Jumaat, 19 Ogos 2011

AQIDAH KEIMANAN SESEORANG MUSLIM


         [ Lihat : Muqaddimah ]                                                                                   '
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
                       أما بعد      

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5)إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (6 
                      Maksudnya : 
" Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (4) 
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),(5)  
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya."(6)
                          [Al-Quran surah التِّينِ  At-Tiin : 4-6
*************************************
يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ ءَامِنُواْ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَـبِوَالْكِتَـبِ الَّذِى نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَـبِ الَّذِى أَنَزلَ مِن قَبْلُوَمَن يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَـئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَـلاً بَعِيداً
                                  Maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang ingkar (kafir) kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."                                  
           [ Al-Quran surah سورة النساء An-Nisaa' : 136 ]
*****************************************
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ                  
                               Maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam."
       [Al-Quran surah سورة آل عمران Ali-'Imran : 102]
******************************************

IMAN ialah pegangan terhadap pemahaman ilmu yang dijadikan iktiqad berkaitan dengan Rukun Iman yang  enam (6) perkara iaitu:
 i.   Kepercayaan kepada Allah,
           ii.  Kepercayaan kepada Rasullullah, 
          iii.  Kepercayaan kepada Malaikat,  
iv.  Kepercayaan kepada Kitabullah, 
          v.   Kepercayaan kepada Hari Akhirat, 
vi.  Kepercayaan kepada Qada dan Qadar Allah SWT. 
Antara ayat-ayat  al-Quran yang bersabit dengan perkara ini ialah :
لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
                       Maksudnya :
i." Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian (akhirat), Malaikat-malaikat, Kitab-kitab, Nabi-nabi dan memberikan harta yang dikasihinya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongn) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (merdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa."
                              [Surah  سورة البقرة Al-Baqarah : 177 ] 
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ 
                       Maksudnya :
ii." Rasul telah beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan) : 'Kami tidak membeza-bezakan antara seseorng pun (dengan yang lain) dari Rasul-rasul-Nya, dan mereka mengatakan : 'Kami dengar dan kami ta'at'. (Mereka berdo'a) : 'Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkau jugalah tempat kembali'."
                           [Surah سورة البقرة  Al-Baqarah : 285

Dalam sebuah Hadis yang panjang ketika menjawab pertanyaan Malaiakt Jibril Alaihisalam  Rasulullah s.a.w. menjelaskan yang antara lainnya berbunyi:
قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ, قَالَ : أَنْ بِاللهِ, وَمَلاَئِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَرُسُلِهِ, وَالْيَوْمِ الآخِرِ, وَ تُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ. [ رَوَاهُ مُسْلِمٌ
                        Maksudnya :
"....Kemudian ia (Jibril) bertanya lagi: 'Beritahukan kepadaku tentang Iman'.Nabi menjawab:'Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; Malaikat-Nya; Kitab-kitab-Nya; para Rasul-Nya; Hari Akhirat, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk.' Ia berkata: 'Engkau benar.'......" [Hingga akhir Hadis. HR Muslim]
Seseorang itu telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sekiranya dia mempercayai sepenuhnya tanpa silap dan salah terhadap kesemua enam perkara tersebut. Jika dia tidak mempercayai atau mempunyai pemahaman ilmu  yang salah walaupun 'dianggap sedikit' dalam salah satu perkara sahaja mengenainya maka rosaklah imannya kerana kesemua enam perkara ini saling berkaitan.

Sebagai contoh; jika seseorang itu sudah percaya dan beriman kepada kesemua hal yang terkandung di dalam Rukun Iman yang enam (6) perkara itu tetapi dia tidak mempercayai atau merasa ragu-ragu serta waswas atau tidak mempunyai keyakinan sepenuhnya tentang adanya segala hal yang berkaitan dengan Sakaratil-maut , Fitnah Kubur dan balasan baik atau jahat di dalam kubur, maka rosaklah imannya dan dia terjumlah sebagai orang yang tidak beriman. Demikian juga seterusnya dalam segala hal yang berkaitan dengan Rukun Iman yang lain. 

Dalam hal ini kita mestilah sentiasa berwaspada agar pemahaman ilmu yang berkaitan dengan segala perkara berkaitan Rukun Iman sentiasa terpelihara kukuh tanpa sebarang cacat cela. Usaha-usaha berterusan hendaklah dilakukan bagi menyemak kebenaran atau salahnya sesuatu pemahaman ilmu itu dengan merujuk sumber-sumber yang muktabar atau bermuzakarah dengan orang-orang yang benar-benar arif dalam bidang ini di samping sentiasa berdo'a kepada Allah SWT semoga melimpahkan rahmat pertolongan-Nya dengan diberi pertunjuk hidayah ke jalan yang benar dan diredhai-Nya.

Pegangan iktiqad terhadap Rukun Iman yang enam perkara ini pula dilafazkan dengan lidah berserta keyakinan penuh di hati. Seseorang yang sudah memberikan pengakuan keimanannya diwajibkan pula membuktikan keimannnya dengan melakukan ibadat-ibadat yang di fardukan seperti yang terkandung di dalam Rukun Islam yang lima  (5) perkara iaitu:
 i.    Mengucap Dua Kalimah Syahdat         
ii. Mendirikan Sembahyang Lima Waktu Sehari Semalam      
 iii.   Memberi Zakat        
iv.    Berpuasa Pada Bulan Ramdzan      
v.  Mengerjakan Ibadah Haji di Baitullah, Makkah (jika mempunyai kemampuan yang disyaratkan mengikut hukum syarak)
Rumusan ini bersandarkan kepada Hadis Rasulullah s.a.w. :
بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وحج البيت وصوم رمضان
                         Maksudnya : 
Islam itu dibangunkan atas lima perkara, iaitu: Syahadat bahwasanya tiada  yang sah diibadatkan dengar sebenarnya melainkan Allah dan bahwasanya Muhammad itu adalah Rasul Pesuruh  Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, naik haji, dan puasa Ramadhan. 
            [HR Muslim ] 
Jika rosak kefahaman terhadap salah satu sahaja daripada Rukun Iman yang enam perkara ini maka rosaklah kesemuanya dan terbatallah keimanan dan segala ibadat yang dilakukan.  Oleh itu seseorang yang mengaku sudah beriman itu hendaklah benar-benar faham, menghayati dan berpegang teguh dengan penuh keyakinan terhadap ilmu yang berkaitan dengan enam perkara Rukun Iman ini berteraskan al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. 

Demikian juga dengan segala ibadat yang difardhukan hendaklah dilaksanakan mengikut keutamaan dan peraturan serta rukun dan kaifiat seperti yang termaktub di dalam Hukum Syarak. Sah, batal, benar atau salahnya sesuatu ibadat itu juga adalah berteraskan hukum syarak yang sah dan bukan mengikut sangkaan yang munasabah atau logik pada akal fikiran sendiri atau orang yang menyampaikannya.

Segala ibadat dan perbuatan manusia yang dilakukan ketika hidup di dunia akan dipertanggungjawabkan dan disoal di akhirat kelak seperti yang dimaksudkan  Firman Allah di dalam al-Quran :  
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا 
                        Maksudnya : 
i." Dan janganlah kamu mengikuti yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya."
                                [ Surah سورة الإسراء  Al-Isra' : 36 ]

        فَلَنَسْأَلَنَّ الَّذِينَ أُرْسِلَ إِلَيْهِمْ وَلَنَسْأَلَنَّ الْمُرْسَلِينَ

                      Maksudnya :
ii." Maka sesungguhnya Kami akan menayai umat-umat yang telah diutus Rasul-rasul kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan menanyai (pula) Rasul-rasul (Kami)." 
            [Surah  سورة الأعراف‎‎ Al-A'raaf : 6 ] 
 
 فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ (7) فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا (8
                     Maksudnya :
iii." Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, (7)  
Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah." (8)
                        [Surah سورةالانْشِقَاق  Al-Insyiqaaq : 7-8 ] 

 وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ (10) فَسَوْفَ يَدْعُو
ثُبُورًا (11) وَيَصْلَى سَعِيرًا (12) إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ
مَسْرُورًا (13      
                Maksudnya :
iv." Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, (10) 
maka dia akan berteriak: 'Celakalah akhu.' (11)  
Dan dia akan masuk ke dalam api (neraka) yang menyala-nyala . (12) 
Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir.)" (13)
          [Surah سورةالانْشِقَاق  Al-Insyiqaaq : 10-13 ]
 

Ayat-ayat al-Quran tersebut diperjelaskan lagi di dalam Hadis  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam :
لَا تَزُوْلُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلَاهُ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ
                     Maksudnya : 
" Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi Tuhannya, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan, dan dalam hal apa (harta tersebut) ia belanjakan serta apa sahaja yang telah ia amalkan dari ilmu yang dimilikinya."      [ HR At-Tirmizi dan Ath-Thabrani ]
Dalam Hadis yang lain ada disebut juga seperti yang bermaksud:

"........bahawasanya dibentangkan bagi seseorang hamba itu pada tiap gerak daripada segala gerak-gerak itu walaupun sekecil mana sekalipun akan ditanya (pada Hari Pembalasan) melalui tiga (3) dewan iaitu melalui dewan pertama 'Lima ' yang menanyakan kenapa? Dewan kedua 'Kaifa' yang bertanyakan bagaimana ? Dewan ketiga   'Liman' bertanyakan kerana siapa ........"[hingga akhir hadis] .
Apabila seseorang itu  mengaku beriman dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadat Asyhaduan Lailahaillallah, Wasyhaduan na Muhammadar Rasullullah  :

          أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
   
dia hendaklah mengikis, membuang dan menghapuskan semua kefahaman, kepercayaan dan amalan terdahulu yang bercanggah dan bertentangan dengan Rukun Iman tersebut dan menggantikannya dengan kepercayaan dan kefahaman ilmu yang terkandung di dalam Asma' Ullah Ul Husna sebagaimana yang diperjelaskan di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s,.a.w.
Apabila mengucapkan dengan mulut kalimah At-Tawhid أشهد أن لا اله الا الله (Asyhaduan lailahaillallah), di dalam hati (qalbu) dan mindanya pula hendaklah memahami, menghayati dan berkata :
"..bahawa aku menaik saksi,  memberi pengakuan yang teguh dengan lidah dan berkeyakinan penuh di hati mengakui, bahawasanya tiada yang sah DIIBADATKAN dengan sebenarnya melainakan Allah [LA M’ABUDA BIHAQQIN ILLALLAH  لامعبود بحق إلا الله ].Dengan Kitab-Nya yang mulia yang diturunkan kepada Nabi-Nya yang dibangkitkan menjadi Rasul-Nya itu, mengetahuilah kita sekalian hamba Allah ini  melalui Rasul-Nya itu bahawasanya Allah itu ada dan ada-Nya Allah itu Ia-Nya sentiasa ada, selama-lamanya ada,  tidak berkeputusan ada-Nya dan ada-Nya Allah SWT itu,  tiada bagi-Nya permulaan, tiada bagi-Nya kesudahan, dan Allah SWT itu tiada bagi-Nya misal, tiada bagi-Nya bandingan, tiada bagi-Nya umpama, tiada bagi-Nya keadaan yang berlawanan dan sentiasalah Allah SWT itu mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan. 
Bahkan Allah SWT itu ialah yang awal yang tiada berawal bagi-Nya dan Dialah yang akhir yang tiada berakhir bagi-Nya,  dan Dialah yang zahir yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan yakni tidak sekali-kali Allah SWT itu menyamai apa juga barang yang diadakan oleh-Nya. Dialah yang batin yakni yang terdinding daripada segala pendapatan pancaindera yang lima dengan dindingan kebesaran dan kemuliaan-Nya dan sesungguhnya Allah SWT itu Amat Mengetahui tiap-tiap sesuatu. "
Sebagaimana Allah SWT itu Amat Mengetahui setiap sesuatu dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali maka begitulah juga Allah SWT Berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali.  Maka Allah SWT itu ialah yang Hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim,  Dia Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim,  Dia Berkuasa dengan Qadrat-Nya yang Qadim, Dia Mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim,  Dia Melihat dengan  Penglihatan-Nya yang Qadim dan dia Berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim.

[ Peringatan : Qadim di sini ialah mengikut pemahaman dan pengertian Ilmu At-Tawhid yang tidak boleh digunakan sama sekali kepada makhluk. Ia bermaksud Allah sahaja yang Qadim yang sama sekali tidak menyamai sekalian makhluk-Nya walau dalam apa jua hal, jalan dan cara sekalipun pun tanpa misal, tanpa ibarat, tanpa umpama dan tanpa bandingan kerana Allah itu BUKAN makhluk bahkan Dia yang mengadakan sekalian makhluk daripada semata-mata tidak ada kepada ada].
Huraian lebih lanjut mengenai maksud yang terkandung di dalam Dua Kalimah Syahadat ini ada terdapat di dalam Kitab Ihya' Ulumuddin dalam bab Aqidah Ahli Al Sunnah.

[**PerhatianSila baca dan fahami kandungan Terjemah Aqidah Ahli Sunnah     في ترجمة عقيدة اهل السنة  في كلمتي الشهادة التي هي أحد مباني الاسلام   yang terdapat dalam blog Cahaya Menerangi Kegelapan ini].

Pembaca hendaklah berhati-hati apabila membaca kitab-kitab terjemahan Bahasa Melayu bab ini yang mungkin memberikan penterjemahan salah atau tidak menepati maksud sebenar hasil karya asalnya yang boleh merosakkan kefahaman aqidah. Kekeliruan dan salah faham ini mungkin akan bebangkit apabila membaca huraian mengenai At-Tanzih dan kalimah-kalimah mengenai "melihat Allah di akhirat dengan akal.." dan sebagainya.
Dalam hal ini rujukan hendaklah dilakukan dengan orang yang arif dalam bidang ini di samping meneliti karya-karya Imam Al-Ghazali yang lain bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut pengertian kalimah-kalimah tersebut. Apabila sudah memahami dan menghayati keseluruhan isi kandungan huraian kitab ini barulah dia dinamakan IMAN yang mesti dan wajib dijadikan pegangan aqidah sebagai seorang Muslim dan mukmin hingga ke akhir kalamnya.]

Seseorang yang sudah mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan ucapan Dua Kalimah Syahdat At-Tawhid dan Syahdat Ar-Rasul pada lidah dan berkeyakinan penuhb di hatinya juga hendaklah beriman dan berpegang teguh sepenuhnya kepada setiap kandungan kalimah dan maksud ilmu yang termaktub di dalam al-Quran sebagai Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibrael Alaihisalam. Al-Quran ialah Kalam Allah bukan kalam Jibrael Alaihisalam, bukan kalam Nabi Muhammad s.a.w., bukan kalam malaikat, jin dan sekalian makhluk yang terdapat di langit dan bumi.

Ciri-ciri orang yang beriman itu boleh dirujuk di dalam surah سورة لقمان Luqman ayat 12-19.  Rujukan boleh juga dilakukan pada maksud ayat al-Quranسورة الحجرات surah  Al-Hujurat ayat 15 :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
                       Maksudnya :
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman pada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar."
Hati dan adab sopan orang mukmin (para Nabi dan Rasul) adalah seperti Firman Allah  di dalam al-Quran yang berbunyi :
اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
                  Sebahagian daripada maksudnya :
".....adalah seperti sebuah lubang yang tidak tembus (misykat), yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berakahnya, (iaitu ) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah baratnya, yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis ), Allah membimbing kepada siapa yang Dia kehendaki,  dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahu segala sesuatu."
                            [ Surah سورة النور‎‎  An-Nuur: 35

Hal keadaan dan hati orang yang ingkar dan kafir pula digambarkan sebagai :
وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (39) أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ (40
                      Maksudnya : 
" Dan orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.(39) 
Atau seperti gelap gelita di dasar lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya  (lagi ) awan, gelap gelita yang tindih -bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, ( dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya petunjuk oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun." (40)
                           [  Surah سورة النور‎‎  An-Nuur: 39-40 ]

Image result for fatamorgana di padang pasir
                                           Fatamorgana di gurun padang pasir

Apabila seseorang itu sudah berikrar dan mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berpegang teguh kepada segala perkara yang dimaksudkan di dalam Rukun Iman yang enam [6] perkara itu dengan lidah dan hati dia hendaklah mentaati dan mengerjakan segala perintah dan suruhan Allah serta menjahui segala larangan-Nya yang terkandung di dalam segala ibadat yang difardukan mengikut panduan, ketetapan, rukun, kaifiat dan peraturan hukum syarak yang terdapat di dalam ilmu-ilmu  Fardhu 'Ain, Fardhu Kifayah dan segala perkara yang tersimpul kandungannya di dalam Ilmu At-Tawhid, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawwuf.
Ilmu-ilmu yang dikategorikan sebagai Fardhu 'Ain adalah segala ilmu yang berkaitan dengan agama Islam yang setiap orang Muslim wajib mengetahui dan mengamalkannya agar sesuatu perkara dan perbuatan yang berkaitan dengan keimanan dan ibadat itu dilakukan dengan betul lagi sempurna agar dapat mengelakkan daripada berpegang kepada ilmu dan perbuatan yang salah dan tidak berteraskan kepada hukum al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w.dan qias hingga menyebabkan segala ibadatnya tidak sah, tidak diterima Allah dan pegangan iktiqad keimanannya terbatal.

Mengikut hukum syarak apabila terbatal pegangan aqidah keimanan seseorang dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan kesalahannya dengan menggantikannya dengan pegangan iktiqad yang hak lagi sahih kebenarannya. Adalah amat ditakuti sekiranya dia tidak melakukan demikian maka dia tidak termasuk sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan terjumlah sebagai orang kafir atau munafik.

Pada prinsipnya ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai Fardhu Kifayah itu memadai diketahui dengan terperinci dan mendalam oleh beberapa orang 'ulama' atau guru agama sahaja di dalam sesuatu kariah, daerah atau negeri tetapi sekiranya berbangkit fitnah ketara yang boleh menjejaskan atau merosakkan fahaman aqidah keimanan dan ibadat masyarakat setempat atau jajahan dan juga negara, maka ilmu yang dahulunya dikategorikan sebagai Fardhu Kifayah itu sudah menjadi ilmu Fardhu 'Ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Muslim.


[#**Contohnya: Adalah menjadi wajib Fardhu 'Ain kepada setiap orang Muslim awam  mempelajari asas Ilmu At-Tawhid sahaja agar dapat menghindarkan mereka daripada terkena fahaman yang boleh atau membawa kepada pemahaman mensyrikkan Allah, merosakkan iman dan sesat jalan beragamanya. Sekiranya ada di kalangan mereka masih berkecenderungan mendalami Ilmu At-Tawhid dengan lebih mendalam dan meluas lagi maka ia hanya disifatkan sebagai tanggungjawab Fardhu Kifayah sahaja.
Dalam erti kata lain adalah menjadi Fardhu Kifayah sekiranya sesuatu fahaman dan amalan yang tidak menjejaskan kepantingan umum itu memadai diketahui oleh beberapa orang 'ulama' dan guru agama sahaja dan tidak diwajibkan kepada setiap individu orang awam Muslim mengetahuinya dengan terperinci dan mendalam.
Begitu juga seseorang Muslim awam hanya wajib mengetahui wujudnya 'Roh' dalam diri manusia yang ditiupkan kepada janin bayi oleh Malaikat Roh apabila tiba masanya ketika berada di dalam kandungan rahim perut ibu dengan perintah Allah. Roh ini berkekalan hidupnya dan tidak dimati-matikan selama-lamanya. Roh atau 'Badan Batin' inilah yang dicabut keluar oleh Malaikat Maut daripada jasad atau 'Badan Zahir' apabila seseorang manusia itu mati.

Pemahaman ilmu pengetahuan Masalah Roh yang lebih mendalam hanya wajib diketahui oleh segolongan ulama sahaja bagi sesuatu jajahan, mukim atau negeri. Namun sekiranya Masalah Roh ini menjadi bertambah rumit, mengelirukan dan boleh membawa kepada kesesatan beragama, maka ilmu pengetahuan mengenai Masalah Roh ini sudah menjadi tanggungjawab Fardhu 'Ain kepada setiap individu umat Islam mengetahuinya dengan lebih mendalam dan terperinci bagi menyekat dan menghindarkan segala fahaman kesesatan beragama yang berpunca daripada salah faham mengenai roh ini.  

Begitu juga sekiranya timbul fitnah-fitnah agama yang boleh menjadikan umat Islam setempat atau seluruh negeri jatuh sesat beragama kerana berbangkit dengan meluas pengajaran-pengajaran tertentu yang membawa kepada fahaman mensyrikkan Allah atau merosakkan aqidah keimanan, maka tanggungjawab Fardhu Kifayah tadi sudah bertukar menjadi tanggungjawab Fardhu 'Ain yang wajib diajar dan diketahui dengan mendalam dan meluas oleh setiap orang Islam.]

Rumusannya, jika kita ditanya : "Apakah Iman itu?". Maka hendaklah dijawab: Adapun "Iman" itu bukan ertinya percaya sahaja dan juga bukanlah ertinya tahu membilang/membaca/menghafaz enam perkara Rukun Iman itu sahaja, bahkan "Iman" itu ialah mengandungi ilmu yang jika ada seseorang itu memiliki dan dijadikan pegangan iktiqad sebagaimana ilmu yang terkandung di dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Pada Makna Dua Kalimah Syahdat itu daripada awal hingga akhirnya, maka ianya ada memiliki "Iman". Jika dia tiada memiliki ilmu seperti yang terkandung di dalam kitab tersebut maka tidaklah ia memiliki ilmu yang dinamakan "Iman".

Dalam hal ini adalah amat bermanfaat jika dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari, memahami serta mengamalkan apa yang disebut di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. berikut :

وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:  اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
                     Maksudnya :
" Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.:  'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azzawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya:  'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwataala'." 
Namun demikan adalah wajar difahami juga bahawa petunjuk dan hidayah adalah milik dan hak Allah belaka. Dia juga Yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah lagi Maha Berkuasa untuk mengurniakan taufik hidayah terhadap hamba-hamba yang dikehendaki-Nya sebagaimana Firman-Nya di dalam al-Quran surah سورة القصص Al-Qashash ayat 56 :    
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
                       Maksudnya :
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi (seperti Abu Talib) akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (kepada) sesiapa yang Dia kehendaki; dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah.                        
Mudah-mudahan dengan penerangan ringkas ini kita sama-sama dapat memahami apakah yang dikatakan Aqidah Keimanan yang wajib diketahui dan menjadi pegangan iktiqad setiap orang Muslim.  

                  والله أعلمُ بالـصـواب
                   
[Lihat :

i. SOAL JAWAB Mengenai "ADA" Allah SWT 
ii. Tarbiyatul Fikrit- Tifili- Fahmi Ulumiddin 
iii. Asma' Ullah Al-Husna
iv.  Kekeliruan Pemahaman Terhadap Asma' Ullah Al-Husna
v.  Allah Dikatakan Berjuzuk, Mempunyai "Tangan" dan Istiwa' di 'Arasy

vi.  في ترجمة عقيدة اهل السنة  في كلمتي الشهادة التي  هي أحد مباني الاسلام
vii.  Inilah Pegangan Akidah Penganut Syi'ah ]


**************************************************
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ 
                             Maksudnya : 
" Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
                     [ Al-Quran surah سورة التحريم‎‎ At-Tahrim : 6 ]
 
                                Pemandangan di dasar laut yang gelap
 أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ
                        Maksudnya :
"Atau seperti gelap gelita di dasar lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya (lagi ) awan, gelap gelita yang tindih bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, ( dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya petunjuk oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun." 
                               [Al-Quran سورة النور‎‎ surah An-Nuur : 40 ]

                   ************************************
 يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ            
                          Maksudnya :
" Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki."
                    [Al-Quran سورة إبراهيم‎‎ surah Ibrahim : 27 ] 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...