Ahad, 28 Ogos 2022

NAMA-NAMA HAIWAN DI DALAM AL-QURAN





























 

(79) (80)
اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأنْعَامَ لِتَرْكَبُوا مِنْهَا وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ (79) وَلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ وَلِتَبْلُغُوا عَلَيْهَا حَاجَةً فِي صُدُورِكُمْ وَعَلَيْهَا وَعَلَى الْفُلْكِ تُحْمَلُونَ (80)
اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأنْعَامَ لِتَرْكَبُوا مِنْهَا وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ (79) وَلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ وَلِتَبْلُغُوا عَلَيْهَا حَاجَةً فِي صُدُورِكُمْ وَعَلَيْهَا وَعَلَى الْفُلْكِ تُحْمَلُونَ (80)




  











 


اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأنْعَامَ لِتَرْكَبُوا مِنْهَا وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ (79) وَلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ وَلِتَبْلُغُوا عَلَيْهَا حَاجَةً فِي صُدُورِكُمْ وَعَلَيْهَا وَعَلَى الْفُلْكِ تُحْمَلُونَ (80)




 
























 


 

[ Sambungan daripada : APA ITU BID'AH ? ]

 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم

                      أَمَّا بَعْـدُ
اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأنْعَامَ لِتَرْكَبُوا مِنْهَا وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ (79)وَلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ وَلِتَبْلُغُوا عَلَيْهَا حَاجَةً فِي صُدُورِكُمْ وَعَلَيْهَا وَعَلَى الْفُلْكِ تُحْمَلُونَ (80)

                 Maksudnya :

"Allah-lah yang menjadikan binatang ternak untuk kamu ,sebahagiannya untuk kamu kenderai dan sebahagiannya untuk kamu makan. (79) 

Dan ( ada lagi) manfaat-manfaat yang lain pada binatang ternak itu untuk kamu dan supaya kamu mencapai suatu keperluan yang tersimpan dalam hati dengan mengendrainya. Dan kamu dapat diangkut dengan mengendarai binatang-binatang itu dan dengan mengendarai bahtera." (80)

                       [ Al-Quran surah  سورة المؤمن Al Mu'min : 79-80  ]

               *********************************************

إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ (1) وَإِذَا النُّجُومُ انْكَدَرَتْ (2) وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ (3) وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ (4) وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ (5)

             Maksudnya : 

" Apabila matahari digulung, ( 1) 

dan apabila bintang-bintang dijatuhkan, ( 2) 

dan apabila gunung-ganang dihancurkan, ( 3 ) 

dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak dipedulikan), ( 4) 

dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan. ( 5) 

                        [ Al-Quran surah  سورة التكوير At-Takwiir : 1-5 ]               

          ******************************************

 لَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ مَحِلُّهَا إِلَى الْبَيْتِ الْعَتِيقِ (33) وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ (34) 

               Maksudnya :

" Bagi kamu pada binatang-binatang hadyu#* itu ada beberapa manfaat sampai kepada waktu yang ditentukan, kemudian tempat wajib ( serta akhir masa) menyembelihnya ialah setelah sampai ke Baitul Atiq ( Baitullah ). ( 33 ) 

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyemblihan supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, oleh itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh ( kepada Allah)( 34)

                              [ Al-Quran surah سورة الحج   Al-Hajj : 33-34

[ #* Hadyu ialah haiwan ternakan seperti unta, lembu, kambing, biri-biri yang dibawa ke Ka'abah untuk disembelih di tanah haram, Mekah dan dagingnya dihadiahkan kepada fakir miskin ketika melakukan ibadat Haji.]

***********************************************************

NAMA-NAMA HAIWAN DI DALAM AL-QURAN

Firman Allah di dalam al-Quran turut menyebut beberapa nama haiwan dari jenis mamalia, serangga dan burung yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa mengenai kisah kenabian sejak Nabi Adam a.s. hingga ke zaman dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang Rasul Utusan Allah untuk manusia dan jin. Terdapat juga di antara haiwan-haiwan tersebut yang dijadikan nama surah dalam al-Quran.

