Jumaat, 1 Mei 2020

WIRID DAN ZIKIR AL MUSABBA-'AT AL-'ASYARAH (المسبعات العشر ).


[Sambungan daripada : 

PENGERTIAN ZIKIR NAFI ITHBAT LA ILLAHAILLALLAH (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله )



                            بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   
          

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

 

 أَمَّا بَعْـدُ 

 تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا  
                           Maksudnya : 
" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."
                              [ Al-Quran surah سورة الإسراء  Al-Israa' : 44 ] 
                          **********************************          
الَّذِينَ يَحۡمِلُونَ الۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَيۡءٍ رَّحۡمَةً وَعِلۡمًا فَاغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ الۡجَحِيمِ 
                          Maksudnya :
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta meminta ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : 'Ya Tuhan kami, rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan api neraka yang bernyala-nyala'."

                         [Al-Quran سورة المؤمن surah Al-Mu'min : 7]

                          **********************************

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى
 :Maksudnya                    
"Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yang terbaik, dan yang paling suci di sisi 'Raja' kalian (Allah Subhaanahu wa Ta’aala), paling tinggi darajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?'. Mereka berkata: 'Iya'. Beliau berkata: 'Zikirullah (mengingat) Allah Ta’ala'. [HR Tirmidzi – Shahih]
***********************************************************

                   

                        المسبعات العشر لسيدنا للخضر عليه السلام

Kisah di sebalik terbitnya amalan zikir dan wirid yang dinamakan : AL MUSABBA-AT AL-'ASYARAH (المسبعات العشر ) Nabi Khadzir Alaihisalam (Balya bin Malkan bin Faligh bin 'Amir bin Syaligh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh a.s.

Adalah diriwayatkan seorang ahli ibadat (abdal) bernama Karaz bin Wabarah mengkhabarkan kepada seorang sahabatnya bahawa seorang sahabatnya dari Syam datang menemuinya memberikan hadiah kepadanya seraya berkata:
"Saudaraku Karaz, terimalah hadiah ku ini!. Ini adalah hadiah yang paling terbaik." 
 Aku menjawab :
" Hai saudara ku! siapakah yang 'menghadiahkan' barang yang sangat berharga ini kepada mu dulu?

Dia menjawab:
"Yang memberikannya kepada ku dulu adalah Ibrahim At-Taimi."
Aku bertnya lagi :
" Tidakah kamu tanyakan kepadanya dari siapa ia menerimanya?"
Jawabnya :
"Ada! Ibrahim At-Taimi menceritakan kepada ku begini:
"Pada suatu hari aku duduk di serambi Ka'abah dan melakukan tahlil, tasbih dan bertahmid serta bertamjid, tiba-tiba datang seorang pemuda tampan lalu memberi salam kepada ku dan terus duduk di sebelah kanan ku. Belum pernah seumur hidupku melihat seorang yang begitu tampan rupa parasnya, kulitnya putih, sangat harum semerbak baunya dan elok pakaiannya. Lalu aku berkata kepadanya :
'Wahai Abdullah (Hamba Allah) siapakah gerangan tuan hamba ini, kenapa datang dan dari manakah tuan datang?'
Lalu ia menjawab : 
'Aku ialah Al-Khadzir الخضر !' 
Kataku lagi : 
'Apakah hajat tuan datang ini?' 
Jawabnya : 
'Aku datang ini untuk mengucapkan salam kepada kamu dan kasihkan kamu kerana Allah. Di samping itu aku ada membawa satu 'hadiah' yang akan aku serahkan kepada mu'.
Lalu aku berkata kepadanya (Al-Khadzir):
'Apakah 'hadianya' itu?'
Jawabnya:
'Hendaklah kamu amalkan (ucapkan) setiap hari sebelum matahari terbit (menyinari) cahayanya ke atas bumi dan di waktu petang sebelum matahari jatuh (terbenam)'.
Lalu dia pun terus membacanya sebagaimana berikut :

1. سوره الفاتحة (tujuh kali).

2. قل أعوذ برب الناس (tujuh kali).

3. قل اعوذ برب الفلق (tujuh kali).

4. قل هو الله أحد (tujuh kali).

5. قل يا أيها الكافرون (tujuh kali).

6. آية الكرسي - Surah al-Baqarah : 255 (tujuh kali).

7.  سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر (tujuh kali).

8. اللهم صل على محمد عبدك ونبيك ورسولك النبي الامي وعلى آله وصحبه وسلم (tujuh kali).

9. اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا ولجميع المسلمين والمسلماتوالمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات برحمتك يا أرحم الراحمين (tujuh kali).

