturunan Imam As-Syafi'e ialah : Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafi'e bin Assaib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abd Manaf Al-Qurasy.  Dia dilahirkan pada tahun 180 H/767 M di wilayah Gaza, Palestin pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah kedua , Abu Jaafar Al-Mansur dan kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Rejab 204 H/820 M di Mesir.]






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

كـِتَابُ اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى

[Sambungan daripada : كمولياءن مانوســـــــــــــيا دن كموليــــــــــــــــــــــاءن عـــــبــــــــــــادة ] كـِتَا...