Ahad, 25 Disember 2011

Tipu Daya Syaitan Iblis [Bhg 2]

  [ Sambungan : Tipu Daya Syaitan Iblis [Bhg 1]


      أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيمِ


                                     بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم 
الحمد رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
 "Wahai manusia,.....Berwaspadalah terhadap syaitan dan keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil...." 
 [Sebahagian daripada maksud, " Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w. pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah  di Lembah Uranah, Gunung Arafah] 
                                  **********************************
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ﴿98﴾إِنَّهُ 
لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ﴿99 
إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ

                   Maksudnya :
" Apabila kamu membaca al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.(98) 
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya."(99)
                     [Al-Quran surah سورة النحل‎‎  An-Nahl : 98-99 ]

                      *****************************************
                    كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلإنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ (16) فَكَانَ عَاقِبَتَهُمَا أَنَّهُمَا فِي النَّارِ خَالِدَيْنِ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ (17
        Maksudnya : 
 "[Pujukan] orang-orang munafik itu adalah seperti [pujukan syaitan] ketika dia berkata kepada manusia : 'Kafirlah kamu'. Maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata : 'Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam.'(16)  
Maka adalah kesudahan keduanya, bahawa sesungguhnya kedua-duanya [masuk] ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim."(17)
                               [  Al-Quran surah سورة الحشر Al-Hasyr : 16-17]

                          *********************************

Peringatan dan amaran Allah Subanahuwataala kepada anak cucu Adam iaitu umat manusia di dalam al-Quran amat jelas supaya sentiasa menjauhkan dan berjaga  diri daripada tipu daya syaitan seperti yang dinyatakan di dalam surah    سورة الأعراف‎‎  Al-A'raaf ayat 27-28  :
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ (27
وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّهُ أَمَرَنَا بِهَا قُلْ إِنَّ اللَّهَ لا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ (28
                    Maksudnya :
" Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka.  Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.  Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (27)
Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: " Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya".  Katakanlah : "Sesungguhnya Allah TIDAK menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji."  Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui?." (28)
Dalam surah سورة يس Yaa Siin ayat 60-62  manusia diperingatkan supaya jangan sekali-kali menyemabh syiatan :
              أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَنْ لا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ(60) وَأَنِ اعْبُدُونِي هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (61) وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلا كَثِيرًا أَفَلَمْ تَكُونُوا  تَعْقِلُونَ (62  
             Maksudnya:
"Bukankah Aku telah memerintahkan kepada mu hai Bani Adam supaya tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu,(60)
dan hendaklah kamu menyembah Ku. Inilah jalan yang lurus. (61)
Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?"(62)
Sesungguhnya permusuhan syaitan Iblis laknatullah adalah berterusan sehingga Hari Kiamat dunia seperti yang diperjelaskan di dalam ayat-ayat al-Quran sebelum ini. Mereka akan melakaukan apa jua cara untuk merosak dan menyesatkan manusia.  Di dalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang bermaksud :
" Maka sesungguhnya diriwayatkan bahawasanya Iblis menzahirkan dirinya bagi Yahya bin Zakaria Alaihisalam, maka ia melihat di atasnya itu ada penyangkut-penyangkut daripada tiap-tiap suatu. Maka katanya kepada Iblis : Apa dia penyangkut-penyangkut ini? Jawab Iblis : Inilah segala keinginan nafsu yang aku dapat mengenakannya akan anak Adam.  Kata Yahya : Adakah padanya itu daripada sesuatu?. Kata Iblis : Barangkali sekiranya engkau kenyang maka kami memberatkan engkau daripada sembahyang dan daripada menyebutkan Allah. Berkata Yahya : Adakah lain daripada yang demikian itu?. 
Jawab iblis : Tidak. Maka berkata Yahya : Demi Allah di atasku, bahawa tidak aku memenuhi perutku daripada makanan sama sekali selama-lamanya.  Maka kata Iblis : Demi Allah di atasku bahawa tiada aku memberi nasihat seseorang Muslim sama sekali selama-lamanya".
 Hadis yang lain pula ada menyebut yang bererti :
"Dan diriwayatkan bahawasanya Iblis yang dilaknat Allah menzahirkan diri bagi Isa bin Maryam Alaihisalam lalu berkata kepadanya : Katakanlah olehmu Laillaha Ilallah. Kata Isa kepadanya : Itu kalimah hak dan tiada aku menuturkannya dengan sebab perkataan engkau."
Pada setiap diri manusia itu mempunyai kembaran syaitan yang menerbitkan lintasan-lintasan hati supaya melakukan kejahatan dan kembaran malaikat yang menerbitkan lintasan-lintasan hati supaya melakukan kebaikan.  Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut yang bererti :
1. "Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Tiada daripada seseorang engkau sekalian itu melainkan ada baginya syaitan.Kata mereka: Dan engkau juga wahai Rasulullah?. Ia bersabda : ' Dan aku juga melainkan bahawasanya Allah menolongi aku ke atasnya maka ia [syiatan] jadi Muslim, ia tiada menyuruh melainkan dengan kebajikan."
2.  "Dan sesungguhnya sabda Nabi Muhammad s.a.w. :  Di dalam hati itu ada dua lintasan iaitu satu lintasan daripada malaikat menyuruh dan menjanjikan dengan kebajikan dan membenarkan dengan perkara yang hak.  Maka barangsiapa dapati akan yang demikian itu maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu ialah daripada Allah Subahanahuwatala dan hendaklah ia memuji Allah. 
Dan satu lintasan daripada seteru menyuruh dan menjanjikan dengan kejahatan dan mendustakan dengan perkara yang hak dan menegahkan daripada yang berkebajikan. Maka barangsiapa dapati akan yang demikian itu hendaklah ia minta peliharaan dengan pertolongan Allah daripada syaitan yang kena laknat itu.  Kemudian ia membaca Firman-Nya yang bermaksud: Bermula syaitan itu menjanjikan dan menakutkan kamu kepapaan dan menyuruh kamu memperbuat segala kejahatan."

Mampukah kita mengenali dan membezakan di antara bisikan atau lintasan-lintasan hati yang terbit daripada malaikat dan syaitan?  Hanya mereka yang  mempunyai keluasan keilmuan yang hak, bertaqwa dan mendapat pertunjuk Allah sahaja dapat membezakannya. Sebagaimana yang dijelaskan syaitan langsung tidak dapat menipu atau menggoda para Nabi dan Rasul dan apa tah lagi membisikkan sebarang lintasan di hati mereka kerana Allah membantu dengan mengislamkan kembaran syaitan mereka yang hanya menerbitkan lintasan-lintasan kebaikan dan kebajikan sama seperti kembaran malaikat.