10اَللَّهُمَّ افْعَلْ بِيْ وَبِهِمْ عَاجِلًا وَآجِلًا فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مَا أَنْتَ لَهُ أَهْلٌ وَلَا تَفْعَلْ بِنَا يَا مَوْلَانَا مَا نَحْنُ لَهُ أَهْلٌ إِنَّكَ غَفُوْرٌ حَلِيْمٌ جَوَادٌ كَرِيْمٌ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ (tujuh kali):

              Maksudnya:

["Wahai Allah Tuhanku, buatlah bagiku dan bagi mereka, dengan cepat atau lambat, mengenai agama, dunia dan akhirat, akan apa yang Engkau ahli untuk hal itu.

Dan janganlah Engkau buat kepada kami,wahai junjungan kami, akan apa yang kami ahli untuk hal itu.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun - Maha Penyantun, Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."]


Seterusnya Al-Khadzir berpesan :
'Amalkanlah dan jagalah baik-baik wirid ini dan jangan sesekali ditinggalkan. Amalkanlah pada setiap hari pada waktu pagi dan petang selepas solat Subuh dan solat Asar, walaupun sekali sehari.'
Maka aku pun berkata kepadanya lagi :
'Siapakah yang telah memberi 'hadiah' yang amat berharga ini kepada tuan?'
Lalu al-Khadzir menjawab :
' Yang memberikannya kepada ku ialah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم .'
Aku bertanya lagi:
'Terangkanlah kepada saya pahala (fadilat) mengamalkan wirid dan zikir ini.'
Jawabnya :
'Nanti bila kamu berjumpa (dalam mimpi) dengan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم  tanyalah kepadanya mengenai fadhilatnya. Beliau akan menerangkannya kepada mu!.'
Setelah Ibrahim At-Taimi mengamalkan wirid-wirid ini beberapa lama, dia telah bermimpi didatangi oleh beberpa orang malaikat yang membawanya ke syurga. Dia dapat melihat keindahan-keindahan di dalam syurga yang teramat mengagumkan dan teramat luar biasa. 
Beliau bertanya kepada para malaikat yang ada bersamanya:
'Untuk siapakah semuanya ini?'
Malaikat menjawab:
' Khusus untuk orang yang beramal seperti amalanmu'.
Ibrahim At-Taimi memetik dan menikmati buah-buahan di dalam syurga itu dan meneguk air mimumannya. Seterusnya Ibrahim At-Taimi menjelaskan lagi:
' Ketika itu datanglah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم bersama tujuh puluh (70) orang Nabi yang lain diapit oleh tujuh puluh (70) barisan para Malaikat, panjang setiap barisan laksana jarak antara timur dan barat.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم memberi salam kepadaku seraya memegang tanganku. Maka aku berkata kepadanya:
'Wahai Rasulullah! Al-Khidzir menerangkan kepada saya bahawa dia mendengar Hadis ini dari tuan! 
Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم menjawab:
'Ya benarkanlah Al-Khadzir! Benarkanlah Al-Khadzir!. Semua yang diceritakan kepada mu itu benar belaka. Dia adalah penduduk bumi yang sangat alim lagi zuhud. Dia adalah kepala (ketua) jamaah para abdal (ahli-ahli ibadat ). Dia adalah ketua Wali-wali Allah di bumi.'
Seterusnya aku bertanya lagi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم.
'Wahai Rasulullah', jika orang-orang yang menetapi amalan wirid-wirid ini, wal hal dia tidak dapat bertemu dengan Rasulullah (dalam mimpi), adakah dia akan beroleh pula apa-apa yang  telah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam  صلى الله عليه وسلم beri kepada ku?'
Rasululullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم  menjawab :
'Demi Tuhan yang mengutus aku menjadi Nabi dengan benar, sesungguhnya Tuhan akan memberinya kepada setiap orang yang beramal seperti ni, walaupun dia tidak pernah bermimpi berjumpa dengan ku dan tidak pernah bermimpi pergi melawat ke syurga. 
Tuhan akan mengampuni dosa-dosa besar yang telah dibuatnya dan akan menghilangkan kemurkaan seksaannya dan memerintahkan kepada Malaikat pencatat amalan kejahatan di sebelah kiri agar jangan mencatatkan kesalahan-kesalahan yang dibuatnya hingga setahun. Demi Tuhan yang telah mengutusku menjadi Nabi dengan sebenarnya bahawa orang-orang yang mengerjakan dan mengamalkan wirid-wirid ini adalah orang-orang yang ditakdirkan Allah kebahagiannya dan orang-orang yang meninggalkannya adalah orang-orang yang ditakdirkan-Nya celaka!."
Diriwayatkan Ibrahim At-Taimi pernah tidak makan dan tidak minum selama empat bulan. Dikatakan ini adalah salah satu fadilah mengamalkan wirid-wirid ni dan rohnya dapat melihat keindahan di dalam syurga dan menikmati kelazatan buah-buahan dalam syurga serta dapat bertemu dan berkata-kata dengan Rasululla shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam mimpi tersebut..Wallahu'alam.


