Jumaat, 28 Oktober 2016

ALLAH DIKATAKAN BERJUZUK, MEMPUNYAI "TANGAN" DAN BERISTIWA' DI ATAS 'ARASY ( اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ ) ?



[Sambungan daripada : Nabi Ibrahim a.s. "Jahil " Ilmu Mengenal Allah? ]         
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
إِنَّ الْحَمْدَ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ باِللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيْئَاِتِ أَعْمَالِلنَا , مَنْ يَهْدِهِ اللهِ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ . وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
                                     أَمَّا بَعْـدُ  

 

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا   صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا                                 
هُوَ الَّذِى أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَـبَ مِنْهُ آيَـتٌ مُّحْكَمَـتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَـبِ وَأُخَرُ مُتَشَـبِهَـتٌفَأَمَّا الَّذِينَ فى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـبَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللَّهُوَالرَسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَـبِ     
                        Maksudnya :
"Dia-lah yang menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat (terang dan tegas), itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihaat (kesamaran maksud pengertiannya).
Adapun orang-orang yang di dalam hatinya condong kepada kesesatan maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, pada hal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: 'Kami beriman dengannya semuanya itu dari sisi Tuhan Kami.' Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orng yang berakal."
                       [Al-Quran surah سورة آل عمران Ali-'Imran : 71 ]

                                ****************************************
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ 
                            Maksudnya :
" Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." 
           [Al-Quran surah  ‎‎سورة النحل‎‎ An-Nahl : 43
                               ****************************************
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيَأْتِيَنَّ عَلَى أُمَّتِيْ مَا أَتَى عَلَى بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ حَذْوَ النَّعْلِ بِالنَّعْلِ حَتَّى إِنْ كَانَ مِنْهُمْ مَنْ أَتَى أُمَّهُ عَلاَنِيَةً لَكَانَ فِيْ أُمَّتِيْ مَنْ يَصْنَعُ ذَلِكَ وَإِنَّ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً، قَالُوْا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ
                           Maksudnya :  
"Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,: ‘Sungguh akan terjadi pada ummatku, apa yang telah terjadi pada ummat bani Israil sedikit demi sedikit, sehingga jika ada di antara mereka (Bani Israil) yang menyetubuhi ibunya secara terang-terangan, maka nescaya akan ada pada ummatku yang mengerjakan itu. Dan sesungguhnya Bani Israil berpecah menjadi tujuh puluh dua (72) millah, semuanya di neraka kecuali satu millah saja dan ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga (73) millah, yang semuanya di neraka kecuali satu millah.’ (Para sahabat) bertanya: ‘Siapa mereka wahai Rasulullah?’. Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: ‘Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya'. ”
    (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi )
******************************************************


Terlalu banyak permasalahan ilmu agama Islam berkaitan dengan akidah keimanan yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya dengan berkesan untuk menjadi pegangan iktiqad rasmi lagi sahih umat Islam. Sebahagian daripada permasalahan ini telah dibicarakan di dalam tajuk-tajuk lain dalam blog ini. Dalam tajuk ini tumpuan hanya diberikan tentang pemahaman terhadap 'TANGAN ALLAH' dan 'ALLAH BERISTIWA' DI ATAS 'ARASY' (عَرْش) yang sudah sekian lama dibicarakan dalam pelbagai media dan wadah tetapi masih belum dapat diselesaikan dengan berkesan dan masih menjadi kontrovesi umum umat Islam sejagat.      

Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang menyebut jika diterjemahkan secara bahasa luaran bererti 'Tangan Allah'. Antara ayat-ayat tersebut ialah :

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ  
                        Maksudnya :
i." Katakanlah: 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di Tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'." 
             [ Surah سورة آل عمران Ali 'Imran : 26
فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
                      Maksudnya : 
ii." Maka Maha Suci (Allah) yang di Tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan." 
                   [ Surah سورة يس Yaasiin : 83  
  إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
                       Maksudnya :
iii." Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar."
                             [ Surah  سورة الفتح‎‎ Al-Fath : 10
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ 
                              Maksudnya :
iv." Allah berfirman : 'Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku jadikan dengan kedua Tangan Aku. Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi ?' " 
                              [ Surah  سورةُ ص  Shaad : 75
وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالأرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ  
                Maksudnya :
v." Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam 'Genggaman-Nya' pada Hari Kiamat dan langit digulung dengan 'Tangan kanan-Nya'. Maha Suci Tuhan dan  Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka sekutukan."
                      [ Surah سورة الزمر‎‎  Az-Zumar : 67 ] 
إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ أَنْ تَزُولَا وَلَئِنْ زَالَتَا إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
                          Maksudnya :
vi.   " Sesungguhnya Allah 'menahan' langit dan bumi supaya jangan lenyap; dan sungguh jika keduanya akan lenyap tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."
                         [Surah سورة فاطر Faathir : 41 ] 

وَقالَتِ اليَهودُ يَدُ اللهِ مَغلولَةٌ ۚ غُلَّت أَيديهِم وَلُعِنوا بِما قالوا ۘ بَل يَداهُ مَبسوطَتانِ يُنفِقُ كَيفَ يَشاءُ ۚ وَلَيَزيدَنَّ كَثيرًا مِّنهُم ما أُنزِلَ إِلَيكَ مِن رَّبِّكَ طُغيٰنًا وَكُفرًا ۚ وَأَلقَينا بَينَهُمُ العَدٰوَةَ وَالبَغضاءَ إِلىٰ يَومِ القِيٰمَةِ ۚ كُلَّما أَوقَدوا نارًا لِّلحَربِ أَطفَأَهَا اللهُ ۚ وَيَسعَونَ فِي الأَرضِ فَسادًا ۚ وَاللهُ لا يُحِبُّ المُفسِدينَ

           Maksudnya :

vii." Orang-orang Yahudi berkata : 'Tangan Allah terbelenggu', sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian) , tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka.Dia menakahkan sebagaimana Dia kehendaki...." ( hingga akhir ayat )

                   [ Surah  سورة المائدة Al Maaidah : 64 ]

              
Terdapat juga beberapa Hadis Rasulullah s.a.w. yang diertikan pada bahasa luaran sebagai "Tangan Allah". Antaranya ialah :
« إن الله يقبض يوم القيامة الأرض وتكون السماوات بيمينه ثم يقول : أنا الملك »
                     Maksudnya : 
i.“Sesungguhnya Allah akan menggenggam bumi pada hari kiamat dan langit-langit berada di Tangan kanan-Nya, lalu berfirman : ‘Aku adalah Raja'.”
« يد الله ملأى لا يغيضها نفقة سحَّاء الليل والنهار »
                           Maksudnya : 
ii.“Tangan Allah selalu penuh, tidak kurang kerana memberi nafkah, dan selalu dermawan baik malam mahupun siang”.
iii. Dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah رضي الله عنه tentang Hadis syafaat, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
فَيَأْتُونَ آدَمَ فَيَقُولُونَ يَا آدَمُ أَنْتَ أَبُو الْبَشَرِ خَلَقَكَ اللَّهُ بِيَدِهِ وَنَفَخَ فِيكَ مِنْ رُوحِهِ وَأَمَرَ الْمَلاَئِكَةَ فَسَجَدُوا لَكَ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ... (متفق عليه 
                     Maksudnya :
"Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: ... Mereka menemui Adam dan berkata: 'Wahai Adam engkau adalah bapaknya manusia, Allah telah menjadikan engkau dengan Tangan-Nya, 'meniupkan' roh dalam dirimu, dan Allah telah memerintahkan para malaikat untuk bersujud kepadamu, mintakanlah syafa'at untuk kami kepada Tuhanmu…' [HR. Bukhari Muslim]

            iv.Dari Abu Hurairah رضي الله عنه berkata: 
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَسُبُّ ابْنُ آدَمَ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ بِيَدِيَ اللَّيْلُ وَالنَّهَار. (متفق عليه
                         Maksudnya :
"Aku pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Allah سبحانه وتعالى berfirman: 'Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa. Siang dan malam berada di Tangan-Ku. [HR. Bukhari Muslim]
v. Dari Musa al-‘Asyari رضي الله عنه, berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوْبَ مَسِيْءَ النَّهَارِ وَبِالنَّهَارِ مَسِيْءَ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا. (رواه مسلم عن أبي موسى الأشعري
                             Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah ta’ala membentangkan Tangannya pada malam hari untuk menerima taubat orang di siang harinya, dan di siang harinya (untuk menerima) taubat orang di malam harinya  hingga matahari terbit dari arah tenggelamnya." [HR. Muslim]
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: « الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ يَمِينَ اللّهِ فِي الْأَرْضِ يُصَافِحُ 
بِهَا عِبَادَهُ »

:Maksudnya                   
vi."Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: 'Hajar Aswad adalah 'tangan kanan' Allah di bumi yang dengannya Allah menjabat tangan hamba-hamba-Nya'."

Nas-nas yang dipaparkan ini dijadikan hujah oleh golongan yang berfahaman bahawa Allah itu memang mempunyai "Tangan". Oleh itu mereka mendakwa nas-nas ini hendaklah diyakini kesahihannya dan diimani sepenuhnya. Dikatakan juga kalimah ini terjumlah sebagai kalimah yang kesamaran maksudnya atau "mutasyabihah". Rujukan ayat al-Quran سورة آل عمران surah Ali 'Imran ayat 7 digunakan sebagai hujah bagi melarang umat Islam memberikan takwil terhadap kalimah tersebut. 