Antara nama-nama haiwan dari jenis mamalia, serangga, burung dan reptilia yang disebut namanya di dalam al-Quran ialah :


A. SPESIS MAMALIA :

i. KUDA - Surah سورة العاديات Al-'Aadiyaat

Kuda adalah antara haiwan yang turut memainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun manusia kerana kegunaannya dalam pelbagai aspek khususnya kerana kekuatan dan kepantasan pergerakannya yang boleh dilatih sebagai kenaikan dalam peperangan dan pengangkutan. Kepentingan peranan kuda dalam peperangan menjadikannya sebagai nama surah dalam al-Quran iaitu surah سورة العاديات Al-'Aadiyaat yang menceritakan hal kuda perang pada ayat 1-5 :
وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا (1) فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا (2) فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا (3) فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا (4) فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا (5)

Maksudnya :

a)" Demi KUDA perang yang berlari kencang dengan terengah-engah, ( 1) 

dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya), (2)

dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi, ( 3)

maka ia menerbangkan debu, ( 4)

dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,.... ( 5)

Ukiran pasukan tentera berkuda Assyria sekitar tahun 911-612 SM

Firman Allah dalam surah ٱلْأَنْفَال Al-Anfaal ayat 60 menjelaskan juga persiapan menghadapai peperangan dengan segala kekuatan termasuk pasukan berkuda :
 وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ
Maksudnya :
b)" Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari KUDA yang ditambat untuk berperang ( yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah Mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak sesekali akan dianiaya."


وَّالْخَيْلَ وَالْبِغَالَ وَالْحَمِيْرَ لِتَرْكَبُوْهَا وَزِيْنَةًۗ وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُوْنَ
   
          Maksudnya :

c) " dan ( Dia telah menciptakan) kuda, baghal, dan keledai, agar kamu menunggangnya dan ( menjadikannnya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya." [ surah An Nahl : 08]


ii. UNTA - Surah سورۃ الغاشیۃ Al-Ghaasiyah : 17

UNTA adalah salah satu spesis haiwan yang banyak terdapat di kawasan gurun padang pasir yang mempunyai iklim melampau dari segi cuaca dan sumber air yang terbatas. Haiwan UNTA yang asalnya adalah haiwan liar tetapi apabila sudah dijinak dan dipelihara oleh manusia ia menjadi haiwan peliharaan yang amat berfaedah khususnya dalam budaya kehidupan manusia nomad yang kerap berpindah randah di persekitaran gurun padang pasir.

Keistimewaan UNTA bukan sahaja dilihat dari aspek daging dan susunya sebagai sumber makanan yang berkhasiat kepada manusia bahkan dari segi ketahanannya apabila digunakan sebagai pembawa barangan merentasi gurun padang pasir yang panas dan kemudahan air yang amat terbatas. Firman Allah pada ayat ini menggesa manusia supaya memperhati dan membuat kajian perihal keunikan dan keluarbiasaan kejadian haiwan UNTA, langit dan gunung-ganang :
أَفَلا يَنْظُرُونَ إِلَى الإبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (17) وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ (18) وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (19)

Maksudnya
" Maka apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana UNTA dijadikan, ( 17) 
Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? (18) 
Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan ?  (19 )



iii. ANJING - Surah سورة الكهف Al-Kahfi: 18 dan surah ٱلْأَعْرَاف AL-'Araaf : 176 

Firman Allah pada ayat ini adalah sebagai peringatan kepada manusia perihal sifat semula jadi ANJING yang sentiasa menjulurkan lidah sambil bernafas kencang. Sifat anjing ini dikiaskan kepada perangai dan sifat sesetengah golongan manusia yang tidak menghiraukan atau mengambil peduli dan lantas mendustakan seruan kebenaran keimanan yang disampaikan kepada mereka. Namun terdapat jua kisah seekor ANJING yang menunggu pintu gua tempat pemuda-pemuda mukmin soleh tertidur selama 309 tahun:

 وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا 

Maksudnya :

i." Dan kamu mengira mereka itu bangun pada hal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang ANJING mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu (gua). dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri ) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka." [ Surah سورة الكهف Al-Kahfi :18 ]


[ Hanya gambar hiasan sahaja ]

 وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ 

Maksudnya :
ii." Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia lebih cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti ANJING jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannnya dia menjulurkan lidahnya ( juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ( kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir." [ Surah ٱلْأَعْرَاف Al-A'Raaf : 176 ]

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبٰتُ وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Maksudnya :
iii. " Mereka menanyakan kepadamu : Apakah yang dihalalkan bagi mereka ?'. Katakanlah : 'Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan ( buruan yang ditangkap ) oleh binatang buas#* yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu ( waktu melepaskannya ). Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya'." [ Surah Al Maaidah : 4 ]
[#* Biasanya binatang buas yang digunakan manusia untuk berburu ialah anjing setelah melatihnya berbuat demikian.]




iv. KELEDAI - Surah سورة الجمعة Al-Jum'ah : 5 dan surah سورة لقمان Luqman : 19

Firman Allah yang terkandung di dalam surah ini juga mengkiaskan perangai sesetengah golongan manusia seperti KELEDAI yang bukan sahaja jahil tetapi tidak berhasrat langsung untuk mengambil perhatian serta mempelajari ilmu-ilmu yang terkandung di dalam kitabullah dan ilmu-ilmu yang memberi manfaat dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Allah juga memperingatkan manusia jangan sesekali gemar meninggikan suara seperti bunyi suara KELEDAI.
  مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 
Maksudnya :
a)" Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya (kitab) at-Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya ( tidak mengamalkannya) adalah seperti KELEDAI yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." [ Surah سورة الجمعة Al-Jum'ah : 5 ]


وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الأصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ 
Maksudnya :
b)" Dan sederhanakanlah kamu ketika berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara KELEDAI ( himar).
[ Surah  سورة لقمان Luqman : 19 ]


c)
Terkandung juga Firman Allah dalam surah سورة البقرة‎ al-Baqarah
ayat 259 yang menceritakan kisah Nabi Uzair a.s. bertanya kepada Allah bagaimana Dia boleh membangunkan kembali sebuah negeri yang sudah roboh binasa. Maka Allah 'mematikan' dia selama 100 tahun dan bila 'dihidupkan' kembali dia merasakan baru berada di situ selama satu atau setengah hari sahaja. Lalu Allah memperlihatkan kepadanya kekuasaan-Nya menghidupkan kembal KELEDAI miliknya yang sudah mati menjadi tulang :

أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَى قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّى يُحْيِي هَذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَلْ لَبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانْظُرْ إِلَى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَانْظُرْ إِلَى حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِلنَّاسِ وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

Maksudnya :
" Atau apakah ( kamu tidak memperhatikan ) orang yang melalui suatu negeri yang ( temboknya) telah roboh menutupi bumbungnya. Dia berkata : ' Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah roboh'? Maka Allah 'mematikan' orang itu selama 100 tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya : ' Berapa lamakkah kamu tinggal di sini?'. Ia menjawab : ' Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari'. Allah berfirman kepadanya : ' Sebenarnya kamu telah tinggal di sini 100 tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah KELEDAI kamu ( yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang KELEDAI itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami menutupnya kembali dengan daging'. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) diapun berkata : ' Saya yakin bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu'.


 v. BABI - surah سورة الأنعام Al-'Anam : 145, surah سورة المائد Al-Maidah : 3 dan surah Al-Maidah : 60.

Haiwan BABI  adalah salah satu spesis haiwan yang tergolong sebagai najis mughalazah yang terlarang daripada disentuh dan dimakan dagingnya yang tertakluk kepada ketetapan hukum syarak sebagaimana termaklum. Allah yang menjadikan sekelian makhluknya Maha Mengetahui mengapa haiwan BABI tergolong sebagai haiwan najis yang amat berat dan dilarang sama sekali orang beriman menyentuh dan apa tah lagi memakan dagingnya.


قُلْ لا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ 
Maksudnya :
a)" Katakanlah : ' Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging BABI kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain daripada Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'." [ Surah سورة الأنعام Al-An'am : 145 ]


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالأزْلامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لإثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ 

Maksudnya : 

b) " Diharamkan bagi kamu ( memakan) bagkai, darah, daging BABI, ( daging haiwan) yang disembelih atas nama selain daripada Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan ( diharamkan bagimu ) yang disembelih untuk berhala....... ( hingga akhir ayat ) [ Surah سورة المائد Al-Maidah : 3  ]

قُلْ هَلْ اُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِّنْ ذٰلِكَ مَثُوْبَةً عِنْدَ اللّٰهِ ۗمَنْ لَّعَنَهُ اللّٰهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيْرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوْتَۗ اُولٰۤىِٕكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَّاَضَلُّ عَنْ سَوَاۤءِ السَّبِيْلِ

              Maksudnya : 

c)  "Katakanlah : ' Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dilaknat dan dimurkai Allah di antara mereka ( ada) yang dijadikan kera dan BABI dan ( orang yang) menyembah thagut?' Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus." [ Surah سورة المائد Al-Maidah : 60 ]


 

vi. SERIGALA - Surah سورۃیوسف Yusof : 17 
قَالُوا يَا أَبَانَا إِنَّا ذَهَبْنَا نَسْتَبِقُ وَتَرَكْنَا يُوسُفَ عِنْدَ مَتَاعِنَا فَأَكَلَهُ الذِّئْبُ وَمَا أَنْتَ بِمُؤْمِنٍ لَنَا وَلَوْ كُنَّا صَادِقِينَ 
Maksudnya :
" Mereka berkata : ' Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan SERIGALA dan kamu tidak sesekali percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar'. "

[#* Catatan : Pada ayat 13 dalam surah yang sama disebut juga hal SERIGALA.]



vii. GAJAH - Surah سورة الفيل Al-Fill

GAJAH adalah sepesis antara haiwan liar yang ditakuti haiwan-haiwan lain dan juga manusia kerana ukuran badan yang besar, tegap sasa serta mempunyai kekuatan luar biasa yang mudah membinasakan musuh-musuh yang mengganggunya. Atas kebijaksanaan manusia, GAJAH yang liar di hutan atau tanah lembah yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan dapat dijinakkan menggunakan keadeah-kaedah penjinakan GAJAH oleh orang yang mahir mengenai GAJAH.



GAJAH-GAJAH yang sudah dijinakkan digunakan oleh manusia dalam berbagai keperluan bagi kemudahan membawa barang-barang yang berat dan lebih hebat lagi dilatih menjadi kenderaan istimewa dalam peperangan. Hal ini berlaku di Mekah apabila tentera-tentera BERGAJAH membuat serangan untuk membinasakan Ka'abah Batullah sebagaimana Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الفيل Al-Fill :

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ (5


:Maksudnya
" Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah berindak terhadap tentera BERGAJAH? ( 1)

Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka ( untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? (2) 
dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, (3)

yang melempari mereka dengan batu ( berasal) dari tanah yang terbakar, ( 4) 
lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)." ( 5)





viii. IKAN PAUS - Surah سورة الصافات Ash-Shaffat : 139-148

IKAN PAUS adalah spesis mamalia walaupun manusia menamakannya IKAN kerana hidup di dalam lautan luas dan mempunyai ciri-ciri bentuk seperti ikan. Kisah IKAN PAUS di dalam al-Quran kitabullah adalah kaitannya dengan Nabi Yunus a.s. yang ditelan hidup-hidup dan berada di dalam perut IKAN PAUS berkenaan dalam tempoh masa tertentu dengan perintah Allah.

وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ (139) إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ     (140) فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ (141) فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ (142) فَلَوْلا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (143) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (144) فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيمٌ (145) وَأَنْبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِنْ يَقْطِينٍ (146) وَأَرْسَلْنَاهُ إِلَى مِائَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ (147) فَآمَنُوا فَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَى حِينٍ (148)
                      Maksudnya :
" Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang Rasul,  (139)
(ingatlah) ketika ia 'lari' ke kapal yang penuh muatan,  (140) 
kemudian ia ikut berundi, lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. (141)
Maka ia ditelan oleh IKAN besar dalam keadaan 'tercela'. (142 )
Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, ( 143)
nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. ( 144)
Kemudian Kami 'lemparkan' dia ke daerah yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. (145 )
Dan Kami tumbuhkan untuk dia tumbuhan dari jenis labu.  (146 )
Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih.  (147 )
Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." ( 148 )



ix. SAPI/LEMBU - Surah سورة البقرة‎ ​Al-Baqarah



Surah
سورة البقرة‎ Al-Baqarah yang mengandungi 286 ayat dinamakan juga sebagai "fusthaatul Quran" ( puncak al-Quran) kerana di dalamnya terkandung berbagai hukum-hakam yang tidak disebut di dalam surah-surah lain. Dinamakan surah Al-Baqarah adalah merujuk kepada kisah penyembelihan lembu/sapi betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israil melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. setelah mereka merujuk bagi menyelesaikan masalah berlakunya kes pembunuhan di kalangan mereka.

Ayat-ayat ini memperjelasknan perangai dan watak kaum Bani Israil yang keterlaluan mengemukakan berbagai-bagi persoalan sebagai alasan hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Kisah ini terkandung di dalam ayat 67-74. Walaupun ciri-ciri lembu betina yang diwahyukan kepada Nabi Musa a.s. amat sukar diperolehi tetapi akhirnya mereka berjaya juga mendapatkannya seperti yang disebut pada ayat 70-71 :

قَالُوا۟ ٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا هِىَ إِنَّ ٱلْبَقَرَ تَشَـٰبَهَ عَلَيْنَا وَإِنَّآ إِن شَآءَ ٱللَّهُ لَمُهْتَدُونَ (70) قَالَ إِنَّهُۥ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌۭ لَّا ذَلُولٌۭ تُثِيرُ ٱلْأَرْضَ وَلَا تَسْقِى ٱلْحَرْثَ مُسَلَّمَةٌۭ لَّا شِيَةَ فِيهَا ۚ قَالُوا۟ ٱلْـَٔـٰنَ جِئْتَ بِٱلْحَقِّ ۚ فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ (71)

Maksudnya :
" Mereka berkata : ' Mohonlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami bagaimana hakikat lembu itu, kerana seseungguhnya lembu itu ( masih) samar bagi kami dan sesungguhnya kami insya-Allah akan mendapat petunjuk'. ( 70)

Musa berkata : ' Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah digunakan untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya'. Mereka bekata : 'Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat lembu betina yang sebenarnya'. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir sahaja mereka tidak melaksanakan perintah itu." ( 71)

Dalam hal ini Allah memperingatkan juga kepada orang yang beriman jangan sesekali bertanya kepda Nabi mereka dalam hal yang boleh menyuusahkan diri mereka sendiri sebagaimana Firman-Nya dalam surah سورة المائدة Al-Maidah ayat 101 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِنْ تَسْأَلُوا عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا اللَّهُ عَنْهَا وَاللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ 

Maksudnya :

" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan ( kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun." 

