Halaman

Khamis, 9 Jun 2016

PENGERTIAN AL-MURAQABAH DAN GOLONGAN AHLI AL-MUQARRABIN




[ Sambungan daripada : KEMULIAAN MANUSIA, ROH AMALAN SALIH dan KEMULIAAN MALAIKAT]
'
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
     الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين،سيدنا ونبينا محمد وعلى آله  وصحبه أجمعين  
  
أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63) لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ لا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ  (64
                     Maksudnya :
"Ingatlah , sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(62) 
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang  bertaqwa.(63) 
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan dalam (kehidupan) di akhirat; tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.(64)"          
                                           [Al-Quran surah Yunus: 62-64] 
    
                     ***********************************
 الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 
                       Maksudnya  :
"(Iaitu) orang-orang yang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata): 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau mengadakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka'."
                                  [Al-Quran surah Al-'Imran : 191] 

**************************************************************

Pengajaran, pemahaman  dan penghayatan  Ilmu Tasawwuf dalam Islam sering menimbulkan kontroversi umum yang dikaitkan dengan kemunculan berbagai aliran dan identiti ajaran mistik dan kebatinan berbentuk sufi yang dikatakan mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai.  Pemahaman dan amalan Ilmu Tasawwuf itu amat dituntut dalam Islam dan termasuk di dalam kategori ilmu fardhu 'ain. Namun jika  seseorang Muslim itu berusaha untuk memperdalami dan meluaskan lagi kefahamannya dengan membaca kitab-kitab tasawwuf atau merujuk kepada guru-guru agama tertentu dia akan berhadapan dengan masalah untuk memahami beberpa skop pengajaran di sebalik kosakata atau istilah-istilah yang jarang-jarang dibicarakan secara ilmiah di gelangang-gelangan keilmuan.

Adalah didapati antara kalimah-kalimah atau istilah-isltilah yang terdapat di dalam pengajaran Ilmu Tasawwuf yang masih menimbulkan kekeliruan ialah seperti: "Al-Muraqabah", "Al-Basirah", "Musyahadah", "Mu’ayanah" dan "Mukasyafah"Istilah-istilah ini dikaitkan pula dengan pengajaran dan amaln-amalan tertentu berteraskan konsep dan kalimah-kalimah yang disebut sebagai "Al-Fana-u-Billah" dan "Baqa-u-Fillahserta amalan zikrullah "Nafi Ithbat La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله )".
Kebiasaannya orang-orang awam yang tidak pernah membaca, mendengar dan apa tah lagi memahaminya sudah pasti terpesona dengan huraian dan hujah-hujah yang amat menarik menggunakan pendekatan berbentuk falsafah kesufian dan metafizik serta penampilan diri sebagai orang "salih" yang warak dan zuhud.  Lantas mereka terus menerima sahaja tanpa mempersoalkan kesahihannya dan menggelarkan atau merujuk seseorang yang beramal itu sebagai seorang mursyid yang zuhud dan kasyaf bermartabat "Wali Allah". 
Pengajaran Ilmu Tasawwuf dalam Islam adalah berdasarkan pengertian Hadis Rasulullah s.a.w. yang antara lainnya menyebut :

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِلاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم فأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَال :يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِسْلاَمِ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم :اَلإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ: صَدَقْت . فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْئَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ قَالَ: أَنْ تؤمن بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ السَّاعَةِ قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنْ أَمَارَاتِهَا. قَالَ: أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِيْ الْبُنْيَانِ ثم اَنْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِيْ مَنِ السَّائِل؟ قُلْتُ: اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ. رَوَاهُ مُسْلِم.
                Maksudnya : 
"Umar bin Khaththab Radhiyallahuanhu berkata :'Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk di dekat Rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata : “Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang ISLAM.” Rasulullah s.a.w.  wa menjawab:”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahkan dengan sebenarnya melainkan  Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; mendirikan shalat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan Haji ke Baitullah jika engkau  mampu melakukannya.” Lelaki itu berkata:”Engkau benar.” 'Maka kami heran, ia yang bertanya ia pula yang membenarkannya'. 
Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang IMAN”.Nabi menjawab:”Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikat-Nya; kitab-kitab-Nya; para Rasul-Nya; Hari Akhirat, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk.” Ia berkata: “Engkau benar.”Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang IHSAN .”Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Walaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia Melihatmu.”Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku bila berlakunya Hari Kiamat?” Nabi menjawab:”Yang ditanya tidaklah lebih mengetahui daripada yang bertanya.”  Dia pun bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!” Nabi menjawab:”Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta pengembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”  
Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku : “Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?”Aku menjawab:'Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui'. Beliau bersabda:”Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian.” [HR Muslim.]
Berdasarkan pengertian Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang ini berkembanglah ilmu-ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah yang dipecahkan kepada pelbagai bidang keilmuan yang  teramat luas tafsil dan bahasannya sebagaimana yang termaklum dalam Ilmu Fiqah, Ilmu At-Tauhid dan Ilmu Tasawwuf yang kesemuanya menjadi sumber pembentukan tamadun Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.  Ilmu Tasawwuf adalah termasuk di dalam pengertian IHSAN yang pada dasarnya lebih menjurus kearah pembersihan hati (qalbu) seseorang Muslim itu daripada sifat-sifat mazmumah yang lumrah mejiwai manusia biasa  seperti :


1) Gemar menurut segala keinginan hawa nafsu kebinatangan  
2)  Buruk makan minum 
3)  Berbuat kejahatan dan kezaliman 
4)  Pemarah dan bengis 
5)  Hasad dengki  
6)  Bermusuh-musuhan 
7)  Benci-membenci 
8)  Tipu daya  
9)   Berbuat helah 
10) Bakhil dan tamak haloba 
11) Takbur sombong 
12) Menuntut kemuliaan dunia semata-mata 
13) Kasihkan puji-pujian 
14) Kasihkan ketinggian pangkat dunia 
15) Gemar hendak memerintah 
16) Kasihkan kemegahan dunia dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Apabila hati (qalbu) sudah dibersihkan daripada kekotoran sift-sifat mazmumah Islam mengajarkan pula agar umat Islam mempunyai sifat-sifat terpuji mahmudah mencontohi sifat-sifat kenabian yang dimiliki Rasulullah s.a.w seperti Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah di samping memiliki  keperibadian yang mulia lagi terpuji seperti :


1) Sehabis-habis benarnya pada perkataan. 
2) Sebaik-baik orang berjiran 
3) Seafdal-afdal daripada kaumnya dari menjaga maruah kehormatan. 
4) Semulia-mulia daripada kaumnya dalam pergaulan. 
5) Sekuat-kuat daripada mereka memegang amanah.  
6) Mempunyai sifat lemah-lembut.  
7)  Sabar    
8) Syukur    
9)  Adil  
10) Merendah diri 
11) Menjauhkan diri daripada segala larangan Allah dan tegahan-Nya.
12) Pemurah  
13) Berani 
14) Pemalu dan yang seumpama dengannya.