Justeru sesiapa  yang mengingkarinya boleh menyebabkan pegangan akidah keimanannya rosak dan terbatal. Orang-orang awam dilarang bertanya lebih lanjut tentang bagaimana "Tangan Allah". Adalah memadai bagi mereka hanya mempercayai dan beriman kepada ayat tersebut sahaja. Bagaimana hal dan keadaan "Tangan Allah" itu adalah mengikut kehendak-Nya bersesuaian dengan kebesaran dan kemuliaan-Nya. Pemahaman ini disokong dan dikunci pula dengan ayat al-Quran surah سورة الشورى  Asy-Syuura ayat 11:
 فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ                   
                       Maksudnya : 
" (Dia) yang mengadakan langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu sendiri berpasang-pasangan (pula), dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan itu, kamu semua berkembang biak. Allah SWT itu tiada seperti seumpama 'SESUATU' apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat." 
Maka orang-orang awam terus akur atau 'terpaksa' mempercayai dan meyakini dengan alasan-alasan dan hujah-hujah yang diberikan walaupun di dalam minda dan hati mereka mungkin kerap tertanya-tanya untuk mendaptkan jawapan yang lebih pasti tanpa uas-uas dan ragu-ragu akan hakikat sebenar maksud kalimah yang diertikan pada bahasa luaran sebagai "Tangan Allah"

         Hanya ilustrasi hiasan sahaja memperlihat dewa kepercayaan fahaman Hinduisme 

Tidak disebut atau dinamakan "tangan" jika sesuatu itu tidak mempunyai organ berbentuk sama seperti tangan manusia atau makhluk-makhluk lain yang seumpama dengannya. Justeru berbagai-bagai persoalan pasti terbit sama ada secara nyata atau terpendam di dalam hati sahaja untuk memahami apakah yang dimaksud dengan "Tangan Allah " ini. Berbagai persoalan mungkin akan terbit. Antara soalan-soalan lazim yang terlintas di benak orang-orang awam tentang masalah ini ialah:
i.  Berapa banyakkah "tangan Allah". Adakah "tangan Allah" itu sama seperti tangan manusia. Adakah setiap "tangan Allah" itu mempunyai jari-jemarinya yang sama seperti manusia?. Jika ia tidak menyamai tangan manusia , maka tak layak dinamakan tangan. 
ii.  Sebesar manakah "tangan Allah"?  
iii. Adakah Allah mengadakan sesuatu menggunakan tangan-Nya? 
iv. Adakah "tangan Allah" itu sentiasa bergerak atau diam atau kedua-duanya sekali? 
Demikianlah hal keadaan minda manusia awam yang sentiasa berlegar-legar memikirkan hal keadaan apa jua perkara yang diajarkan kepada  mereka, lebih-lebih lagi dalam bab ketuhanan yang diperkatakan pada setiap masa oleh semua golongan manusia sama ada para ulamak, guru-guru agama, agamawan, orang-orang awam yang jahil agama termasuk orang-orang kufur yang mengingkari Allah, Rasul, Kitabullah dan Hari Akhirat. Maka tidak menghairankan jika terdapat di kalangan orang-orang awam yang menggambarkan atau dalam khayalan fantasi minda mereka bahawa Tuhan itu mempunyai tangan, kaki, mata, telinga, kepala dan sebagainya sebagaimana yang dicetuskan dan difahami dalam pemikiran falsafah keagamaan golongan orang-orang kufur yang tidak beriman kepada Allah, Rasul-Nya, Hari Akhirat dan  Kitabullah.

Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullah s.a.w adalah pedoman serta panduan hidup bagi kesejahteraan dan keselamatan hidup umat Islam dan manusia sejagat. Segala kandungan ilmu yang terdapat di dalamnya adalah sahih, selari dan tidak berlawanan atau bercanggah antara satu sama lain. Jika terdapat ayat-ayat yang seolah-olah bertentangan atau bercanggah dengan ayat-ayat yang lain, maka para ilmuan Islam wajar bangkit segera memperjelaskan dengan segera hakikat sebenar maksud ayat tersebut agar ia tidak menjadi fitnah agama yang boleh menyebabkan orang-orang awam keliru dan terpesong pemahaman akidah keimanan mereka. 

Bagi memahami pengertian di sebalik kalimah dan kosakata "Tangan Allah" dan "Allah Beristiwa di atas 'Arasy"  kata kunci berikut wajar difahami dan dijadikan panduan :

i. Kalimah QADIM ( قديم ) :  
Di dalam pengajian Ilmu At-Tauhid kalimah ini hanya boleh digunakan khusus kepada Allah sahaja iaitu untuk menerangkan Zat (Diri) dan Sifat-Sifat Allah sahaja yang tidak sesekali menyamai segala sesuatu dalam apa jua hal, jalan dan caranya sekalipun tanpa misal , ibarat dan umpama. Pengertian ini boleh diringkaskan maksudnya seperti berikut  :
 "Allah itu tidak sesekali menyamai makhluk-makhluk-Nya dalam apa jua jalan, hal, cara dan bagaimana sekalipun tanpa kaifiat, misal, ibarat, umpama dan bandingan. Allah hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim, Dia Berkuasa dengan Qadrat-Nya yang Qadim, Dia Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim, Dia Berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim, Dia Mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim, Dia Melihat dengan Penglihatan-Nya yang Qadim dan Dia Berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim (tanpa huruf dan tanpa suara) dan bukan semata-mata Zat-Nya sahaja yang Qadim.

Bahkan Dia berbuat sesuatu tidak dengan anggota, dan mengadakan sesuatu tidak dengan alat, kerana keadaan Allah Taala itu tidaklah sesekali menyamai segala keadaan makhluk atas jalan mana sekalipun, sebagaimana juga Zat Allah Taala itu tidak sesekali menyamai segala zat makhluk ( segala barang sesuatu yang diadakan oleh-Nya). 

ii.  Kalimah  MAKHLUK  ( مَخْلـوق ) :
Makhluk adalah semua barang atau setiap sesuatu yang ada, iaitu seperti sekalian manusia, jin, syaitan, malaikat, langit, bumi,'Arsay, Kursi, syurga, neraka, bintang-bintang, gunung-ganang, bukit-bukau, pokok-pokok, batu-batan segala jenis kebendaan, segala khasiat benda-benda dan kekuatannya, segala barang yang didapati oleh lintasan-lintasan hati, segala barang yang didapati/diketahui melalui segala pancaindera yang lima, segala jenis cahaya, rupa, warna, masa, tempat, lapang, padu, suara, sunyi-sepi, huruf, bilangan, ukuran, sukatan, gerak, diam dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.  Kesemuanya adalah barang yang baharu iaitu barang/sesuatu yang diadakan oleh Allah SWT dengan Qadrat yang Qadim berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali daripada semata-mata tidak adanya barang-barang itu sama sekali kepada adanya barang itu diadakan oleh Allah SWT.
Diringkaskan pengertian "makhluk" ini dengan istilah Jirim, Jisim, Jauhar Muraqab,  Jauhar Firid dan  'Aradh. Manakala Sifat dan Zat Allah yang Qadim itu diringkaskan rumusan maksudnya dengan kata-kata bahawa Allah itu BUKAN Jirim, bukan Jisim, bukan Jauhar Muraqab, bukan Jauhar Firid dan bukan 'Aradh.

Lihat :
i. Perbezaan Perbuatan Allah Dengan Perbuatan Makhluk
ii. JIRIM, JISIM, JAUHAR dan 'ARADH
iii. ALLAH MENGADAKAN SESUATU DENGAN QADRAT-NYA

Setelah memahami kata kunci ini barulah kita telitikan pula huraian seterusnya.
Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الأعراف‎‎ Al-A'raaf ayat 180 memberikan peringtan :

وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
                  Maksudnya : 
"Allah mempunyai  'Asma' Ul-Husna (nama-nama Allah yang sangat indah)maka bermohonlah kepada-Nya dengannya dengan menyebut  'Asma' Ul-Husna' itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."                
Berpandukan peringatan Allah ini kita teliti pula nama-nama Allah yang indah dalam Asma' Ul-Husna  أسماء الله الحسنى, yang mudah-mudahan dapat memberikan penjelasaan kaitannya dengan maksud "Tangan Allah" ini :

       i. AL-KHALIK  الخالق

Yang Mengadakan segala barang yang ada daripada tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya, dan sesungguhnya Ia mentakdirkan tiap-tiap satu daripadanya itu dengan sukatan yang tertentu dengan Kehendak-Nya menurut Hikmat-Nya “atau” yang mentakdirkan bagi segala sesuatu.

       ii. AL-BARIU`  البارئ

Yang mengadakan bagi segala sesuatu di atas ketiadaan contoh misal yang lalu.

       iii. AL-MUSAWUWIR    المصور

Yang mengadakan bagi segala rupa makhluk dan Yang Memperhiaskan, “Memperelokkan” dan yang mengaturkan susunan baginya.

       iv. AR-RAZZAQ  الرزاق

Yang Memerintahi mengadakan rezeki, Yang Amat Murah pengurniaan-Nya dengan menyampaikannya kepada hamba.
        v. AS-SAMI-OU  السميع, vi. AL-BASHIR  البصير 