Selesai sahaja membaca zikir dan wirid di atas adalah lebih afdhal jika dapat disusuli pula dengan doa penutup Nabi Allah Khadzir Alaihisalam الخِضِرْ عَلَيْهِ السَّلاَم sebagaimana berikut yang mengandungi inti pati ilmu yang amat mendalam lagi amat indah susunan kalimah-kalimahnya. Mudah-mudahan Allah sentiasa  melimpahkan nikmat, rahmat dan hidayah-Nya kepada sesiapa juga insan mukmin yang beristiqamah menghayati serta mengamalkan amalan wirid, zikir dan doa ini di sepanjang hayat. Bunyi kandungan dan maksud "Doa Nabi Allah Khadzir Alaihissalam" ini adalah sebagaimana berikut :

دُ عَاء الفرَج لِسَيِّدِنَا الخِضِرْ عَلَيْهِ السَّلاَم

                       بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

اَللَّهُمَّ كَمَا لَطَفْتَ فِى عَظَمَتِكَ دُونَ الَلُّطَفَاءِ وَعَلوْتَ بِعَظَمَتِكَ عَلَى الْعُظَمَاءِ، وَعَلِمْتَ مَاتَحْتَ أَرضِكَ كَعِلْمِكَ بِمَا فَوْقَ عَرْشِكَ، وَكَانَت وَسَاوسُ الصُّدُورِ كَاْلعَلاَ نِيَّة عِنْدَكَ ، وَعَلاَ نَّيِةُ اْلقَوْلِ كَالسِّر فِى عِلْمِكَ، وَانْقَادَ كُلُّ شَىْءٍ لِعَظَمَتِكَ، وَخَضَعَ كُلُّ ذِى سُلْطَانٍ لسُلْطَا نِكَ ، وَصَارَ أَمْرُ الدُّ نْيَا والاَخِرَةِ كُلُّه بِيَدِكَ. اِجْعَلْ لِى مِنْ كُلِ هَمٍ أَمْسَيْتُ فِيهِ فَرَجاً وَمَخرَ جاً.
 اللَّهُمَّ إِنَّ عَفَوَكَ عَنْ ذُنُوبِى،  وَتَجَاوزَكَ عَنْ خَطِيئتىِ، وَسِتْرِكَ عَلَى قَبِيحِ عَمَلِى، أَطْمَعي أَنْ أَسْأ لَكَ مَالاَ أَسْتَوْ جِبُهُ مِمَّا قَصَّرْتُ فِيهِ، أَدْعُوكَ اَمِنَاً وَأَسْأَ لُكَ مُسْتَأ نِسَاً. وَإِنَّكَ الْمُحْسِنُ إِليَّ، وَأَنَا الْمُسِئُ إلَى نَفْسِي فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَكَ، تَتَوَدَدُ إِليَّ بِنِعْمَتِكَ وَأَتَبَغَّضُ إلَيْكَ بِالْمَعَاصِيِ وَلَكِنَّ الثِّقَةَ بِكَ حَمَلَتْنِي علَى الْجرَاءَةِ عَلَيْكَ فَعُدْ بِفَضْلِكَ وَإحْسِانِكَ عَلَي إِنَّكَ أَنْتَ التَّوابُ الَّرَحِيمُ. وَصَلى الله ُعَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّدٍ و اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلمْ.