Salah satu sebab wujudnya polemik dan salah faham yang menerbitkan permasalahan dalam pemahaman beberapa aspek Ilmu Tasawwuf adalah berpunca daripada tafsiran maksud Hadis di atas mengenai "melihat Allah":
”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Walaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia Melihatmu."
Maka wujudlah istilah-istilah yang dikatakan berkonsepkan sufi seperti "Al-Muraqabah" di atas yang mempunyai pengertian maksud yang berbeza-beza mengikut kefahaman asas seseorang terhadap pegangan iktiqad mereka tentang mengenali Allah. Di dalam kitab Fath Al-Ariffin (yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu pada menyatakan Bai'at Al-Zikir dan Salsilah Al-Qadariah dan Al-Naqsyabadiyah ), Singapura (t.t) oleh Ahmad Khatib ibn Abd. Ghafar, halaman 5-6 ada menyatakan bahawa:
" Muraqabah Ma'yyah yakni tawajjuh terhadap kepada Zat Tuhan yang berserta dengan kita daripada tiap-tiap juzuk yakni suku-suku kita serta dengan Tuhan, pendengaran, penglihatan, perkataan, anggota dan lidah dan penciuman.... 
Muraqabah Aqrabiyyah iaitu tawajjuh kepada zat Tuhan kita yang terlebih hampir Ia kepada kita lebih daripada urat leher.......".
Kitab tersebut menjelaskan bahawa "Muraqabah" diertikan juga "mengintai-intai hati kepada Allah Taala seperti kucing mengintai-intai tikus yang masuk dalam suatu lubang....". Dikatakan juga ahli-ahli tariqat perlu melalui 20 peringkat "Muraqabah" untuk menuju ke jalan Allah dan seterusnya memperoleh rasa "zuk" atau "syuhud" pada dirinya. Mereka yang berada dalam "Muraqabah " hendaklah "berzikir dengan 'Isim al-zat' iaitu Allah,Allah,... atau berzikir dengan 'Nafi Ithbat iaitu 'Laillaha Illallah'...". Teras amalan ini berkonsepkan kepada fahaman "Wahdat al-Wujud" atau wujud yang satu. 

Bagi ahli-ahli sufi yang berpegang teguh kepada iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah pemahaman "Muraqabah" adalah berteraskan pengajaran Ilmu At-Tauhid seperti yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna, Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pada Makna Syahdat At-Tauhid dn Syahdat Al-Rasul dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengannya. Mereka juga bersandarkan keilmuan mereka yang sangat luas mengenai hukum-hakam Allah sebagimana  yang terkandung dalam Ilmu Fiqh, Ilmu Tasawwuf dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Justeru mereka yang beramal dalam bab "Muraqabah" ini dalam perjalanan dan kehidupan beragama menjadikan mereka bertambah warak dan taqwa. Peringkat martabat "Al-Muraqabah" golongn sufi Ahli As-Sunnah  boleh dibahagikan kepada :
i.  Malu melakukan segala jenis maksiat terhadap Allah. 
ii. Martabat yang lebih tinggi lagi ialah sentiasa memuji Allah dengan mentasbih, mentahlil dan mentakbirkan-Nya. Hatinya sentiasa memuliakan Allah sahaja dan melupakan atau tidak mahu mengingati yang lain daripada Allah.
 Muraqabah ( مراقبة)juga mempunyai pengertian dan maksud yang seerti dengan kalimah-kalimah Basirah( بصيرة) ,Musyahadah ( مشاهدة) Mu-aayanah ( معاينة  )    dan  Mukasyafah مكاشفة)).
Mereka  teramat malu dan takut kepada Allah apabila membaca, memahami dan beriman dengan segala kandungan ilmu yang terdapat dalam Asma' Ul Husna khususnya terhadap kandungan maksud berikut:

ALLAH اللَّهِ: Ertinya :ialah sebesar-besar nama bagi Allah untuk menunjukkan ke atas Zat yang Maha Tinggi Martabat yang berhimpun kesemua sifat ketuhanan."

AL-LATIFF اللطيف: Ertinya :
Yang Amat Mempunyai kasih sayang  dan Yang Amat Latiff  dan sehabis elok dan sempurna (pada) segala perbuatan-Nya.(الذي لطفت أفعاله وحسنت) (atau) Yang Amat Mengetahui, dengan segala  perkara yang paling tersembunyi dan perkara-perkara yang sehalus-halusnya.

AL-KHABIR  الخبير : Ertinya :
Yang Amat Mengetahui, bagi segala perkara yang tersembunyi di sebalik daripada perkara yang terzahir.

AS-SYAHID الشهيد : Ertinya :
Yang Sehabis-Habis Mengetahui, pada Ilmu-Nya berserta tidak ada yang tersembunyi.

ASSAMA'U WALBASARU ( السمع والبصر ):Ertinya :

Bahawasanya Allah SWT itu Amat Mendengar dan Amat Melihat, maka tiadalah apa-apa pun yang tidak didengari oleh Allah SWT melainkan didengari belaka walaupun perkara itu sangat tersembunyi. Tidak ada sesuatu apa pun yang tidak dilihati oleh Allah SWT melainkan dilihati-Nya belaka walaupun perkara itu dan barang itu tersangat halus. Maka tidak terdinding daripada pendengaran Allah itu dengan sebab jauh dan tidak terdinding daripada penglihatan Allah itu dengan sebab kegelapan.
Sesungguhnya Allah Melihat tidak seperti sekalian makhluk melihat, bahkan Allah Melihat tidak dengan mata, Dia Mendengar tidak dengan telinga yang sebagaimana juga dia mengetahui tidak dengan hati, berbuat sesuatu tidak dengan anggota dan mengadakan sesuatu tidak dengan alat kerana keadaan Allah SWT itu tidaklah sama sekali menyamai dengan segala keadaan makhluk atas jalan mana pun. Begitu juga Zat Allah SWT itu tidak sekali-kali menyamai dengan segala zat makhluk.

[Lihat : ASMA' UL HUSNA ]

