Khamis, 27 Oktober 2022

" UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU .لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ


[ Sambungan daripada : NAMA-NAMA HAIWAN DALAM AL-QURAN

                     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
 أَمَّا بَعْـدُ 

 

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الألْبَابِ 

             Maksudnya :

"Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal."

                       [ Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 269 ]

                  *******************************************

لَا يَنْهٰىكُمُ اللّٰهُ عَنِ الَّذِيْنَ لَمْ يُقَاتِلُوْكُمْ فِى الدِّيْنِ وَلَمْ يُخْرِجُوْكُمْ مِّنْ دِيَارِكُمْ اَنْ تَبَرُّوْهُمْ وَتُقْسِطُوْٓا اِلَيْهِمْۗ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِيْنَ

   Maksudnya :

" Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak ( pula) mengusir  kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang berlaku adil."

                               [ Al Quran surah  سورة الممتحنة Al Mumtahanah : 08 ]

               ********************************************

اُدْعُ اِلٰى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُۗ اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهٖ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ

        Maksudnya : 

 " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara ryang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk."

                    [ Al-Quran surah سورة النحل  An Nahl : 125 ]


*******************************************************************



Punca Turunnya Beberapa Wahyu Al-Quran Di Mekah


Segala perbuatan kaum musyrikin Quraisy Mekah yang menyakiti orang-orang Islam adalah sia-sia belaka kerana mereka beriman memeluki agama Islam bukanlah disebabkan kepentingan diri untuk memperolehi segala keseronokan hidup di dunia ini. Akan tetapi mereka itu telah dikurniakan Allah Taa’la dengan taufik dan hidayah-Nya bagi segala ajaran agama Islam dan segala kehendak-Nya dalam pelbagai aspek keimanan.

Apabila dilihat oleh kaum kuffar Quraisy segala perbuatan mereka yang amat menyakiti itu tidak memberi apa-apa kesan terhadap orang-orang yang beriman malahan menambahkan lagi keyakinan dan kekuatan keimanan mereka, maka berhimpunlah para pemimpin dan pembesar musyrikin Quraisy Mekah dalam satu persidangan.
Berkatalah A’tabah Bin Rabia’h Al-A’bsyi dari Bani Abdu Syams Bin Abdu Manaf, seorang pemimpin yang ditaati dan dihormati di kalangan kaum Quraisy yang bermaksud:
“Wahai sidang jamaah Quraisy, mahukah kiranya aku ini menemui Muhammad, maka aku akan cakapkan kepadanya beberapa perkara, moga-moga ia dapat menerima sebahagiannya dan kita berikan dia semoga ia berpaling dari kita (tidak menyentuh urusan kita)."
Jawab mereka:
"Wahai Abal Waleed, pergilah dan cakaplah kepadanya."
Maka iapun pergi mendapatkan Rasulullah s.a.w. Pada ketika itu Rasulullah sedang melakukan ibadat solat di dalam Masjid Al-H’aram. Maka A’tabah pun berkata:
"Wahai anak saudaraku, sesungguhnya engkau adalah dari kami dan sebagaimana yang telah diketahui, engkau itu adalah dari orang-orang pilihan kami dari segi kemuliaan, nasab dan keturunan. Sesungguhnya engkau telah pun membawa kepada kaum engkau suatu perkara yang besar, dengannya engkau 'memecah-belahkan' kumpulan mereka. Engkau memperbodoh-bodohkan akal fikiran mereka, engkau cela barang sembahan dan kepercayaan agama mereka, engkau mengkafirkan orang-orang yang terdahulu dari datuk-datuk nenek mereka. Jadi, engkau dengarlah dari aku, aku mengemukakan kepada engkau beberapa perkara. Engkau fikirkan padanya semoga engkau dapat menerima sebahagiannya."
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Katakanlah wahai Abal-Waleed, aku mendengarnya.”
Maka kata A'tabah:
"Wahai anak saudaraku, jika engkau berkehendakkan dari apa yang engkau bawakan itu harta benda nescaya kami kumpulkan bagi engkau dari harta-harta benda kami, hinggalah engkau memiliki harta, lebih banyak dari kami. Jika engkau berkehendakkan kemuliaan, nescaya kami angkatkan engkau menjadi ketua kami, hingga tidaklah diputuskan sesuatu perkara oleh sesiapa selain dari engkau.  
Bahkan jika engkau berkehendakkan menjadi raja, nescaya kami angkatkan engkau menjadi raja memerintahi kami. Jika pemandangan itu datangnya dari jin yang tidak terdaya engkau menolaknya, nescaya kami usahakan permintaan ini untuk engkau dan akan kami belanjakan kerananya harta-harta kami, hingga kami melepaskan engkau daripadanya ( jin) itu, barang kali juga telah dikerasi oleh jin ke atas seseorang lelaki itu hingga ia perlu diubati.