                 Maksud kandungan Do'a ini ialah :
"Ya Allah! , sebagaimana Engkau Amat Mengasihani kepada kebesaran Engkau tanpa ada bandingannya kasih sayang Engkau dan Engkau mengatasi dengan kebesaran Engkau ke atas kebesaran ( makhluk ) Engkau dan Engkau Amat Mengetahui barang apa yang di bawah bumi Engkau sebagaimana Engkau Amat Mengetahui dengan barang apa di atas 'Arasy Engkau, dan segala waswas dalam dada adalah seperti terdedah di sisi Engkau dan apa yang terdedah daripada kata-kata tidak tersembunyi pada Ilmu Engkau dan patuh setiap sesuatu kepada kebesaran Engkau dan tunduk setiap yang mempunyai kuasa kepada kekuasaan Engkau dan jadilah perkara dunia dan akhirat semuanya dalam kekuasaan Engkau, jadikanlah bagi ku daripada setiap dukacita yang aku berpetang-petang di dalamnya kelepasan. 
Ya Allah! , bahawasanya kemaafan Engkau daripada dosa-dosa ku dan keampunan Engkau akan kesilapan ku dan penutupan Engkau akan amalan buruk ku, Engkau kurniakan akan daku ketamakan untuk memohon kepada Engkau barang apa yang aku tidak layak mendapatkannya daripada barang apa yang aku cuaikan padanya. Aku berdo'a kepada Engkau dalam keadaan aman dan aku pohon  kepada Engkau dalam keadaan (kemesraan),  dan 
Engkaulah yang membuat kebaikan kepada ku dan akulah yang membuat keburukan kepada diri ku sendiri pada barang yang di antara aku dan Engkau. Engkau mengasihani aku dengan nikmat-nikmat Engkau, dan aku yang menyebabkan kemurkaan Engkau dengan segala maksiat ku tetapi kepercayaan dan keyakinan aku kepada Engkau membuatkan aku berani melakukan (maksiat) ke atas Engkau. Maka Engkau berikanlah dengan kelebihan belas ikhsan Engkau ke atas ku. Sesungguhnya Engkau Amat Menerima taubat dan Amat Mengasihani. Salawat serta salam ke atas Sayyidina Muhammad serta keluarga dan limpahan salam."
[  Sila Lihat: 


[#* Ada pendapat yang menjelaskan bahawa nama Nabi Khidzir a.s. ialah :  ABUL ABBAS (BALYA bin MALKAN bin Falikh bin Anbar bin Salakh bin Arfakhsyadz bin Sam bin NUH a.s. bin Lumakh bin Mutawasylikh bin IDRIS a.s. bin Yard bin Mahlail bin Qainan bin Yanasy bin SYITH a.s.  bin ADAM a.s.).]

Berikut adalah petikan daripada kitab Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali mengenai zikir AL MUSABBA-AT AL-'ASYARAH (المسبعات العشر ) Nabi Khadzir Alaihisalam  الخِضِرْ عَلَيْهِ السَّلاَم di atas  :