Teras pemahaman dan pegangan iktiqad  golongan ahli sufi as-sunnah terhadap pengertian  "Ada" dan "Hampir"  Allah itu adalah :
"Tuhan itu tidak di atas sesuatu, tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa "Tuhan itu atas Arasy (عَرْش)" ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki Arasy dan bukan makna atas itu pihak dan tempat. Sesungguhnya Tuhan itu tidak sekali-kali menerimai pihak dan tempat dan Tuhan itu tidak di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya.
Tuhan itu tidak di luar syurga, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, bahkan Allah SWT Tuhan kita Jalla Wa'azza itu lain dan segala barang yang ada yang diadakan oleh Allah SWT itu lain, bahkan Allah SWT itu sangat berlainan dan sehabis-habis berlainan yang tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya. 
Maka sebelum ada masa, sebelum ada tempat, sebelum ada lapang, sebelum ada cahaya, sebelum ada warna, sebelum ada rupa, sebelum ada huruf, sebelum ada suara, sebelum ada sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap dan sebelum ada arasy, qursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya, sebelum ada apa-apa benda pun barang yang diadakan oleh Allah SWT itu adalah Allah SWT itu Tuhan kita Jalla Wa'azza itu ia-Nya ADA sebagaimana Dia ADA itu juga, yang sentiasa ADA, selama-lamanya ADA, mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan. 
Makna "hampir Tuhan" itu ialah hampir rahmat dan nikmat-Nya, dan makna "berserta Tuhan" itu ialah berserta rahmat pertolongan-Nya dan nikmat-Nya, maka tidak menyamai hampir Tuhan itu dengan hampir makhluk dan tidak menyamai persertaan Tuhan itu dengan persertaan makhluk yang sebagaimana juga Zat (Diri) Tuhan itu tidak menyamai zat makhluk. 
Tuhan itu tidak menerimai perubahan, tidak menerimai perpindahan dan Zat Tuhan itu  tidak menyamai dengan segala zat yang baharu dan segala zat yang baru itu tidak menyamai dengan Zat Tuhan dan Zat Tuhan itu tidak masuk bersatu-padu pada zat-zat yang baru dan tidak zat-zat yang baru itu masuk bersatu-padu pada Zat Tuhan. Bahkan sentiasalah Allah SWT Tuhan kita Aza Wajalla itu  dengan kemuliaan dan kesempurnaan-Nya yang tidak sekali-kali menyamai sesuatu daripada segala makhluk-Nya dan tidak sekali-kali menerimai berlebih dan berkurang kemuliaan Allah SWT itu."
[Lihat :

i.  'AINUL QALBI, AL-BASIRAH dan MATA HATI 
ii.  TERJEMAH AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
iii.  PENGERTIAN "HAMPIR" ALLAH

Mereka juga amat malu dan takut terhadap Allah yang meletak dan menugaskan para malaikat mengiringi setiap diri manusia untuk mencatatkan segala amalan yang mereka lakukan pada setiap masa hinggalah ke akhir hayatnya berdasarkan kepada Firman Allah :
 إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ (17) مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ (18) وَجَاءَتْ سَكْرَةُ  الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ (19)
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ ذَلِكَ يَوْمُ الْوَعِيدِ (20) وَجَاءَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَعَهَا سَائِقٌ وَشَهِيدٌ (21  
                             Maksudnya :
"[Ingatlah] ketika dua orang malaikat mencatat amlan perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.(17)  
Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di sampingnya malaikat pengawas yang selalu hadir.(18)    
Dan datanglah Sakaratul-Maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya.(19)    
Dan ditiuplah Sangkakala. Itulah hari terlaksananya ancaman.  (20) 
Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan dia seorang malaikat pengiring dan seorang malaikat penyaksi." (21)  
               Al-Quran surah Qaaf : 17-21]
Firman Allah dalam  surah Qaaf ayat 17-18 mengulangi lagi peringatan :
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ (17) مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ (18 
                   Maksudnya :
ii." (Ingatlah) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.(17) 
Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang hadir."(18)
Firman-Nya dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 menjelaskan lagi bahawa terdapat juga malaikat yang mengikuti manusia secara bergilir-gilir:
  لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ 
                   Maksudnya :
iii."Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, seorang di depan  dan seorang lagi di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.....(hingga akhir maksud ayat).
[ Lihat : KEMULIAAN dan KEAJAIBAN MALAIKAT ]


Golongan sufi Ahli Sunnah wal Jamaah amat takut melakukan dosa maksiat apabila mereka memahami dan menghayati maksud Hadis yang menjelaskan bahawa setiap diri hamba Allah itu akan dipertanggungjawabkan, ditanya, dihisab dan diadili dengan seadil-adilnya di akhirat kelak melalui Tiga Dewan walaupun dalam perkara-perkara kecil (jika dikehendaki Allah) yang dilakukan di sepanjang hayatnya ketika hidup di dunia seperti yang dimaksudkan :
 i.   Dewan "Lima" yang akan menanyakan "Kenapa."
ii.   Dewan "Kaifa" yang akan menanyakan  "Bagaimana." 
iii.  Dewan "Liman" yang akan menyakan " Kerana Siapa." 
Mereka juga  teramat takut dan bimbang bagimanakah takdir ketentuah Allah terhadap diri mereka di akhirat kelak apabila mebaca, memahami dan menghayati Firman Allah dalam surah  Al-Israa' ayat 71-72 ini :
يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلا يُظْلَمُونَ فَتِيلا (71) وَمَنْ كَانَ فِي هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الآخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيلا (72 
                        Maksudnya :
" (Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun. (71) 
Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)."(72)
Adalah teramat sukar bagi seseorang untuk menafikan dan memberikan jawapan daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada perkara-perkara besar yang dilakukannya pada setiap detik di sepanjang hayatnya di dunia bersaksikan anggota tubuh badannya sendiri dan segala catatan amal oleh dua orang malaikat berkenaan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud :    
“Bahawasanya seseorang lelaki itu akan ditanya mengenai sebab ia mencelak dua matanya dan mengenai (sebab kenapa) ia memecah tanah liat dengan dua anak jarinya dan mengenai (kenapa) ia menyentuhi baju saudaranya.”
Ahli-ahli sufi as-sunnah yang hak juga amat menjaga segala amal ibadat mereka sama ada ibadat-ibadat khusus yang difardukan atau apa juga perkara yang dirahmati dan dikurniakan Allah dengan ganjaran pahala  agar tidak menjadi sia-sia belaka kerana tidak melakukannya mengikut kaifiat hukum syarak yang ditetapkan, mempunyai sifat-sifat mazmumah pada dirinya dan tidak ikhlas melakukannya semata-semata kerana Allah. Golongan ahli sufi ini cukup menghayati pengertian Hadis panjang yang diriwayatkan oleh Abdullah Al-Mubarak daripada seorang lelaki bahawasanya ia  berkata kepada  Muaz bin Jabal r.a. yang antara intipatinya bermaksud :

