Rabu, 8 Mac 2023

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

 

Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU


                     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ 
 أَمَّا بَعْـدُ 

 

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 

               Maksudnya :

" Dan ( ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya ketika dia memberi pelajaran kepadanya :  'Hai anakku, janganlah sesekali kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan ( Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar'."

                                [ Al Quran surah سورة لقمان  Luqman : 13 ]

                  ****************************************                     

 إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا 

             Maksudnya :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."

                           [ Al Quran surah سورة النساء An Nisaa' : 48

                 ******************************************

وَاِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِاللهِ اِنْ
يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَ وَإِنْ هُمْ إِلَّايَخْرُصُوْنَ
Maksudnya :
ii.“Dan apabila kamu mentaati/menuruti kebanyakan orang di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan (agama) Allah, tidak mereka mengikuti kecuali (hanya) persangkaan belaka, dan mereka tidak lain kecuali (hanya) berbohong (berdusta).  
[ Al-Quran surah سورة الأنعام Al-An'aam : 116 ]

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya :
" Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-nabi) yang sebelummu : 'Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi'."

[ Al Quran surah سورة الزمر Az-Zumar : 65 ]

************************************************************

Apakah maksud kalimah "Allah Di Atas 'Arasy"? Sila baca dengan teliti dan cuba fahami penjelasan berikut. Mudah-mudahan Allah membuka hati dan minda kita untuk memahami serta menghayatinya, insya-Allah.
Permasalahan mengenai kalimah yang bermaksud "ALLAH ISTIWA' ATAS 'ARASY" yang banyak disebut di dalam al-Quran telah menimbulkan berbagai-bagai kontroversi keilmuan yang membawa kepada perpecahan pemahaman akidah keimanan umat Islam sejagat sejak sekian lamanya. Antara ayat-ayat al-Quran yang menyebut kalimah ini ialah :
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا
Maksudnya :
i." Yang mengadakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari, kemudia Dia "Beristiwa'" di atas 'Arasy, (Dia-lah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah tentang itu kepada Yang Maha Mengetahui."
[ Surah سورة الفرقان‎‎ Al-Furqan : 59 ]
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya :
ii." Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah mengadakan langit dan bumi dalam enam hari, lalu Dia "Beristiwa'" di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diadakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, mengadakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam."  
[Surah سورة الأعراف Al-A'raaf ‎‎ : 54 ]
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ
Maksudnya :
iii." Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Mengadakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia "Beristiwa" di atas 'Arasy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorang pun yang akan memberi syafa'at kecuali sesudah ada keizinan-Nya. (Zat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka ibadatkanlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil iktibar?"
[ Surah سورة يونس‎‎ Yunus : 3 ]

Maksud yang hampir bersamaan dengan ayat-ayat al-Quran di atas terkandung juga dalam surah-surah Ar-Ra'd : 2, As-Sajadah : 4, Thahaa : 5, dan Al-Hadid :4.