Dalam satu Hadis yang lain pula ada menerangkan hal syiatan seperti berikut:


Kata Abu Hurairah:
" التقى شيطان المؤمن وشيطان الكافر فاذا شيطان الكافر دهين سمين كاس وشيطان المؤمن مهزول أشعث أغبر عار فقال شيطان الكافر لشيطان المؤمن مالك مهزول . قال انا مع رجل إذا أكل سمى الله فأظل جائعا وإذا شرب سمى الله فأظل عطشانا واذا لبس سمى الله فأظل عريانا واذا ادهن سمى الله فاظل شعثا فقال لكني مع رجل لا يفعل شيئا فانا اشاركه في طعامه وشرابه ولباسه " 
                   Maksudnya :

"Kata Abu Hurairah : Berjumpa syaitan [kembaran] orang mukmin dan syaitan [kembaran] orang kafir, maka tiba-tiba syiatan [kembaran]orang kafir itu berminyak rambut, gemuk, berpakaian, dan syiatan [kembaran] orang mukmin itu pula kurus berkusutan dan berdebu rambut dan tiada berpakaian.  Maka berkata syaitan [kembaran] orang kafir kepada syaitan [kembaran] orang mukmin : Kenapakah engkau kurus? Jawabnya : Aku berserta seorang lelaki apabila ia makan ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku lapar, dan apabila dia minum menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku dahaga.  Apabila dia memakai pakaian ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku tiada berpakaian dan apabila dia berminyak rambut ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku berkusutan rambut. Maka berkata pula syiatan [ orang kafir] : Tetapi aku berserta lelaki yang tiada berbuat sesuatu apa pun daripada yang demikian itu, maka aku menyertainya pada makananya, minumannya dan pakaiannya."
Daripada satu Hadis Rasulullah s.a.w. pula diperjelaskan usaha dan cara syiatan merosak dan memperdayakan manusia seperti yang bermaksud : 
  " Dan kata Wahib bin al Warid,telah sampai kepada kami bahawasanya Iblis menzahirkan diri bagi Yahya bin Zakaria Alaihisalam dan ia berkata : Bahawasanya aku hendak memberi nasihat kepada engkau.  Kata [Yahya]  Tidak ada hajat bagiku pada nasihat engkau, tetapi kau khabarkanlah kepada aku daripada hal anak Adam.  Iblis berkata:  Anak Adam [atau manusia] pada sisi kami ada tiga [3] bahagi.  Satu [1] bahagi daripada mereka ialah yang lebih-lebih kuat daripada segala bahagi-bahagi ke atas kami.  Kami berhadap ke atas seorang daripada mereka hingga kami memfitnahkan dia dan kami dapat mengerasi daripadanya. Maka ia bersegera beristighfar dan bertaubat [kepada Allah] maka rosak di atas kami tiap-tiap suatu yang telah kami perolehi daripadanya. Kemudian kami kembali balik ke atasnya [memfitnahkannya], tetapi dia kembali seperti itu [bertaubat] . Maka tiada kami berputus harap daripadanya, tetapi dalam begitu tiada kami mendapati daripadanya akan hajat kami. Maka daripadanya kami mendapat penat dan susah sahaja.
Adapun bahagi yang kedua [2] mereka berada pada tangan-tangan kami dengan menepati seperti bola pada tangan anak-anak mereka.  Kami membalik-balikkan mereka barang apa sahaja yang kami kehendaki, sesungguhnya memadai mereka mencukupi akan diri mereka. 
Adapun bahagi yang ketiga [3] pula mereka seumpama engkau terpelihara mereka dan tiada terdaya kami daripada mereka di atas sesuatu apa pun."
Berpandukankan Hadis-hadis ini banyak pengajaran yang dapat difahami akan hal karenah syaitan terhadap manusia yang tidak pernah mengenal jemu atau penat atau berputus asa untuk menggoda dan memperdayakan manusia supaya mengingkari perintah Allah semasa hidup di dunia.  

Umat manusia yang paling mudah dipermainkan syaitan ialah seperti golongan kedua [2] yang syaitan mengibaratkan mereka seperti bola permainan kanak-kanak yang menurut sahaja apa juga kemahuan syaitan. Golongan inilah yang paling ramai di dunia ini yang menjadi alat syaitan berseronok-seronok dan akhirnya masuk neraka bersamanya. Orang mukmin yang jahil, cuai dan tidak mengambil berat untuk memperdalami ilmu agama Islam yang hak juga akan termasuk bersama golongan manusia yang mudah dipermainkan syaitan.


Di samping itu dapat difahami juga bahawa syaitan kembaran setiap diri manusia akan turut bersama-sama makan, minum, berpakaian dan berminyak rambut sekiranya seseorang itu tidak beriman dan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut tidak menyebut nama Allah. Maka menjadi gemuk sihat walafiat syaitan-syaitan kembaran manusia yang tidak beriman dan tidak menyebut nama Allah ketika melakukan perbuatan mereka bahkan hingga beristeri pun syiatan turut bercampur sama jika tidak membaca nama Allah.

Syiatan sangat bermusuh dengan al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. kerana jika seseorang itu beriman, bertaqwa dan menjadi mukmin yang salih maka syaitan kembarannya terpaksa hidup dalam kesusahan tidak berpeluang makan, minum, berpakaian dan beristeri bersama seperti yang dimaksudkan dalam suatu Hadis:

"Dan kata Ayub bin Yunus bin Yazid, telah sampai perkhabaran Hadis kepada kami bahawasanya diperanakkan berserta anak-anak manusia itu daripada anak-anak jin kemudian mereka hidup bersama-sama mereka."
Seramai manakah jumlah syaitan itu ?  


Abu Imamah Al-Bahili ابو امامه الباهلي telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

 "وكل بالمؤمن مائة وستون ملكا يذبون عنه مالم يقدر عليه من ذلك للبصر سبعة املاك يذبون عنه كما يذب الذباب عن قصعة العسل في اليوم الصائف وما لو بدا لكم لرأيتموه على كل سهل وجبل كل باسط يده فاغر فاه ولو وكل العبد الى نفسه طرفة عين لاختطفته الشياطين".
                 Maksudnya :
" Dan sesungguhnya kata Abu Umammah Al Bahili sabda Rasulullah s.a.w.:  Diwakilkan bagi seorang mukmin itu seratus enam puluh [ 160 ]orang malaikat, mereka menolakkan daripadanya barang yang tiada berupaya ia ke atasnya [menolakkannya] yang setengah daripada yang demikian itu untuk pemandangan mata ialah tujuh [7] orang yang menolakkan daripadanya sebagaimana menolakkan lalat-lalat dari  pinggan bekasan madu pada hari musim panas.  Jikalau sekiranya terzahir bagi kamu sekalian nescaya kamu melihatnya 'syaitan itu' di atas tiap-tiap tanah rata dan bukit semua membentangkan tangannya membukakan mulutnya. Sekiranya diwakilkan seorang hamba itu kepada menjaga dirinya sendiri dengan sekerlipan mata sahaja nescaya menyambarinya oleh syaitan-syaitan."
Hadis ini dengan jelas memperingat dan mengkhabarkan betapa ramainya makhluk syaitan berada di dunia ini mengelilingi hidup manusia dan hanya menunggu saat dan ketika sahaja untuk menganggu atau merosakkan manusia dengan izin Allah. Hinggakan pada saat hendak melakukan ibadat seperti sembahyang, puasa, haji, jihad dan lain-lain lagi syaitan akan mengganggu dengan berbagai cara untuk menggagalkan atau merosakkan ibadat-ibadat yang hendak dilakukan.
Namun dengan pertolongan rahmat dan kemurahan-Nya, Allah mengutuskan 160 orang Malaikat Rahmat untuk memberi perlindungan dan mendo'akan kesejahteraan  orang-orang mukmin.  Adalah mustahil manusia dapat mengatasi atau dibiarkan bersendirian tanpa pertolongan Allah berhadapan dengan syaitan-syaitan ini.  Jika berlaku demikian, besar kemungkinan dengan sekadar sekerlipan pemandangan mata sahaja dia disambar syaitan.  Oleh itu nyata salahnya jika ada orang yang mendakwa kononnya dia mampu bersandar dengan kekuatan dirinya sendiri dan jauh sekali dia dapat menolak bahaya kemudaratan syaitan itu tanpa pertolongan Allah.

Terdapat dua kandungan Hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan lagi betapa jahat dan mudaratnya syaitan terhadap manusia seperti yang bermaksud :

1.  "Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. :  Sesungguhnya datang kepada aku syaitan, maka ia menarikkan akan daku kemudian dia menarikkan akan daku.  Maka aku ambil dengan memegang tengkuknya.  Demi yang membangkitkan akan daku menjadi Rasul dengan sebenarnya, tiada aku melepaskannya hingga aku dapati kesejukan air lidahnya ke atas tangan aku.  Jikalau sekiranya tidak ada perdoaan saudaraku Sulaiman Alaihisalam nescaya akau berpagi-pagi terlantar di dalam masjid."
2.   Dan daripada Abdul Rahman bin Abi Laili katanya: Adalah syaitan datang kepada Nabi Muhammad s.a.w., pada tangannya ada sepotong nyalaan daripada api.  Ia berdiri di hadapannya ketika ia sedang sembahyang.  Maka ia [Rasulullah ] membaca dan berta'uz membaca "A'uzubillahi Minasyiatanirrajim" tetapi dia tidak pergi.  Lalu datang kepadanya Jibrael Alaihisalam dan berkata kapadanya : Katakan olehmu :                                                                
                    أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَاْ يُجَاوِزُهَنَّ بِرٌّ وَلَاْ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ الأَرْضِ وَمَايَخْرُجُ  مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِاللَّيْلِ  وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَن 
         Yang kira-kira ertinya : 
 " Aku meminta peliharakan [perlindungan] dengan segala kalimah yang sempurna yang tiada melampaui oleh orang yang baik dan tiada melampaui oleh orang yang  jahat daripada kejahatan barang apa yang masuk pada bumi dan barang apa  yang keluar daripadanya, dan barang apa yang turun daripada langit dan barang apa yang naik kepadanya, dan daripada segala fitnah malam dan siang, dan daripada segala yang datang malam dan siang melainkan yang datang mendatangkan dengan kebajikan, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah."
 Apabila ia [Rasulullah s.a.w. ] mengatakan yang demikian itu maka padam sepotong nyalaan api itu jatuh ke atas mukanya [syaitan]."   
Sama-sama kita manfaatkan dan fahami hikmah pengajaran kedua-dua Hadis ini.  Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum, Penghulu sekalian Nabi, Rasul, manusia dan jin dan sentiasa terpelihara daripada sebarang gangguan syaitan pun masih dicuba syaitan untuk mengganggu dan merosakkannya, betapa pula manusia lain yang tidak maksum dan langsung tidak mengenali dan terdedah seluas-luasnya kepada syaitan laknatullah?  

Perlu difahami juga ketika Rasulullah s.a.w. berhadapan dengan gangguan syaitan, Malaikat Jibrael AS berada berhampiran dengannya tetapi Rasulullah s.a.w. tidak meminta sebarang pertolongan daripadanya. Malaikat Jibrael AS yang dijadikan Allah mempunyai diri sebegitu besar dan mempunyai kekuatan luar biasa yang semestinya dengan mudah boleh mengatasi dan membinasakan syaitan itu juga tidak melakukan apa-apa tindakan, sebaliknya dia hanya mengajarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. berdo'a kepada Allah supaya syaitan pergi segera.  

Peristiwa ini adalah satu pengajaran yang sewajarnya dapat difahami bahawa kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah dan berdo'a kepada Allah SWT untuk memohon rahmat pertolongan-Nya supaya dijauhkan daripada segala kejahatan syaitan, jin, manusia dan kesusahan-kesusahan lain.

[ Catatatan : Amalkanlah membaca do'a ini atau menjadikannya sebagai zikir atau wirid selepas mendirikan solat lima waktu atau ketika berhadapan dengan sa'at kritikal yang dirasakan diganggu jin syaitan. Insyallah besar hikmah dan fadhilatnya]


Hadis ini juga memperingatkan orang-orang yang beriman supaya jangan sekali-kali meminta pertolongan atau bantuan daripada manusia yang berkhadamkan jin, syaitan dan makhluk-makhluk lain lebih-lebih lagi daripada kayu, batu, api, bulan, matahari dan lain-lain.  Hendaklah sentisa diingati dan fahami bahawa semua makhluk Allah seperti syaitan, jin, malaikat, manusia dan makhluk-makhluk lain mempunyai kelemahan dalam lima [5] perkara iaitu :


1.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kemanfaatan
2.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kemudaratan
3.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kematian
4.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kehidupan
5. tiada memiliki bagi dirinya sendiri kebangiktan hidup semula kemudian daripada mati.

Daripada sini dapatlah difahami bahawa Malaikat Jibrael AS yang memiliki lima [5] kelemahan tersebut tidak diwahyukan bertindak terhadap syaitan tersebut untuk menolong Nabi Muhammad s.a.w. melainkan mengajarkan supaya berdo'a kepada Allah yang menjadikan, menguasai dan memiliki sekalian makhluk-Nya.  Maha Suci Allah yang tidak memiliki sebarang kelemahan dan kekurangan.

Firman Allah dalam al-Quran surah  سورة الجن‎‎ Al-Jin menjelaskan :
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الإنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا 
                      Maksudnya :

"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan."
                                                 [Ayat: 6]
  قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا (20) قُلْ إِنِّي لا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلا رَشَدًا (21) قُلْ إِنِّي لَنْ يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا (22)
                   Maksudnya :
"Katakanlah : Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhan ku dan aku tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya. (20) 
Katakanlah : Sesungguhnya aku tiada kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan.(21)   
Katakanlah : Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorang pun yang dapat melindungiku daripada (azab) Allah dan sekali-kali aku tiada akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya."(22) 

                        [Ayat :20-22]
Kebijaksanaan syaitan memperdayakan manusia termasuk orang yang beriman sangat halus dan tidak disedari oleh orang yang jahil Ilmu Tawhid khususnya dalam bab ketuhanan seperti yang dimaksudkan di dalam Hadis :
 " Kata Aisyah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. : Bahawasanya syaitan datang kepada seseorang engkau sekalian, maka ia berkata : Siapa mengadakan engkau ?. Maka ia berkata : Ialah Allah Tabaraka Wataala. Maka ia berkata:  Siapa mengadakan Allah? Apabila didapati oleh seseorang daripada engkau sekalian akan yang demikian itu hendaklah dikatakan :  Aku telah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.  Bahawasanya dengan yang demikian itu ia pun pergi daripadanya."
Sekiranya seseorang itu tidak mendalami, memahami, menghayati serta berpegang teguh kepada Ilmu At-Tawhid yang hak adalah  amat sukar baginya mencari jalan keluar untuk menjawab dan menolak hujah-hujah syaitan yang sangat halus ini. Bayangkanlah apa yang berlaku kepada roh seseorang yang jahil Ilmu At-Tawhid yang sedang nazak Sakaratul- maut berhadapan seorang diri menerima hujah ilmu dan berbagai-bagai tipu daya terakhir tentera-tentera syaitan untuk menyesatkannya supaya mati dalam kekafiran?

[ Lihat : 
             i.   Bersediakah Anda Menghadapi SAKARATUL MAUT?


[Peringatan: Apabila Rasulullah s.a.w.  mengatakan yang bermaksud : "Aku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya," bererti memahami dan beriman kepada Ilmu At-Tawhid yang terkandung di dalam Dua Kalimah Syahdah Tauhid dan Syahdah Rasul dan juga Asma' Allah Al Husna dan bukan mengikut akal fikiran sendiri.]


Apakah panduan yang dapat membantu seseorang mukmin mempunyai kekuatan dan mendapat rahmat pertolongan Allah daripada terkena mudarat gangguan syaitan dan jin ?  Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang boleh dijadikan pegangan dan panduan amalan bagi mengatasi masalah yang berterusan daripada gangguan makhluk syaitan dan jin terhadap manusia. Keyakinan yang kukuh terhadap peringatan dan janji Allah seperti yang ditegaskan berulang-ulang kali di dalam al-Quran sebagai pelindung dan penjaga terhadap hamba-hamba-Nya adalah amat benar dan hendaklah dijadikan pegangan. Allah tidak pernah memungkiri janji-janji-Nya.

Firman Allah daslam  al-Quran surahسورة الحجر Al-Hijr 39-42 hendaklah sentiasa dijadikan panduan  dan peringatan: 
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ   (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ (42
                  Maksudnya :

" Iblis berkata : Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39)
kecuali hamba-hamba Engkau yang MUKHLIS di antara mereka. (40)
Allah berfirman : Ini adalah jalan yang lurus; kewajipan Aku-lah (menjaganya). (41)
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat (Lihat maksud al-Quran surah al-Baqarah :268 )."(42)
Demikian juga dalam surah سورة الأنعام Al-An'aam ayat 142 Allah memperingatkan lagi :
   وَمِنَ الأَنْعَامِ حَمُولَةً وَفَرْشًا كُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ  وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
                   Maksudnya :
" Dan di antara binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Di dalam surah سورة الزخرف‎‎ Az-Zukhruf : 36 pula Allah memperingatkan implikasi yang akan menimpa mereka yang berpaling atau enggan mematuhi peringatan-Nya di dalam al-Quran :
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ     
                        Maksudnya :
" Barangsiapa yang berpaling dari mengingat pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [al-Quran], Kami adakan baginya syaitan. Maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya." 
Kepada manusia yang suka minum khamar [arak] dan berjudi, Allah memperingatkan kesan daripada perbuatan tersebut sebagaimana Firman-Nya di dalam surah Al-Maaidah سورة المائدة  ayat  91  :        
    إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَـنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَآءَ فِى الْخَمْرِ
    وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَوةِ فَهَلْ أَنْتُمْ  مُّنتَهُونَ

                    Maksudnya :
 "Sersungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran [meminum] khamar dan berjudi itu, dan menghalangi dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu [dari mengerjakan pekerjaan yang keji itu atau masih berdegil]".
Berpandukan kalimah peringatan yang terkandung di dalam ayat-ayat tersebut perkara pokok yang mesti tertanam di dalam diri setiap orang mukmin itu ialah sifat MUKHLIS yang boleh diertikan sebagai mentaati segala perintah dan suruhan Allah dengan benar-benar IKHLAS semata-mata kerana Allah dan agama serta tidak sedikit pun mempunyai tujuan-tujuan lain sama ada diucapkan, tersimpan sebagai niat dalam hati Al Basirah atau dengan perbuatan yang nyata. 

Persoalan IKHLAS yang menjadi penyebab utama untuk mendapat perlindungan dan rahmat Allah ini mudah diucapkan tetapi sangat sukar dilaksanakan kerana apa yang berlaku di dalam hati tidak dapat diukur dengan nyata dan tidak ada seorang makhluk pun yang mengetahuinya dan boleh memberikan ukuran atau penilaian.  Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui segala gerak dan lintasan niat di hati setiap orang hamba-Nya.



Persoalan kedua ialah kalimah :

 "....kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang SESAT." 
Pengertian SESAT di sini ialah kesesatan beragama iaitu mereka yang ingkar dan enggan beriman kepada Allah, Rasul dan segala perkara yang berkaitan dengan hal Rukun Iman enam [6] perkara. Perbahasan mengenai ilmu-ilmu Rukun Iman ini sangat luas tafsilnya. Setiap orang yang mengaku beriman hendaklah berpegang kepada ilmu-ilmu yang hak mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak boleh mempunyai kefahaman yang salah walaupun dianggap atau kelihatan "kecil" sekalipun kerana kesalahan fahaman ilmu yang nampak "kecil" sahaja akan berjangkitan dan merosakkan pula hal-hal yang lebih besar yang kesudahannya membawa kefahaman musyrik dan ingkarkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w..

Apabila rosak kefahaman dan pegangan iktiqad yang terkandung di dalam ilmu Rukun Iman enam [6] perkara ini maka seseorang itu termasuk dalam golongan ahli bida'ah sesat dan terkeluar daripada keimanannya dan "menjadi orang-orang yang mengikut kamu [syaitan]". Ini bererti jika sekiranya seseorang itu pada zahirnya beriman, taat melakukan ibadat-ibadat yang difardukan, berbuat baik sesama manusia dan mempunyai sifat-sifat terpuji yang lain tetapi jika sekiranya pegangan ilmu aqidah keimanannya rosak maka di sisi Allah dia termasuk dalam golongan orang sesat yang tidak beriman dan segala ibadatnya terbatal tidak diterima Allah.

Sebagai pedoman untuk mengatasi masalah gangguan dan tipu daya syaitan laknatullah dan bala tentera mereka  yang sangat ramai ini adalah diperingatkan kepada setiap orang mukmin agar sentiasa mentaati segala perintah Allah serta beristiqamah melakukan perbuatan mahmudah serta membaca, memahami, beriman serta menghayati sepenuhnya setiap ilmu yang terkandung di dalam :



2.  Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Saidina Ali bin Abi Talib yang dijadikan doa menerangkan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri  dan kandungan maksud hadis Allah Memuji Diri-Nya Sendiri.

3.   Doa Rasulullah s.a.w. selepas menunaikan solat sunat subuh.

4.   Doa Khalifah Abu Bakar As Siddiq ketika menghadapi sakit membawa maut yang menjelaskan Qada dan Qadar Allah.

5.  Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa yang terkandung di dalam kitab MUKH AD-DOA FIL IMAN.

6.  Membaca, memahami dan beriman kepada  Asma ' Allah Al Husna.

7. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu untuk menambah baik diri sendiri dalam penghayatan agama dengan membersihkan diri daripada melakukan sifat-sifat keji 'mazmumah' dan menanamkan sifat-sifat 'mahmudah' dengan beristiqamah melakukan segala ibadat yang difardhu dan digalakkan syarak sehingga ke akhir hayat.



Kesemua paparan kandungan ilmu yang tersaji di dalam kitab-kitab yang berkaitan dengan perkara di atas terdapat di dalam blog ini.  Penjelasan yang diserlahkan dalam blog ini hanya sebagai asas kefahaman aqidah keimanan sahaja yang mudah-mudahan boleh dijadikan panduan untuk meneroka dan menjelajah lebih luas dan mendalam lautan ilmu agama Islam yang sangat luas.

Sungguhpun adalah sangat digalakkan agar mencari pedoman dan bimbingan ilmu dan amalan beragama daripada ulama'-ulama' atau guru-guru agama yang hak tetapi sebagai peringatan setiap orang mukmin hendaklah berhati-hati dan berwaspada apabila bertemu atau hendak berguru dengan 'ulama' atau 'guru' agama yang di anggap atau digelar; "mursyid", "kasyaf", "al hafiz"  dan sebagainya berdasarkan ukuran personaliti dan sahsiah zahir sahaja seperti : watak ulama' berpakaian mengikut sunnah, ramai pengikut, bijak berhujah dan petah berbicara dengan tutur kata mereka.

Persoalan-persoalan ilmu aqidah keimanan yang terdapat di dalam blog ini mudah-mudahan dapat membantu atau boleh dijadikan pedoman untuk menilai mereka. Seseorang ilmuan agama kebiasaannya mempunyai fikiran terbuka dan rasional untuk mendengar sebarang teguran, komen, hujah atau persoalan ilmu dan pandangan daripada orang awam yang menghadapi kemuskilan ilmu agama khususnya yang menyentuh hal-hal keimanan yang boleh merosakkan aqidah keimanan seseorang.

[PeringatanDalam maksud Hadis Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan yang intipatinya bermaksud bahawa:

 "Seorang  yang berilmu [orang yang mempunyai dan kefahaman yang luas dan mendalam terhadap ilmu agama  dan beramal dengannya] lebih ditakuti syiatan daripada 1000 orang 'abid [ahli ibadah yang jahil]."
Dalam Hadis yang lain ada juga disebut bahawa Nabi bersabda : 
من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة

                    Maksudnya :
Barangsiapa menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahi Allah kepadanya jalan ke syurga.” [Sahih Muslim]
Maksud Hadis ini memberi peringatan betapa pentingnya menuntut, memahami dan menghayati ilmu yang hak.  Mudah-mudahan ia dapat menangkis serangan syaitan iblis laknatullah yang teramat mudah menipu orang-orang yang jahil walaupun mereka sudah beriman dan ramai jumlahnya tetapi tidak berusaha mendalami, dan menghayati kefahaman ilmu agama Islam yang sangat luas itu. Malahan syaitan  tidak gentar langsung atau takut kepada ahli-ahli ibadah yang jahil.

Biarlah kita bersusah payah menghadapi berbagai kesukaran, berkorban tenaga, fikiran dan wang ringgit ketika masih hidup di dunia untuk mencari kebenaran beragama agar dapat mengelakkan diri daripada penyesalan berpanjangan apabila berada di akhirat kelak. Hendaklah sentiasa dijadikan ingatan bahawa syaitan iblis laknatullah amat pintar menipu, luas ilmu tipu dayanya, lunak tutur katanya serta indah bak syurga wawasan dan angan-angannya tetapi mereka adalah musuh sebenar orang mukmin dan setiap diri umat manusia.

[Lihat  : Kitab  Tipu Daya Syaitan  ]






























Jumaat, 23 Disember 2011

Tipu Daya Syaitan Iblis [Bhg I]



     

           أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيم                                  

     
    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
         
     الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين،سيدنا ونبينا محمد وعلى آله  وصحبه أجمعين  
 أمابعد 
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ   
                          Maksudnya:
"Iblis berkata : " Ya Tuhan ku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,  
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka.
                    Allah berfirman : 'Ini adalah jalan yang lurus: kewajipan 
               Aku-lah (menjaganya)'."     

                [ Al-Quran surah سورة الحجر  Al-Hijr : 39-41]    
                        *************************************
وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
       Maksudnya :
 "Dan berkatalah syaitan tatkala perkara [hisab] telah diselesaikan: 'Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan [sekadar] aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat mnenolong aku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku [dengan Allah] sejak dahulu'. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat keseksaan yang pedih.
                    [ Al-Quran surah سورة إبراهيم‎‎ Ibrahim : 22 ]

********************************


Kehalusan dan kebenaran pengajaran ilmu agama Islam begitu terserlah dengan menerangkan "Kemuliaan Manusia dan Kemuliaan Ibadat " yang difardhukan Allah SWT ke atas manusia melalui wahyu yang diutuskan melalui Malaikat Jibrael AS kepada Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. untuk disampai dan diajarkan kepada manusia.  Kesemua pengajaran ilmu agama Islam ini sangat dipermusuhi oleh syiatan iblis kerana syaitan telah diletakkan dan ditakdirkan Allah Taala untuk memimpin segala jalan kejahatan dan syiatan adalah seteru atau musuh utama Malaikat Jibril AS, Nabi-nabi, Rasul-rasul dan sekalian anak cucu zuriat Nabi Adam Alaihisalam atau manusia.

Di dalam al-Quran terdapat banyak peringatan bahawa "syaitan itu adalah musuh manusia" dan dilarang sama sekali menuruti dan mentaati suruhan syiatan. Amaran demi amaran dan peringatan demi peringatan yang berulang kali disebut di dalam al-Quran sudah mencukupi bagi manusia supaya berjaga diri supaya tidak terkena hasutan dan tipu daya syaitan iblis laknutallah.

Namun demikian orang-orang jahil yang ingkar, mendustakan dan tidak beriman kepada kebenaran al-Quran dan Rasulullah s.a.w. dan sesiapa juga yang tidak mempercayai wujudnya makhluk yang dinamakan syaitan, iblis dan makhluk-makhluk jenis jin yang sama jenis dengan iblis syaitan ini tersangat mudah tertipu dengan godaan dan tipu daya syaitan melalui berbagai-bagai cara dan pendekatan sama ada secara berterang-terangan atau secara halus tanpa disedari. Tipu daya Iblis sudah bermula sejak Nabi Adam a.s. dijadikan seperti yang dimaksudkan dalam surah Al-Baqarah البقرة ayat 34-36 :
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ (34) وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ (35) فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ (36            
           Maksudnya :

 " Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat:  'Sujudlah kamu kepada Adam,'  maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (34) 
Dan Kami berfirman : 'Hai Adam, diamlah kamu dan isterimu di syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana sahaja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.' (35)
Lalu kedua-duanya digelincirkan oleh syiatan dari syurga itu dan kedua-duanya dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman : 'Turunlah kamu!, sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." (36)
Firman Allah dalam surah سورة طه‎‎  Thahhaa ayat 115-123 pula memperingatkan lagi :
وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا (115) وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى (116) فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى  (117) إِنَّ لَكَ أَلا تَجُوعَ فِيهَا وَلا تَعْرَى (118) وَأَنَّكَ لا تَظْمَأُ فِيهَا وَلا تَضْحَى (119) فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لا يَبْلَى (120) فَأَكَلا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَعَصَى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَى (121) ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَى  (122) قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلا يَضِلُّ وَلا يَشْقَى          (123
             Maksudnya : 
"Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu ), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat.(115)
Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat : 'Sujudlah kamu kepada  Adam', maka mereka sujud kecuali Iblis. Ia membakang. (116)
Maka Kami berkata : ' Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga yang menyebabkan kamu menjadi celaka. (117)
Sesungguhnya kamu tidak kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang [ terdedah aurat]. (118)
dan sesungguhnya kamu tidak akan merasi dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya'.(119)
Kemudian syiatan membisikkan fikiran jahat kepadanya dengan berkata : 'Hai Adam, mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?' (120)
Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada dalam syurga) dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. (121)
Kemudian Tuhannya memilihnya, maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk.(122)
Allah berfirman : ' Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka'."(123)
Dalam surah سورة الأعراف‎‎  Al-A'Raaf : 13-18 Allah mengulangi peringatan dan permohonan Iblis diperkenankan Allah  :
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ (13) قَالَ أَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ   (14) قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ (15) قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17) قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَدْحُورًا لَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنْكُمْ أَجْمَعِينَ (18 
                 Maksudnya :
Allah berfirman : 'Turunlah kamu dari syurga itu kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina'. (13)
Iblis menjawab : ' Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan". (14)
Allah berfirman : 'Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh'.(15)
Iblis menjawab : ' Oleh kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. (16)
Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur'. (17)
Allah berfirman : 'Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi Neraka Jahanam dengan kamu semuanya'."(18)
Maksud yang hampir sama juga diulangi dalam surahسورة الحجر Al-Hijr : 28-38.

Firman Allah dalam surah yang sama ayat 39-44 pula memperjelaskan lagi:
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ   (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ (42) وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ (43) لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِكُلِّ بَابٍ مِنْهُمْ جُزْءٌ مَقْسُومٌ (44
           Maksudnya :
Iblis berkata : ' Ya Tuhan ku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39) 
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka'. (40)
Allah berfirman : ' Ini adalah jalan yang lurus; kewajiban Aku lah (menjaganya). (41)
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang yang sesat. (42)
Dan sesungguhnya Jahanam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. (43)
Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka'."(44)
Sungguhpun manusia biasa tidak mengenali dan tidak dapat berbicara dengan syaitan tetapi Allah telah meletakkan para  Nabi dan Rasul yang "maksum" itu mempunyai kelebihan "istimewa" dapat melihat, mengenali dan boleh berbicara dengan syaitan iblis, sama seperti mereka menemui dan berbicara dengan malaikat, agar dapat memberi peringatan kepada manusia supaya berjaga-jaga dengan tipu daya syaitan yang sangat halus dan licik yang sukar diatasi oleh manusia yang jahil dan tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dalam hal ini terdapat satu riwayat yang bermaksud :
"Maka sesungguhnya diriwayatkan bahawasanya Noh Alaihisalam tatkala menaiki bahtera ia pun menghitungkan ke dalamnya daripada tiap-tiap dua kelamin itu dua sebagaimana disuruhkannya oleh Allah Taala. Maka ia melihat dalam bahtera itu seorang tua yang dia tidak mengenalinya. Maka kata Noh kepadanya : Apakah sebab yang memasukkan engkau. Maka jawabnya : Aku masuk supaya aku dapat mengenai hati-hati sahabat-sahabat engkau supaya jadilah hati-hati mereka bersertaku dan badan-badan mereka berserta engkau. Maka kata Noh a.s. kepadanya : Keluarlah olehmu daripadanya wahai seteru Allah yang dilaknati.  Maka kata Iblis kepadanya : Ada lima (5) perkara aku binasakan  dengannya manusia , dan aku khabarkan kepada engkau daripadanya dengan tiga (3) perkara dan tiada aku khabarkan kepada engkau dengan dua(2) perkara lagi. Maka Allah mewahyukan kepada Noh bahawasanya tiada berhajat bagi engkau dengan tiga (3) perkara itu. Hendaklah ia mengkhabarkan kepada engkau dengan dua (2) perkara itu. 
Maka kata Noh kepadanya : Apa dia dua (2) perkara itu?. Maka katanya : Ada dua yang tidak pernah mendustakan akan daku ialah dua yang tidak pernah menyalahi akan daku; dengan duanya itulah aku membinasakan manusia iaitu :  HASAD dan TAMAK. Dengan sebab HASAD aku dilaknati dan dijadikan aku syaitan yang kena laknat. Adapun itu dengan sebab TAMAK aku mengenai hajatku terhadap Adam supaya memakan buah daripada satu pokok yang terlarang di dalam syurga. [maksudnya Adam diberikan kebebasan menikmati memakan apa juga buah-buahan yang terdapat di dalam syurga kecuali buah yang terdapat pada satu pokok khusus yang terlarang.  Dengan kebijaksanaannya  menggunakan pujuk rayu dan tipu helah Iblis telah berjaya menyemaikan perasaan TAMAK hingga menyebabkan dia [Nabi Adam] dan isterinya, (Hawa) memakan buah yang terlarang itu]".
 Terdapat satu lagi riwayat mengenai pertemuan Nabi Musa a.s. dengan Iblis yang bermaksud :
"Maka sesungguhnya diriwayatkan bahawasanya Musa a.s. menemui Iblis.  Maka kata Iblis kepadanya:
Wahai Musa engkau ialah orang yang Allah Taala pilihi dengan menjadikan engkau Rasul Pesuruh-Nya dan Ia telah berkata-kata dengan kau sebagai berkata-kata tidak dengan wasitah. Dan aku ialah hamba daripada hamba Allah. Telah aku berbuat dosa dan aku kehendaki bertaubat, maka engkau syafaatkanlah bagiku kepada Tuhan ku bahawa Ia menerimai taubat ke atasku. Maka kata Musa a.s. : Ya.
Tatkala naik Musa kepada bukit dan berkata-kata dengan Tuhan Azawajalla dan ia hendak turun, Allah berfirman kepadanya : Tunaikanlah amanat. Maka kata Musa:  Wahai Tuhan bermula hamba engkau Iblis ia berkehendak  bahawa Engkau menerima taubatnya ke atas Engkau. Maka Allah Taala mewahyukan kepada Musa a.s. : Wahai Musa sesungguhnya telah aku tunaikan hajat engkau. Suruhkanlah akan dia sujud kepada kubur Adam hingga diterimakan taubat ke atasnya. Maka menemui Musa akan Iblis dan berkata kepadanya : Sesungguhnya telah aku tunaikan hajat engkau. Disuruh engkau sujud kepada kubur Adam hingga diterima taubat engkau.  Dengan marah dan bersombong diri Iblis berkata : Tidak aku sujud kepadanya sewaktu sedang ia hidup, adakah aku sujud kepadanya sewaktu is sudah mati?!.  Kemudian ia berkata kepadanya : Wahai Musa , bahawasanya bagi engkau di atasku hak dengan sebab barang apa yang telah engkau syafaatkan bagiku kepada Tuhan engkau. 
Hendaklah engkau ingatkan akan daku pada tiga (3) perkara nescaya aku tidak membinasakan engkau padanya iaitu : Engkau ingatkan akan daku pada ketika engkau marah, bahawasanya roh aku pada hati engkau dan mata aku pada mata kau dan aku berjalan daripada engkau sebagaimana perjalanan darah.  Ingatkanlah akan daku apabila engkau marah, maka bahawasanya apabila marah manusia itu nescaya aku tiupkan pada hidungnya.  Maka tidak ia tahu akan barang apa yang ia perbuat. Dan engkau ingatkan akan daku pada ketika engkau menemui pertempuran, maka bahawasanya aku datang kepada anak Adam pada ketika itu mengingatkan akan isterinya, anak-anaknya dan ahli-ahlinya hingga ia berpaling.  Dan engkau peliharai daripada duduk kepada perempuan yang bukan mempunyai mahram, bahawasanya aku ialah jadi pesuruhnya kepada engkau kepadanya hingga aku memfitnahkan engkau dengannya dan aku memfitnahkan akan dia dengan engkau."
Syaitan dan tentera-tenteranya tidak pernah merasa jemu atau kecewa dan berputus asa untuk merosakkan manusia selagi manusia itu masih hidup bernyawa di dunia. Objektif utama misi mereka adalah untuk menjadikan setiap diri manusia itu sesat kafir dengan menyekutukan Allah dan melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah hingga menjadikan mereka tidak beriman dan terjumlah sebagai orang yang kufur ingkar.

Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang menerangkan hal keadaan roh orang mukmin salih yang dikurniakan Allah dengan  limpahan rahmat dan keampunan ketika berhadapan dengan saat Sakaratul-maut begitu dipermuliakan Allah dengan dihantar 500 orang Malaikat Rahmat menyambut rohnya apabila dicabut keluar daripada jasadnya oleh Malaikat Maut. Pada ketika itu baharulah penghulu Iblis merasa kecewa dan kesal seperti yang dimaksudkan Hadis :

"..............Apabila dilihat oleh Iblis ia pun meletakkan tangannya ke atas kepalanya kemudian dia mengeluh dukacita. 
Sabda  [Rasulullah s.a.w.] : 
Maka berkata tentera-tenteranya kepadanya : Kenapakah engkau wahai tuan penghulu kami?  
Maka ia berkata : Adakah engkau sekalian tidak lihati barang apa yang diberikan kepada hamba ini dengan kemuliaaannya, di manakah engkau sekalian daripada orang ini? 
Kata mereka : Sesungguhnya telah bersungguh-sungguh kami menipu daya terhadapnya tetapi dia 'termaksum' [terpelihara]."
Setiap orang yang mengaku telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan beristiqamah mempelajari, memahami, menghayati dan berpegang teguh kepada ilmu yang hak mengenai akidah keimanan dalam usaha untuk menyanggah, melawan dan menolak segala hasutan syaitan, walau bagaimana susah sekalipun untuk mempelajari dan memahaminya semasa hidup di dunia ini. 
Ujian terakhir akan dihadapi setiap orang apabila tiba masanya seseorang itu hampir mati dan berpindah daripada dunia ini ke suatu tempat yang lain iaitu di Alam Barzakh, negeri akhirat. Pada ketika itu, syaitan dan sekalian kaumnya akan menggunakan segala daya upaya mereka itu untuk mencari jalan menyesatkan orang yang hampir mati itu dengan bermacam-macam cara tipu daya dengan memujuk bermacam-macam pujuk rayu supaya meninggalkan pegangan iktiqad akidah keimanan yang benar itu kepada iktiqad yang lain daripada agama Islam.

Mereka itu datang berpuak-puak menyerupai orang kenalan, sahabat-sahabat karib, kaum kerabat yang jauh dan dekat kepada orang yang hampir mati itu. Mereka datang menghampiri orang yang sakit tenat membawa maut itu dengan berbagai cara dan keadaan seperti menyerupai bapa, ibu, sama ada yang masih hidup atau sudah mati, ulama terkenal bahkan mengaku sebagai Nabi.



Mereka mengeluarkan kata-kata janji manis berbentuk pujukan, rayuan dan hasutan supaya mendengar dan menerima pengajaran sesat yang dibentangkan ketika saat nazak itu. Didatangkan juga bermacam-macam ujian dan percubaan dengan tujuan hendak mengelirukan iktiqad keimanannya supaya mahu mempertuhankan lain daripada Allah Taala.

Orang yang hampir mati itu hanya mempunyai satu pilihan sahaja  iaitu melawan dan membangkang sekuat-kuatnya akan segala tipu syaitan itu supaya terlepas daripada bahaya mati dalam agama kafir dengan mensyirikkan Allah Taala. Sekiranya dia tidak mempunyai kekuatan ilmu untuk melawan hujah-hujah syiatan ini adalah amat ditakuti dia mati dalam keadaan mensyrikkan Allah. 


Mensyirikkan Allah adalah sebesar-besar dosa dan sebesar-besar kezaliman yang tidak diampunkan Allah dan dijanjikan balasan seksa yang berkekalan selama-lamanya di dalam api neraka  bagi orang yang  mati dalam kekafiran dan mensyirikkan Allah itu.

Mungkin terdapat pengajaran fahaman agama sesat yang mengatakan bahawa apabila seseorang itu hendak mati maka datanglah rupa diri sendiri, rupa cahaya putih seperti kapas atau seorang yang tertulis di dahinya dengan kalimah (لا إله إلا الله) atau rupa huruf alif, lam, lam, ha (
. ا. ل. ل. هـ) itu yang dikatakan “Itulah Tuhan”. Ini adalah pegangan iktiqad sesat yang dipegang oleh orang kafir yang mesti disanggah, dikikis dan dibersihkan daripada pemahaman di hati.  


Sesungguhnya sesiapa juga yang percayakan ajaran ini, bukan sahaja apabila orang itu hampir hendak mati dihukumkan kafir bahkan pada saat itu jugalah telah bertukar menjadi kafir dan bukan lagi beragama Islam yang tidak diketahui orang lain yang berada berhampiran denganya.


 [ Lihat: 

i. Bersediakah Anda Menghadapi SAKARATUL MAUT? .
ii. Perbandingan Iktiqad Orang Melayu (Bhg 2)
iii. SOAL JAWAB Mengenai "ADA" Allah SWT.
iv.  Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w. ]


Terlalu banyak pengajaran ilmu dan peringatan yang terkandung di dalam nas-nas yang dipaparkan di atas. Rumusannya dapatlah difahamai bahawa :

1.  Syaitan adalah sebesar-besar musuh sebenar manusia yang telah bermula sejak kejadian Nabi Allah Adam Alaihisalam lagi.

2. Oleh sebab syaitan telah dilaknat Allah dia telah bermohon agar dipanjangkan hayat supaya dapat merosakkan anak cucu Nabi Adam a.s. hingga berlakunya Hari Kiamat. Dengan cara itu mereka mendapat hukuman yang sama bersamanya di dalam api Neraka Jahanam. Allah telah memperkenankan permohonan Iblis tetapi dia tidak berdaya merosakkan orang-orang yang beriman, beramal salIh dan bermukhlis atau benar-benart ikhlas beribadat kepada-Nya.
3.  Syaitan Iblis mempunyai kepintaran luar biasa dan indah lunak pertuturan kata bicaranya untuk menipu umat manusia dengan bermacam-macam cara dan tipu helah yang sukar disanggah oleh orang-orang jahil dan lebih-lebih lagi mereka yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan tidak memahami dengan mendalam Ilmu At-Tawhid dan keimanan.


4.  Syaitan iblis bukanlah orang halus atau seperti bayang-bayang tetapi boleh menyerupai  manusia seperti orang tua hinggakan Nabi Allah Noh a.s. tidak mengenalinya. Syaitan juga  boleh masuk ke dalam badan manusia melalui perjalanan darah hingga menjadikan mata dia pada mata manusia dan roh dia pada hati manusia.

5.  Syaitan iblis tidak berdaya melawan atau berkata dusta kepada para Nabi dan Rasul yang maksum, mendapat keampunan Allah dan terpelihara dari berbuat sebarang dosa kesalahan. Sebagai makhluk yang tidak mempunyai kuasa menentang kuasa dan kehendak Allah syaitan terpaksa berkata benar terhadap apa juga perkara yang dirahsiakannya seperti yang berlaku kepada Nabi Noh, Nabi Musa dan Nabi Yahya a.s..


6.  Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah yang Qadim itu [ tiada berhuruf dan tiada bersuara] dan tiada berkaifiat walau dengan apa jua cara sekalipun kerana Kalam Allah itu tiada menyamai sama sekali dengan kalam makhluk dengan tiada misal, tiada kias dan bandingan dengan kalam makhluk.  Sungguhpun Nabi Allah Musa a.s. mendengar kalam Allah tetapi dia TIDAK sekali-kali melihat Zat [Diri] Allah Taala dengan mata kepalanya.

[Peringatan penting :  Adalah sangat besar salahnya jika seseorang menuduhkan bahawa Nabi Musa a.s. ada melihat Zat Allah dengan mata kepalanya ketika berada di atas bukit berkenaan kerana Allah itu bukan makhluk yang memerlukan TEMPAT dan ketika berada di dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun dapat melihat Zat Allah termasuk Nabi-nabi dan Rasul-rasul Alaihisalam.]


7.  Sifat-sifat mazmumah yang keji di sisi Allah seperti sombong, takbur, hasad, dengki, tamak, riak dan yang seumpamanya itu adalah mewarisi sifat-sifat syaitan yang dilaknat Allah. Walaupun pada penilaian manusia biasa sifat-sifat ini adalah begitu lumrah dimiliki kebanyakan manusia dan dipandang ringan sahaja tetapi di sisi Allah sifat-sifat mazmumah ini adalah dosa besar dan hendaklah dihapuskan pada setiap diri manusia dan digantikan dengan sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul Alaihimussalam.

Ini adalah disebabkan Iblis Laknatullah  mempunyai sifat-sifat yang tercela ini. Bersandarkan kepada maksud Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a., orang mukmin yang melakukan ibadat tetapi masih memiliki sifat-sifat mazmumah maka ibadatnya tidak diterima Allah.

[ Sila lihat :Kemuliaan Manusia dan Kemuliaan Ibadat ] .


Mampukah kita berhadapan dengan tipu daya syaitan tanpa pertolongan Allah Taala? Apakah amalan-amalan yang boleh memberi kekuatan dan perlindungan daripada tipu daya dan gangguan syaitan?
Persoalan-persoalan ini ada diperjelaskan sedikit dalam: Tipu Daya Syaitan Iblis Bhg 2].

Kita hendaklah sentiasa mengulangi terhadap peringatan Allah di dalam al-Quran surah  سورة فاطر  Faathir ayat 6 :
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ 
                    Maksudnya :

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh mu, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."
Demikian juga peringatan Firman Allah dalam surah سورة البقرة Al-Baqarah ayat 256 :
لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
                          Maksudnya :
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Oleh itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Mudah-mudahan kita sentiasa terpelihara dan mendapat limpahan rahmat perlindungan dan pertolongan Allah dari sebarang tipu daya syaitan yang telah diletakkan dan ditakdirkan Allah menjadi ujian kepada setiap diri manusia untuk menentukan keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah. Amin.

[Lihat sambungannya : Tipu Daya Syaitan (Bhg. 2 ) ]

    ***********************************
يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (120) أُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَلا يَجِدُونَ عَنْهَا مَحِيصًا (121
                          Maksudnya :
" Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, pada hal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (120)  
Mereka itu tempatnya Jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat lari daripadanya." (121)                    
           [Al-Quran surah An-Nisaa' : 120-121 ]
















كـِتَابُ اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى

[Sambungan daripada : كمولياءن مانوســـــــــــــيا دن كموليــــــــــــــــــــــاءن عـــــبــــــــــــادة ] كـِتَا...