 "Aku dengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada aku : Wahai Mu'az. Kataku : Ya, dengan bapa ku, kau dan ibu ku wahai Rasullullah. Sabdanya : Aku mengkhabarkan kepada engkau satu Hadis jika kau menghafaznya nescaya memberi manfaat kepada engkau dan jika kau mencuaikannya dan tidak menghafaznya nescaya terputus hujjah engkau di sisi Allah pada Hari Kiamat. Wahai Mu'az bahawasanya Allah SWT mengadakan tujuh orang malaikat sebelum mengadakan segala lapisan langit dan bumi. Kemudian Ia mengadakan segala lapisan langit dan Ia jadikan tiap-tiap satu lapisan langit itu seorang malaikat yang menjaga pintu ke atasnya dan membesarkannya kemuliaan Allah.
Maka naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawakan amalan seorang hamba yang daripada ketika pagi hingga ke petang ada baginya cahaya seperti matahari hingga apabila dia naik dengan membawanya kepada langit dunia ia memperkatakan bersihnya dan ia membanyakkan kepujian terhadapnya. Kata malaikat (penjaga pintu langit pertama) kepada Malaikat-malaikat Hafazah: Pukulkanlah dengan amalan ini kepada muka tuan punyanya. Aku ialah yang menjadi penjaga UMPATAN, menyuruh kepada aku oleh Tuhan ku bahawa tidak aku membiarkan amalan orang yang ada umpati manusia itu melampaui aku daripada yang lain. (dibawa kepada lapisan langit kedua dan seterusnya hingga ke langit ke tujuh ......... ).
"Dan naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawa amalan-amalan hamba daripada sembahyang, puasa, haji, umrah dan kelakuan adab perangai baik, diam tiada berkata-kata pada perkara yang sia-sia dan membaca zikrullah.
 Memuliakannya oleh malaikat-malaikat segala lapisan langit hingga memutuskan [melalui] mereka dengan amalannya itu segala hijab [rintangan] semuanya kepada Allah Azawajalla.  Maka berdiri Malaikat-malaikat Hafazah "di hadapan-Nya" dan menaik saksi baginya dengan amalan salih yang berikhlas kerana mentaati Allah.  Maka Firman Allah kepada mereka : " Kamu Malaikat-malaikat Hafazah penjaga di atas amalan zahir hamba-Ku dan Aku ialah Yang Amat Mengetahui lagi Yang Amat Melihat di atas dirinya [hatinya].  Bahawasanya ia tiada mengkehendaki dengannya lain daripada Aku.  Maka di atasnya kelaknatan-Ku". Maka kata malaikat-malaikat sekalian: "Di atasnya kelaknatan kami dan melaknatkannya oleh segala tujuh lapis langit dan bumi dan sekalian mereka yang ada padanya....." (hingga akhir Hadis).

  [ Lihat :  KEMULIAAN MANUSIA dan KEMULIAAN IBADAT ]

Ahli-ahli sufi yang hak juga akan sentiasa muhasabah dirinya dan mengelakkan dirinya daripada melakukan apa juga perkara yang boleh menjejaskan ibadah dan pahala kebajikannya walaupun dianggap sangat kecil khususnya dalam perhubungannya sesama insan dan makhluk Allah. Dia amat bimbang dan takut akan termasuk sebagai orang yang melakukan kezaliman terhadap orang lain hingga menyebabkan orang yang 'dizaliminya' menuntut haknya di akhirat kelak. Dia hendaklah menjadi seorang yang pemaaf, saling hormat-menghormati dan bersilaturrahim serta berbaik sangka sesama manusia. Adalah amat ditakuti jika perkara ini tidak diambil kira dan diberikan perhatian berat dia boleh termasuk golongan muflis di akhirat kelak sebagaimana yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w. :
أَتَدْرُونَ مَنِ الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ 
وَلَا  
مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ 
بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ 
مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ 
حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ 
يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ 
فِي النَّارِ
                       Maksudnya :
"Tahukah kamu siapakah yang muflis?  Sahabat menjawab: 'Orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.' Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:  Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seorang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dahulunya (ketika hidup di dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang.Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya. Dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi. Apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orng tersebut. Maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka."                        
                                   [ Hadis Riwayat Muslim] 

[ Lihat : PENGERTIAN KALIMAH AN-NUUR ]

Firman Allah dalam al-Quran surah al-Ankabut ayat 2-3 menjelaskan bahawa setiap orang yang mengaku sudah beriman akan dikenakan ujian untuk menguji dan mengukur keikhlasan mereka beragama :
 أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3 
                       Maksudnya :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan : 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi.(2) 
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia Mengetahui orang-orang yang dusta.(3)"
Peringatan ini dinyatakan juga dalam surah al-Anbiyaa' ayat 35  : 
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ 
                    Maksudnya :
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
Peringatan yang hampir sama dinyatakan juga dalam Firman Allah surah Al-Anfal ayat 28 :

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ 
عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
                      Maksudnya : 
"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan/ujian dan sesungguhnya di sisi Allâh-lah pahala yang besar. "
Ahli-ahli sufi yang melalui perjalanan "Muraqabah"( مراقبة) amat takut dan bimbang apabila membaca dan memahami peringatan-peringatan Allah ini kerana Allah lebih Mengetahui apakah ketetapan takdir dan ujian-ujian yang pasti akan ditimpakan kepada mereka. Namun dengan keyakainan, keikhlasan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah mereka akan menghadapinya dengan sabar dan berpegang teguh dengan janji-janji Allah dalam al-Qurah surah Al-'Imran ayat 146 :
وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ 
                           Maksudnya :
" Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar." 
[ Lihat : QADHA dan QADAR dan Had Batasan Akal Manusia ]

Salah satu ujian Allah yang sentiasa dihadapi orang-orang yang beriman datangnya daripada dalam dirinya sendiri iaitu dalam bentuk bisikan sama ada disedarinya atau tidak. 
Dalam Hadis Nabi ada menjelaskan bahawa setiap diri manusia ada disertakan Allah Taala dua kembarannya (Qarin), seorang malaikat untuk menyuruh membuat kebajikan dan seorang syaitan untuk menyuruh membuat kejahatan melalui bisikan lintasan-lintasan di hati. 
Adapun syaitan bagi Nabi Muhammad s.a.w. itu ianya menjadi Muslim dan tidak menyuruh melainkan kepada kebajikan sahaja. Syaitan bagi manusia yang lain daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul Alaihimusalam itu semuanya syaitan yang tidak menjadi Muslim sebagaimana yang tersebut di dalam maksud Hadis berikut:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. kepada Abdullah Mas'ud yang bermaksud :
 "Setiap kamu ada Qarin (kembaran)  daripada bangsa jin (syaitan), dan juga Qarin (kembaran)  daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: 'Engkau juga ya Rasulullah?'. Sabdanya: 'Ya aku juga ada, melainkan bahawasanya Allah SWT telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat diislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan saja'."

Demikian juga dengan kandungan maksud Hadis berikut :