:  اَلْبَصِيْرُ/ اَلسَّمِيْعُ
اَلمُتَّصِفُ اَزَلًا بِالسَّمْعِ وَالبَصَرُ لِجَمِيعِ المُوجُودَاتِ بِدُونِ حَاسَّةٍ وَآلَةٍ لِتَنَزُّهِهِ تَعَالَى عَنْ مُشَابَهَةِ الحَوَادِثِ فَلَا يَعْزُبُ عَنْ رُؤْيَتِهِ هَوَاجِسُ الضَّمِيرِ وَخَفَايَا الوَهْمِ وَالتَّفْكِيرِ وَلَا يَشُذُّ عَنْ سَمْعِهِ دَبِيْبُ النَّمْلَةِ السَّودَاءِ فِي الَّليْلَةِ الظَّلْمَاءِ عَلَى الصَّخْرَةِ الصَّمَّاءِ. " لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيْرُ

            اَلسَّمِيْعُ
           اَلْبَصِيْرُ
Makna السميع dan اَلْبَصِيْرُ :
Yang Amat Mendengar lagi Yang Amat Melihat pada Azal bagi semua barang yang ada, bukan dengan pancaindera yang lima dan bukan dengan alat kerana Maha Suci (yakni tidak sesekali) Allah Taala itu menyamai segala barang yang baharu maka tiada terselindung daripada Pendengaran-Nya itu segala barang yang dilintaskan oleh hati dan segala barang yang disembunyikan oleh sangkaan-sangkaan dan pemikiran-pemikiran. 
Maka tiada terselindung daripada Penglihatan-Nya oleh perjalanan semut hitam pada malam yang sangat gelap di atas batu pejal yang amat hitam. “Tidak seperti seumpama-Nya, suatu apa pun" dan Dia Yang Amat Mendengar lagi Yang Amat Melihat”.
 vii. AL-'AZHIM :  العظيم
Yang Amat Mempunyai Kebesaran yang tiada dapat diketahui oleh akal akan hakikat Zat-Nya dan tiada dapat diketahui akan hakikat Kemuliaan Zat-Nya oleh mata hati.

       viii. AL-'ALI:   العلي

Yang Maha Tinggi yang sehabis-habis tinggi pada ketinggian Martabat-Nya , “atau” Yang Maha Tinggi Martabat-Nya pada Zat-Nya dan pada Sifat-sifat-Nya daripada dapat diketahui oleh sekalian makhluk dengan hakikat Zat-Nya dan hakikat Sifat-sifat-Nya.

     xi. AL-HASIB:    الحسيب

Yang Amat Mencukupi dan tiap-tiap kecukupan itu hanya daripada Allah SWT sahaja.

       x. AL-JALIL:   الجليل

Yang Amat Sempurna pada segala Sifat-Nya yakni segala Sifat-Nya pada Asma'-Ullah-Al-Husna yang tiada terhingga banyaknya itu. “Atau” Yang Amat Sempurna pada Kemuliaan dan Kesempurnaan dan Kebesaran dan Ketinggian Martabat pada semua Sifat-Nya yakni sama ada pada Sifat Hayat-Nya atau Sifat Qudrat-Nya atau Sifat Ilmu-Nya atau Sifat Iradat-Nya atau Sifat Sama'k-Nya atau Sifat Basar-Nya atau Sifat Kalam-Nya.

      xi. AL-QAWIY :القوي

      Yang Amat Sempurna pada kekuatan, maka tiada Ia lemah sama sekali.

      xii. AL-MATIN:  المتين

Yang Amat Bersangatan Kuat, maka tidak Ia daif sama sekali “atau” tiada mengenai lemah sama sekali.

        xiii. AL-MUBDI'U:   المبدئ

Yang Mengadakan Permulaan sesuatu daripada tidak ada kepada ada dengan tidak berasal daripada apa-apa pun.

        xiv. AL-HAYU:  الحي

Yang Ada bagi-Nya Al-Haiyat yang hidup yang selama-lama-Nya hidup yang berkekalan tiada mengenai mati,  hidup yang tiada bagi-Nya permulaan dan tiada bagi-Nya kesudahan.
[Peringatan : Bahawasanya hidup Allah SWT dengan Hayat-Nya yang Qadim tidak dengan roh dan tidak dengan apa-apa barang apa yang terlintas di hati dan fikiran hamba-hamba Allah,  kerana hidup Allah tiada menyamai dengan hidup makhluk-makhluk. Maka hidup Allah tidak ada bandingannya dan tidak ada misalnya dan tidak ada umpamanya dengan hidup makhluk-makhluk Allah,  maka lemah daripada mendapat ketahui akan hakikat hayat Allah SWT itu, itulah mendapat (memahami).]
       xv.  AL-WAHID ( الواحد) , xvi. AL-AHAD ( الاحد)
Dia (Allah) sahaja Yang Mempunyai sifat Ketuhanan dan Memiliki pada semua perkara,  maka tidak ada sesuatu apa pun yang menyekutui bagi-Nya pada kedua-duanya itu ( yakni pada sifat ketuhanan dan sifat pemilikan tiap-tiap suatu ). Dikehendaki juga dengan makna AL-WAHIDU itu pula tiada juzuk bagi-Nya (Zat Allah) dan tiada menerima bahagi-bahagi dan tiada menerima sukatan pada besar, kecil, panjang dan lebar dan terkadang dikehendaki maknanya AL-WAHIDU itu ialah (Allah) Yang Tiada Bandingan bagi-Nya sesuatu apa pun pada martabat-Nya.

        xvii. AL-QADIR:القادر  dan    xviii.  AL-MUQTADIR : المقتدر

Yang Amat Berkuasa Yang Mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna.
Adalah didapati tidak terdapat sebarang kalimah "Tangan Allah" dalam Asma' Ul-Husna ini. Apa yang jelas lagi nyata ialah "Qadrat", "Kekuasaan" dan "Kesempurnaan " Sifat dan Zat Allah yang Qadim lagi Azali serta Zat-Nya yang tidak sesekali menyamai zat sekalian makhluk dan segala sesuatu yang tidak sesekali dapat diketahui akan hakikat dan kemuliaan Zat Allah oleh kesemua makhluk-Nya.

Lihat :

Asma' Ul Husna 

Setelah kita meneliti sebahagian pati Ilmu At-Tauhid yang terdapat dalam Asma' Ul-Husna kita baca dan fahami pula Hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan bahawa Allah Taala Memuji Diri-Nya sendiri pada setiap hari : 
" Bahawa Allah Taala memuji diri-Nya sendiri tiap-tiap hari, Firman-Nya :

إني أنا الله  

رب العالمين، إني أنا الله لا إله إلا انا، الحي القيوم، اني انا 

الله لا إله إلا انا العلي العظيم، اني انا الله لا إله إلا أنا لم ألد 

ولم أولد، اني انا الله لا إله إلا انا  العفو الغفور، إني أنا الله

لا إله إلا أنا مبدئ كل شئ والي يعود، العزيز الحكيم

الرحمن 

الرحيم مالك يوم الدين خالق الخير والشر خالق الجنة 

والنار  

الواحد الأحد الفرد الصمد الذي لم يتخذ صاحبة  ولا ولدا 

الفرد الوتر عالم الغيب والشهادة الملك القدوس السلام 

المؤمن المهيمن العزيز الجبار المتكبر الخالق البارئ 

المصور الكبير المتعالي المقتدر القهار الحليم الكريم اهل

الثناء والمجد اعلم السر وأخفى القادر الرزاق فوق الخلق 

والخليقة. 