 

x. DOMBA - Surah سورة الصافات Ash-Shaffat : 102-111



Kisah haiwan DOMBA atau sejenis kambing yang dimaksudkan di dalam surah
 سورة الصافات Ash-Shaffat ayat 102 -107 adalah merakamkan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. bermimpi menyembelih anaknya Ismail. Apabila hal mimpi ini dikhabarkan kepada Ismail ternyata dia reda dan bersedia untuk dikorbankan oleh bapanya Nabi Ibrahim a.s. Apabila Nabi Ibrahim a.s. sudah bersiap sedia untuk menyembelih anakandanya Ismail, Allah mewahyukan kepadanya sebagaimana yang terkandung pada ayat 105-111 yang antara lain menyebut:

  قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (105) إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاءُ الْمُبِينُ (106) وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ (107) وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الآخِرِينَ (108) سَلامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ (109)كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (110) إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ (111) 

Maksudnya :
".....sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. ( 105)

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. ( 106)

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan ( DOMBA) (107)

Kami abadikan untuk Ibrahim itu ( pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (108)

(iaitu) 'Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim'. (109)

Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang baik. (110)

Sesungguhnya ia temasuk hamba-hamba Kami yang beriman." (111)

 



B. SERANGGA

i. LALAT - Surah سورة الحج Al-Hajj: 73

Sifat orang yang mengingkari seruan kebenaran beriman memang gemar mencari helah dan alasan untuk membantah, mengingkari dan menafikan segala peringatan yang diberikan sama ada dalam hal-hal yang besar hinggalah kepada perkara-perkara yang kelihatan kecil yang dianggap remeh sahaja. Justeru Allah mencabar gologan ini supaya berpakat-pakat sesama mereka untuk mengadakan walaupun seekor LALAT yang kecil sahaja.

Ternyata sejak dulu, kini dan selama-lamanya golongan ini tidak akan termampu melakukannya walaupun mengambil masa yang lama, menggunakan kebijaksanaan serta ilmu kepakaran mereka dan mengeluarkan perbelanjaan yang amat besar. Bahkan dengan bantuan makhluk-makhluk yang mereka sembah dan dewakan pun manusia tidak sesekali akan dapat mencipta dan mengadakan walaupun seekor LALAT.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَنْ يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِنْ يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئًا لا يَسْتَنْقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ

Maksudnya :
" Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah tidak sesekali dapat mengadakan seekor LALAT pun, walaupun mereka bersatu/berpakat untuk mengadakannya. Dan jika LALAT itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari LALAT itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah ( pulalah) yang disembah."


ii. NYAMUK - Surah سورة البقرة‎ Al-Baqarah : 26

Apabila Allah mewahyukan nama serangga NYAMUK yang kecil sebagai perumpamaan sewajarnya mempunyai rahsia besar lagi penting yang terdapat pada NYAMUK. Ternyata sejak dulu NYAMUK yang sentiasa berada bersama manusia telah memberikan banyak pengajaran dan pembelajaran amat penting kepada manusia bahawa serangga kecil ini telah memberikan berbagai masalah kesihatan kepada manusia hingga mengorbankan terlalu ramai nyawa manusia sejagat melalui jangkitan penyakit. Setelah sekian lamanya pakar perubatan dan penyakit membuat kajian saintifik ilmu perubatan barulah sahih diketahui bahawa spesis NYAMUK tertentu adalah antara vektor pembawa virus penyakit yang merbahaya.

إِنَّ اللَّهَ لا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلا يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلا الْفَاسِقِينَ 

:Maksudnya

" Sesunguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa NYAMUK atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan : 'Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?'. Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik., "


iii. SEMUT - Surah سورة النّمل An-Naml : 18-19

Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah dengan mukjizat boleh mendengar dan memahami bahasa yang dituturkan oleh makhluk-makhluk Allah termasuk haiwan dan serangga. Kisah SEMUT dalam surah سورة النّمل An-Naml yang bermaksud SEMUT ketika bersama bala tenteranya berada di satu kawasan yang terdapat sarang SEMUT :

حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لا يَشْعُرُونَ (18) فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ (19

Maksudnya :
" Hingga apabila mereka sampai di lembah SEMUT berkatalah seekor SEMUT : 'Hai SEMUT-SEMUT, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari', (18)

maka dia tersenyum dengan ketawa kerana ( mendengar) perkataan SEMUT itu. Dan dia berdoa : ' Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat Mu ke dalam golongan hamba-hamba Mu yang soleh'." (19)


iv. RAYAP/ANAI-ANAI - Surah سورة سبأ Saba' : 14

Serangga RAYAP/ANAI-ANAI kelihatan kecil seperti semut juga dan mempunyai badan yang kelihatan lembut dan sensitif tetapi amat mudah dibinasakan. Namun demikian dengan jumlah yang banyak ia boleh membinasakan kayu yang kelihatan amat keras lagi kuat dalam tempoh masa yang mungkin lama hingga tidak disedari manusia. Kisah di dalam al-Quran ini adalah mengenai kewafatan Nabi Sulaiman a.s. dalam keadaan duduk sambil memegang tongkatnya yang tidak sesekali diketahui oleh golongan jin yang mentaati segala suruhannya. Golongan jin yang sedang berkerja hanya menyedari kewafatan Nabi Sulaiman a.s. apabila badannya jatuh tersungkur daripada tempat duduknya kerana tongkatnya sudah reput dimakan ANAI-ANAI.

 فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَى مَوْتِهِ إِلا دَابَّةُ الأرْضِ تَأْكُلُ مِنْسَأَتَهُ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَنْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ

Maksudnya :
" Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali RAYAP ( anai-anai) yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan."



v. LABAH-LABAH - Surah سورة العنكبوت Al-Ankabut : 41

Kisah LABAH-LABAH dalam ayat ini adalah sebagai peringatan Allah kepada hamba-Nya yang lebih gemar mencari perlindungan dan meminta pertolongan daripada makhluk-makhluk lain dan melupakan pertolongan Allah. Perbuatan yang seumpama ini adalah seperti berlindung di sebalik sarang LABAH-LABAH yang begitu rapuh lagi lemah yang tidak sesekali memberi faedah kepada mereka.



مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ 

Maksudnya :
" Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti LABAH-LABAH yang membuat rumah/sarang. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah (sarang) LABAH-LABAH kalau mereka mengetahui."

vi. LEBAH - Surah سورة النحل An-Nahl : 68-69

Lebah adalah sejenis serangga yang banyak memberi manfaat kepada manusia kerana khasiat madunya yang luar biasa bagi kesejahteraan hidup manusia. Firman Allah dalam surah سورة النحل An-Nahl ayat 68-69 menjelaskan :

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69

Maksudnya :
" Dan Tuhanmu mewahyukan kepada LEBAH : 'Buatlah sarang-sarang di bukit-bukau, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat oleh manusia', (68 )

kemudian makanlah dari tiap-tiap ( macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan ( bagimu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda ( kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan." (69)




vii. KUTU - Surah سورة الأعراف Al-'Araaf :133

Serangga KUTU yang disebut dalam surah ini adalah berkaitan dengan bencana dan musibah yang diturunkan Allah kepada Firaun dan kaumnya yang mengingkari seruan keimanan Nabi Musa a.s. dan menuduh Nabi Musa a.s. melakukan perbuatan sihir dengan menimpakan taufan dan kemarau panjang menyebabkan tanaman amat berkurangan dan tidak menjadi. Kemudian disusuli pula dengan wabak serangan KATAK, KUTU, BELALANG dan air bertukar menjadi merah seperti DARAH.


 فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُفَصَّلاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ 

Maksudnya :
" Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, BELALANG, KUTU, KATAK dan darah sebagai bukti yang jelas, tetpi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa."



viii. BELALANG - Surah سورة الأعراف Al-'Araaf : 133 dan surah سورة القمر

al-Qamar : 7 


خُشَّعًا أَبْصَارُهُمْ يَخْرُجُونَ مِنَ الأجْدَاثِ كَأَنَّهُمْ جَرَادٌ مُنْتَشِرٌ

Maksudnya :
" ...sambil menundukkan pandangan-pandangan mereka ke luar dari kuburan seakan-akan mereka BELALANG yang berterbangan." [ Surah سورة القمر Al-Qamar :7 ]





C. BURUNG
i. GAGAK - Surah سورة المائدة Al-Maidah : 31

فَبَعَثَ اللَّهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِي الأرْضِ لِيُرِيَهُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْأَةَ أَخِيهِ قَالَ يَا وَيْلَتَا أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَذَا الْغُرَابِ فَأُوَارِيَ سَوْأَةَ أَخِي فَأَصْبَحَ مِنَ النَّادِمِينَ             

Maksudnya :
" Kemudian Allah 'mengilhamkan' kepada seekor gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya ( Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil : ' Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung GAGAK ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?'. Kerana itu jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal."


ii. HUD-HUD - Surah سورة النّمل An-Naml : 20-22

 وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ (20)لأعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لأذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ (21) فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِنْ سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ (22

Maksudnya :
" Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata : ' Mengapa aku tidak melihat HUD-HUD , apakah dia termasuk yang tidak hadir. (20)

sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya atau benar-benar dia datang kepadaku dengan alas yang terang'. (21)