Rasulullah s.a.w bersabda:
"في القلب لمتان لمة من الملك ايعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذلك فليعلم أنه من الله سبحانه وليحمد الله ولمة من العدو ايعاد بالشر وتكذيب بالحق ونهي عن الخير فمن وجد ذلك فليستعذ بالله من الشيطان الرجيم" 
                    Maksudnya :
“Pada hati itu ada dua lintasan, satu lintasan daripada malaikat  yang menjanjikan dengan kebajikan (yakni menyuruh berbuat kebajikan) dan membenarkan dengan (apa yang) hak. Barangsiapa mendapati akan yang demikian itu, maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu ialah daripada Allah SWT dan hendaklah ia memuji Allah. Dan satu lintasan daripada seteru iaitu menjanjikan dengan kejahatan (yakni menyuruh dengan kejahatan) dan mendustakan perkara yang hak dan menegah daripada kebajikan. Maka barangsiapa mendapati yang demikian, ia hendaklah minta dilindungi dengan pertolongan Allah daripada syaitan yang kena laknat.”
Di dalam maksud Hadis Rasullullah s.a.w. yang lain ada menyatakan juga bahawa:
 فالقلب متجازب بين الشيطان والملك وقد قال صلى الله عليه وسلم " في القلب لمتان لمة من الملك ايعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذلك فليعلم انه من الله سبحانه وليحمد الله ولمة من العدو ايعاد بالشر وتكذيب بالحق ونهي عن الخير فمن وجد ذلك فليستعذ بالله من الشيطان الرجيم  ثم تلا قوله تعالى: "الشيطان يعدكم الفقر ويأمركم بالفحشاء ... "
                     Maksudnya : 
“Maka hati itu (badan batin) saling tarik-menarik di antara syaitan dan malaikat.Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Dalam hati ada dua lintasan, satu lintasan daripada malaikat menjanjikan dengan kebaikan dan membenarkan yang hak. Maka barangsiapa dapat (hal) yang demikian maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu adalah daripada Allah Subhanahu dan hendaklah ia memuji Allah; dan satu lintasan daripada seteru, menjanjikan dengan kejahatan, mendustakan apa yang hak (benar) dan mencegah dari (membuat perkara) kebaikan. Barangsiapa mendapati yang demikian itu hendaklah ia minta perlindungan Allah dari syaitan yang dilaknat. Kemudian ia (Nabi) membacakan Firman Allah Taala :الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 
yang bermaksud: “Syaitan itu menjanjikan kamu sekalian (dengan) kemiskinan dan menyuruh kamu sekalian dengan segala perkara keji ..…. ”.  [Surah al-Baqarah, ayat 268.] 
Di samping itu seseorng ahli sufi yang hak amat memahami, menyedari  dan sentiasa berwaspada terhadap kebenaran Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Hijr 39-42 :
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ   (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ (42
                     Maksudnya :

"Iblis berkata: Ya Tuhanku, dengan apa yang telah Engkau sesatkan daku, pastinya aku (akan) hiasi (kejatahatan) bagi mereka di muka bumi dan pastinya aku (akan) menyesatkan mereka semuanya” (39).
Kecuali hamba-hamba Engkau daripada mereka yang MUKHLIS” (40).  
Dia (Allah) berfirman: Inilah jalan kepada-Ku yang lurus (41).  
“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman) tidak ada kekuasaan bagimu (Iblis) ke atas mereka (untuk menyesatkan mereka) kecuali siapa yang mengikut kamu dari orang-orang yang sesat” (42).  
 Perihal bisikan syaitan ini ada difirmankan Allah dalam al-Quran surah al-An'am ayat 112-113 : 
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ (112) وَلِتَصْغَى إِلَيْهِ أَفْئِدَةُ الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ وَلِيَرْضَوْهُ وَلِيَقْتَرِفُوا مَا هُمْ مُقْتَرِفُونَ (113
                       Maksudnya :
" Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tingglkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (112)
Dan (juga) agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, mereka merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaitan) kerjakan."(113) 
Seseorang ahli sufi yang hak juga amat berwaspada apabila membaca dan memahami betapa syaitan iblis akan berterusan memperdaya untuk merosakkan manusia seperti maksud Firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 17 ini :
 ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ 
                         Maksudnya :
" Kemudian aku (Iblis) akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakang mereka, dari  kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanykan mereka bersyukur (ta'at).
[ Lihat : TIPU DAYA SYAITAN IBLIS (Bhg 2) ]

Adalah sesuatu yang teramat sukar bagi seseorang  yang tidak mempunyai ilmu pengethuan agama yang selayaknya  dan beribadat kepada Allah dengan penuh IKHLAS dapat menghindarkan dirinya dari terkena tipu daya syaitan. Demikian juga adalah satu cabaran yang amat sukar bagi golongan ahli sufi yang melalui titian "Al-Muraqabah" dapat melintasinya dengan selamat sekiranya tidak mempunyai perisai ilmu, doa dan amalan yang kukuh untuk memahami dan membezakan di antara "bisikan malaikat" dan "bisikan syaitan."

Amalan zikirullah dengan melafazkan kalimah memuji-muji dan mengagung-agungkan kesucian dan kebesaran Allah SWT banyak disebut di dalam al-Quran sebagai salah satu cara memperhambakan diri terhadap Allah Yang Maha Agung, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa semoga medapat limpahan rahmat, keredaan dan keampunan-Nya. Antarannya ialah Firman Allah seperti berikut :  
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ 
                   Maksudnya :
i."Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
                                     [ Surah Al-A'raaf : 205 ] 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43)
                 Maksudnya :
ii. " Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.(41) 
Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. (42)
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah dia Maha Penyayang kepada orang-orng yang beriman.(43)" 
                           [Surah al-Ahzab : 41-43 ]                      
Bagi golongan ahli sufi yang sudah mencapai ke tahap yang tinggi amalan zikirullah adalah makanan kerohanian mereka pada setiap detik hayatnya sama ada secara lisan atau di dalam qalbunya. Hati dan fikirannya karam mengingati dan memuliakan kebesaran Allah SWT sahaja hingga dia melupakan hal-hal yang lain daripada Allah. Maka terbitlah amalan zikir yang dinamakan Zikr Nafi Ithbat La Illahaillallah (لا إله إلا الله yang sering disalahfaham atau disalahertikan oleh golongan yang tidak memahami Ilmu At-Tauhid Ahli Sunnah Wal Jammah hingga membawa kepada maksud menyatukan Zat(Diri) Allah yang Qadim dengan zat makhluk yang baharu yang akhirnya memberi erti kepada pegangan dan fahaman "mensyirikkankan" Allah.

Adapun yang dimaksudkan dengan Zikr Nafi Ithbat La Illahaillallah  ialah ketika seseorang itu melafazkan Zikir La Illahaillallah dia beriktiqadkan bahawa semua makhluk yang ada hendaklah 'dinyahkan' atau 'dinafikan' daripada ingatan di minda dan hati kerana pada asalnya kesemua makhluk dan setiap sesuatu yang dijadikan Allah itu tidak ada sama sekali atau belum diadakan, kemudian Allah mengadakannya dengan Qadrat-Nya yang Qadim daripada semata-mata tidak ada kepada ada berbetulan dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali.