فمن دعا بهن كتب من الساجدين المخبتين الذين يجاورون 

محمدا وابراهيم وموسى وعيسى والنبيين صلوات الله عليهم  

في دار الجلال وله ثواب العابدين في السموات والارضين 

وصلى الله على محمد وعلى كل عبد مصطفى

"Dan ertinya meriwayatkan oleh Ali Bin Ali Talib r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. , bahawasanya ia bersabda:
Bahawasanya Allah SWT memuji Diri-Nya sendiri tiap-tiap hari dan Ia berfirman :
'Bahawasanya Aku ialah Allah Tuhan yang memiliki sekalian alam. 
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku yang hidup lagi sentiasa ada dan selama-lamanya ada.  
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku, Yang Maha Tinggi Martabat lagi yang Amat Mempunyai Kebesaran. 
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku, tiada Aku beranak dan tiada Aku diperanakkan.  
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku,Yang Amat Memaafi lagi Amat Mengampuni. 
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku yang mengadakan permulaan tiap-tiap sesuatu dan kepada di bawah pentadbiran milik Aku ia kembali, Yang Amat Mempunyai Kekuatan dan Yang Amat Mempunyai Hikmat,  Yang Amat Pemurah lagi Yang Amat Mengasihani, yang memiliki hari agama (yakni Hari Kiamat besar),  
yang mengadakan kebajikan dan kejahatan, yang mengadakan syurga dan neraka, yang tiada menyamai sesuatu lagi yang tiada mempunyai juzuk lagi yang Ia sahaja yang ada mempunyai sifat ketuhanan, yang berhajat semua makhluk kepada-Nya kerana kesempurnaan Qadrat-Nya lagi yang tiada menjadikan bagi-Nya isteri dan anak, yang tiada mempunyai lawanan,  
yang tiada mempunyai pasangan, Yang Amat Mengetahui segala perkara yang ghaib dan segala perkara yang tiada ghaib,  
Yang Amat Mempunyai pemilikan dan kesultanan lagi Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan segala ketandaan baru [ seperti masa dan tempat ] , 
Yang Amat Sejahtera daripada segala kekurangan yang membenarkan Diri-Nya dan Rasul-Nya dan kitab-kitab-Nya, lagi Yang Amat Mengetahui yang tiada tersembunyi daripada ilmu-Nya kadar sebesar debu jua pun, 
Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Kekerasan lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran, 
yang mengadakan sesuatu daripada tiada kepada ada dengan Qadrat-Nya lagi yang mengadakan bagi segala barang sesuatu dengan tiada contoh misal yang lalu lagi yang mengadakan segala rupa sekalian makhluk dan memperelokkan baginya, 
Yang Amat Mempunyai Kebesaran, Yang Maha Suci daripada segala sifat-sifat makhluk, Yang Amat Tinggi Martabat,  yang tiada mengenai sama sekali segala kekurangan, 
yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna lagi yang mengalahkan bagi semua makhluk, 
yang tiada bersegera membalasi seksa di atas kesalahan, lagi Yang Amat Baik. 
Ahli kepercayaan dan kemuliaan. Aku mengetahui perkara yang tersembunyi dan barang yang lebih tersembunyi, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna, yang mengadakan rezeki hamba-hamba-Nya dan segala makhluk'. "
Ternyata kalimah-kalimah yang terkandung di dalam Hadis Qudsi ini pun tidak terdapat sebarang kosa kata yang bermaksud dan menyebut secara khusus tentang "Tangan Allah." 

Lihat :

Maksud Hadis Allah Memuji Diri-Nya Sendiri

Pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah adalah seperti yang diperjelaskan  di dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Pada Makna Syahdat At-Tauhid sebagaimana berikut:
".....Bahkan Allah SWT itu ialah yang awal yang tiada berawal bagi-Nya, Dia-lah yang akhir yang tiada berakhir bagi-Nya, Dia-lah yang zahir ertinya Al-A'ali (العالي) yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan dan tidak sesekali Allah SWT itu menyamai dengan segala apa juga barang yang diadakan oleh-Nya. Dia-lah yang batin bererti : Al-Muhtajibu A'nil-Hawasi Bihajbi Kibria-ihi ( المحتجب عن الحواس بحجب كبريائه) yakni ialah yang terdinding daripada segala pendapatan pancaindera yang lima dengan dindingan kebesaran dan kemuliaan-Nya dan Allah SWT itu dengan tiap-tiap sesuatu Ia Amat Mengetahui. 
Bahawasanya Allah Subhanahu Wata'ala itu Ia-Nya bukan suatu benda, bukan suatu barang, bukan suatu bangsa, bukan suatu jenis, bukan di luar sesuatu, bukan di dalam sesuatu, bukan bercampur dengan sesuatu, bukan meliputi sesuatu dan tidak sekali-kali Allah SWT itu menyamai dengan segala apa jua barang yang diadakan oleh-Nya atas apa jua jalan sekalipun; dan tidak Allah Taala itu menyamai sesuatu, dan tidak sesuatu apa pun yang ada menyamai Tuhan; .......
.....Sesungguhnya Allah Melihat tidak seperti sekalian makhluk melihat, bahkan Allah Melihat tidak dengan mata, Dia Mendengar tidak dengan telinga yang sebagaimana juga dia mengetahui tidak dengan hati, berbuat sesuatu tidak dengan anggota dan mengadakan sesuatu tidak dengan alat kerana keadaan Allah SWT itu tidaklah sama sekali menyamai dengan segala keadaan makhluk atas jalan mana pun. Begitu juga Zat Allah SWT itu tidak sekali-kali menyamai dengan segala zat makhluk......"
Lihat :
 
Terjemah Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Pada Makna Syahdah At-Tauhid

Segala nas yang dijadikan asas hujah mengenai pengertian dan konsep "Tangan Allah" ini adalah untuk memberikan pemahaman bahawa Allah itu bukan makhluk dan tidak sesekali mempunyai anggota tangan seperti makhluk-makhluk-Nya. Pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah tersebut dapat disimpulkan dengan kata-kata bahawa :

واذا كانت له هذه الصفات كان حيا عالما قادرا مريدا سميعا بصيرا متكلما بالحياة والقدرة والعلم والارادة والسمع والبصر والكلام لا بمجرد الذات 
                       Maksudnya :
"Allah SWT itu Ia-Nya yang Hidup, yang Berilmu, yang Berkuasa, yang Berkehendak, yang Mendengar, yang Melihat dan yang Berkata-kata. 
Dia Hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim, Dia Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim, Dia Berkuasa dengan Qadrat-Nya yang Qadim, Dia Berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim, Dia Mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim, Dia Melihat dengan Penglihatan-Nya yang Qadim dan Dia Berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim dan tidaklah semata-mata Zat-Nya sahaja (yang Qadim).
Maksud "Tangan Allah" adalah merujuk atau dikiaskan kepada hal-hal tertentu yang ada pada diri manusia atau makhluk-mahkhluk Allah yang berkenaan itu sendiri bermaksud supaya manusia itu mudah memahaminya. Manusia dikurniakan Allah dengan anggota tangan yang serba sempurna untuk melakukan dan berbuat sesuatu sebagai makhluk manusia. Pergerakan tangan manusia itu pula tidak berfungsi secara berasingan tetapi berkait rapat dengan anggota-anggota badan dan organ-organ lain yang mempunyai fungsi tertentu seperti mata, otak, telinga, kaki, saraf dan sebagainya melalui proses pencernaan yang amat halus lagi rumit secara dalaman yang saling berkaitan sebelum tangan melakukan sesuatu tindakan. Ringkasnya dengan adanya anggota tangan manusia mempunyai 'kuasa' melakukan sesuatu yang terbit di hatinya sebagai insan manusia yang amat terbatas keupayaannya.

Apabila disebut "tangan kanan" manusia, ia adalah merujuk kepada kemuliaan tangan kanan yang lebih afdhal dari "tangan kiri". Maka dikiaskan "tangan kanan" Allah pada Hajar Aswad adalah dalam konteks kemuliaannya sahaja di sisi Allah kerana Hajar Aswad itu didatangkan khas dari syurga yang amat dimuliakan. Ia tidak ada kaitan atau kena mengena langsung bagi menjelaskan bahawa Allah itu mempunyai tangan seperti makhluk-Nya. 

Apa jawab kita jika dikatakan seseorang itu 'bodoh seperti lembu'?. Sudah past kita menjawab bahawa kata-kata ini hanya kalimah sindiran/kiasan sahaja terhadap seseorang manusia yang sangat bodoh hingga tak boleh berfikiran secara rasional terhadap sesuatu perkara yang mudah. Ia tidak sesekali bermaksud orang itu bertukar menjadi haiwan lembu.

Begitu juga jika dikatakan bahawa pemerintah di sesebuah negara itu menggunakan sistem pemerintahan 'Kuku Besi', nescaya amat mudah kita memahaminya bahawa sistem pemerintahan di negara tersebut amat keras lagi zalim dan tidak berperi kemanusiaan kepada rakyat jelata. Tidak berbangkit langsung peri hal khusus mengenai bentuk kuku dan jenis besi yang digunakan.

Orang yang mempunyai tahap keilmuan yang tinggi lagi mendalam amat memahami apabila membaca Firman Allah yang menyebut kalimah yang bermaksud 'Tangan Allah'. Dia memahami dan terus merujuk kepada "Kekuasaan" dan "Qadrat" Allah yang tidak sesekali menyamai qadrat atau kekuasaan tangan manusia dalam segala hal, tanpa misal, tanpa umpama, ibarat dan tanpa bandingan dengan sesuatu apa jua pun. Kata-kata ini disimpulkan dengan ungkapan kata : 
"Allah Mengadakan sesuatu dengan Qadrat-Nya yang Qadim lagi Azali."
Oleh itu adalah amat bertepatan jika kalimah 'Tangan Allah' itu dimaksudkan terus serta difahami sebagai 'Qadrat' atau 'Kekuasaan' Allah yang Qadim lagi Azali. 

Permasalahan mengenai kalimah yang bermaksud "ALLAH ISTIWA' ATAS 'ARASY" yang banyak disebut di dalam al-Quran telah menimbulkan berbagai-bagai kontrovesi dan persepsi keilmuan yang membawa kepada perpecahan pemahaman akidah keimanan umat Islam sejagat sejak sekian lamanya. Antara ayat-ayat al-Quran yang menyebut kalimah ini ialah :

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا 
               Maksudnya : 
i." Yang mengadakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari, kemudian Dia "Beristiwa'" di atas 'Arasy, (Dia-lah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah tentang itu kepada Yang Maha Mengetahui."
                 [Surah  سورة الفرقان‎‎ Al-Furqan : 59 ] 
 إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
                          Maksudnya :
ii." Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah mengadakan langit dan bumi dalam enam (6) hari, lalu Dia "Beristiwa' di atas" 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diadakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, mengadakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam."                                                                                                                  [Surah Al-A'raaf سورة الأعراف‎‎  : 54 ] 
 إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ
                         Maksudnya : 
iii." Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Mengadakan langit dan bumi dalam enam (6) hari, kemudian Dia "Beristiwa di atas" 'Arasy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorang pun yang akan memberi syafa'at kecuali sesudah ada keizinan-Nya.(Zat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka ibadatkanlah  Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil iktibar?"
                        [ Surah سورة يونس‎‎  Yunus : 3 ] 

Maksud yang hampir bersamaan dengan ayat-ayat al-Quran di atas terkandung juga dalam surah-surah سورة الرعد Ar-Ra'd : 2سورة السجدة As-Sajadah : 4, سورة طه Thahaa: 5  dan سورة الحديد‎ Al-Hadid :4.