المسبعات العشر للخضر عليه السلام. فيها سعادة الدنيا ويوم الزحام
ــــــــــــــــــ
 عن كرز بن وبرة رحمه الله وكان من الأبدال قال ‏"‏ أتاني أخ لي من أهل الشام فأهدى لي هدية وقال‏:‏ يا كرز اقبل مني هذه الهدية فإنها نعمت الهدية ‏"‏ فقلت‏:‏ يا أخي ومن أهدى لك هذه الهدية قال‏:‏ أعطانيها إبراهيم التيمي قلت أفلم تسأل إبراهيم من أعطاه إياها قال‏:‏ كنت جالساً في فناء الكعبة وأنا في التهليل والتسبيح والتحميد والتمجيد فجاءني رجل فسلم علي وجلس عن يميني فلم أر في زماني أحسن منه وجهاً ولا أحسن منه ثياباً ولا أشد بياضاً ولا أطيب ريحاً منه فقلت يا عبد الله من أنت ومن أين جئت فقال‏:‏ أنا الخضر فقلت‏:‏ في أي شيء جئتني فقال‏:‏ جئتك للسلام عليك وحباً لك في الله وعندي هدية أريد أن أهديها لك فقلت‏:‏ ما هي قال‏:‏ أن تقول قبل طلوع الشمس وقبل انبساطها على الأرض وقبل الغروب سورة الحمد وقل أعوذ برب الناس وقل أعوذ برب الفلق وقل هو الله أحد وقل يا أيها الكافرون وآية الكرسي كل واحدة سبع مرات وتقول‏:‏ سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر سبعاً وتصلي على النبي صلى الله عليه وسلم سبعاً وتستغفر لنفسك ولوالديك وللمؤمنين والمؤمنات سبعاً وتقول‏:‏ اللهم افعل بي وبهم عاجلاً وآجلاً في الدين والدنيا والآخرة ما أنت له أهل ولا تفعل بنا يا مولانا ما نحن له أهل إنك غفور حليم جواد كريم رءوف رحيم سبع مرات وانظر أن لا تدع ذلك غدوة وعشية فقلت‏:‏ أحب أن تخبرني من أعطاك هذه العطية العظيمة فقال‏:‏ أعطانيها محمد صلى الله عليه وسلم فقلت‏:‏ أخبرني بثواب ذلك فقال‏:‏ إذا لقيت محمداً صلى الله عليه وسلم فاسأله عن ثوابه فإنه يخبرك بذلك فذكر إبراهيم التيمي‏:‏ أنه رأى ذات يوم في منامه كأن الملائكة جاءته فاحتملته حتى أدخلوه الجنة فرأى ما فيها ووصف أموراً عظيمة مما رآه في الجنة قال‏.‏ فسألت الملائكة فقلت‏:‏ لمن هذا فقالوا‏:‏ الذي يعمل مثل عملك وذكر أنه أكل من ثمرها وسقوه من شرابها قال‏:‏ فأتاني النبي صلى الله عليه وسلم ومعه سبعون نبياً وسبعون صفاً من الملائكة كل صف مثل ما بين المشرق و المغرب فسلم علي وأخذ بيدي فقلت‏:‏ يا رسول الله الخضر أخبرني أنه سمع منك هذا الحديث فقال‏:‏ صدق الخضر صدق الخضر وكل ما يحكيه فهو حق وهو عالم أهل الأرض وهو رئيس الأبدال وهو من جنود الله تعالى في الأرض فقلت يا رسول الله فمن فعل هذا أو عمله ولم ير مثل الذي رأيت في منامي هل يعطى شيئاً مما أعطيته فقال والذي بعثني بالحق نبياً إنه ليعطى العامل بهذا وإن لم يرني ولم ير الجنة إنه ليغفر له جميع الكبائر التي عملها ويرفع الله تعالى عنه غضبه ومقته ويأمر صاحب الشمال أن لا يكتب عليه خطيئة من السيئات إلى سنة والذي بعثني بالحق نبياً ما يعمل بهذا إلا من خلقه الله سعيداً ولا يتركه إلا من خلقه الله شقياً ‏"‏ وكان إبراهيم التيمي يمكث أربعة أشهر لم يطعم ولم يشرب فلعله كان بعد هذه الرؤيا‏.‏ فهذه وظيفة القراءة فإن أضاف إليها شيئاً مما انتهى إليه ورده من القرآن أو اقتصر عليه فهو حسن فإن القرآن جامع لفضل الذكر والفكر والدعاء مهما كان بتدبر كما ذكرنا فضله وآدابه في باب التلاوة‏
أورده الغزالي
نقرأ – كل من الآتي سبع مرات صباح ومساء والأفضل قبل 
الشروق وقبل الغروب

1
- الفاتحة
2-
قل أعوذ برب الناس
3-
قل أعوذ برب الفلق
4-
قل هو الله احد
5 -
قل يا أيها الكافرون
6-
آية الكرسي
7-
سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
8-
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين انك حميد مجيد
9-
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات
10-
اللهم افعل بي وبهم عاجلا وآجلا في الدين والدنيا والآخرة ما أنت له أهل , ولا تفعل بنا يا مولانا ما نحن له أهل , إنك غفور حليم جواد كريم رءوف رحيم 
ــــــ
اللهم أسعد أمة حبيبك صلى الله عليه وآله وسلم

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lihat :
 i.   المسبعات العشر لسيدنا للخضر عليه السلام

***********************************************************



 

فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا (65) قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (66) قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (67) وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا (68) قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا (69) قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلا تَسْأَلْنِي عَنْ شَيْءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا (70 

       Maksudnya :

" Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. (65)

Musa berkata (kepada Khadzir) : 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?'.(66)

Dia menjawab : 'Sesungguhnya kamu tidak sesekali akan sanggup sabar bersamaku. (67)

Dan bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?' (68)

Musa berkata : 'Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun'. (69) 
Dia berkata : 'Jika kamu mengikutku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepada mu'." (70)

                        [Al-Quran surah سورة الكهف al-Kahfi : 65-70 ]

                **********************************************

 إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِيِّ وَالإشْرَاقِ (18) وَالطَّيْرَ مَحْشُورَةً كُلٌّ لَهُ أَوَّابٌ (19)

Maksudnya :
" Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-ganang untuk bertasbih bersama dia ( Daud) pada waktu petang dan pagi."
                                [ Al-Quran سورة ص surah Shaad : 18 ]

                      ****************************************

 فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ (142) فَلَوْلا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (143) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (144)  

                   Maksudnya :

Maka ia ( Yunus) ditelan oleh IKAN besar dalam keadaan 'tercela'. (142 )
Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, ( 143)
nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. ( 144)

                  [ Al-Quran surah سورة الصافات Ash-Shaffat : 142-144 ]

                       *******************************

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:

إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ

      Maksudnya:  
"Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian." [HR al-Bukhari] 


BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...