Ini bermakna setiap sesuatu seperti masa, tempat, malaikat, jin, manusia, roh,syurga, neraka, Arasy, Qursi, gerak, diam, huruf, warna, rupa, suara, sunyi-senyap dan apa juga yang dinamakan alam dan makhluk daripada yang paling kecil hinggalah kepada yang paling besar sama ada yang zahir nyata atau yang tidak kelihatan pada pemandangan mata kepala manusia pada asalnya tiada atau belum dijadikan Allah. Kemudian hendaklah 'diithbatkan' atau dimasukkan ke dalam pemahaman di hati bahawa sebelum diadakan semua makhluk, yang ADA hanya Allah SWT sahaja sebagaimana Dia ADA itu juga penuh dengan kemuliaan dan ketinggian martabat Asma' Ullah Al-Husna.
Adanya Allah itu tidak sama sekali menyamai dengan adanya makhluk. Allah itu ada, sentiasa ada, selama-lamanya ada dan tidak berkeputusan adanya. SEBELUM diadakan masa dan tempat dan setiap sesuatu yang diadakan Allah, maka hanya Allah sahaja yang ada.**

[ ** Lihat : Maksud Hadis Allah Memuji Diri-Nya Sendiri ]

Adalah menjadi satu kesalahan yang amat besar dari segi pegangan iktiqad dan pegangan akidah keimanan kepada Allah sekiranya maksud  Zikr Nafi Ithbat La Illahaillallah  (لا إله إلا الله )  ini diertikan atau diiktiqadkan bahawa yang wujud hanya Zat [Diri] Allah belaka dan Zat Allah itu bersatu hakikat atau bersatu-padu dengan zat makhluk kerana makhluk itu dikatakan tidak wujud. Salah fahaman terhadap pengertian kalimah "Nafi Ithbat" ini memberi erti bahawa segala makhluk yang dijadikan Allah ini tidak wujud dan semua makhluk yang wujud ini kesemuanya Allah belaka.
Ahli sufi dari golongan ahli sunnah yang hak cukup memahami pengertian ini bersandarkan kepada maksud Hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan bahawa
membaca dan memahami kandungan Ilmu At-Tauhid yang terdapat pada maksud kalimah  Illahaillallah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله yang sangat luas tafsilnya itu dan beriman kepadanya adalah tersangat besar fadhilat dan hikmahnya kerana kalimah syahadah At-Tawhid ini adalah asas akidah keimanan seseorang Muslim. Dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada menyebutkan yang antara lain bermaksud :
" .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : 'Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan  itu ditimbang pada hari kiamat melainkan syahadat La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ).
Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar [benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ] dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah   La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله )  lebih berat daripada demikian itu." 
Mereka tidak akan sekali-kali mengikuti dan berpegang dengan pemahaman ahli sufi yang berpegang kepada  ajaran  Wahdat-al-wujud atau "wujud yang satu" kerana  akan membatalkan fadilat zikrullah dan merosakkan iktiqad keimanan mereka. Jika seseorang ahli sufi itu tidak berpegang kepada iktiqad keimanan Ahli Sunnah wal Jammah, maka dia tidak termasuk dalam golongan ahli sufi as-sunnah yang hak.

[Lihat : Polemik Wujudiah, Nuur Muhammad dan Awal Makhluk ]

Terdapat satu lagi pemahaman yang dikaitkan dengan ketiggian martabat seseorang ahli sufi iaitu Maqam Al-Fana' U-Billah  (مقام الفناء بالله) dan Al-Baqa' U-Fillah. Istilah yang dikhususkan kepada tingkatan amalan dan kefahaman golongan ahli sufi yang telah mencapai ke tahap martabat Muraqabah  ( مراقبة) yang terjumlah sebagai golongan martabat tertinggi ahli "AL-MUQARRABUN"  .( المقربونGolongan ini terbahagi kepada dua iaitu golongan As-Siddiqin (الصديقين) dan golongan Ashabulyamin   (اصحاب اليمين)  . Mereka adalah golongan "Aulia Allah" yang amat dimuliakan Allah. Mereka mungkin hidup terpinggir dalam 'uzlah' yang  tidak dikenali atau dipedulikan oleh masyarakat manusia di bumi tetapi amat terkenal di kalangan para malaikat di langit. 

Di antara Firman Allah di dalam al-Quran yang menjelaskan hal ini ialah:
أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ (11) فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (12 
                   Maksudnya :
i." Mereka itulah orang "al-Muqarrabun" yang 'didekatkan' (kepada Allah).(11) 
Berada dalam syurga-syurga kenikmatan.(12)"
                      [Surah al-Waaqi'ah : 11-12 ]


إِذْ قَالَتِ الْمَلائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ (45) وَيُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلا وَمِنَ الصَّالِحِينَ (46
                    Maksudnya :
ii."(Ingatlah), ketika Malaikat berkata : 'Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang dijadikan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al-Maseh 'Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan salah seorang di antara "al-muqarrabin" yang didekatkan (kepada Allah) . (45)   
Dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian (ketika bayi) dan ketika sudah dewasa dan dia adalah seorang di antara orang-orang yang salih."(46)
                                          [Surah Al-'Imran : 45-46 ] 

 وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ (27) فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ (28 
                      Maksudnya : 
iii."Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.(27)
Berada di antara pohon bidadara yang tidak berduri,(28) 
                              [Surah al-Waqi'aah :  27-28 ] 

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا
                     Maksudnya :
iv."Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerhi nikmat Allah, iaitu Nabi-nabi, para Siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang salih. Dan mereka itulah teman yang sebai-baiknya."
                                      [ Surah An-Nisaa': 69 ]

وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ أُولَئِكَ هُمُ الصِّدِّيقُونَ وَالشُّهَدَاءُ عِنْدَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ  
                        Maksudnya :
v."Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mereka itu orang-orang yang Shiddiqien dan orang-orang yang menjadi saksi di sisi Tuhan mereka. Bagi mereka pahala dan cahaya mereka. Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka."
                                   [Surah Al-Hadid : 19

Orang-orang mukminin/mukminat salih yang terjumlah dalam golongan sufi Ahli Sunnah wal Jamaah  ini mempunyai kefahaman yang luas dan mendalam terhadap Ilmu At-Tawhid dan cukup memahami pengertian ADA Allah mengikut pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al-Husna, maksud Hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri dan memahami bab At-Tanzihu yang terdapat dalam kandungan kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahadah At-Tawhid dan Syahadah Ar-Rasul.

Sesungguhnya barangsiapa yang telah memahami, beriman dan berpegang teguh terhadap segala kandungan ilmu yang terdapat di dalam sumber-sumber rujukan di atas, apabila dia melafazkan zikrullah dia menghayati sepenuhnya Ilmu At-Tawhid dengan mengingati kemuliaan dan kebesaran Allah sahaja seperti yang diperjelaskan di dalam bahan-bahan sumber rujukan tersebut. Hatinya melupakan sama sekali daripada mengingati segala perkara berkaitan makhluk Allah .

Orang mukmin salih yang sudah mencapai tahap ini, dia sudah terjumlah sebagai orang yang mendapat martabat Maqam Al-Fana' U-Billah yang bermaksud ketika melafazkan zikrullah 'hatinya telah melupakan langsung daripada mengingati segala barang/perkara/sesuatu yang lain daripada Allah'. Dia mendapat fadilat yang amat besar daripada zikrullah yang dibacanya kerana ketika lidahnya melafazkan kalimah-kalimah zikrullah hatinya tertumpu sepenuhnya mengingati dan menghayati segala kandungan ilmu mengenai kemuliaan dan kebesaran Allah SWT sahaja. 

Dia dapat berbuat demikian oleh sebab dia cukup memahami segala makna dan tafsil Asma' Ul-Husna dan pengertian At-Tanzihu yang terkandung di dalam sumber-sumber yang tersebut di atas. Pencapaian ketinggian martabat ini baru berada di peringkat pertama.