Di dalam beberapa Hadis Rasulullah s.a.w. ada juga menyebut tentang "Allah Beristiwa' di atas" 'Arasy. Antaranya ialah:
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w. memegang tangannya (Abu Hurairah) dan berkata:
يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، إِنَّ اللهَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرَضِيْنَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِيسِتَّةِ أَيَّامٍ، ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ   
                         Maksudnya :
i. Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya Allah menjadikan langit dan bumi serta apa-apa yang ada di antara keduanya dalam enam (6) hari, kemudian Dia "Beristiwa' di atas" ‘Arsy .” (HR. An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra) 
Hadis daripada Qatadah bin An-Nu’man r.a. bahwa ia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَمَّا فَرَغَ اللهُ مِنْ خَلْقِهِ اسْتَوَى عَلَى عَرْشِهِ
                         Maksudnya : 
ii.“Ketika Allah selesai menjadikan, Dia "Beristiwa' di atas" ‘Arsy-(Diriwayatkan oleh Al-Khallal dalam As-Sunnah, dishahihkan oleh Ibnul Qayyim dan Adz-Dzahabi berkata: Para perawinya tsiqah)
فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ 
                       Maksudnya : 
iii.“Maka jika kalian meminta kepada Allah, mintalah al-Firdaus, kerana sungguh ia adalah syurga yang paling tengah dan paling tinggi. Di atasnya 'Arasy Ar-Rahman, dan daripadanya sungai-sungai syurga mengalir.” (HR. Al-Bukhari)
Terdapat juga riwayat yang menceritakan bahawa ketika Khalifah Abu Bakr As-Siddiq sedang uzur sakit dia menjelaskan mengenai 'Arasy seperti berikut yang bermaksud :
         ".......Dan kata Sa'id bin Al-Masib : 
Tatkala sakit tenat Abu Bakar r.a. datang orang-orang daripada para sahabat, lalu mereka berkata:  'Wahai Khalifah Rasullullah s.a.w., perbekalkan kami, bahawasanya kami lihati engkau barang apa yang ada dengan hal engkau (sakit)'.   Maka kata Abu Bakar r.a.:
فقال ابو بكر: من قال هؤلاء الكلمات ثم مات جعل الله    روحه في الأفق المبين، قالوا وما الافق المبين؟ قال قاع بين يدي العرش فيه رياض الله وانهار يغشاه كل يوم مائة رحمة فمن قال هذا القول جعل الله روحه في هذا
المكان .
                     Maksudnya: 
"Barangsiapa membaca do'a ini kemudian ia mati nescaya Allah Taala tempatkan rohnya itu di al-Ufukil Mubin (الافق المبين)
Mereka berkata mereka: Apa dia al-Ufukil Mubin? Jawabnya: Satu tempat di hadapan 'Arasy terdapat (di dalamnya) taman-taman dan sungai-sungai di mana turunnya setiap hari seratus (100) rahmat. Maka barangsiapa membaca do'a ini nescaya Allah tempatkan rohnya di tempat ini.” 
Lihat :

Doa Khalifah Abu Bakr As-Siddiq r.a. Ketika Sakit

Firman Allah di dalam al-Quran ada memberikan gambaran umum tentang kemuliaan dan keluasan 'Arasy.  Di antara ayat-ayat  yang menyebut hal ini ialah :
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ
شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ
وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ 
                               Maksudnya : 
i." (Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : ' Ya Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala'."
                     [Surah  سورة المؤمن  Al-Mu'min : 7 ]

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ 
                        Makdsudnya : 
ii." Allah, tiada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai 'Arsy yang agung. "
       [Surah  سورة النمل An-Naml : 26
وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ 
يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ  
                                 Maksudnya : 
iii. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan (8) orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhan mu di atas (kepala ) mereka." 
    [Surah سورة الحاقة‎‎ Al-Haaqqah : 17
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ 
              Maksudnya :
iv." Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : 'Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung'." 
                         [Surah  سورة التوبة At-Taubah : 129

Di dalam beberapa Hadis Rsulullah s.a.w. ada juga menyebut tentang perbezaan keluasan 'Arasy dengan kejadian-kajadian alam yang lain. Antaranya berbunyi:
مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ وَالأَرْضُوْنَ السَبْعُ وَمَا بَيْنَهُنَّ وَمَا فَيْهِنَّ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَإِنَّ الكُرْسِي بِمَا فِيْهِ بِالنِسْبَةِ إلَىالْعَرْشِ عَلَى كتِلْكَ الحَلَقَةِعَلَىتِلْكَ الفلاَةِ
                                   Maksudnya : 
i.“Tidak langit yang tujuh dan bumi yang tujuh dan apa yang ada di antara dan di dalamnya dibandingkan dengan Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilempar ke tanah lapang, dan Kursi dengan apa yang ada di dalamnya dibandingkan dengan 'Arasy** seperti lingkaran (gelang) tersebut pada tanah lapang tersebut.” (Silsilah Ahadits al-Shahihah No.109)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu:
يَاأَبَا ذَرٍّ مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَفَضْلُ الْعَرْشِ عَلَى الكُرْسِي كَفَضْل الفلاَةِ عَلَى الحَلَقَةِ
            Maksudnya :
ii.“Wahai Abu Dzar tidaklah langit yang tujuh dibanding Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilemparkan ke tanah lapang, dan besarnya ‘Arsy dibandingkan dengan Kursi seperti lebih besarnya tanah lapang dari lingkaran (gelang).”
مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ وَالأَرْضُوْنَ السَبْعُ وَمَا بَيْنَهُنَّ وَمَا فَيْهِنَّ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَإِنَّ الكُرْسِي بِمَا فِيْهِ بِالنِسْبَةِ إلَىالْعَرْشِ عَلَى كتِلْكَ الحَلَقَةِ عَلَىتِلْكَ الفلاَةِ
                        Maksudnya : 
iii.Tidak langit yang tujuh dan bumi yang tujuh dan apa yang ada di antara dan di dalamnya dibandingkan dengan Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilempar ke tanah lapang, dan Kursi dengan apa yang ada di dalamnya dibandingkan dengan ‘Arsy seperti lingkaran (gelang) tersebut pada tanah lapang tersebut.” 
مَا السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ فِي الْكُرْسِيِّ إِلاَّ كَحَلْقَةٍ مُلْقَاةٍ بِأَرْضِ فَلاَةٍ، وَفَضْلُ الْعَرْشِ عَلَى الْكُرْسِيِّ كَفَضْلِ تِلْكَ الْفَلاَةِ عَلَى تِلْكَ الْحَلْقَةِ
Maksudnya : 
iv.“Perumpamaan langit yang tujuh dibandingkan dengan Kursi seperti cincin yang dilemparkan di padang sahara yang luas, dan keunggulan al-‘Arsy atas Kursi seperti keunggulan padang sahara yang luas itu atas cincin tersebut.” 

   
Di manakah lokasinya jika sebentuk cincin diletakkan dalam 
gurun padang pasir yang luas?


Demikianlah gambaran sepintas lalu tentang 'Arasy iaitu salah satu tempat paling muliadi sisi Allah yang dijadikan Allah dan mempunyai keluasan yang tidak sesekali dapat diketahui dan difikirkan oleh sekalian makhluk Allah kecuali para malaikat yang diamanahkan Allah untuk memikul/menjunjung 'Arasy yang sudah sewajarnya jauh lebih besar ukuran diri mereka berbanding 'Arasy. Dalam sebuah Hadis ada menjelaskan :
Abu Daud meriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa beliau bersabda:
أُذِنَ لِي أَنْ أُحَدِّثَ عَنْ مَلَكٍ مِنْ مَلاَئِكَةِ اللَّهِ مِنْ حَمَلَةِ الْعَرْشِ إِنَّ مَا بَيْنَ شَحْمَةِ أُذُنِهِ إِلَى عَاتِقِهِ مَسِيرَةُ سَبْعِ مِائَةِ عَامٍ
                         Maksudnya :
"Telah diizinkan bagiku untuk menceritakan tentang seorang malaikat di antara malaikat-malaikat pemikul 'Arasy. Sesungguhnya apa yang ada di antara dua cuping telinganya sampai ke bahunya adalah sejauh perjalanan 700 tahun (dalam riwayat lain, 700 tahun burung terbang dengan laju)." [HR. Abu Dawud  ]
[# Peringatan : Terdapat banyak terjemahan 'Arasy itu diertikan   sebagai 'singgahsana' sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran surah An-Naml ayat 23  berbunyi :

           إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ  
          
            yang bererti : 
i."Sesungguhnya aku (burung Hud-Hud) menjumpai seorang wanita (Balqis) yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai 'arasy(singgahsana) yang besar."
Kalimah 'arasy (singgahsana/tempat yang mulia) ada disebut juga dalam Firman Allah  surah Yusof ayat 100 :
           وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا 
    yang bererti : 
 ii." Dan ia (Nabi Yusof) menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas 'arasy. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud (kepada Yusof)..." 
'Arasy dan Kursi yang dimaksudkan dalam beberapa ayat al-Quran yang lain adalah satu tempat atau alam yang diadakan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada yang hal keadaan dan keluasannya hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Justeru adalah lebih tepat jika 'Arasy tidak diertikan sebagai 'singgahsana' seperti 'arasy (singgahsana Balqis) tetapi dikekalkan sahaja dengan kalimah 'Arasy.]