Maka tidak lama kemudian (datanglah HUD-HUD), lalu ia berkata : 'Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya, dan aku bawa kepadamu dari negeri Saba' suatu berita penting yang diyakini'...( 22 )

Seterusnya pada ayat 23-24 di surah yang sama burung Hud-Hud menjelaskan sebagaimana berikut :

إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ  (23) وَجَدْتُهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لا يَهْتَدُونَ (24)

Maksudnya : 
"Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita ( Balqish) yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. ( 23 )

Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk." (24 )

Terdapat juga Firman Allah dalam al-Quran yang hanya menyebut BURUNG secara umum tanpa menyatakan namanya secara khusus , misalnya :

 حُنَفَاءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ
Maksudnya :
a) "(Beribadatlah) dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh BURUNG, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh." [ Surah Al-Hajj : 31 ]

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
 

                 Maksudnya :

b)" Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah; kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) BURUNG dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masingnya telah mengetahui ( cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."

             [  Surah سورة النّور An-Nuur : 41 ]

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلا الرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ 


Maksudnya :
c ) "Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya ( di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu."
[ Surah سورة الملك al-Mulk : 19 ]


iii. HELANG - Surah سورة المائد Al-Maaidah : 4

Sungguhpun spesis burung HELANG tidak disebut namanya secara khusus dalam Firman Allah surah سورة المائد al-Maa'idah ayat 4, namun HELANG termasuk juga sejenis 'binatang buas' yang jika dijinakkan boleh diajar untuk berburu:

 يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ 


Maksudnya :
" Mereka menanyakan kepadamu : ' Apakah yang dihalalkan bagi mereka?'. Katakanlah : ' Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan ( binatang buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu : kamu mengajarnya menurut apa yang diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu ( waktu melepaskannya). Dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya."


iv) 'ABABIL'- Surah
سورة الفيل Al-Fill : 3-5

Sekumpulan BURUNG misteri yang disebut dengan nama BURUNG 'ABABIL' yang diperintahkan Allah menyerang balas tentera bergajah yang hendak menawan kota Mekah untuk membinasakan Ka'bah dengan lontaran batu panas sebagaimana dalam surah سورة الفيل Al-Fill ayat 3-5:

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ (5

Maksudnya :
" dan Dia mengirimkan kepada mereka BURUNG yang berbondong-bondong, (3)

yang melempari mereka dengan batu ( berasal) dari tanah yang terbakar, ( 4) 
lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)." ( 5)

Terdapat juga kisah Nabi Ibrahim a.s. bermohon kepada Allah agar diperlihatkan kepdanya bagaimana Allah menghidupkan orang yang sudah mati. Lalu Allah memerintahkanya memelihara empat ekor burung sebagaimana yang terkandung dalam surah
سورة البقرة‎ al-Baqarah ayat 260 :
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِ الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya :
" Dan ( ingatlah) ketika Ibrahim berkata : ' Ya Tuhanku!, perlihatkanlah kepdaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati'. Allah berfirman : 'Apakah kamu belum percaya?'. Ibrahim menjawab : ' Aku percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hatiku'. Allah berfirman :'(Kalau demikian), ambillah empat ekor burung, lalu jinakkanlah burung-burung itu kepadamu, kemudian letakkanlah tiap-tiap seekor daripadanya atas tiap-tiap bukit. Sesudah itu panggillah ia, nescaya dia akan datang kepada kamu dengan segera'. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

D. AMFIBIA

KATAK - Surah سورة الأعراف Al-'Araaf : 133

 فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُفَصَّلاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ 

Maksudnya :
" Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, BELALANG, KUTU, KATAK dan darah sebagai bukti yang jelas, tetpi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa."






E. REPTILIA

ULAR - Terdapat beberapa ayat di dalam al-Quran yang menceritakan hal Allah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. melemparkankan tongkatnya yang dengan serta merta bertukar menjadi ULAR sebenar. Kejadian ini adalah untuk memperjelaskan kekuasaan dan Perbuatan Ijadi Allah dan salah satu mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Musa a.s. yang berhadapan dengan ahli-ahli sihir dan Fir'aun yang mencabar kebenarannya. Antaranya :

وَأَلْقِ عَصَاكَ فَلَمَّا رَآهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ وَلَّى مُدْبِرًا وَلَمْ يُعَقِّبْ يَا مُوسَى لا تَخَفْ إِنِّي لا يَخَافُ لَدَيَّ الْمُرْسَلُونَ 

Maksudnya :
a)" ..'dan lemparkanlah tongkatmu'. Maka tatkala ( tongkat itu menjadi ULAR dan) Musa melihatnya bergerak-gerak seperti seekor ULAR yang gesit, larilah ia berbalik ke belakang tanpa menoleh. ' Hai Musa, janganlah kamu takut. Sesungguhnya orang yang dijadikan Rasul tidak takut di 'hadapan-Ku'."  
[ Surah سورة النّمل An Naml : 10 ]

 وَقَالَ مُوسَى يَا فِرْعَوْنُ إِنِّي رَسُولٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (104) حَقِيقٌ عَلَى أَنْ لا أَقُولَ عَلَى اللَّهِ إِلا الْحَقَّ قَدْ جِئْتُكُمْ بِبَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ فَأَرْسِلْ مَعِيَ بَنِي إِسْرَائِيلَ (105) قَالَ إِنْ كُنْتَ جِئْتَ بِآيَةٍ فَأْتِ بِهَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ (106) فَأَلْقَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُبِينٌ   (107

Maksudnya :
b)" Dan Musa berkata : ' Hai Firaun, sesungguhnya aku ini adalah seorang Utusan dari Tuhan semesta alam, (104 )

wajib atasku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah, kecuali yang hak. Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa bukti yang nyata dari Tuhanmu, maka lepaskanlah Bani Israil ( pergi) bersama aku'. ( 105)

Firaun menjawab : 'Jika benar kamu membawa sesuatu bukti, maka datangkanlah bukti itu jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang benar'. ( 106 )

Maka Musa menjatuhkan tongkatnya, lalu seketika itu juga tongkat itu menjadi ULAR yang sebenarnya." ( 107 )
[ Surah سورة الأعراف Al-'Araaf : 104-107 ]

Kisah dan maklumat yang hampir sama terkandung juga dalam surah Thaahaa سورة طه ayat 65-73.


Nama-nama haiwan, reptilia dan serangga tersebut mempunyai kisahnya yang tersendiri sama ada berkaitan dengan kisah para Nabi atau sebagai perumpamaan/misalan untuk difikir dan difahami oleh manusia yang berakal akan hakikat kekuasaan dan Perbuatan Ijadi Allah yang tidak sesekali menyamai langsung dengan segala perbuatan makhluk tanpa misal, ibarat dan umpama.

Wallahu'alam.


***********************************************************

وَمِنَ الأنْعَامِ حَمُولَةً وَفَرْشًا كُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ 

Maksudnya :
" Dan di antara binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

[ Al-Quran surah سورة الأنعام Al-An'aam : 142


***********************************************

 وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالأنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ 

Maksudnya :
" Dan demikian ( pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya ( dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

[ Al-Quran surahسورة فاطر Faathir : 28 ]

**********************************************

حَتّٰىٓ اِذَا جَاۤءَ اَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّوْرُۙ قُلْنَا احْمِلْ فِيْهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَاَهْلَكَ اِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ وَمَنْ اٰمَنَ ۗوَمَآ اٰمَنَ مَعَهٗٓ اِلَّا قَلِيْلٌ
Maksudnya :

" Hingga apabila perintah Kami datang dan dapur telah memancarkan air, Kami berfirman : ' Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang ( jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan ( muatkan pula) orang-orang yang beriman'. Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit."

[ Al Quran surah سورة هود Hud : 40 ]

*********************************************

دخل النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم حَائِطا لرجل من الْأَنْصَار فَإِذا فِيهِ جمل فَلَمَّا رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَنَّ وَذَرَفَتْ عَيْنَاهُ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَسَحَ ذِفْرَاهُ فَسَكَتَ فَقَالَ من رب هَذَا الْجمل فجَاء فَتى من الْأَنْصَار فَقَالَ هُوَ لي فَقَالَ أَلا تتقي الله فِي هَذِه الْبَهِيمَة الَّتِي ملكك الله إِيَّاهَا فانه شكا إِلَيّ أَنَّك تجيعه وتدئبه.

              Maksudnya :

"Nabi sallahu 'alaihi wasallam memasuki sebuah kebun milik seorang lelaki daripada kaum Ansar. Di dalam kebun tersebut terdapat seekor unta. Tatkala unta tersebut melihat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam ia merintih dan kedua matanya mengalirkan air mata.

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menghampirinya dan mengusap belakang telinganya sehinggalah unta tersebut diam. Baginda bertanya: 'Siapakah pemilik unta ini?'

Datang seorang pemuda daripada kaum Ansar dan berkata: 'Kepunyaan saya, wahai Rasulullah.'

Baginda bersabda: 'Tidakkah engkau takut kepada Allah dalam menguruskan haiwan ternakan yang telah Allah berikan ini? Sesungguhnya ia telah mengadu kepadaku bahawa engkau membiarkannya kelaparan dan membuatkannya kepenatan'."

         [Riwayat Abu Daud (no. 2549) daripada hadis Abdullah bin Ja'far dengan sanad yang sahih.]









BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...