 

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Selesai sudahkah engkau, wahai Abal Waleed?"
Katanya :
"Ya, Bahkan."
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Engkau dengarlah dariku pula. Lalu Rasulullah s.a.w membaca awal surah سورة فصلت Fush shilat ayat 1-14 yang menyentuh banyak perkara tentang akidah keimanan yang membuatkan A'tabah terpegun". Antara maksud ayat tersebut ialah :

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

حم (1) تَنْزِيلٌ مِنَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (2) كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ(3) بَشِيرًا وَنَذِيرًا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لا يَسْمَعُونَ (4) وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِنْ بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَاعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ (5) قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ وَوَيْلٌ لِلْمُشْرِكِينَ (6)

           Maksudnya:
" Haa Mim حٰمٓ‌, diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam Bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya); maka mereka tidak (mahu) mendengarnya. Mereka berkata : 'Hati kami berada dalam tutupan (yang menutupi) apa yang kamu seru kami kepadanya dan di telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu; sesungguhnya kami bekerja ( pula)'. Katakanlah : 'Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang yang mempersekutukan-Nya'." [ Surah سورة فصلت Fush shilat : 1-6 ]
Maka A’tabah pun memegang mulut Nabi, minta belas kasihan supaya yang demikian itu tidak diteruskan.
Manakala pulangnya A’tabah, mereka pun menanyakan kepadanya, maka katanya: 
“Demi Allah aku telah mendengar kata-kata yang tidak pernah aku dengar seumpamanya sama sekali. Demi Allah ia bukannya syai’r, bukannya ramalan (tekaan/telek nasib) dan bukannya sih’ir. Wahai sidang jamaah Quraisy, kamu sekalian patuhilah aku, jadikanlah dia itu bagi aku kelapangan antara lelaki itu dan antara barang yang ia ada padanya maka engkau sekalian perasingkanlah diri darinya. Maka demi Allah adalah bagi kata-katanya itu yang telah pun aku dengar suatu perkara besar maka jika orang-orang Arab mendapatinya maka engkau sekalian memadainya dengan orang-orang lain dari engkau sekalian, andainya ia lahir ke atas orang-orang Arab maka kemuliaannya itu itulah kemuliaan kamu sekalian."

 

Maka kata mereka:
"Sesungguhnya engkau telah disihir oleh Muhammad."
Maka katanya:
"Ini adalah pendapatku."
Kemudian dikemukakan kepada Rasulullah s.a.w supaya baginda bersetuju untuk 'berkongsi' dengan mereka dalam soal ibadat dan mereka pula masuk 'berkongsi' dengan ibadatnya.
Apabila terbit usul yang demikian itu, maka Allah Taala mewahyukan ayat-ayat al-Quran sebagimana yang tekandung di dalam surah سورة الكافرون Al-Kafirun :

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (2) وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (3) وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (4) وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6
Maksudnya :
“Katakanlah (wahai Muhammad) Hai orang-orang kafir.(1)

Aku tidak akan menyembah apa yang engkau kalian sembah (dari berhala-berhala itu). (2)

Dan engkau tidak mengi’badatkan Tuhan yang aku ibadatkan (iaitu Allah Taala yang tiada menyamai sesuatu apa pun dari segala makhluk-Nya).(3)

Dan aku tidak akan beribadat secara engkau kalian beribadat.(4)

Dan tidak engkau kalian mengi’badatkan Tuhan yang aku ibadatkan.(5)

Bagi engkau agama engkau dan bagiku agamaku."(6)
Dengan turunnya surah سورة الكافرون Al-Kafirun, maka berputus asalah mereka darinya lalu mereka meminta supaya dikeluarkan dari al-Quran apa yang membuatkan mereka marah daripada mencerca berhala-berhala dan janji-janji balasan seksa yang amat pedih atau dibawakan al-Quran yang lainnya atau pun digantikan sahaja dengan ayat dan kitab lain.