Di dalam beberapa Hadis Rasulullah s.a.w. ada juga menyebut tentang "Allah Beristiwa'" di atas 'Arasy. Antaranya ialah:
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w. memegang tangannya (Abu Hurairah) dan berkata:
يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، إِنَّ اللهَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرَضِيْنَ
وَمَا بَيْنَهُمَا فِي
سِتَّةِ أَيَّامٍ، ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Maksudnya :
i. “Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya Allah menjadikan langit dan bumi serta apa-apa yang ada di antara keduanya dalam enam (6) hari, kemudian Dia "Beristiwa' " di atas ‘Arsy .” (HR. An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra)
Hadis daripada Qatadah bin An-Nu’man r.a. bahwa ia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَمَّا فَرَغَ اللهُ مِنْ خَلْقِهِ اسْتَوَى عَلَى عَرْشِهِ
Maksudnya :
ii.“Ketika Allah selesai menjadikan, Dia "Beristiwa'" di atas ‘Arsy-(Diriwayatkan oleh Al-Khallal dalam As-Sunnah, dishahihkan oleh Ibnul Qayyim dan Adz-Dzahabi berkata: Para perawinya tsiqah)
فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ
Maksudnya :
iii.“Maka jika kalian meminta kepada Allah, mintalah al-Firdaus, kerana sungguh ia adalah syurga yang paling tengah dan paling tinggi. Di atasnya 'Arasy Ar-Rahman, dan daripadanya sungai-sungai syurga mengalir.”
(HR. Al-Bukhari)
Terdapat juga riwayat yang menceritakan bahawa ketika Khalifah Abu Bakar As Siddiq sedang uzur sakit dia ada menjelaskan mengenai 'Arasy seperti berikut yang bermaksud :
".......Dan kata Sa'id bin Al-Masib :
Tatkala sakit Abu Bakar r.a. datang orang-orang daripada para sahabat, lalu mereka berkata: 'Wahai Khalifah Rasullullah s.a.w., perbekalkan kami, bahawasanya kami lihati engkau barang apa yang ada dengan hal engkau (sakit)'. Maka kata Abu Bakar r.a.:
فقال ابو بكر: من قال هؤلاء الكلمات ثم مات جعل الله روحه في الأفق المبين، قالوا وما الافق المبين؟ قال قاع بين يدي العرش فيه رياض الله وانهار يغشاه كل يوم مائة رحمة فمن قال هذا القول جعل الله روحه في هذا
المكان .
Maksudnya:
"Barangsiapa membaca do'a ini kemudian ia mati nescaya Allah Taala tempatkan rohnya itu di al-Ufukil Mubin (الافق المبين),
Mereka berkata mereka: Apa dia al-Ufukil Mubin? Jawabnya: Satu tempat di hadapan 'Arasy terdapat (di dalamnya) taman-taman dan sungai-sungai di mana turunnya setiap hari seratus (100) rahmat. Maka barangsiapa membaca do'a ini nescaya Allah tempatkan rohnya di tempat ini.”
Firman Allah di dalam al-Quran ada memberikan gambaran umum tentang kemuliaan dan keluasan 'Arasy. Di antara ayat-ayat yang menyebut hal ini ialah :
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ
شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ
وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
Maksudnya :
i." (Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : ' Ya Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala'."
[Surah سورة المؤمن Al-Mu'min : 7 ]

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Makdsudnya :
ii." Allah, tiada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai 'Arasy yang besar."  
[ Surah سورة النمل An-Naml : 26 ]
وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ
يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ
Maksudnya :
iii. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas ( kepala) mereka. 
[Surah سورة الحاقة‎‎ Al-Haaqqah : 17 ]
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ
وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Maksudnya :
iv." Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : 'Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung'."
[Surah سورة التوبة At-Taubah : 129 ]


Di dalam beberapa Hadis Rsulullah s.a.w. ada juga menyebut tentang perbezaan keluasan 'Arasy dengan kejadian-kajadian alam yang lain. Antaranya berbunyi:
مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ وَالأَرْضُوْنَ السَبْعُ وَمَا بَيْنَهُنَّ وَمَا فَيْهِنَّ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَإِنَّ الكُرْسِي بِمَا فِيْهِ بِالنِسْبَةِ إلَىالْعَرْشِ عَلَى كتِلْكَ الحَلَقَةِ
عَلَىتِلْكَ الفلاَةِ
Maksudnya :
i.“Tidak langit yang tujuh dan bumi yang tujuh dan apa yang ada di antara dan di dalamnya dibandingkan dengan Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilempar ke tanah lapang, dan Kursi dengan apa yang ada di dalamnya dibandingkan dengan 'Arasy seperti lingkaran (gelang) tersebut pada tanah lapang tersebut.”  
(Silsilah Ahadits al-Shahihah No.109)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu:
يَاأَبَا ذَرٍّ مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَفَضْلُ الْعَرْشِ عَلَى الكُرْسِي كَفَضْل الفلاَةِ عَلَى الحَلَقَةِ
Maksudnya :
ii.“Wahai Abu Dzar tidaklah langit yang tujuh dibanding Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilemparkan ke tanah lapang, dan besarnya ‘Arsy dibandingkan dengan Kursi seperti lebih besarnya tanah lapang dari lingkaran (gelang).”
مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ وَالأَرْضُوْنَ السَبْعُ وَمَا بَيْنَهُنَّ وَمَا فَيْهِنَّ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَإِنَّ الكُرْسِي بِمَا فِيْهِ بِالنِسْبَةِ إلَىالْعَرْشِ عَلَى كتِلْكَ الحَلَقَةِ عَلَىتِلْكَ الفلاَةِ
Maksudnya :
iii.“Tidak langit yang tujuh dan bumi yang tujuh dan apa yang ada di antara dan di dalamnya dibandingkan dengan Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilempar ke tanah lapang, dan Kursi dengan apa yang ada di dalamnya dibandingkan dengan ‘Arsy seperti lingkaran (gelang) tersebut pada tanah lapang tersebut.”
مَا السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ فِي الْكُرْسِيِّ إِلاَّ كَحَلْقَةٍ مُلْقَاةٍ بِأَرْضِ فَلاَةٍ، وَفَضْلُ الْعَرْشِ عَلَى الْكُرْسِيِّ كَفَضْلِ تِلْكَ الْفَلاَةِ عَلَى تِلْكَ الْحَلْقَةِ
Maksudnya :
iv.“Perumpamaan langit yang tujuh dibandingkan dengan Kursi seperti cincin yang dilemparkan di padang sahara yang luas, dan keunggulan ‘Arsy atas Kursi seperti keunggulan padang sahara yang luas itu atas cincin tersebut.”
Demikianlah gambaran sepintas lalu tentang al-'Arasy iaitu salah satu tempat paling mulia yang dijadikan Allah dan mempunyai keluasan yang tidak sesekali dapat diketahui dan difikirkan oleh akal manusia dan sekalian makhluk Allah kecuali para malaikat yang diamanahkan Allah untuk memikul/menjunjung 'Arasy yang sudah sewajarnya jauh lebih besar ukuran diri mereka berbanding 'Arasy. Dalam sebuah Hadis ada menjelaskan :
Abu Daud meriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa beliau bersabda:
أُذِنَ لِي أَنْ أُحَدِّثَ عَنْ مَلَكٍ مِنْ مَلاَئِكَةِ اللَّهِ مِنْ حَمَلَةِ الْعَرْشِ إِنَّ مَا بَيْنَ شَحْمَةِ أُذُنِهِ إِلَى عَاتِقِهِ مَسِيرَةُ سَبْعِ مِائَةِ عَامٍ
Maksudnya :
"Telah diizinkan bagiku untuk menceritakan tentang seorang malaikat di antara malaikat-malaikat pemikul 'Arasy**. Sesungguhnya apa yang ada di antara dua cuping telinganya sampai ke bahunya adalah sejauh perjalanan 700 tahun (dalam riwayat lain, 700 tahun burung terbang dengan laju)." [HR. Abu Dawud ]
[** Peringatan : Terdapat banyak terjemahan 'Arasy itu diertikan sebagai 'singgahsana' sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran surah سورة النمل An-Naml ayat 23 berbunyi :
إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ
Maksudnya :
i. "Sesungguhnya aku (burung Hud-Hud) menjumpai seorang wanita ( Ratu Balqis) yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai al-'arasy (singgahsana) yang besar." [Surah سورة النمل An-Naml: 23 ]


وَرَفَعَ اَبَوَيۡهِ عَلَى الۡعَرۡشِ وَخَرُّوۡا لَهٗ سُجَّدًا‌ۚ وَقَالَ يٰۤاَبَتِ هٰذَا تَاۡوِيۡلُ رُءۡيَاىَ مِنۡ قَبۡلُ قَدۡ جَعَلَهَا رَبِّىۡ حَقًّا‌ؕ وَقَدۡ اَحۡسَنَ بِىۡۤ اِذۡ اَخۡرَجَنِىۡ مِنَ السِّجۡنِ وَجَآءَ بِكُمۡ مِّنَ الۡبَدۡوِ مِنۡۢ بَعۡدِ اَنۡ نَّزَغَ الشَّيۡطٰنُ بَيۡنِىۡ وَبَيۡنَ اِخۡوَتِىۡ‌ؕ اِنَّ رَبِّىۡ لَطِيۡفٌ لِّمَا يَشَآءُ‌ؕ اِنَّهٗ هُوَ الۡعَلِيۡمُ الۡحَكِيۡمُ

Maksudnya :

ii. " Dan ia menaikkan kedua-dua ibu-bapanya ke atas al-'arasy (singgahsana ). Dan mereka ( semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusof . Dan berkata Yusof : 'Wahai ayahku inilah takbir mimpi yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan.....'..... " [ Surah سورة يوسف Yusof : 100 ]


Al-'Arasy dan Al-Kursi yang dimaksudkan dalam beberapa ayat al-Quran yang lain adalah satu tempat atau alam yang diadakan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada yang hal keadaan dan keluasannya hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Justeru adalah lebih tepat jika 'Arasy tidak diertikan sebagai 'singgahsana' seperti 'arasy (singgahsana Balqis) tetapi dikekalkan sahaja dengan kalimah 'Arasy.]

Persoalan yang dibicarakan di sini ialah apakah maksud sebenar ayat dan kalimah al-Quran: ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ yang masih dan terus diperkatakan sejak sekian lamanya hingga mencetuskan berbagai-bagai konflik pemikiran dan pemahaman beragama. Antara pemahaman-pemahaman tersebut amat bertentangan yang boleh mengelirukan pemikiran orang-orang awam Muslim biasa dan apa tah lagi oarang yang bukan beragama Islam hingga ada yang berfahaman dan berangapan bahawa Allah itu "Bersemayam" di atas 'Arasy seperti seorang raja bersemayam di singgahsana dan memerintah sekalian alam ini dari atas 'singgahsana'.

Sungguhpun terdapat pendapat-pendapat yang melarang mentakwilkan kalimah "Istiwa'اسْتَوَى" kepada pengertian seperti "Bersila", "Bertakhta", "Bersemayam" dan kalimah-kalimah lain yang seumpama dengannya dan hanya mengekalkan sahaja kalimah asalnya iaitu "Istiwa' اسْتَوَى" tetapi minda orang-orang awam masih terus berlegar-legar memikirkan untuk mendapatkan jawapan yang pasti :
"... bagaimanakah Allah Beristiwa'اسْتَوَى di atas 'Arasy' (عَرْش)?"
dan bermacam-macam persoalan lagi yang berkaitan denganya. Soalan lazim yang boleh tercetus di hati dan minda orang-orang awam adalah seperti :
i. Jika Allah "Beristiwa'" di atas 'Arasy adakah Allah lebih besar daripada 'Arasy atau 'Arasy lebih besar dari Allah?
ii. Sebelum menjadikan 'Arasy di manakah Allah "Beristiwa'"?.
iii. Adakah Allah "Beristiwa' " secara duduk diam, berdiri atau bergerak seperti makhluk?  
Soalan-soalan yang kelihatan seolah-olah dangkal, remeh dan mudah ini memerlukan jawapan yang menyeluruh agar tidak menerbitkan sebarang kekeliruan di kalangan orang awam yang terdiri daripada berbagai golongan manusia dan mempunyai tahap pemikiran dan pemahaman yang berbeza-beza. Adalah tidak memadai dengan memberikan jawapan mudah dengan hanya merujuk ayat al-Quran surah سورة الشورى Asy-Syuura : 11 di atas sahaja.
Bagi memberikan asas kefahaman tentang permasalahan ini terdapat kata kunci yang mudah-mudahan boleh dijadikan panduan kita bersama, iaitu:

i. MASA DAN TEMPAT [ AL-ZAMAN WALMAKAN (الزمان والمكان)]
MASA dan TEMPAT (الزمان والمكان) adalah termasuk sebagai sesuatu yang baharu iaitu makhluk juga yang diadakan Allah dengan perbuatan-Nya daripada semata-mata tiada kepada ada atas limpah murah dan keadilan-Nya. MASA boleh diukur dengan bermacam-macam cara seperti yang telah dibicarakan dalam tajuk yang sama dalam blog ini. Namun adalah sesuatu yang teramat sukar untuk memikir dan memberikan jawapan yang tepat bagaimanakah hal keadaan seluruh alam sebelum Allah mengadakan MASA dan TEMPAT.
Semua barang sesuatu yang diadakan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada mempunyai juzuk dan menerima bahagi-bahagi, mempunyai sukatan, ukuran dan hanya boleh ada setelah diadakan TEMPAT yang dinamakan Alam Al-Khaliq.

Al-'Arasy dan al-Kursi dan yang seumpama dengannya itu adalah termasuk dalam kategori Alam Al-Khaliq. TEMPAT juga merujuk kepada semua perkara bagi menunjukkan lokasi, keadaan dan pihak seperti di atas, di bawah, di kanan , di kiri, di dalam, di luar, meliputi, bersatu-padu, ruang dan sebagainya. Rumusannya setiap sesuatu barang, benda atau sesuatu itu memerlukan TEMPAT untuk wujud atau berdiri.


ii. JUZUK
Semua makhluk dijadikan Allah mempunyai JUZUK tertentu iaitu menerima dan mempunyai bahagi-bahagi, rupa, ukuran, warna, sukatan, bergerak, diam dan sebagainya yang lazim bagi sesuatu atau benda atau makhluk. Walaupun terdapat juga makhluk Allah yang termasuk dalam kategori "Alam Al-'Amar" seperti roh malaikat yang boleh ada tanpa memerlukan tempat tetapi ia masih mempunyai JUZUK.
Zat (Diri) Allah yang Qadim pula TIDAK sesekali mempunyai JUZUK. Oleh sebab Zat Allah tidak berjuzuk, maka Dia tidak sesekali tertakluk kepada MASA, TEMPAT, ukuran, rupa, warna, bilangan, sukatan, gerak, diam, pihak dan segala perkara dan sifat yang melazimkan bagi sesuatu benda/barang yang berjuzuk.
Setelah memahami kata kunci di atas kita teliti dan fahami pula nama-nama Allah yang sangat indah di dalam Asma' Ul Husna yang kandungan ilmunya dapat dirujuk serta dihubung-kaitkan dengan permasalahan ini :

i. AL-QUDDUS القدوس: Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan daripada segala barang yang baharu, antaranya masa dan tempat, maka tiada menyertai-Nya (tiada mengenai-Nya) masa dan tempat kerana Dia-lah yang mengadakan kedua-duanya itu, maka Dia tidak sesekali berhajat atau mengambil faedah daripada kedua-duanya itu.

ii. AL-KAHLIQ الخالق: Yang Mengadakan, bagi segala sesuatu dengan Qudrat-Nya, menurut Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim (atau) Yang Menzahirkan (Mengadakan) semua barang yang ada dengan Qudrat-Nya dan Mentakdirkan (Menentukan) tiap-tiap suatu daripadanya dengan kadar tertentu dengan Kehendak-Nyayang Qadim menurut Hikmah-Nya. (على مقتضى حكمته)

iii. AL-AWAL الأول: Yang Awal Yang Tiada Berawal Bagi-Nya, sebelum ada suatu, yakni sebelum ada masa dan tempat, maka hanya Allah Taala sahaja yang ada.
iv. AL-AKHIR الآخر: Yang Akhir daripada tiap-tiap suatu, yakni Yang Akhir Yang Tiada Berakhir Bagi-Nya.

v. AL-ZAHIR الظاهر: Yang Zahir dengan segala tanda-Nya, dalil-Nya dan perbuatan-Nya yakni segala barang pertukangan-Nya (atau) al-A'ali yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan dan tidak sesekali Allah itu menyamai segala apa jua barang yang diadakan oleh-Nya.
vi. AL-BATHIN الباطن : Yang Batin dengan hakikat Zat-Nya dan hakikat segala Sifat-nya yakni yang tiada dapat diketahui sama sekali oleh sekalian makhluk Allah, sama ada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan Malaikat-malaikat akan hakikat Zat-Nya dan hakikat segala Sifat-Nya.

Penjelasan yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna ini tidak terdapat sebarang huraian yang boleh memberikan pengertian takwail atau takrif yang boleh membawa maksud bahawa Allah itu 'berada ' atau 'bertempat' di atas 'Aras.
Pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jammah dalam bab ini adalah sebagaimana yang terkandung di dalam Kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pada Makna Dua Kalimah Syahadat At Tawhid dan Syahadat Al-Rasul di dalam bab At-Tanzihu yang menjelaskan bahawa :
"....Allah Subhanahu Wata'ala itu tidak menyamai sesuatu, tidak ada sesuatu apa barang pun yang ada yang menyamai Tuhan, Tuhan itu tidak mengenai tempat, tidak mengenai masa, tidak mengenai pihak, tidak mengenai sukatan, tidak mengenai bilangan......
Tuhan itu tidak di atas sesuatu, tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa "Tuhan itu atas 'Arasy (عَرْش)" ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki 'Arasy dan bukan makna atas itu pihak dan tempat. Sesungguhnya Tuhan itu tidak sesekali menerimai pihak dan tempat dan Tuhan itu tidak di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, dan tidak Tuhan itu di luar syurga, dan tidak di dalamnya, dan tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, bahkan Allah Taala Tuhan kita Jalla Wa'azza itu lain, dan segala barang yang ada yang diadakan oleh Allah Taala itu lain. Maka Allah Taala itu sangat berlainan yang sehabis-habis berlainan yang tiada sesuatu apa-apa pun yang menyamai-Nya.
Maka sebelum ada masa, sebelum ada tempat, sebelum ada lapang, sebelum ada cahaya, sebelum ada warna, sebelum ada rupa, sebelum ada huruf, sebelum ada suara, sebelum ada sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap dan sebelum ada 'Arasy, Kursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya, sebelum ada apa-apa benda pun barang sesuatu yang diadakan oleh Allah SWT itu adalah Allah SWT itu Tuhan kita Jalla Wa'azza itu Ia-Nya ADA sebagaimana Dia ADA itu juga, yang sentiasa ADA, selama-lamanya ADA, mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan......"

Dalam bab AL-AFA'AL (الافعال  PERBUATAN ALLAH) dalam kitab yang sama diperjelaskan juga :

"..... Maka ada atau tidak ada atau belum ada atau rosak binasa barang perbuatan Allah itu maka adalah Allah Taala itu Ia-Nya ada sebagaimana Ia ada itu juga, kerana adalah yang ada pada Azal itu ialah Allah Taala sahaja yang ada, dan tidak ada yang lain daripada-Nya.
Maka Allah Taala mengadakan segala makhluk-Nya itu daripada semata-mata tidak ada barang itu kepada adanya ialah kerana menzahirkan bagi kuasa-Nya dan mentahkikkan bagi barang apa yang telah terdahulu daripada kehendak-Nya; dan kerana kebenaran-Nya bagi barang apa yang ada pada Azal-Nya daripada Kalam-Nya dan bukan kerana mengambil faedah daripada-Nya dan bukan kerana mengenai sesuatu hajat kepadanya, bahkan Allah Taala itu amat terkaya daripada yang demikian itu; dan adalah Allah Taala itu mempunyai kelebihan dan kemurahan dan sentiasanya memberi berbagai rahmat yang tiada terhingga..."
Adalah teramat jelas lagi nyata bahawa pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah ini tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan amat selari dan bertepatan dengan maksud Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الشورى Asy-Syuura ayat 11 :

 فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya :
"(Dia) yang mengadakan langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu sendiri berpasang-pasangan (pula), dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasang-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan itu, kamu semua berkembang biak. (Allah SWT itu) tiada seperti seumpama 'SESUATU' apa pun dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Justeru maksud kalimah Allah ' Beristiwa' di Atas 'Arasy (عَرْش)" itu hendaklah diertikan atau difahami maksud dan pengertiannya bahawa Allah yang mengadakan 'Arasy itu 'Memerintah dan Memiliki' 'Arasy' (عَرْش). Implikasi terhadap pengertian yang mengatakan atau mentakwilkan bahawa 'Allah Beristiwa' atas 'Arasy' itu sebagai 'Bersila, Bertakhta, Bersemayam dan Berada di atas 'Arasy' boleh menerbitkan atau memberi kefahaman maksud bahawa :
i. Allah itu bertempat dan berada di mana-mana atau di atas 'Arasy atau berada di dalam 'Arasy atau bersatu-padu dengan 'Arasy atau berada di atas langit.
ii. Allah itu tidak bersifat Qadim kerana memerlukan tempat untuk ada, berjuzuk dan bersifat seperti makhluk.
iii. Allah itu lemah, tidak sempurna dan tidak mempunyai kesucian, kebesaran, kemuliaan Sifat-sifat-Nya seperti yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna kerana berhajat dan mengambil faedah daripada makhluk-Nya ( segala sesuatu yang diadakan-Nya).
Pemahaman dan pegangan iktiqad seperti ini amat besar salahnya. Sesiapa juga yang berfahaman dengan iktiqad seperti ini adalah sama besar salahnya seperti penyembah-penyembah berhala juga. Namun demikian adalah sesuatu yang teramat sukar untuk mengubah pemikiran serta pemahaman seseorang yang sudah sebati dengan fahaman yang ternyata besar salahnya kepada fahaman yang amat sahih kebenarannya ini.

Diibaratkan jika seseorang itu sudah dilahirkan dan disebatikan dengan doktrin pengajaran ilmu bahawa menyembah sesuatu jenis 'berhala' adalah sesuatu yang teramat sukar baginya untuk memahami bahawa menyembah berhala itu adalah perbuatan syirik menyekutukan Allah yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kufur. Mereka lebih mudah memahami dan mempercayai Tuhan itu menyamai makhluk-makhlukNya kerana amat sesuai dengan fikiran logik akal mereka yang bersandarkan kepada pancaindera yang lima.

Firman Allah di dalam al-Quran ada menyebut hal ini :
ذَلِكُمْ بِأَنَّهُ اِذَا دُعِيَ اللهُ وَحْدَهُ كَفَرْتُمْ وَاِنْيُشْرَكْ بِهِ تُؤْمِنُوْا
فَالحُكْمُ لِلَّهِ العَلِيِّ الْكَـبِيْرِ
Maksudnya :
i."Yang demikian itu adalah apabila kamu diserukan hanya kepada Allah Yang Maha Esa sahaja disembah, (diibadatkan) kamu ingkar (kafir), dan apabila dipersekutukan [mensyrikkan] dengan-Nya, lalu kamu sekelian mengimani (mempercayai). Maka hukuman itu (sekarang) adalah milik Allah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Besar."
[ Surah سورة المؤمن Al-Mu'min : 12 ]
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya :
" Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-nabi) yang sebelummu : 'Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi'."

[ Surah سورة الزمر Az-Zumar : 65 ]
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ
تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ
Maksudnya :
iii. "..........Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh."
[ Surah سورة الحج Al-Hajj : 31 ]
Sekiranya kita ditanya dalam hal ini, apakah jawapan kita? Jawapan kita adalah seperti yang terkandung maksudnya di dalam Asma' Ul-Husna dan pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah Pada Makna Syahdat At-Tauhid yang boleh dirumuskan seperti berikut :
i. Masa dan Tempat (الزمان والمكان) adalah makhluk Allah belaka dan Allah Taala jua yang mengadakannya daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya yang Qadim lagi Azali dan bukan dengan Zat-Nya atau daripada Zat-Nya.
ii. Sebelum diadakan oleh Allah Taala akan Masa dan Tempat maka 'Arasy tidak ada wujudnya sama sekali, bahkan syurga neraka dan segala lapisan langit dan bumi juga tidak ada. Oleh itu sebelum diadakan oleh Allah SWT akan 'Arasy, maka Allah SWT tidak ada di atas 'Arasy, tidak ada di bawah 'Arasy, tidak ada di dalam 'Arasy, tidak ada di luar 'Arasy dan tidak bersatu-padu dengan 'Arasy.
iii. Demikian juga apabila telah diadakan oleh Allah SWT akan 'Arasy maka Allah SWT tidak bertempat di atas,'Arasy, tidak ada di bawah 'Arasy, tidak ada di dalam ' Arasy, tidak ada di luar 'Arasy dan tidak bersatu-padu dengan 'Arasy, bahkan Allah SWT yang mengadakan 'Arasy itu yang "Memerintah" dan "Memiliki" 'Arasy.
iv. Bahawa sebelum diadakan oleh Allah SWT akan tempat, maka Allah SWT tidak ada bertempat, tidak berhajat kepada tempat dan tidak berada di mana-mana tempat. Begitu juga apabila telah diadakan oleh Allah SWT akan tempat maka Allah tidak bertempat, tidak memerlukan makhluk tempat dan tidak berada di mana-mana tempat.
v. Oleh sebab Allah itu bukan makhluk maka Zat (Diri) Allah SWT itu tidak sesekali menyamai zat-zat makhluk-Nya walau dengan apa jua jalan dan cara sekalipun kerana Zat Allah itu tidak berjuzuk sedangkan kesemua zat makhluk mempunyai juzuk. Apabila Zat Allah itu tidak berjuzuk maka tertolak dan ternafilah sama sekali daripada berupa, berpihak, bertempat, di luar sesuatu, di dalam sesuatu dan bersatu-padu dengan sesuatu, menerimai sukatan kecil besar, panjang lebar, gerak, diam, berhubung, bercerai, dekat dan jauh pada perjalanan dan lain-lain lagi yang melazimkan bagi setiap zat yang berjuzuk.
Adalah amat mudah untuk memahami jenis berhala fizikal yang dapat dilihat dengan pemandangan mata dan difahami dengan pancaindera yang lima. Namun adalah sesuatu perkara yang teramat sukar untuk memahami 'berhala' yang sudah sekian lama terlekat kukuh di dalam hati, minda dan pemikiran seseorang manusia yang menggunakan nas-nas al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. serta pemahaman ilmu yang bertunjangkan logik akal fikiran sebagai alasan dan hujah-hujah pegangan iktiqadnya.

Dalam hal ini seseorang itu hendaklah memahami bahawa kaedah ilmu mengenali Allah adalah teramat berlainan dan amat jauh berbeza dengan keadah memahami ilmu-ilmu lain yang berteraskan pengunaan pancaindera yang lima dan logik akal dengan membuat perbandingan melalui berbagai uji kaji bersifat saintifik dengan apa sahaja yang boleh dilihat, didengar, dihidu, disentuh dan dirasai.

Ilmu mengenali Allah hanya boleh dilakukan dan difahami dengan menggunakan Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati atau disebut juga sebagai Al-H’assu assadisu (الحس السادس) iaitu pancaindera yang ke enam. Kaedah yang sama juga digunakan bagi memahami ilmu yang berkaitan dengan Rukun Iman yang enam perkara.
Jika seseorang itu hanya menggunakan akal fikiran yang bersandarkan kepada deria pancaindera yang lima sahaja bagi memahami ilmu yang berkaitan dengan Allah dan Rukun Iman, adalah tersangat sukar baginya untuk memahami atau dia tidak mungkin dapat memahami sama sekali untuk membezakan salah benarnya huraian ilmu yang diperjelaskan.
Ini adalah disebabkan akal fikiran yang bersandarkan kepada lima deria pancaindera yang terdapat pada diri manusia akan menerbitkan khayalan dan memerlukan fakta logik yang dapat diterima dan munasabah pada akal. Sedangkan untuk memahami ilmu mengenali Allah dan Zat-Nya yang Qadim lagi Azali yang tidak berjuzuk, tidak berupa, tidak berwarna dan tidak bertempat itu tidak akan dapat difahami sekiranya menggunakan akal fikiran khayalan yang bersandarkan kepada pancaindera yang lima.

Oleh itu jika seseorang itu hendak memahami asas ilmu mengenali Allah dia hendaklah membaca dan memahami segala ilmu yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna. Setelah memahami kandungan ilmunya dia hendaklah membaca dan memahami pula kandungan maksud Hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan "Allah Memuji Diri-Nya Sendiri Pada Setiap Hari." Segala pemahaman ilmu yang terkandung di dalam kedua-dua sumber rujukan tersebut hendaklah diperkukuhklan lagi dengan pemahaman ilmu yang terkandung di dalam bab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Pada Makna Syahdah At-Tauhid dan Syahdah Ar-Rasul yang lebih luas dan mendalam huraian tafsilnya.

Mudah-mudahan dengan usaha-usaha ini akan dapat memberikan kefahaman kepada kita betapa benar, mulia dan teramat besarnya hikmah Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi menyelamatkan kita dari jalan kesesatan beragama dan melimpahkan nikmat keimanan yang akan berkekalan hingga ke akhirat. Semoga peringatan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w ini sentiasa menjadi ingatan kepada kita :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي تَرَكْتُ فِيْكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَ هُمَا كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِيْ وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَيَّ الْحَوْضَ.
Maksudnya :
i."Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : ‘Aku tinggalkan dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnahku, serta keduanya tidak akan berpisah sampai keduanya mendatangiku di kolam 'Haudz' ."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
" تفكروا في خلق الله ولا تفكروا في ذات الله "
Maksudnya :
ii."Berfikirlah kamu sekalian pada makhluk Allah dan jangan sesekali kamu sekalian berfikir pada (hakikat) Zat Allah."

 

وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ: اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
Maksudnya :
iii." Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: 'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azzawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya: 'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwataala'."

iii.   Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

                Maksudnya:

 “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Hadis Riwayat Muslim ]
Adalah sesuatu yang menarik jika orang yang mangatakan bahawa ayat-ayat Quran dan Hadis yang menyebut tentang 'Allah Istiwa' atas 'Arasy dan 'tangan Allah' itu tidak boleh ditakwilkan tetapi apabila dia membaca, mendengar dan memahami Hadis berikut akan segera membuat takwil dan huraian maksud yang tepat :
عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ[رواه مسلم]
Maksudnya :
"Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman."
(HR Muslim)
Demikian juga jika disebut kakitangan kerajaan, lantas secara sepontan dan dengan segera dia akan mengatakan bahawa maksudnya ialah jentera pemerintahan kerajaan yang mengandungi berbagai-bagai struktur organisasi yang mempunyai fungsi dan tanggungjawab tertentu yang digerakkan oleh modal insan yang terlatih dan bersesuaian dengan bidang tugas yang dikendalikannya.

Adalah terlalu sukar untuk menghapuskan sesuatu pemahaman ilmu salah yang sudah lama berakar umbi dan terpahat kukuh di dalam minda dan jiwa raga seseorang kecuali mereka yang benar-benar IKHLAS dengan kesungguhan berusaha tanpa jemu-jemu mencari jalan kebenaran beragama serta mendapat hidayah petunjuk dari Allah walaupun terpaksa mengambil masa yang lama dan pergi ke tempat yang amat jauh. Allah yang menjadikan segala sesuatu Maha Mengetahui akan hakikat setiap diri hamba makhluk-Nya memperingatkan hal ini di dalam al-Quran surah Al-An'aam سورة الأنعام ayat 111:
وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ
Maksudnya :
" Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan (pula) segala sesuatu ke hadapan mereka, nescaya mereka tidak (juga) akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."
Wallahu'alam.









BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...