Apabila sudah mencapai ke tahap martabat yang lebih tertinggi lagi seseorang mukmin yang salih itu tiada mengirakan lagi saat dan ketikanya dia melafazakan zikrullah memuji dan membesarkan kemuliaan Allah SWT. Walaupun lidahnya tidak melafazkan kalimah-kalimah zikrullah tersebut tetapi hatinya tidak lupa dan tidak sedetik pun  lalai  daripada mengingati kebesaran dan kemuliaan Allah sebagaimana yang terkandung pada segala makna nama-nama Allah yang Allah Taala memuji Diri-Nya sendiri dengan-Nya, segala makna yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al-Husna dan kandungan ilmu pada bab At-Tanzihu.

Ketinggian martabat yang amat mulia di sisi Allah ini dinamakan Maqam Fana' Ul-Fana' atau Maqam Al-Baqa' U-Fillah yang bermaksud seseorang mukmin salih itu telah menghabisi segala waktu di sepanjang hayatnya dengan mengingati kebesaran dan kemuliaan Allah sahaja. Hatinya karam dalam lautan ilmu mengingati Allah dan terus melupakan daripada mengingati segala perkara dan hal yang lain daripada Allah. Maka apabila dia melafazkan zikirullah atau ada juga yang menyebut Zikr Nafi Ithbat Laillaha Illah fikiran dan mata hatinya tidak mengingatkan makhluk lagi atau menafikan bahawa makhluk itu sudah ada sebelum Allah mengadakannya sebagaimana yang dimaksudkan pada pengertian At-Tanzihu yang terkandung di dalam Terjemah Aqidah Ahli-Assunah Pada Makna Syahdah At-Tawhid.

Ahli zikir itu memahami dan mengingatkan dengan mata hatinya dengan mengithbatkan  atau menanamkan di dalam hatinya (qalbu)bahawa sebelum diadakan sekalian makhluk-Nya hanya Allah sahaja yang Ada sebagaimana Dia Ada dengan segala ketinggian martabat kemuliaan Asma' Ul-Husna-Nya. Hatinya karam menghayati segala ilmu yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna, Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah, Hadis Rasulullah s.a.w. yang memperjelaskan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri Pada Setiap Hari dan ayat-ayat al-Quran yang menerangkan Zat dan Sifat-sifat Allah yang Qadim lagi Azali. Ringkasnya ketika seseorang ahli zikir itu berzikir dia melupakan atau menafikan dengan tidak lagi mengingatkan makhluk tetapi tertumpu atau mengithbatkan dengan penuh khusyuk terhadap ilmu pengenalan kepada Allah sahaja.

[Lihat :

i.  SOAL JAWAB MNGENAI "ADA" ALLAH SWT 
ii.  FATWA MUFTI JOHOR MENGENAI KITAB SESAT (1948)

Golongan  sufi ahli sunnah yang hak juga amat memahami dan menghayati kehendak makna Firman Allah dalam al-Quran surah Asy-Syuura ayat 11:      

                            " لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَئٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيرُ....."
                   
                          Yang  diertikan bahawa: 
"......Allah SWT itu tiada seperti seumpama "sesuatu" apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat." 
          [ Al-Quran surah Asy-Syuura: 11 ]
Di samping itu sewajarnya mereka cukup arif untuk memahami kehendak maksud kalimah: لَنْ تَرَانِي dalam ayat al-Quran :
وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
                     Maksudnya :
"Dan tatkala Musa telah datang pada miqat Kami (waktu yang ditentukan) dan Tuhannya telah berfirman (lansung) kepadanya, berkatalah Musa: 'Ya Tuhanku, tunjukkan kepada ku untuk aku melihat kepada EngkauDia (Tuhan) berfirman: Kamu tidak (sekali-kali) akan dapat melihat-Ku (iaitu dalam dunia ini) tetapi lihatlah ke gunung itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku (kebesaran-Ku); maka ketika Tuhannya menzahirkan (kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (makanya) hancur-leburlah gunung itu dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orang yang pertama dari orang-orang yang beriman". 
                              [Al-Quran surah Al-A'raaf: 143] 

dan  ayat al-Quran surah al-An'aam :103
     لا تُدْرِكُهُ الأبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الأبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ 
                Maksudnya :
“Dia tidak dapat dilihat (oleh segala penglihatan mata di dunia(, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan (mata), dan Dia-lah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.  
Setiap ahli sufi yang hak juga sewajarnya cukup arif dengan maksud dan pengertian  Hadis Rasulullah s.a.w berikut dan penjelasannya dengan kedua-dua ayat al-Quran di atas :

عَنْ جَرِيْرٍ  قَالَ: كُنَّا جُلُوْسًا عِنْدَ النَّبِيِّ  إِذْ نَظَرَ إِلَى
الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ قَالَ: إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا
الْقَمَرَ لاَ تُضَامُّوْنَ فِيْ رُؤْيَتِهِ فَإِنْ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوْا
عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَصَلاَةٍ قَبْلَ غُرُوْبِ
الشَّمْسِ فَافْعَلُوْا
                                     Maksudnya : 
"Dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu berkata, 'Ketika kami duduk-duduk bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tiba-tiba beliau melihat ke arah bulan di malam purnama "Al-Bader" seraya berkata, ’Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini. Kalian tidak samar dalam melihatnya. Jika kalian mampu untuk tidak meninggalkan salat sebelum terbitnya matahari (Subuh) dan salat sebelum terbenamnya matahari (Asar), maka lakukanlah.”  [al-Bukhari/ Muslim]
Adalah menjadi sesuatu yang teramat mudah bagi golongan sufi yang berpegang teguh kepada iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk memahami maksud ungkapan kata berikut seperti yang terkandung di dalam Kitab Ihya'Ulumuddin yang membawa maksud bahawa :
"Allah itu bukan JIRIM, bukan JISIM, bukan JAUHAR, bukan JAUHAR MURAKKAB, bukan JAUHAR FIRID dan bukan 'ARADH." 
[Lihat :

i.  JIRIM, JISIM, JAUHAR dan 'ARADH
ii.  AHLI SYURGA MELIHAT ZAT ALLAH DENGAN MATA KEPALA
iii.  Kenikmatan, Kenikmatan dan Kebahagiaan Hidup di Syurga

Kelebihan, keistimewaan dan ketinggian martabat  golongan ahli al-Muqarrabin di sisi Allah dapat dinilai daripada Firman-Nya :               

أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ (11) فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (12) ثُلَّةٌ مِنَ الأوَّلِينَ (13) وَقَلِيلٌ مِنَ الآخِرِينَ (14
 
                   Maksudnya :
i." Mereka itulah orang 'Muqarrabun' yang didekatkan (kepada rahmat Allah). (11)
Berada di dalam syurga-syurga kenikmatan.(12) 
Segolongan besar dari orng-orang yang terdahulu,(13) 
dan segolongan kecil dari orang-orng kemudian."(14)
                             [Al-Quran surah Al-Waaqi'ah : 11-14]

فَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ (88) فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّةُ نَعِيمٍ (89 
                     Maksudnya :
ii." Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang 'al-muqarrbin' yang didekatkan (kepada rahmat Allah),(88) 
maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga kenikmatan.(89)"
                                  [Al-Quran surah Al-Waaq'ah : 88-89 ]