Persoalan yang dibicarakan di sini ialah apakah maksud sebenar ayat dan kalimah al-Quran: ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ yang masih dan terus diperkatakan sejak sekian lamanya hingga mencetuskan berbagai-bagai konflik pemikiran, persepsi dan pemahaman beragama. Antara pemahaman-pemahaman tersebut amat bertentangan yang boleh mengelirukan pemikiran orang-orang awam Muslim biasa dan apa tah lagi orang yang bukan beragama Islam hingga ada yang berfahaman dan berangapan bahawa Allah itu "bersemayam" di atas 'Arasy seperti seorang raja bersemayam atas singgahsana dan memerintah sekalian alam ini dari atas 'singghsana'. 

Sungguhpun terdapat pendapat-pendapat yang melarang mentakwilkan kalimah "Istiwa'
اسْتَوَى" kepada pengertian seperti "Bersila", "Bertakhta",  "Bersemayam" dan kalimah-kalimah lain yang seumpama dengannya dan hanya mengekalkan sahaja kalimah asalnya iaitu "Istiwa' اسْتَوَى" tetapi minda orang-orang awam masih terus berlegar-legar memikirkan untuk mendapatkan jawapan yang pasti : 
"... bagaimanakah Allah Beristiwa'اسْتَوَى di atas 'Arasy' (عَرْش)?" 
dan bermacam-macam persoalan lagi sama ada secara nyata atau terpendam di dalam hati yang berkaitan denganya. Persoalan lazim yang boleh atau amat mudah tercetus di hati dan minda orang-orang awam adalah seperti : 
i. Jika Allah "Beristiwa'" di atas 'Arasy adakah Allah lebih besar daripada 'Arasy atau 'Arasy lebih besar daripada Allah? 
ii. Sebelum menjadikan 'Arasy di manakah Allah "Beristiwa'"?. 
iii. Adakah Allah "Beristiwa' " secara duduk diam, berdiri atau bergerak seperti makhluk? 

iv.  Jika Allah 'berada' di atas 'Arasy bagaimana pula dengan pengertian ayat al-Quran surah  سورة الحاقة Al-Haaqqah ayat 7 yang bermaksud  :

"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan (8) orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhan mu di atas (kepala ) mereka."    ?     
Sebahagian daripada persolan atau pertanyaan biasa yang kelihatan seolah-olah dangkal dan amat mudah ini memerlukan jawapan yang menyeluruh agar tidak menerbitkan sebarang kekeliruan di kalangan orang awam yang terdiri daripada berbagai golongan manusia dan mempunyai tahap pemikiran dan pemahaman yang berbeza-beza. Adalah tidak memadai dengan memberikan jawapan mudah dengan hanya merujuk ayat al-Quran surah سورة الشورى Asy-Syuura : 11   di atas sahaja.

Bagi memberikan asas kefahaman tentang permasalahan ini terdapat kata kunci yang mudah-mudahan boleh dijadikan panduan kita bersama, iaitu:
i. MASA dan TEMPAT [ AL-ZAMAN WALMAKAN
(الزمان والمكان) ] adalah makhluk Allah.
              ii.  JUZUK. 

MASA dan TEMPAT  (الزمان والمكان) adalah termasuk sebagai sesuatu yang baharu iaitu dalam kategori makhluk juga yang diadakan Allah daripada semata-mata tiada kepada ada. Masa boleh diukur dengan bermacam-macam cara seperti yang telah dibicarakan dalam tajuk yang sama dalam blog ini. Namun adalah sesuatu yang teramat sukar untuk memikir dan memberikan jawapan yang tepat bagaimanakah hal keadaan sebelum MASA wujud dijadikan Allah.
Semua barang sesuatu yang diadakan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada mempunyai juzuk dan menerima bahagi-bahagi, mempunyai sukatan, ukuran dan hanya boleh ada setelah diadakan TEMPAT yang dinamakan Alam Al-Khaliq. Al-'Arasy dan al-Kursi dan yang seumpama dengannya itu adalah termasuk dalam kategori Alam Al-Khaliq. TEMPAT juga merujuk kepada semua perkara bagi menunjukkan lokasi, keadaan dan pihak seperti di atas, di bawah, di kanan , di kiri, di dalam, di luar, meliputi, bersatu-padu, ruang dan sebagainya. Rumusannya setiap sesuatu barang, benda atau sesuatu itu memerlukan TEMPAT untuk wujud atau berdiri.

Semua makhluk dijadikan Allah mempunyai JUZUK tertentu iaitu menerima dan mempunyai bahagi-bahagi, rupa, ukuran, warna, sukatan, bergerak, diam dan sebagainya yang lazim bagi makhluk. Walaupun terdapat juga makhluk Allah yang termasuk dalam kategori "Alam Al-'Amar" seperti roh malaikat yang boleh ada tanpa memerlukan tempat tetapi ia masih mempunyai juzuk.

Zat (Diri) Allah yang Qadim pula TIDAK  mempunyai JUZUK. Oleh sebab Zat Allah tidak berjuzuk, maka Dia tidak sesekali tertakluk kepada MASA, TEMPAT, ukuran, rupa, warna, bilangan, sukatan, gerak, diam, pihak dan segala perkara dan sifat yang melazimkan bagi sesuatu benda/barang yang berjuzuk.

Untuk maklumat lanjut sila lihat :

i.  MASA dan TEMPAT Makhluk Allah
ii. Masalah Roh
iii. Kemuliaan dan Keajaiban Malaikat

Setelah memahami kata kunci  di atas kita teliti dan fahami pula nama-nama Allah yang sangat indah di dalam Asma' Ul-Husna yang kandungan ilmunya dapat dirujuk serta dihubung-kaitkan dengan permasalahan ini :
i. AL-QUDDUS القدوس: Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan daripada segala barang yang baharu, antaranya masa dan tempat, maka tiada menyertai-Nya (tiada mengenai-Nya) masa dan tempat kerana Dialah yang mengadakan kedua-duanya itu, maka bagaimanakah Ia berhajat kepada kedua-duanya itu.
ii. AL-KAHLIQ الخالق: Yang Mengadakan, bagi segala sesuatu dengan Qudrat-Nya, menurut Ilmu dan Kehendak-Nya (atau) Yang Menzahirkan (Mengadakan) semua barang yang ada dengan Qudrat-Nya dan Mentakdirkan (Menentukan) tiap-tiap suatu daripadanya dengan kadar tertentu dengan Kehendak-Nya, menurut Hikmah-Nya. (على مقتضى حكمته)
iii. Al-Awal الأول: Yang Awal Yang Tiada Berawal Bagi-Nya, sebelum ada suatu, yakni sebelum ada masa dan tempat, Yang Ada Hanya Allah Taala sahaja yang ada.
iv. AL-AKHIR الآخر: Yang Akhir daripada tiap-tiap suatu, yakni Yang Akhir Yang Tiada Berakhir Bagi-Nya.
v. AL-ZAHIR الظاهرYang Zahir dengan segala tanda-Nya, dalil-Nya dan perbuatan-Nya yakni segala barang pertukangan-Nya (atau) al-A'ali yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan dan tidak sesekali Allah itu menyamai segala apa jua barang yang diadakan oleh-Nya.
vi. AL-BATHIN  الباطن Yang Batin dengan hakikat Zat-Nya dan hakikat segala Sifat-nya yakni yang tiada sesekali dapat diketahui oleh sekalian makhluk Allah, sama ada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan Malaikat-malaikat akan hakikat Zat-Nya dan hakikat segala Sifat-Nya.
Penjelasan yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna ini tidak terdapat sebarang huraian yang boleh memberikan pengertian takwail atau takrif yang boleh membawa maksud bahawa Allah itu "berada " atau "bertempat" di atas 'Aras. 
Pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jammah dalam bab ini adalah amat jelas sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pada Makna Dua Kalimah Syahadat Tauhid dan Syahadat Al-Rasul   di dalam bab At-Tanzihu yang menjelaskan bahawa :
"....Allah Subhanahu Wata'ala itu tidak menyamai sesuatu, tidak ada sesuatu apa barang pun yang ada yang menyamai Tuhan, Tuhan itu tidak mengenai tempat, tidak mengenai masa, tidak mengenai pihak, tidak mengenai sukatan, tidak mengenai bilangan......
Tuhan itu tidak di atas sesuatu, tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa "Tuhan itu atas 'Arasy (عَرْش)" ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki 'Arasy dan bukan makna atas itu pihak dan tempat. Sesungguhnya Tuhan itu tidak sesekali menerimai pihak dan tempat dan Tuhan itu tidak di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, dan tidak Tuhan itu di luar syurga, dan tidak di dalamnya, dan tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, bahkan Allah Taala Tuhan kita Jalla Wa'azza itu lain, dan segala barang yang ada yang diadakan oleh Allah Taala itu lain. Maka Allah Tala itu sangat berlainan yang sehabis-habis berlainan yang tiada sesuatu apa-apa pun yang menyamai-Nya.
Maka sebelum ada masa, sebelum ada tempat, sebelum ada lapang, sebelum ada cahaya, sebelum ada warna, sebelum ada rupa, sebelum ada huruf, sebelum ada suara, sebelum ada sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap dan sebelum ada 'Arasy, Kursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya, sebelum ada apa-apa benda pun barang yang diadakan oleh Allah SWT itu adalah Allah SWT itu Tuhan kita Jalla Wa'azza itu ia-Nya ADA sebagaimana Dia ADA itu juga, yang sentiasa ADA, selama-lamanya ADA, mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan......
..... Maka ada atau tidak ada atau belum ada atau rosak binasa barang perbuatan Allah itu maka adalah Allah Taala itu Ia-Nya ada sebagaimana Ia ada itu juga, kerana adalah yang ada pada Zal itu ialah Allah Taala sahaja yang ada, dan tidak ada yang lain daripada-Nya...."
Adalah teramat jelas dan nyata bahawa pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah ini tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan amat selari dan bertepatan dengan maksud Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الشورى Asy-Syuura ayat 11 :
 فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ                   
                       Maksudnya : 
"(Dia) yang mengadakan langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu sendiri berpasang-pasangan (pula), dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasang-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan itu, kamu semua berkembang biak. (Allah SWT itu) tiada seperti seumpama 'SESUATU' apa pun dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Melihat." 
Lihat :

i    SOAL JAWAB MENGENAI ADA ALLAH SWT
ii.  PENGERTIAN "HAMPIR" ALLAH


Justeru maksud kalimah Allah " Beristiwa' di Atas  'Arasy  (عَرْش)" itu hendaklah diertikan atau difahami maksud dan pengertiannya bahawa Allah yang mengadakan 'Arasy itu "Memerintah dan Memiliki" 'Arasy(عَرْش). 

Implikasi terhadap pengertian yang mengatakan atau mentakwilkan bahawa "Allah Beristiwa' atas 'Arasy" itu sebagai "Bersila, Bertakhta, Bersemayam dan Berada" di atas 'Arasy boleh menerbitkan atau memberi kefahaman maksud bahawa :
i. Allah itu bertempat dan berada di mana-mana atau di atas 'Arasy atau berada di dalam 'Arasy atau bersatu-padu dengan 'Arasy atau berada di atas langit. 
ii. Allah itu tidak bersifat Qadim kerana memerlukan tempat untuk ada, berjuzuk dan bersifat seperti makhluk. 
iii. Allah itu lemah, tidak sempurna dan tidak mempunyai kesucian, kebesaran, kemuliaan Sifat-sifat-Nya seperti yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna kerana berhajat dan mengambil faedah daripada makhluk-Nya dan barang sesuatu yang diadakan-Nya (seperti al-'Arasy dan al-Kursi).
Pemahaman dan pegangan iktiqad seperti ini amat besar implikasi kemudaratannya hingga boleh membawa kepada pemahaman 'mensyrikkan/menyekutukan/menyamakan' Allah dengan makhluk-Nya. Sesiapa juga yang berfahaman dengan iktiqad yang sedemikian rupa adalah sama besar salahnya seperti penyembah-penyembah berhala juga. Namun demikian adalah sesuatu yang teramat sukar untuk mengubah pemikiran dan pemahaman seseorang yang sudah sebati dengan fahaman yang ternyata besar salahnya kepada fahaman yang amat sahih kebenarannya ini. 

Diibaratkan jika seseorang itu sudah dilahirkan dan disebatikan dengan doktrin dan pemahaman falsafah keilmuan logika menyembah sesuatu jenis "berhala" adalah sesuatu yang teramat sukar baginya untuk memahami bahawa menyembah berhala itu adalah perbuatan syirik yang menyebabkan seseorang itu menjadi kufur. Mereka lebih mudah memahami dan mempercayai Tuhan itu menyamai makhluk-makhluk-Nya kerana amat sesuai dengan fikiran logik akal mereka yang bersandarkan kepada pancaindera yang lima. Firman Allah di dalam al-Quran ada menyebut hal ini. Antaranya  :   

ذَلِكُمْ بِأَنَّهُ اِذَا دُعِيَ اللهُ وَحْدَهُ كَفَرْتُمْ وَاِنْيُشْرَكْ بِهِ تُؤْمِنُوْا 

فَالحُكْمُ لِلَّهِ العَلِيِّ الْكَـبِيْرِ

                                      Maksudnya : 
i."Yang demikian itu adalah apabila kamu diserukan hanya kepada Allah Yang Maha Esa   ( لا شَرِيكَ لَهُ  ) sahaja disembah, (diibadatkan) kamu ingkar (kafir), dan apabila dipersekutukan (mensyrikkan) dengan-Nya, lalu kamu sekalian mengimani (mempercayai). Maka hukuman itu (sekarang) adalah milik Allah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Besar."  
     [ Al-Quran سورة المؤمن surah Al-Mu'min : 12]
    وَاِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِاللهِ اِنْ 
يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَ وَإِنْ هُمْ إِلَّايَخْرُصُوْنَ   
                                                      Maksudnya:
ii.“Dan apabila kamu mentaati/menuruti kebanyakan orang di muka  bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan (agama) Allah, tidak mereka mengikuti kecuali (hanya) persangkaan belaka, dan mereka tidak lain kecuali (hanya) berbohong (berdusta).” 
          [Al-Quran surah سورة الأنعام Al-An'aam : 116 ] 
  وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ 
تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ 
                                Maksudnya :
iii. "..........Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh."
                               [Al-Quran surah سورة الحج Al-Hajj : 31 ]

Sekiranya kita ditanya dalam hal ini, apakah jawapan kita? Jawapan kita adalah seperti yang terkandung maksudnya di dalam Asma' Ul-Husna dan pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah Pada Makna Syahdat At-Tauhid yang boleh dirumuskan seperti berikut :
i. Masa dan Tempat  (الزمان والمكان) adalah makhluk atau sesuatu yang dijadikan Allah belaka dan Allah Taala jua yang mengadakannya daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya yang Qadim berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali dan bukan dengan Zat-Nya atau daripada Zat-Nya.
ii.  Sebelum diadakan oleh Allah Taala akan Masa dan Tempat maka 'Arasy tidak ada wujudnya sama sekali, bahkan segala lapisan langit dan bumi juga tidak ada. Oleh itu sebelum diadakan oleh Allah SWT akan 'Arasy, maka Allah SWT tidak ada di atas 'Arasy, tidak ada di bawah 'Arasy, tidak ada di dalam 'Arasy, tidak ada di luar 'Arasy dan tidak bersatu-padu dengan 'Arasy. 
iii. Demikian juga apabila telah diadakan oleh Allah SWT akan 'Arasy maka Allah SWT tidak bertempat di atas,'Arasy,  tidak ada di bawah 'Arasy, tidak ada di dalam ' Arasy, tidak ada di luar 'Arasy dan tidak bersatu-padu dengan 'Arasy, bahkan Allah SWT yang mengadakan 'Arasy itu yang "Memerintah" dan "Memiliki"  'Arasy. 
iv.  Bahawa sebelum diadakan oleh Allah SWT akan tempat,  maka Allah SWT tidak ada bertempat, tidak berhajat kepada tempat dan tidak berada di mana-mana tempat. Begitu juga apabila telah diadakan oleh Allah SWT akan tempat maka Allah tidak bertempat, tidak memerlukan makhluk tempat, tidak berhajat dan mengambil faedah daripada tempat dan Dia tidak berada di mana-mana tempat.  
v. Oleh sebab Allah itu bukan makhluk maka  Zat (Diri) Allah SWT itu tidak sesekali menyamai zat-zat makhluk-Nya walau dengan apa jua jalan, hal dan cara sekalipun kerana Zat Allah tiu tidak berjuzuk sedangkan kesemua zat makhluk mempunyai juzuk. Apabila Zat Allah itu tidak berjuzuk maka tertolak dan ternafilah sama sekali daripada berupa, berpihak, bertempat, di luar sesuatu, di dalam sesuatu dan bersatu-padu dengan sesuatu, menerimai sukatan kecil besar, panjang lebar, gerak, diam, berhubung, bercerai, dekat dan jauh pada perjalanan dan lain-lain lagi yang melazimkan bagi setiap zat yang berjuzuk.
Adalah amat mudah untuk memahami jenis berhala fizikal yang dapat dilihat dengan pemandangan mata dan difahami dengan pancaindera yang lima. Namun adalah sesuatu perkara yang teramat sukar untuk memahami "berhala" yang sudah sekian lama terlekat kukuh di dalam hati, minda dan pemikiran seseorang manusia yang menggunakan nas-nas al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. serta pemahaman ilmu yang bertunjangkan logik akal fikiran sahaja sebagai alasan dan hujah-hujah pegangan iktiqadnya. 

Dalam hal ini seseorang itu hendaklah memahami bahawa kaedah ilmu mengenali Allah adalah teramat berlainan dan amat jauh berbeza dengan keadah memahami ilmu-ilmu lain yang berteraskan penggunaan pancaindera yang lima dan logik akal manusia dengan membuat perbandingan dengan apa sahaja yang boleh dilihat, didengar, dihidu, disentuh dan dirasai. Ilmu mengenali Allah hanya boleh dilakukan dan difahami dengan menggunakan Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati atau disebut juga sebagai Al-H’assu assadisu (الحس السادس) iaitu pancaindera yang ke enam. Kaedah yang sama juga digunakan bagi memahami ilmu yang berkaitan dengan Rukun Iman yang enam perkara.

Lihat :

i    AL-BASIRAH, 'AINUL QALBI dan MATA HATI
ii. AHLI SYURGA MELIHAT ZAT ALLAH DI AKHIRAT DENGAN MATA KEPALA

Jika seseorang itu  hanya menggunakan pemikiran akal logik yang bersandarkan kepada deria pancaindera yang lima sahaja bagi memahami ilmu yang berkaitan dengan Allah dan Rukun Iman,  adalah tersangat sukar baginya untuk memahami atau dia tidak mungkin akan dapat memahami sama sekali atau amat sukar  untuk membezakan salah benarnya huraian ilmu yang diperjelaskan.   
Ini adalah disebabkan akal fikiran yang bersandarkan kepada lima deria pancaindera yang terdapat pada diri manusia akan menerbitkan khayalan dan memerlukan fakta logik yang dapat diterima dan munasabah pada akal. Sedangkan untuk memahami ilmu mengenali Allah dan Zat-Nya yang Qadim lagi Azali yang tidak berjuzuk, tidak berupa, tidak berwarna dan tidak bertempat itu tidak akan dapat difahami sekiranya menggunakan akal fikiran khayalan yang bersandarkan kepada pancaindera yang lima.

Oleh itu jika seseorang itu hendak memahami asas ilmu mengenali Allah dia hendaklah membaca dan memahami segala ilmu yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna. Setelah memahami kandungan ilmunya dia hendaklah membaca dan memahami pula kandungan maksud Hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan "Allah Memuji Diri-Nya Sendiri Pada Setiap Hari." Segala pemahaman ilmu yang terkandung di dalam kedua-dua sumber rujukan tersebut hendaklah diperkukuhkan lagi dengan pemahaman ilmu yang terkandung di dalam bab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah  Pada Makna Syahdah At-Tauhid dan Syahdah Ar-Rasul yang lebih luas dan mendalam huraian tafsilnya.
Mudah-mudahan dengan usaha-usaha ini akan dapat memberikan kefahaman kepada kita betapa benar, mulia dan teramat besarnya hikmah Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi menyelamatkan kita dari jalan kesesatan beragama dan melimpahkan nikmat keimanan yang akan berkekalan selama-lamanya hingga ke akhirat. Semoga peringatan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w ini sentiasa menjadi ingatan kepada kita :

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي تَرَكْتُ فِيْكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَ هُمَا كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِيْ وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَيَّ الْحَوْضَ.
                         Maksudnya : 
i."Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : ‘Aku tinggalkan dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnahku, serta keduanya tidak akan berpisah sampai keduanya mendatangiku di kolam 'Haudz' الْحَوْضَ."
              Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
" تفكروا في خلق الله ولا تفكروا في ذات الله "
                      Maksudnya :
ii."Berfikirlah kamu sekalian pada makhluk Allah dan jangan sekali-kali kamu sekalian berfikir pada (hakikat) Zat Allah."
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:  اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
                      Maksudnya :
iii.Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.:  'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azzawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya:  'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwataala'." 
Adalah sesuatu yang menarik jika orang yang mangatakan bahawa ayat-ayat Quran dan Hadis yang menyebut tentang "Allah Istiwa' atas 'Arasy dan tangan Allah' itu tidak boleh ditakwilkan tetapi apabila dia membaca, mendengar dan memahami Hadis berikut akan segera membuat takwil dan huraian maksud yang tepat :  
عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ[رواه مسلم                  
                       Maksudnya :
"Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman."    [HR Muslim]

Jika seseorang itu membaca maksud hadis berikut sewajarnya dia dapat memahami bahawa maksud hadis ini adalah satu kiasan atau perumpamaan agar sentiasa menghormati dan memuliakan ibu:

“Bahawasanya ia (Muawiyah bin Jahimah) datang kepada Nabi s.a.w, lalu ia berkata: 'Wahai Rasulullah, aku ingin berperang dan aku datang untuk meminta petunjukmu'. Nabi s.a.w bersabda: 'Apakah engkau memiliki ibu?' Maka, dia menjawab: 'Ya'. Dan Baginda s.a.w bersabda: 'Beradalah dengannya kerana sesungguhnya syurga di bawah kedua kakinya.” [Hadis Riwayat An-Nasai] 

Si pembaca pastinya dapat memahami bahawa maksud :'... syurga di bawah kedua kakinya..' adalah bahasa kiasan atau perumpamaan sahaja yang mengandungi maksud dan tafsil yang luas lagi mendalam bagi menjelaskan kemuliaan seseorang ibu teradap anak-anak yang dikandungnya dalam tempoh masa yang tertentu dan melahirkannya dengan menanggung kesakitan dan  berbagai kesusahan serta membesarkannya dengan berbagai ujian kepayahan hingga menjadi dewasa. Kalimah tersebut tidak sesekali bermaksud bahwa syurga itu berada di bawah tapak kaki ibu.

Demikian juga jika disebut kakitangan kerajaan, lantas secara sepontan dan  dengan segera dia akan mengatakan bahawa maksudnya ialah jentera pemerintahan kerajaan yang mengandungi berbagai-bagai struktur organisasi yang mempunyai fungsi dan tanggungjawab tertentu yang digerakkan oleh  modal insan yang terlatih dan bersesuaian dengan bidang tugas yang dikendalikannya.

Adalah terlalu sukar untuk menghapuskan sesuatu pemahaman ilmu salah yang sudah lama berakar umbi dan terpahat kukuh di dalam minda dan jiwa raga seseorang kecuali mereka yang benar-benar IKHLAS dengan kesungguhan usaha tanpa jemu-jemu mencari jalan kebenaran beragama serta bermohon agar mendapat hidayah petunjuk dari Allah. Allah yang menjadikan segala sesuatu Maha Mengetahui akan hakikat setiap diri hamba makhluk-Nya memperingatkan hal ini di dalam al-Quran surah سورة الأنعام Al 'An'am ayat 111:
وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ
                       Maksudnya :
" Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan (pula) segala sesuatu ke hadapan mereka, nescaya mereka tidak (juga) akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." 
Mudah-mudahan naratif terbatas yang dipaparkan ini dapat difahami dan memberi manfaat bersama. Amin.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، 
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
[Lihat sambungannya : "WASIAT" Pengukuh Silaturrahim, Keimanan dan Ketaqwaan. ]

Lihat
: 

i.  PERGERTIAN PAHALA DAN DOSA
ii. في ترجمة عقيدة اهل السنة  في كلمتي الشهادة التي  هي أحد مباني الاسلام
iii. Bhg 6: Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin
iv.  Inilah Pegangan Akidah Penganut Syi'ah
Untuk mendapatkan huraian lanjut sila rujuk kitab :AL-IQTISAD FI'L- I'TIQAD (الاقتصاد في الاعتقاد)oleh Al-Imam al-Ghazali.]

******************************************

        Hajj applications will be “online” for Haj 2020 : extended upto ...
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ  
                   Maksudnya :
" Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari kurnia-Nya, jika Dia mengkehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
                         [Al-Quran surah التوبة  At- Taubah : 28 ] 

                                   ********************************
عَن اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  بَدَأَ اْلِاسْلَامُ غَرِيْباً وَسَيَعُوْدُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْباً فَطُوْبَى لِلغُرَبَاءِ
                         Maksudnya :
"Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang.” [HR Muslim]

  طُوبَى لِلْغُرَبَاءِ أُنَاسٌ صَالحُونَ في أنَاس سُوءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أكْثَرُ ممَّنْ يُطِيعُهُمْ 

                  Maksudnya :
“Beruntunglah orang-orang yang asing (Al-Ghurabaa’). Orang-orang soleh yang sedikit di kalangan manusia yang ramai. Orang-orang yang menyelisihi mereka lebih ramai daripada orang-orang yang mengikut mereka.”
                      [Sahih. Riwayat Ibnu Mubarak dalam Al-Zuhd]

                 *************************************
   Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِى فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
                            Maksudnya :
“Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertaqwa kepada Allah, tetap mendengar dan ta’at kepada pemimpin walaupun yang memimpin kalian adalah seorang budak dari Habasyah. Sesungguhnya  barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku nanti, dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib bagi kalian untuk berpegang pada sunnah-ku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mereka itu telah diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Jauhilah dengan perkara (agama) yang diada-adakan kerana setiap perkara (agama) yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan[HR. At Tirmidzi ]
         ********************************

Bandingkan penjelasan di atas dengan apa yang disampaikan oleh tokoh-tokoh  agama berikut: 

i. Penjelasan Hadi Awang dan Dr Asri Zainal Abidin tentang Allah Atas Arasy :https://www.youtube.com/watch?v=R_U6L53hu_Q&feature=youtu.be

ii. Penjelasan Dr Rozaimi tentang : Allah Di Mana :https://www.youtube.com/watch?v=sXOzcYMljWk


iii. Penjelasan  Ustaz  Fathul Bari : Allah Tidak Memerlukan Arasy dalam https://www.youtube.com/watch?v=WgOLw5KkNrw








































BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...