Sebagai jawapan kepada permintaan mereka Allah Taala mewahyukan ayat al-Quran dalam surah سورة يونس Yunus ayat 15:
وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آَيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآَنٍ غَيْرِ هَذَا أَوْ بَدِّلْهُ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِنْ تِلْقَاءِ نَفْسِي إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَى إِلَيَّ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
Maksudnya :

“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak mereka mengharapkan menemui Kami (untuk menerima balasan): Datangkanlah sebuah al-Quran yang selain ini atau gantilah ia; Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak mungkin bagiku untuk aku menggantinya (al-Quran) dari kemahuan diriku sendiri, tidaklah aku mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, (terhadap) seksa hari yang besar.”

Demikianlah antara contoh bagaimana wahyu al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Musa al-Asy’ari r.a, katanya:

كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

   Maksudnya 

"Dahulu orang-orang Yahudi bersin berhampiran Nabi s.a.w. dengan harapan Nabi s.a.w. berdoa kepada mereka: يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ (Semoga Allah merahmati kamu). Namun 'doa' yang diucapkan Nabi s.a.w. ialah: يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ (Semoga Allah memberi hidayah/petunjuk kepada kamu dan memperbaiki keadaan kamu)."

[Hadis Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan, al-Bukhari ] 

Nabi Muhammad mula dibangkitkan sebagai Rasulullah s.a.w. dengan turunnya lima ayat wahyu al-Quran pertama dalam surah سورة العلق Al-'Alaq di Gua Hira melalui perantaraan Malaikat Jibril AS sehinggalah selesai kesemua 30 juzuk yang mengandungi 114 surah yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ayat-ayat yang diturunkan di Makkah yang disebut sebagai ayat-ayat Makkiyah dan ayat-ayat Madaniyyah yang merujuk kepada ayat-ayat yang diturunkan di Madinah.

Kesemua ayat al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari di Makkah dan Madinah. Sebelum diturunkan wahyu al-Quran Allah mentakdirkan terlebih dahulu berlaku sesuatu perkara yang menjadi penyebab diturunkan ayat-ayat berkaitan yang kerap mengambil masa lama yang menimbulkan kedukacitaan dan kesusahan kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda.

Perkara yang berlaku menimbulkan berbagai masalah yang menjadi kemusykilan yang tidak diketahui oleh Rasulullah s.a.w akan hikmah, jawapan serta hukumannya hinggalah diwahyukan aya-ayat tersebut dan diperjelaskan lagi oleh Malikat Jibril AS yang menyampaikan wahyu tersebut atas perintah Allah. Terdapat sesetengh ayat yang diturunkan amat pendek dan tidak difahami maksudnya yang sebenar tanpa membaca dan memahami huraian tafsirannya yang merujuk serta menjelasan asal usul turunya ayat-ayat tersebut. Contoh paling ketara adalah sebagaimana yang diperjelaskan di atas.

Adalah suatu perkara dan masalah yang amat berat lagi membebankan bagi seseorang yang tidak mempunyai kekuatan ilmu dan hidayah pertolongan Allah apabila berhadapan dengan berbagai karenah manusia yang belum pernah mendengar seruan keimanan yang hak dan apa tah lagi bagi golongan manusia yang sengaja mengingkari kebenaran atau sudah sebati dengan fahaman dan amalan sesat.

Inilah hakikat yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w apabila menyeru kaum Arab Quraisy Mekah yang ramai di antara mereka adalah saudara mara dan kaum kerabat baginda sendiri yang amat mengenali baginda. Namun baginda meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepadanya dengan gigih , berani serta penuh keyakinan berpandu Firman Allah dalam al-Quran :

اُدْعُ اِلٰى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُۗ اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهٖ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ

Maksudnya :

i." Serulah ( manusia) kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan mu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk."

  [ Surah سورة النحل An Nahl : 125 ]

لَآ اِكْرَاهَ فِى الدِّيْنِۗ قَدْ تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَنْ يَّكْفُرْ بِالطَّاغُوْتِ وَيُؤْمِنْۢ بِاللّٰهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقٰى لَا انْفِصَامَ لَهَا ۗوَاللّٰهُ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ

Maksudnya :

ii." Tidak ada paksaan  untuk ( memasuki) agama ( Islam ); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Oleh itu barangsiapa yang ingkar kepada Thagut  ( syaitan dan apa juga yang disembah selaindaripada Allah ) dan beriman kepada Allah, maka sesunguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

       [ Surah سورة البقرة Al Baqarah : 256 ]

Dalam surah سورة آل عمران Ali 'Imran ayat 159 pula Allah berfirman memberi peringatan serta petujuk kepada orang yang beriman supaya menyampaikan seruan keimanan kepada golongan yang belum mendapat petunjuk dan hidayah secara bijaksana, penuh hikmah dan kelembutan agar mereka tertarik hati untuk memahamainya dan tidak menjauhkan diri :

فَبِما رَحمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُم ۖ وَلَو كُنتَ فَظًّا غَليظَ القَلبِ لَانفَضّوا مِن حَولِكَ ۖ فَاعفُ عَنهُم وَاستَغفِر لَهُم وَشاوِرهُم فِي الأَمرِ ۖ فَإِذا عَزَمتَ فَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلينَ

Maksudnya :

" Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bersmusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."

Namun demikian pada hakikatnya hidayah itu adalah milik Allah sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran, antaranya ialah:

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Maksudnya :

i. " Sesungguhnya kamu ( wahai Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjk hidayah kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah juga yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih Mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."

[ Surah سورة القصص Al Qashash : 56 ]

يُؤْتِى ٱلْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ ٱلْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ

Maksudnya :

ii. " Allah memberi hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal."

[ Surah  سورة البقرة Al-Baqarah : 269 ]

لَيْسَ عَلَيْكَ هُدٰىهُمْ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ يَهْدِيْ مَنْ يَّشَاۤءُۗ وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ خَيْرٍ فَلِاَنْفُسِكُمْۗ وَمَا تُنْفِقُوْنَ اِلَّا ابْتِغَاۤءَ وَجْهِ اللّٰهِۗ وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ خَيْرٍ يُّوَفَّ اِلَيْكُمْ وَاَنْتُمْ لَا تُظْلَمُوْنَ 

Maksudnya :

iii." Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah jua yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan ( di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan apa sahja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya."

[ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 272 ]

فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهدِيَهُ ۥ يَشرَح صَدرَهُ ۥ لِلإِسلَـٰمِ‌ۖ وَمَن يُرِد أَن يُضِلَّهُ ۥ يَجعَل صَدرَهُ ۥ ضَيِّقًا حَرَجًا ڪَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى ٱلسَّمَآءِ‌ۚ ڪَذٰلِكَ يَجعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤمِنُونَ

Maksudnya :

iv. " Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (beriman memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman."

[ Surah  سورة الأنعام Al An'aam : 125 ]

 


Mudah-mudahan penjelasan ringkas ini dapat dimanfaatkan bersama. Amin.


Lihat sabungan : ALLAH ISTIWA' DI ATAS ' ARASY?


*******************************************************************

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Musa al-Asy’ari r.a, katanya:

كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

          Maksudnya 

"Dahulu orang-orang Yahudi bersin berhampiran Nabi s.a.w. dengan harapan Nabi s.a.w. berdoa kepada mereka: يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ (Semoga Allah merahmati kamu). Namun doa yang diucapkan Nabi s.a.w. ialah: يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ (Semoga Allah memberi hidayah/petunjuk kepada kamu dan memperbaiki keadaan kamu)."

        [Hadis Riwayat Ahmad , al-Tirmizi dan, al-Bukhari ]

*****************************************

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ  مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
                               Maksudnya 

"Daripada Abdullah bin 'Amr r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda : 'Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat, ceritakanlah tentang Bani Israil dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya) dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempatnya di dalam neraka."  

*********************************************

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya:

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Hadis Riwayat Muslim ]



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...