Kelebihan dan keistimewaan golongan ahli Al-Muqarrabin ini dapat dinilai juga dengan kandungan do'a Rsulullah s.a.w. sendiri bermohon kepada Allah agar dapat bersama golongan ini yang sebahagian daripada kandungan doa tersebut adalah seperti berikut:

اللهم اجعلنا هادين مهتدين غير الضالين ولا مضلين حربا لأعدائك سلما لأوليائك نحب بحبك من أطاعك من خلقك ونعادي بعداوتك من خالفك من خلقك. اللهم هذا الدعاء وعليك الاجابة وهذا الجهد وعليك التكلان وإنا لله وإنا إليه راجعون. ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ذي الحبل الشديد والأمر الرشيد أسألك الأمن يوم الدين والجنة يوم الخلود مع المقربين الشهود والركع السجود الموفين بالعهود إنك رحيم ودود وانت تفعل ما تريد

                Maksudnya :
"Ya Allah!, bermula do'a ini kepada Engkau memakbulkan(nya) dan ini persungguhan ini, ke atas Engkau kami berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada-Nyalah bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada keupayaan mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang amat mempunyai kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak. 
"Aku memohonkan kepada Engkau keamanan pada hari balasan seksa dan syurga pada hari berkekalan berserta orang-orang yang muqarrabin yang sentiasa bermusyahadah yang banyak rukuk, yang banyak sujud, yang menunaikan dengan segala janji-janji-Nya. Bahawasanya Engkau Yang Amat Mengasihani lagi Yang Amat Menyayangi dan Engkau berbuat apa yang Engkau kehendaki."

Kemuliaan akhlak dan sifat-sifat terpuji golongan "Aulia Allah" ini mendapat balasan kurniaan Allah di akhirat kelak  seperti yang dimaksudkan di dalam maksud Hadis berikut :
“Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.” Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda baginda: “Mereka adalah orang-orang yang saling berkasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.” Kemudian Rasulullah s.a.w membacakan Firman Allah (surah Yunus : 62) : أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ yang ertinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati .”
Adalah menjadi impian serta wawasan setiap ahli sufi as-sunnah yang hak dan orang yang beriman dengan keimanan yang hak agar apabila kembali ke rahmatullah kelak mendapat tempat istimewa sebagaimana yang diwasiat dan dikhabarkan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ini :

            ".......Dan kata Sa'id bin Al-Masib : 
Tatkala sakit kehadiran wafat Abu Bakar r.a. datang orang-orang daripada para sahabat, lalu mereka berkata:  'Wahai Khalifah Rasullullah s.a.w. , perbekalkan kami, bahawasanya kami lihati engkau barang apa yang ada dengan hal engkau (sakit)'.   
Maka kata Abu Bakar r.a.:
فقال ابو بكر: من قال هؤلاء الكلمات ثم مات جعل الله  
  روحه في الأفق المبين، قالوا وما الافق المبين؟ قال 
قاع بين يدي العرش فيه رياض الله وانهار يغشاه كل 
يوم مائة رحمة فمن قال هذا القول جعل الله روحه في هذا المكان .
                     Maksudnya: 
"Barang siapa membaca doa ini kemudian ia mati nescaya Allah Taala tempatkan rohnya itu di al-Ufukil Mubin (الافق المبين)
Mereka berkata mereka: Apa dia al-Ufukil Mubin? Jawabnya: Satu tempat di hadapan Arasy terdapat (di dalamnya) taman-taman dan sungai-sungai di mana turunnya setiap hari seratus (100) rahmat . Maka barangsiapa membaca doa ini nescaya Allah tempatkan rohnya di tempat ini.”     
[Lihat : Doa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. ] 

Mudah-mudahan kita sebagai hamba-hamba Allah yang beriman tidak termasuk dalam  golongan kiri "Ashabul Syimal" yang menerima azab seksa sebagaimana yang dimaksudkan dalam Firman Allah surah al-Waaqi'ah ayat 41-46:
وَأَصْحَابُ الشِّمَالِ مَا أَصْحَابُ الشِّمَالِ (41) فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ (42) وَظِلٍّ مِنْ يَحْمُومٍ (43) لا بَارِدٍ وَلا كَرِيمٍ (44) إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُتْرَفِينَ (45) وَكَانُوا يُصِرُّونَ عَلَى الْحِنْثِ الْعَظِيمِ (46
                         Maksudnya :        
"Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu? (41)
Dalam (seksaan) angin yang amat panas dan air yang panas dan mendidih,(42) 
dan dalam naungan asap yang hitam, (43)
tidak sejuk dan tidak menyenangkan. (44)
Sesungguhnya mereka sebelum itu hidup bermewah-mewah.(45) 
Dan mereka terus menerus mengerjakan dosa yang besar.(46)"
Jika diselusuri segala penjelasan yang dipaparkan ini besar kemungkinan akan berbangkit beberapa kekeliruan dan lantas menafikan kebenarannya. Namun bagi mereka yang mengikuti dengan teliti perjalanan hidup para sahabat Rasulullah s.a.w. , para ulamak mujtahidin tersohor di dunia sejak zaman tabieen, kehidupan para aulia Allah seperti yang disebut dalam al-Quran dan kitabullah-kitabullah, sewajarnya akan terbitlah kesedaran bahawa bukanlah sesuatu yang mudah bagi seseorang yang beriman itu mencapai tahap "Al-Muqarrabin" sebagai martabat kemuliaan tertinggi di sisi Allah yang mendapat limpahan rahmat dan keredaan Allah berkekalan hingga akhirat. Berbagai halangan getir terpaksa dilalui bermula dengan kesukaran mendaki tangga-tangga keilmuan  di bawah bimbingan ulamak mursyid yang hak. 

Mudah-mudahan paparan maksud Hadis berikut dapat mengilhamkan kita keutamaan untuk mempelajari, memahami dan menghayati tapak ilmu yang sewajarnya diberikan keutamaan sebelum kita melangkah seterusnya ke alam sufi yang dipenuhi onak dan duri :
"Adalah diketahui bahawa orang yang jahil dalam ilmu mengenal Allah itu tidak memberikan apa-apa faedah pun daripada amalan-amalan salih yang dilakukannya, malahan  ia terdedah kepada pintu kesesatan dalam agama.  Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.:  'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azzawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya:  'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwataala.
   
                                 [Maksud Hadis]


***********************************************************************


لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلأنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ 

                     Maksudnya :
 " Bukanlah kewajipan mu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah yang memberi petunjuk (memberi taufik hidayah) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa sahaja (harta yang baik) yang kamu kalian nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan  kamu kalian tidaklah membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan apa saja (harta yang baik) yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya."
                             [Al-Quran surah al Baqarah : 272 ]

                      ***********************************


 لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الأرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ 

                        Maksudnya :
"(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang trikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri  dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu  nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
                              [Al-Quran Surah Al-Baqarah : 273]

                       *************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan